1mdb Semakin Terang Semakin Tersuluh



Lama dulu blog ni banyak mengutarakan isu tangkap basah 1MDB ni. Semenjak bercakap benar blog ni semakin dicaci dan dibenci oleh pemakan dedak Menteri. Akhirnya group penyokong maya UMNO dan Barisan Nasional yang tulen selama ini membela parti terpecah dan terpisah..!
Ada yang dibeli..! Ada yang di ugut..! Ada juga yang di'beku'kan. Kesannya? Masing masing membawa diri..! 
Namun dunia sentiasa berputar..! Ada turun naik..! ada cerah gelap..!
Sekarang apa dah jadi dengan wanemdibie..?
Jho Low kata 'bos akan jaga' - Saksi

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diimaklumkan bahawa pada 2012, ahli perniagaan berkaitan dengan 1MDB, Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, mengarahkan dua bekas pegawai perdana menteri ketika itu, Najib Razak untuk membuka akaun bank luar negara di bawah nama mereka untuk tujuan politik
Bekas pegawai khas Najib, Amhari Effendi Nazaruddin berkata arahan diberikan semasa pertemuannya bersama allahyarham Azlin Alias dengan Low
Amhari, saksi pendakwaan kelapan dalam perbicaraan jenayah 1MDB yang membabitkan Najib, memberi keterangan bahawa dia dan Azlin bimbang akan keselamatan mereka serta keluarga sekiranya menolak arahan itu
Azlin adalah ketua setiausaha sulit Najib pada ketika itu manakala Amhari melaporkan dirinya kepada beliau
Menurut keterangan Amhari, Low memberitahu kedua-dua pegawai itu bahawa Najib telah memberikan "restu" berhubung arahan berkenaan
"Saya tahu dia ada jumpa Datuk Najib sebelum (perjumpaan) ini kerana Low beritahu kami bahawa perkara ini mendapat restu (Najib), dan kami berdua diarahkan untuk membuka akaun
"Datuk Azlin dan saya faham bahawa restu itu bermaksud lampu hijau dari Datuk Najib," kata Amhariyang membaca dari kenyataan saksi pada hari ke-4 perbicaraan 1MDB
Amhari, yang pernah bekerja dengan Najib selama 10 tahun sejak 2008, menambah bahawa dia dan Azlin mempunyai kebimbangan dalam mematuhi arahan itu
Ini kerana Low dilaporkan berkata bahawa akaun itu mungkin digunakan untuk tujuan politik, dan dia (Low) yang akan mengendalikan akaun tersebut
Beliau berkata pada mesyuarat lain, ahli perniagaan itu cuba menangani kebimbangan mereka dengan berkata bahawa Najib akan melindungi Amhari dan Azlin jika berlaku apa-apa
"Tetapi Low beri jaminan bahawa kita tidak perlu bimbang dan mempercayainya. Dia juga beritahu kita bahawa 'bos akan jaga'
"Bos yang dirujuknya ialah Datuk Najib."Amhari berkata tidak dirinya mahupun Azlin tidak memberi sebarang keputusan kepada Jho Low
Katanya, mereka juga sudah mengetahui berhubung skandal 1MDB sebelum ia diperkatakan umum
“Kami berdua takut kerana kemungkinan akaun itu akan digunakan sebagai akaun ‘wang haram’ bagi tujuan menyimpan dana politik Datuk Najib untuk menghadapi PRU (Pilihan Raya Umum ke-13)
“Saya ada terfikir sekiranya akaun ini untuk tujuan murni, kenapa ia (akaun) perlu dibuka atas nama saya dan dibuat di luar negara selain diuruskan Jho Low?” katanya
“Walaupun kami diberitahu akaun itu sebagai persediaan tetapi saya tidak mahu membabitkan diri sekiranya digunakan untuk tujuan dana politik,” katanya ketika membacakan pernyataan saksi
Walau bagaimanapun, kata saksi itu, Low menjangkakan bahawa mereka akhirnya akan bersetuju dengan rancangan itu atau berdepan risiko tentang keselamatan keluarga, kerjaya dan diri mereka
Menurut Amhari, Azlin kemudian bersetuju untuk membuka akaun di luar negara atas namanya selepas perjumpaan sulit seterusnya dengan Low, dan dia kemudian terpaksa mengikut keputusan Azlin
"Selepas Low meninggalkan kami, Datuk Azlin kata kepada saya bahawa kita tidak mempunyai pilihan tetapi terpaksa ikut arahan Low kerana jika tidak, kita mungkin hilang pekerjaan kita
"Datuk Azlin juga memberitahu jika tidak ikut ia boleh menjadi ancaman kepada kami dan keluarga," katanya
Pada pertemuan akhir antara mereka bertiga, Amhari Efendi berkata, Jho Low mendesak dan menyakinkan mereka bahawa semua sudah diatur dengan baik dan selamat
Beliau berkata, akhirnya Azlin bersetuju untuk membuka akaun di luar negara dan beliau (saksi) terpaksa bersetuju dan mengikut keputusan itu
Amhari berkata Low kemudian membawa mereka ke Singapura untuk membuka akaun di bawah "manipulasi" Jho Low dengan dibantu oleh seorang pegawai Bank BSI yang bernama Yvonne dan seorang lagi pegawai BSI yang namanya tidak dapat diingatinya
Amhari berkata akaun BSI miliknya berada di bawah kawalan Low sejak ia dibuka
Saksi itu berkata bahawa dia hanya mendengar tentang akaun itu kira-kira empat tahun kemudian apabila seorang pegawai BSI Switzerland menelefonnya pada awal 2016 untuk bertanya sama ada dia tahu berapa banyak wang yang ditinggalkannya dalam akaun
Apabila Amhari berkata dia tidak tahu, pegawai itu kemudian memaklumkan kepadanya bahawa dia mempunyai baki lebih AS$ 800,000 dalam akaun berkenaan
"Saya terkejut kerana saya tidak tahu apa-apa tentang wang itu. Saya kemudian meminta pendapat pegawai mengenai deposit yang dibuat ke dalam akaun itu
"Pegawai itu hanya beritahu saya bahawa dia akan menghubungi saya lagi."Amhari memberi keterangan bahawa dia menerima panggilan lain kemudian dari bank itu dan dimaklumkan bahawa hubungannya dengan bank itu akan ditamatkan dan dia terpaksa memindahkan wang dalam akaunnya ke akaun bank lain atau syarikat yang didaftarkan di bawah namanya
sumber.malaysiakiniSebelum ni..Tiada pegawai PMO berani persoal dana diterima Najib - SaksiTiada sesiapa di Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang berani bertanya Najib Razak mengenai sumber dana yang diterima olehnya semasa beliau menjadi perdana menteri, kata seorang saksi di mahkamah hari ini
Amhari Effendi Nazaruddin yang merupakan bekas pegawai khas kepada Najib, berkata, ini kerana pegawai PMO bimbang akan dilihat mempersoalkan kredibiliti bekas perdana menteri itu
"Umumnya, saya percaya bahawa pegawai PMO tidak pernah dan bahkan tidak bertanya Najib dari mana dia menerima dananya, kerana ini akan dilihat tidak mempunyai keyakinan terhadap kredibiliti Najib," kata Amhari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini
Amhari, yang pernah bekerja dengan Najib dari tahun 2008 hingga tahun lepas, memberi keterangan sebagai saksi kelapan pendakwaan pada hari keempat perbicaraan terhadap Najib melibatkan dakwaan penyelewengan dana 1MDB
Menurut Amhari, beliau percaya Najib menerima sebahagian dana daripada ahli perniagaan yang dikaitkan dengan 1MDB, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low
Ini, kerana katanya, Low telah menjanjikan dana untuk digunakan bagi Pilihan Raya Umum Ke-13
"Saya percaya terdapat dana yang diperoleh daripada Jho Low sebelum PRU13. Dia beritahu saya dan Azlin Alias ​​mengenai dana untuk tujuan memenangi pilihan raya di Pulau Pinang
"Bagaimanapun, Jho Low tidak pernah menjelaskan bagaimana dia mendapat dana itu
"Sehingga hari ini, saya tidak tahu status wang dalam akaun itu kerana ia masih di bawah kawalan Jho Low," kata Amhari
Beliau merujuk kepada salah satu akaun bank yang dibuka di Switzerland dan Bangkok
Dalam keterangan awalnya, Amhari berkata beliau membuka akaun berkenaan di bawah arahan Jho Low dan ahli perniagaan itu yang mengendalikannya
sumberNi baru permulaan..! baru mukaddimah..! baru buka butang..! belum terpancut lagi..! Tunggu..!Kes SRC rasanya dah ada yang sampai klimaks???Cerita ni pasti akan setanding dengan siri siri 1001 malam..! Apa tak nya? bukan sahaja beruk terperanjat..! Mak badak pun dah lama pucat..!!!Siapa?Lu Fikri La Sendiri..!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://politikputramerdeka.blogspot.com/2019/09/1mdb-semakin-terang-semakin-tersuluh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes 1mdb Yang Terang Dan Nyata Tak Dapat Nak Disembunyikan Lagi

Kes 1mdb Yang Terang Dan Nyata Tak Dapat Nak Disembunyikan Lagi

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 326 hits
Kes 1MDB 10 perkara didedah bekas pegawai khas Najib 5 52 petang A A KES 1MDB Lima hari pertama perbicaraan kes rasuah 1MDB bekas perdana menteri Najib Razak setakat ini telah menyaksikan bekas pegawai khas Najib Amhari Efendi Nazaruddin ta...
Guan Eng Lied Nothing Was Used To Pay 1mdb S Debts Says Najib

Guan Eng Lied Nothing Was Used To Pay 1mdb S Debts Says Najib

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 312 hits
Najib Razak has cast doubt on Finance Minister Lim Guan Eng s explanation that one of the reasons for the government s borrowing of RM58 1 billion in the first six months of the year is to repay 1MDB debts Speaking to FMT the former prime m...
Najib 1mdb Trial Day 1 Second Witness Takes The Stand

Najib 1mdb Trial Day 1 Second Witness Takes The Stand

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 370 hits
The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged abuse of power and money laundering of 1MDB funds begins today at the Kuala Lumpur High Court Malaysiakini brings you live reports of the proceedings KEY HI...
Sri Ram S Status As Prosecutor Brought Up On First Day Of 1mdb Trial

Sri Ram S Status As Prosecutor Brought Up On First Day Of 1mdb Trial

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 270 hits
Former judge Gopal Sri Ram who is leading the prosecution team arrives at the High Court in Kuala Lumpur today KUALA LUMPUR The defence lawyer of Najib Razak has again questioned the appointment of former judge Gopal Sri Ram to lead the pro...
Wang Rm1 2 Juta Berkaitan 1mdb Dilucut Hak Kini Jadi Harta Kerajaan Malaysia

Wang Rm1 2 Juta Berkaitan 1mdb Dilucut Hak Kini Jadi Harta Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 383 hits
Wang lebih RM1 2 juta yang dibekukan daripada akaun bank milik tiga entiti termasuk Yayasan Rahah berhubung penyiasatan 1Malaysia Development Bhd kini menjadi harta Kerajaan Malaysia Tiga entiti itu ialah Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Baha...
Court To Decide Tomorrow If Najib S 1mdb Trial Can Start Next Week

Court To Decide Tomorrow If Najib S 1mdb Trial Can Start Next Week

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 307 hits
The Kuala Lumpur High Court will decide tomorrow whether the 1MDB criminal trial against former premier Najib Abdul Razak can start next week This comes as Justice Collin Lawrence Sequerah this morning ordered counsels from both the prosecu...
3 Entiti Ahli Umno Setuju Pulangkan Rm1 2 Juta Dana 1mdb

3 Entiti Ahli Umno Setuju Pulangkan Rm1 2 Juta Dana 1mdb

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 337 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan bersetuju menyelesaikan saman pelucuthakan ke atas 3 entiti dan individu di luar mahkamah selepas mereka berjanji memulangkan lebih RM1 2 juta dana 1MDB yang didakwa diberikan kepada mereka Timbalan Pendakwa Raya Allan...
Najib S 1mdb Trial Pushed From Monday To Wednesday Next Week

Najib S 1mdb Trial Pushed From Monday To Wednesday Next Week

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 351 hits
The start of Najib Abdul Razak s RM2 28 billion 1MDB trial has been postponed to Wednesday next week following an application by both the prosecution and the former prime minister s defence team Kuala Lumpur High Court judge Collin Lawrence...
1mdb Trial Jho Low Was Najib S Alter Ego Prosecution Says In Opening Statement

1mdb Trial Jho Low Was Najib S Alter Ego Prosecution Says In Opening Statement

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 299 hits
Najib during one of his court appearances File Photo KUCHING Datuk Seri Najib Razak s 1MDB trial started today with the prosecution saying that it will prove that fugitive businessman Low Taek Jho is the alter ego of the former prime minist...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Nasi Ayam Pandan Yang Mudah Dan Sedap

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Tremendous Nadi Collaboration

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions