1mdb Pegawai Penyiasat Akui Ke Riyadh Untuk Salin Dan Tampal Kenyataan Putera Arab Makan Dan Balik


hmetro.com.my
Ahmad Johari Mohd Ali
[email protected]

GAMBAR fail. FOTO NSTP
Putrajaya: Pegawai penyiasat asal skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengakui kunjungan pasukan siasatan ke Riyadh, Arab Saudi, sudah dirancang lebih awal untuk hanya 'salin dan tampal' kenyataan 'putera Arab', makan dan pulang.

Saksi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu, Nasharudin Amir, mengakui bahawa beliau sendiri selaku pegawai penyiasat tidak berpuas hati bahawa 'putera Arab' yang ditemui pasukannya di Riyadh adalah Putera Saud Abdulaziz bin Majid Al Saud.

"Saya tidak pasti jumpa atau tidak orang itu, sebab saya tidak diperkenalkan kepadanya pun," katanya.

Putera Saud adalah putera Arab yang dikatakan menulis dan menandatangani empat surat 'derma Arab' kepada bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak.

Ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, Nasharudin bersetuju bahawa beliau sendiri tidak berpuas hati dengan hasil siasatan bahawa empat surat 'derma Arab' berkenaan adalah sahih dan wang RM2.6 bilion yang diterima dalam akaun Najib datang daripada Putera Saud.

Terdahulu, Nasharudin bersetuju dengan cadangan Ahmad Akram bahawa kenyataan yang dirakamkan pegawai perakam daripada Putera Saud melalui wakilnya, Mohammad Abdullah Al Koman, dan kenyataan Eric Tan Kim Loong, iaitu sekutu Low Taek Jho, sudah tersedia lebih awal dan tugasnya hanya untuk 'salin dan tampal' ke dalam format SPRM sahaja.

Ahmad Akram: Setuju tiada soalan dan pertanyaan berlaku (ketika rakaman percakapan diambil)?

Nasharudin: Ya.

Ahmad Akram: Tiada mereka kemukakan dokumen yang menyokong kenyataan itu?

Nasharudin: Ya.

Ahmad Akram: Siasatan ini ada dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara?

Nasharudin: Ya, dan syor adalah untuk siasat lebih lanjut.

Ahmad Akram: Tuan sendiri tidak berpuas hati surat (derma) itu sahih?

Nasharudin: Ya.

Ahmad Akram: Kunjungan itu sudah dirancang lebih awal, lengkapkan cerita, tidak tanya apa-apa, anda pergi makan dan balik?

Nasharudin: Ya.

Sementara itu, saksi bersetuju dengan cadangan Ahmad Akram bahawa beliau tidak menjalankan analisis fizikal terhadap Putera Saud terlebih dahulu sebelum berlepas ke Riyadh bagi tujuan mengesahkan surat derma.

Menurut Nasharudin, beliau juga tidak berpuas hati dengan penelitian pasport diplomatik Putera Saud, di mana beliau sebagai pegawai penyiasat tidak melihat langsung dokumen itu, malah tiada salinan dibuat.

Saksi bersetuju dengan cadangan bahawa sepanjang rakaman kenyataan diambil, hanya Mohammad Abdullah berada dalam bilik di mana kenyataan itu diambil, dan bukannya Putera Saud.

Nasharudin, selaku saksi pembelaan ke-10, berkata demikian pada prosiding bela diri Najib yang didakwa terhadap empat tuduhan menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram.

Pada prosiding sebelum ini, Penolong Kanan Pesuruhjaya, Fikri Ab Rahim, memberitahu mahkamah bahawa pasukan siasatan ke Riyadh bersama Nasharudin; Pegawai SPRM, Datuk Mohd Hafaz Naza; Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, Tan Sri Azam Baki; dan Tan Sri Dzulkifli Ahmad, yang ketika itu sebagai wakil Jabatan Peguam Negara.

Menurut Fikri, mereka ke Istana Riyadh antara 27 hingga 29 November 2015 untuk mengesahkan ketulenan empat surat derma daripada Arab Saudi dan menemuramah Putera Saud, iaitu individu yang dikatakan menandatangani surat derma kepada Najib.

Saksi itu berkata, beliau boleh merumuskan bahawa pihaknya berpuas hati dengan kenyataan wakil putera Arab, bagaimanapun siasatan masih diteruskan berkaitan derma itu sehingga betul-betul mendapatkan keterangan yang lebih kukuh.

Katanya, Azam memaklumkan bahawa mereka masih perlu mendapatkan keterangan lain selain keterangan putera Arab dan dokumen 'derma' terbabit.

Fikri berkata, pada pertemuan itu, pasukan siasatan hanya dibenarkan merekod keterangan putera Arab melalui wakilnya kerana mereka dilindungi imuniti (kekebalan).

Menjelaskan lanjut, saksi itu berkata, mereka dibawa ke satu ruangan yang besar dalam istana dan melihat tiga individu, di mana salah seorangnya ialah Putera Turki yang beliau kenal pasti melalui gambar sebelum itu.

Katanya, Putera Turki kemudian meminta Putera Saud mengeluarkan pasportnya, yang kemudian diserahkan (melalui pembantu istana) kepada Azam untuk disahkan.

Beliau kemudian diserahkan kepada dokumen itu untuk diteliti dan disahkan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Lawrence Sequerah bersambung Isnin ini.

Disiarkan pada: Februari 21, 2025 @ 2:58pm

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/1mdb-pegawai-penyiasat-akui-ke-riyadh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Nasi Arab Di Halab Gate Restaurant Bukit Bintang

Makan Nasi Arab Di Halab Gate Restaurant Bukit Bintang

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 127 hits
Halab Gate Restaurant Bukit BintangHalab Gate Restaurant Bukit BintangJalan jalan di Bukit Bintang kalau teringin nak makan makanan arab ada banyak restoran di sini yang korang boleh pilih Semua makanan arab di restoran area Bukit Bintang n...
Makan Mee Mee Di Al Anisah Yong Warung Pak Mus

Makan Mee Mee Di Al Anisah Yong Warung Pak Mus

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 148 hits
Assalamualaikum WBT SELEPAS seminggu bertungkus lumus di dapur nampaknya rasa jemu mula bertandang Kali ni kami beralih ke dapur orang pulak tukar selera lah gitu Tekak ni ingin nak makan mee mee la pulak Hari isnin malam kami cuba nasib ke...
Sir Bila Ratu Elizebeth Bagi Sir Pada Ko Spm Tak Lulus Bekas Makan Rasuah Tak Kan La Pangge Sir

Sir Bila Ratu Elizebeth Bagi Sir Pada Ko Spm Tak Lulus Bekas Makan Rasuah Tak Kan La Pangge Sir

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 147 hits
Hambikkaww 8 ekor walabot sudah kenaaaaaa Ada sir ko datang Ada rafique tolong Ada chegubird payong Xde marttt lu hadaplahh sorang sorang Henfon kena simpan Segala mak nenek dalam tu depa akan check Jommm gais Kita tanam walabot hidup hidup
Pm Dan Sprm Makan Malam

Pm Dan Sprm Makan Malam

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 126 hits
Saya sempat mengahadiri Majlis Makan Malam Beristiadat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2025 pada malam ini bagi meraikan seluruh keluarga SPRM Saya tegaskan SPRM adalah tonggak utama untuk mempertahankan tatakelola sistem yang mempun...
Nest Pusat Sehenti Ruang Kerja Tempat Makan

Nest Pusat Sehenti Ruang Kerja Tempat Makan

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 91 hits
NEST tampil dengan konsep 2 1 gabungan ruang kerja praktikal dan restoran dalam satu bumbung Ironinya jenama ini mula dilancarkan selepas menyedari bahawa peredaran zaman tidak harus terikat dengan budaya kerja tradisional semata mata Team ...
Cat Rumah Makan Di Restoran Ainoni

Cat Rumah Makan Di Restoran Ainoni

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 147 hits
Assalamualaikum WBT TAHUN ke 25 tahun kahwin ni Sk dan Pak Inche bertekad untuk keluar duit buat modal cat rumah Bahagian luar rumah memang tak pernah cat sejak duduk kecuali pintu pagar dan tembok pagar Sk pernah cat sendiri beberapa tahun...
Bahayakah Makan Bawang

Bahayakah Makan Bawang

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 85 hits
Fructooligosaccharides tergolong dalam kumpulan prebiotik Ia berfungsi sebagai makanan untuk bakteria baik dalam usus manusia Bagi orang yang sihat FOS boleh memberi manfaat sebagai prebiotik Menyuburkan bakteria baik dalam usus terutama Bi...
Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi

Grief Understanding The Journey After Loss In Life

Learn Sign Language Unlocking The World Of Visual Communication

Pet Care For Ameraucana Chickens From Hatchlings To Happy Hens

Frightening Panther Assault Leaves Lorry Driver Severely Injured Near Seremban

Pelajar Sekolah Wajib Pakai Pin Lencana Jalur Gemilang

Black Experiences In Switzerland A New Perspective

Tarif Trump Penerangan Kesan Ke Atas Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Overcoming The Funding Challenges

Menu Hari Raya 2025

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Korban Pak Tam

Tob Tobi Tob Asal Usul Lirik Arab Maksud

Kebakaran Putra Heights Kerja Sedut Air Dari Kawah Di Ground Zero Diteruskan