1st Certified Halal Mask Reneuf
Malaysia's 1st Certified Halal Mask | Pernah dengar sheet mask jenama Reneuf? Reneuf merupakan Malaysia's 1st Certified Halal Mask buatan Malaysia diformulasikan dari Switzerland. Ia juga telah menerima anugerah "Amalan Perkilangan Baik" dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Hah, premium sheet mask ni bukan sheet mask biasa-biasa tau. CN sudah cuba & memang recommended. Terbaik hokay !
1st Certified Halal Mask - Reneuf
Reneuf by La Estephe, bukan sheet mask biasa
Cover sheet mask Reneuf sahaja agak unik dengan wajah bayi yang comel. Sesuai dengan taglinenya Restore to #Babysoft skin in just 7 days. CN sendiri sudah cuba & rasa bahagia hari-hari ber'mask' dengan 7 jenis sheet mask Reneuf ini. Kulit wajah lebih segar & lembut fefeeling bayi hokay!
CN sudah cuba sheet mask Reneuf!
Kenapa Reneuf?
>> Diformulasikan di Switzerland oleh La Estephe (Pakar industri skincare di Hong Kong)
>> Jaminan selamat & bersih (sijil Halal oleh JAKIM)
>> Diformulasikan dengan not-sticky serum yang selamat untuk kegunaan harian
7 Jenis Sheet Mask Reneuf yang mesti anda cuba
1. Hyaluronic Acid - Extreme Hydrating & Moisturizing Mask
Best Seller! CN sendiri suka dengan sheet mask ni. Hyaluronic Acid membantu mengekalkan kolagen, meningkatkan kelembapan dan memulihkan kelembutan serta keanjalan kulit. Apabila digunakan dengan kerap, tekstur kulit akan bertambah baik, tampil lebih terhidrat & garis halus & kedutan berkurang
2. Vitamin E - Brightening & Moisturizing Mask
Vitamin E mengandungi antioksidan yang membantu mempercepatkan pemulihan sel serta meremajakan kulit untuk kulit yang lebih bermaya & muda
3. Vitamin C - Whitening & Moisturizing Mask
CN suka dengan sheet mask ni sebab kandungan Vitamin C membantu mencerahkan kulit secara lembut. Paling penting kulit wajah lebih lembut, muda & segar
4. Almond Oil - Nourishing & Moisturizing Mask
Almond oil membantu menghidratkan dari dalam untuk melindungi kulit & menjadikannya lembut & gebu. Paling best ia membantu mengurangkan parut jerawat.
5. Witch Hazel - Antioxidant & Protection Moisturizing Mask
Sangat sesuai untuk membantu mengurangkan masalah jerawat. Mask ini membantu mencegah kerosakan sel, melambatkan penuaan & mempercepatkan penyembuhan masalah jerawat pada wajah.
6. AHA - Refreshing & Purifying Moisturizing Mask
Campuran 5 ekstrak botani (bilberry, tebu, gula mapel, oren & limal) membantu memperbaharukan sel kulit dengan lebih cepat. Ekstrak pelembap membantu melembapkan kulit untuk memberikan kulit yang bersinar & awet muda
7. Papaya Extract - Lifting & Firming Moisturizing Mask
Mask dari ekstrak betik ini membantu menyuburkan serta menegangkan kulit supaya kelihatan lebih berseri & muda
Ingin mencuba Malaysia's 1st Certified Halal Mask - Reneuf?
Berita baik, anda boleh beli sheet mask Reneuf yang best ini di SASA, Robinson Garden & FSKL. Eh, anda juga boleh beli online di Lazada tau.
Untuk promosi terkini boleh follow Facebook Reneuf & Instagram @myreneuf.
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.cekgunorazimah.com/2018/11/1st-certified-halal-mask-reneuf.html