19 Puasa Makan Siakap Dua Ekor


 Assalamualaikum...
IMAN kata, dia masih belum ada mood nak cuci pinggan dan kemas dapur. Belum boleh move on dari hari Khamis sampai Sabtu, tinggal duduk dan makan, sajo. Jadi, dia ajak makan di Senoko, memang dah berbuih mulut beberapa kali ajak makan di Senoko, rindu angat-angat! Lagipun, sepanjang minggu ini, Pak Inche akan memenuhi beberapa jemputan berbuka dari badan korporat, jadi jomlah kita ke Senoko.
Sk whatsapp Senoko untuk membuat tempahan meja. Mereka whatsapp gambar menu dan minta Sk buat order awal tapi Pak Inche tak nak. Dia kata, pesan jus tembikai jer dulu satu jug. Hurmm.. nanti kalau lambat dapat makanan jangan marah pulak. Tak apa, janji ada air katanya. Nanti order awal, makanan sejuk dan takut lalat terbang-terbang.. gituhhh!
Masa sampai, full house, sampai tiga kedai dimonopoli oleh Senoko. Nasib baiklah Sk dah tempah meja, adik tu pun terus tunjuk dengan Iman meja kami. Kemudian kakak Senoko datang ambil order. Kali ini kami buat pesanan secara pakej iaitu Set E macam dalam gambar di atas. Biasanya kami order ala carte, tapi kenapa tah, Pak Inche nak cuba set. Pak Inche request Siakap Stim Limau tapi Iman pulak nak Siakap Tiga Rasa. Supaya tak masam muka depan rezeki, maka ambil seekor lagi siakap, huhu.

Siakap Tiga Rasa sampai dulu. Iman punya senyum sampai ke telinga apabila melihat makanan kegemorannya. Ikan besar, isi tebal dan seperti selalu, masakan tiga rasanya tidak mengecewakan


Tomyam campur, kemahen banyak isinya, ayam, sotong dan udang. Tentunya sedap macam selalu. Iman selalu tanya, kenapa bonda tak pernah buat tomyam. Pernah jer buat, dulu-dulu, tapi kecewa sebab tak sedap macam kat kedai, jadi dah malas nak masak sendiri


Kailan ikan masin. Ikan masinnya bahagian isi-isi. Ada yang buat kailan ikan masin, guna tulang ikan masin, sampai tertulang-tulang orang makan, huhu. Sotong tepung tak ambil gambar pulak, makan pun lupa, sebab Pak Inche asyik merungut, siakap stim dia tak sampai-sampai. Geram pulak rasa nak pang, haha. Orang dah kata, order awal-awal, takut sejuk konon, jadi sabar ajelah menunggu


Akhirnya sampai jugak siakap stim limaunya. Sejuk hati dapat hirup sos limau panas-panas bersama isi siakap. Mana tak lambat, setiap meja ada order siakap stim ni, tapi yang bagusnya hari tu, walaupun orang ramai, tapi kualiti masakannya terbaik, sedap macam selalu


Tu dia.. Siakap Stim Limau dan Siakap Tiga Rasa. Tak pernah-pernah rasanya order siakap dua ekor bila makan di kedai. Kalau kat rumah tu dah biasa dah masak siakap dua ekor sebab berlainan selera. Bukan siakap jer, daging, ayam, sotong, selalu jer ada dua jenis masakan, yang sorang nak begini, yang sorang nak begitu

Bagus jugaklah order set macam ni dari ambil berpiring-piring lauk. Puas makan ikan dari makan udang, sotong, daging, ayam secoet-secoet, hahaha. Tapi, kena tunggu lepas raya, la.. baru tak berebut-rebut makan... kannn





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2021/05/19-puasa-makan-siakap-dua-ekor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Dah Tegur Dia Keluar Hujah Pula 4 Wanita Bertudung Tak Puasa Siap Makan Di Restoran Tanpa Segan Silu

Video Dah Tegur Dia Keluar Hujah Pula 4 Wanita Bertudung Tak Puasa Siap Makan Di Restoran Tanpa Segan Silu

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 334 hits
15 976 total views 15 976 views today Tular satu video di media sosial menunjukkan 4 orang wanita yang beragama islam tidak berpuasa dan makan di sebuah restoran yang dipercayai di Singapura Menerusi perkongsian di Facebook Jihair seorang w...
11 Resepi Ikan Siakap Berkuah Yang Mudah Dan Sedap Menu Special Untuk Hari Biasa Bulan Puasa

11 Resepi Ikan Siakap Berkuah Yang Mudah Dan Sedap Menu Special Untuk Hari Biasa Bulan Puasa

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 727 hits
11 Resepi Ikan Siakap Mudah Dan Sedap Menu Special Untuk Hari Biasa Bulan Puasa Ikan siakap atau juga dikenali sebagai ikan Kakap Putih merupakan ikan air tawar dan air masin Macam macam yang kita boleh masak dengan ikan siakap ni Ada banya...
Buka Puasa Di Tokyo Teppan Pavilion Makan Jepun Kita Hah

Buka Puasa Di Tokyo Teppan Pavilion Makan Jepun Kita Hah

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 528 hits
Hi Korang Muak sangat nak makan nasi hari hari untuk berbuka puasa so ktorang bertukar selera plak So jumaat lepas malas nak buka ktorang jalan jalan kat Pavilion ni amik air cond sejuk dulu hehehhe sambil jalan jalan surveylah kedai kat ar...
14 Puasa Makan Di Jaws Seafood Greenland

14 Puasa Makan Di Jaws Seafood Greenland

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 378 hits
Assalamualaikum MULA dia suruh kita masak kari ayam lepas tu Sk kata nak makan di Senoko tapi Senoko tutup rupanya bila Sk whatsapp untuk tempah meja Jadi kenalah masak kari ayam Lepas tu dia kata makan di Restoran Yeo Sekeluarga la pun tut...
15 Puasa Makan Di Pizza Hut

15 Puasa Makan Di Pizza Hut

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 388 hits
Assalamualaikum ESOK Beberapa negeri akan bercuti sempena Nuzul Al Quran termasuklah Perak Darul Ridzuan Johor Darul Takzim tak cuti sebab Johor ambil cuti Awal Ramadhan Jadi sempena Iman dapat cuti esok Sk pun sejak lebih seminggu lepas da...
Makan Laksa Penang Pukul 2 Pagi 26 Puasa

Makan Laksa Penang Pukul 2 Pagi 26 Puasa

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 491 hits
Assalamualaikum DISEBABKAN larangan merentas negeri maknanya tidaklah kami sekeluarga dapat beraya di kampung halaman Pak Inche pada tahun ini Sejak 20 tahun kahwin setiap tahun kami akan balik beraya cuma mengikut giliran raya pertama saha...
Bukan Niat Menunjuk Tapi Biar Puas Makan

Bukan Niat Menunjuk Tapi Biar Puas Makan

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 301 hits
BUKAN NIAT MENUNJUK TAPI BIAR PUAS MAKAN Assalammualaikum wbt Ada sikit beri sikit Ada banyak berilah lebih Sifir PC kalau PC ada sikit jumlah yang PC beri sikit orangnya kalau PC ada banyak jumlah yang dapat lebih ramai Kerana kuantiti apa...
Berperang Tiap Kali Makan Ubat Praktik Cara Ni Anak Rela Hati Buka Mulut

Berperang Tiap Kali Makan Ubat Praktik Cara Ni Anak Rela Hati Buka Mulut

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 517 hits
Siapa yang ada anak senang makan ubat beruntung sangat Tak perlu nak pegang kepala kaki dan tangan Hulur je picagari terus nganga mulut Tapi lain pula situasi bagi ibu bapa yang anak anak tengok ubat je menangis macam kena cubit Bukan setak...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Terkini Kadar Dividen Asb 2024

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur