19 Barangan Keperluan Yang Mesti Ada Dalam Setiap Kenderaan


sumber: google images
1. Botol air kosong saiz 1.5 liter dan ke atas Bayangkan minyak kenderaan anda habis ditengah jalan dan stesen minyak hanya beberapa meter daripada tempat anda kehabisan minyak. Di sinilah dimana botol air kosong boleh digunakan. Sekiranya terjadi begitu, anda boleh berjalan ke stesen minyak berdekatan dan isikan minyak ke dalam botol tersebut untuk diisikan kemudian ke dalam kenderaan anda

2. Telefon bimbit lama yang ditutup dan dicas penuh Telefon lama digunakan untuk membuat panggilan kecemasan sekiranya sesuatu yang buruk terjadi kepada kereta anda, dan lebih teruk jika telefon pintar yang anda gunakan setiap hari telah kehabisan bateri. Ingat, pastikan bateri telah dicas sepenuhnya! Letakkan di dalam kereta dan matikan agar baterinya tidak kehabisan. Oh ya, jangan lupa untuk topup

3. Kabel pelompat atau "jumper cables" Sebelum membeli, periksa manual kereta anda terlebih dahulu untuk mengesahkan jenis kabel yang sesuai dan selamat untuk digunakan. Ia sangat berguna sekiranya enjin kereta anda mati dan tidak boleh dihidupkan. Tapi harus ingat, kabel pelompat ini biasanya hanya dapat menyelesaikan masalah yang bersifat "short-term" dan anda mungkin perlu menggunakannya berulang kali

4. Payung. Simpan lebih daripada satu. Malaysia sangat terkenal dengan negara yang mempunyai cuaca yang tidak menentu, terutamanya hujan. Kadang kala, hujan boleh turun pada bila-bila masa, mungkin juga ketika anda sedang memandu. Payung adalah antara barangan yang paling asas yang perlu ada. Dengan adanya payung di dalam kereta, tiada masalah untuk anda pergi ke mana-mana tempat sambil mengelakkan daripada basah

5. Lampu suluh beserta bateri yang diasingkan Ya, memang ada aplikasi lampu suluh di dalam telefon pintar dan ianya sangat berguna. Tetapi ia tidak sesuai untuk digunakan di sekitar enjin yang panas atau di kawasan bawah kenderaan. Sekali terjatuh, maka rosaklah telefon itu. Satu lampu suluh yang baik boleh bertahan lebih lama dan memancar cahaya dengan lebih terang. Jangan lupa juga untuk bawa bateri ekstra bersama anda

6. Cecair WD-40 Cecair WD-40 merupakan bahan pelincir yang memberi perlindungan dari kelembapan. Ia sangat membantu dalam melonggarkan bolt atau skru ketat yang mustahil untuk dilonggarkan. Ciri-ciri yang ada pada cecair ini menjadikannya produk yang sangat berguna dalam menghapuskan kotoran dan sisa-sisa, melonggarkan skru ketat dan juga melonggarkan zip

7. Pengecas bateri tanpa wayar atau "power bank" (pastikan kuasa penuh) Sesetengah kereta mempunyai keupayaan mengecas telefon sebagai ciri-ciri standard yang ditawarkan. Walaupun begitu, power bank juga penting untuk dibawa bersama. Sekiranya, kereta anda berhenti dan anda perlu berhadapan dengan kehabisan bateri, anda mungkin tidak mempunyai kebolehan untuk mengecas telefon. Tetapi pastikan power bank anda telah dicas sepenuhnya sebelum digunakan

8. Duit kecemasan Duit kecemasan yang perlu disimpan tidak semestinya sehingga beribu-ribu ringgit. Sedikit wang kecemasan mampu menjadi tidak ternilai jika anda berada dalam keadaan terdesak. Mungkin ketika kereta anda bermasalah dan rosak di tepi jalan, anda tidak mempunyai wang yang mencukupi di dalam dompet untuk mengupah tow truck atau untuk membayar servis bagi perkhidmatan lain. Sebab itulah duit kecemasan sangat penting

9. Surat khabar lama atau kain lap Barang-barang ini penting untuk mengelap kopi yang tertumpah, memeriksa minyak hitam dalam enjin kereta, membersihkan permukaan kereta yang berlumur dengan pelbagai kotoran dan macam-macam lagi

10. Alat pelbagai fungsi seperti pisau "Swiss Army" Pelbagai model pisau Swiss Army wujud, dengan kombinasi alat yang berbeza untuk tugas-tugas khusus yang direka untuk dibawa setiap hari. Fungsi yang paling biasa didatangkan adalah seperti pisau bilah utama dan bilah kecil, pencungkil gigi, pembuka botol dan tin, pemutar skru, gunting, penebuk lubang, cangkuk, gegelang kunci dan pelbagai lagi

11. Segitiga amaran Sama ada siang atau malam, segitiga amaran biasanya diletakkan 10 kaki atau 20 kaki di belakang kenderaan. Ia bertujuan memberi amaran kepada orang ramai supaya memperlahankan kenderaan. Sekiranya anda terpaksa ketepikan kenderaan anda akibat kerosakan, segitiga amaran ini sangat berguna dalam menjamin keselamatan anda di tepi jalan

12. Pita pelekat yang kuat Segulung pita pelekat yang besar boleh memperbaiki banyak perkara dan menyelesaikan banyak masalah. Anda boleh menggunakan pita pelekat dan selembar plastik untuk menutup tingkap yang pecah sebagai contoh. Selain itu, ia juga mampu menutup saluran yang bocor. Sedangkan jurutera juga menggunakan pita pelekat untuk mengenal pasti pergerakan tanah yang merekah

13. Kunci kereta kecemasan (bukan untuk disimpan dalam kereta) Lambat laun semua orang mengunci kereta mereka bersama kunci di dalam kereta. Jika anda mempunyai satu salinan kunci, tiada masalah untuk anda membuka pintu kereta yang terkunci. Kunci kereta kecemasan ini perlu disimpan dan dilekatkan pada bahagian tersembunyi di luar kereta, bukan di dalam. Di sinilah khidmat pita pelekat diperlukan. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan "magnetic key case" di mana-mana kedai perkakasan kereta berhampiran

14. Plastik sampah atau apa-apa jenis plastik Simpan beberapa plastik sampah yang besar dan "heavy-duty" di dalam kereta anda. Ia boleh digunakan untuk menutup tanah berlumpur apabila anda perlu menukar tayar dalam hujan dan sebagai poncho atau baju hujan jika diperlukan. Atau gunakan ia bersama pita pelekat untuk menutup bahagian tingkap yang pecah. Apa lagi? Anda juga boleh jadikan plastik sampah sebagai tempat buang sampah

15. Sarung tangan Sepasang sarung tangan kulit membolehkan anda untuk menyentuh bahagian panas di kawasan sekitar enjin dan bawah kereta. Anda juga boleh jadikan sarung tangan untuk menguatkan cengkaman, dan pada masa yang sama mengurangkan kesakitan tangan ketika membuka sesuatu yang ketat serta memastikan tangan anda sentiasa bersih walaupun terpaksa menukar tayar kereta

16. Pen (atau pensel) dan buku nota kecil Semasa dalam kecemasan, anda tidak boleh hanya mengharapkan telefon pintar anda untuk menyimpan sesuatu maklumat. Gunakan cara tradisional dengan pen dan kertas untuk mencatat beberapa nota penting. Ia juga berguna apabila anda terpaksa membuat "double park" disebabkan terlalu sesak. Anda boleh tuliskan nama dan nombor telefon di atas kertas dan pamerkannya di cermin jika kereta di depan anda ingin meninggalkan parking tersebut

17. Pemotong tali pinggang dan pemecah tingkap (alat dwifungsi) Jangan pandang rendah pada alat ini. Memang ia nampak kecil dan tidak gagah seperti penukul. Tetapi walaupun kecil, ia mampu memecahkan tingkap kereta dan memotong tali pinggang dengan sekelip mata. Sangat berguna apabila tali pinggang tersangkut akibat kemalangan dan jika anda terperangkap dalam kereta. Tak percaya? Cuba dulu baru tahu

18. Gunting tajam dan besar Selain pemotong tali pinggang, gunting juga boleh digunakan untuk memotong objek. Gunting yang dimaksudkan bukan gunting kecil yang tumpul ataupun gunting yang digunakan untuk bercukur. Anda perlu menyediakan gunting yang besar dan tajam yang mampu untuk memotong objek yang agak keras

19. Kit pertolongan cemas yang paling asas Anda tidak perlu menyimpan kit kecemasan yang besar dan mahal tetapi cukup sekadar mempunyai kit kecemasan kecil. Walaupun kecil, ia masih mampu membuat perbezaan yang besar. Perkakas seperti pembalut, salap anti-bakteria, dan pelega kesakitan bukan hanya dibawa ketika bercuti sahaja. Biasanya, kit kecemasan juga akan didatangkan dengan poncho atau baju hujan, gunting kecil, kapas dan lain-lain
sumber
Banyak juga barang tu yang perlu ada... saat-saat tak terduga kan... kita tak la panik sangat kalau apa-apa berlaku... 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdz.com/2014/11/19-barangan-keperluan-yang-mesti-ada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersedia Menghadapi Hari Dengan Setiap Hirupan Nescaf Iced Barista Style Coffee

Bersedia Menghadapi Hari Dengan Setiap Hirupan Nescaf Iced Barista Style Coffee

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 281 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Dengan masa yang seiring bergerak pantas kita sudah terbiasa dengan menggalas pelbagai tanggungjawab Menghadapi waktu kerja ya...
Anda Tak Tahu Saya Kemurungan Setiap Hari Jessi Penat Terima Komen Negatif Ketika Live

Anda Tak Tahu Saya Kemurungan Setiap Hari Jessi Penat Terima Komen Negatif Ketika Live

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 158 hits
Umum mengetahui bahawa Jessi sentiasa cuba berkomunikasi dengan peminat menerusi Instagram Live di akaun media sosialnya ARTIKEL BERKAITAN Selepas tamat menyertai Festival Bom Air baru baru ini penyanyi itu sempat berbual bersama peminat da...
Setiap Kali Pru Mahathir Cari Melayu

Setiap Kali Pru Mahathir Cari Melayu

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 315 hits
Oleh Sirajuddin AhmadMungkin kisah Mat Kilau menjadi inspirasi Mahathir Berita tersebar semalam berkaitan Tun Mahathir akan tubuhkan sebuah gagasan baru terdiri dari parti parti Melayu Islam dan dibantu oleh NGO NGO Melayu Islam
Pengusaha Restoran Ini Kongsi 6 Resipi Menu Makan Tengahari Mudah Masak Setiap Hari

Pengusaha Restoran Ini Kongsi 6 Resipi Menu Makan Tengahari Mudah Masak Setiap Hari

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 215 hits
Bila tiba waktu makan tengahari pasti ada ibu ibu yang pening memikirkan menu lauk yang mahu dimasak Walaupun memang setiap hari menyediakan sajian di dapur pasti akan ada harinya dimana tiba tiba jadi buntu Jangan risau saudari pemilik Sha...
Apa Mimpi Yang Paling Kerap Di Lalui Oleh Penduduk Di Setiap Negara Di Dunia

Apa Mimpi Yang Paling Kerap Di Lalui Oleh Penduduk Di Setiap Negara Di Dunia

papar berkaitan - pada 13/8/2022 - jumlah : 218 hits
Mimpi adalah perkara biasa yang semua manusia alami Setakat ini belum pernah saya jumpa orang yang tak ada pengalaman bermimpi sekalipun dalam hidupnya Mungkin tak wujud manusia sebegitu Seingat saya mimpi paling kerap yang saya lalui ketik...
Kerajaan Cadang Bina Litar Di Setiap Negeri Untuk Bangunkan Sukan Permotoran

Kerajaan Cadang Bina Litar Di Setiap Negeri Untuk Bangunkan Sukan Permotoran

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 208 hits
The ReporterFoto The StarKerajaan bercadang untuk membina sebuah litar khusus bagi perlumbaan drag di setiap negeri dalam usaha memperkasakan program pembangunan sukan permotoran dalam negara Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob b...
Bagaimana Cara Jana Pendapatan Pasif Setiap Bulan Dengan Copytrade

Bagaimana Cara Jana Pendapatan Pasif Setiap Bulan Dengan Copytrade

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 320 hits
Bagaimana Cara Jana Pendapatan Pasif Setiap Bulan Dengan Copytrade Tentu ramai yang tercari cari peluang bagaimana cara jana pendapatan pasif setiap The post appeared first on
Setiap Hari Jumaat Mcm Tu Gelagat Monyet Kepan4san Lepas Sentuh Seat Motosikal Buat Ramai Terhibur

Setiap Hari Jumaat Mcm Tu Gelagat Monyet Kepan4san Lepas Sentuh Seat Motosikal Buat Ramai Terhibur

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 215 hits
Biarpun spesis haiwan ini banyak berkeliaran di hutan berhampiran kediaman namun monyet atau pun kera juga ada yang dipelihara untuk tujuan tertentu Monyet adalah seekor haiwan yang pintar Boleh dikatakan haiwan tersebut memiliki kepintaran...
Awani Ringkas Proton Jual Kenderaan Elektrik

Awani Ringkas Proton Jual Kenderaan Elektrik

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 179 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIV...
Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Senarai Cawangan Bank Simpanan Nasional Di Negeri Kelantan

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Kes Buang Bayi Wanita Berusia 29 Tahun Direman

Doorgift Kenduri Dapat Numee Gardenia

Iftar 2025 Dengan Buffet Murah Iftar Citarasa Nusantara Fbi Bayu Event Hall Jb

Hajiji S Strategic Moves Reshape Sabah S Politics In 2024 A Year Of Political And Infrastructure Transformation

5 Pelajaran Berharga Daripada Surah Al Mulk

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep