17 Kertas Siasatan Ke Atas Lokman Adam Hak Kebebasan Bersuara Sudah Menjadi Arwah Di Bawah Rejim Ph



Polis mahu Lokman dikenakan sekatan buat kenyataan provokasi - MalaysiaKini
[30 Oktober 2019]Polis akan mencadangkan agar Jabatan Peguam Negara mengenakan bon (sekatan) mahkamah terhadap Lokman Adam bagi menghalang pemimpin Umno itu dari mengeluarkan kenyataan di media sosial yang boleh merosakkan keharmonian di negara.Perkara itu dimaklumkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, berikutan kenyataan Lokman pada 27 Oktober yang berbunyi "Bersiap sedia untuk peperangan paling dahsyat".Ahli Majlis Tertinggi Umno itu menuduh Dr Mahathir Mohamad cuba menggunakan kuasa sebagai perdana menteri untuk menghalang presiden PKR, Anwar Ibrahim menggantikannya untuk jawatan itu.Susulan itu, polis sudah mengesahkan bahawa akaun Facebook yang menyiarkan kenyataan tersebut adalah milik Lokman."Hasil semakan pihak polis, kita dapati Lokman telah kita siasat (melibatkan) sebanyak tujuh kertas siasatan terhadapnya di bawah Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), dan di kontinjen-kontinjen lain, ada sepuluh kertas siasatan lain."Kesemuanya 17 kertas siasatan. Dia ada banyak kenyataan yang mendatangkan provokasi dan membangkitkan ketidaktenteraman pada orang awam dan negara," kata Huzir kepada media di Bukit Aman hari ini.Bulan ini, Lokman didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan menghasut atau berkemungkinan menghasut orang awam melakukan kesalahan terhadap komuniti lain, di mana beliau mengaku tidak bersalah."Pertama kita kenakan syarat-syarat tambahan kepada jaminan dia yang mana kes dalam perbicaraan."Dia pernah kena tuduh sebelum ini. Sekiranya mahkamah setuju, dia hendaklah lapor diri di balai setiap bulan, bagi memastikan sekiranya dia lakukan lagi kesalahan-kesalahan yang dia sering lakukan."Kedua, untuk jaminan menjaga keamanan. Majistret sekiranya berpendapat orang itu kemungkinan lakukan pecah amanah, dia boleh dikenakan bon. Dia kena jaga diri dia supaya tak memecahkan keamanan selama tempoh yang dikenakan," katanya.Lokman dikenali sebagai pembela tegar bekas perdana menteri Najib Razak dalam protesnya terhadap kerajaan Pakatan Harapan, dan secara aktif mengeluarkan kenyataan menerusi media sosial.Pada Mac lalu, Lokman dan empat orang lagi terlibat dalam kekecohan dengan pelajar Universiti Malaya dan wartawan.Pada Jun lalu pula, Lokman ditangkap oleh polis kerana menghalang penguatkuasa daripada menjalankan tugas mereka dan menggunakan bahasa kasar terhadap polis apabila rumahnya digeledah di Kajang Hillpark.
Lokman sebelum ini juga mengeluarkan kenyataan tentang video seks yang didakwa melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.Dalam perkembangan berasingan, Huzir berkata pihak polis sedang menyiasat pengguna Facebook yang dikenali sebagai Maran Muniandy kerana memuat naik catatan provokasi berhubung Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012."Kita telah mengenal pasti dia dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya," kata Huzir.Rujuk MalaysiaKini
17 KERTAS SIASATAN KE ATAS LOKMAN ADAM : SEMAKIN HARI KEBEBASAN BERSUARA RAKYAT SEMAKIN DISEKAT DIBAWAH PAKATAN HARAPAN
Terkini, Pakatan Harapan mahu tutup mulut saya dari bersuara dengan mengenakan bon keatas diri saya bagi menghalang saya dari menyuarakan hak rakyat dan menegur kepincangan Pakatan Harapan

Secara tiba-tiba ada 17 kertas siasatan dibuka ke atas saya pula ( Rujuk artikel di atas ). Apa yang mereka takut sangat dengan kenyataan saya? Masih hendak nafikan hakikat bahawa Mahathir dan Anwar akan perang (menentang satu sama lain) tidak lama lagi? Ianya bukan rahsia lagi bahawa Mahathir memang tidak akan menyerahkan kerusi Perdana Menteri kepada Anwar

Saya mahu tegaskan kepada Tun Mahathir, sejak beliau menjadi Perdana Menteri semula, hak bersuara rakyat telah kembali musnah. Bila saya buat laporan Polis keatas Peguam Negara berhubung isu Adib, saya telah dilokap. Bila saya report polis berhubung Video Azmin Semburit, sekali lagi saya dilokap.  Bila saya hentikan provokasi Mahasiswa DAP yang biadap di hadapan University Malaya, saya pula didakwa sedangkan Mahasiswa tersebut bebas sehingga beliau melakukan provokasi sekali lagi dihadapan Sultan Nazrin ketika Majlis Konvokesyen pula.  Bila saya buat report polis keatas penyebar screen shot gambar Arwah Syed Daniel memegang pemukul solfball dari kamera isteri Yew Wei Liang, pihak yang membocorkan bukti tersebut tidak disiasat, malah saya pula didakwa

Kerajaan Pakatan Harapan hari ini semakin terdesak menutup mulut saya apabila mereka mula menutup akaun Facebook saya, Instagram dan youtube saya.  Apabila saya membuat laporan polis berhubung pengakuan Datuk Amhari mengambil rasuah USD 200,000 dari Jho Low, terima gaji RM25,000 sebulan dari syarikat swasta dan terima RM3.7 juta dalam akaunnya di BSI Swiss, saya pula hendak didakwa menghina mahkamah.  Ini belum lagi saya senaraikan, nama-nama pimpinan Pakatan Harapan yang telah digugurkan pendakwaan mereka oleh Jabatan Peguam Negara

Itupun masih ada pimpinan UMNO yang mahu menjayakan agenda Hishammuddin Hussein mengheret MP BN memberikan nyawa kepada diktator tua ini.  Kita telah berjaya mengharungi segala rintangan sepanjang tempoh 17 bulan menentang rejim Mahathir-DAP ini.  Rakyat kini berdiri teguh dibelakang BN dan PAS.  Tidak ada sebab kita perlu tunduk dengan regim zalim ini. Jentera BN seluruh negara perlu memastikan PPBM kalah di Tanjung Piai.  Kemenangan BN di Tanjung Piai akan memberikan isyarat jelas bahawa kepimpinan Mahathir ditolak oleh Rakyat dan Mahathir wajib menyerahkan kembali kuasa kepada rakyat untuk memilih kerajaan baru dengan membubarkan Parlimen

Dato’ Lokman Noor bin AdamAhki MT UMNO30hb Oktober 2019

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaramelayubaru.blogspot.com/2019/10/17-kertas-siasatan-ke-atas-lokman-adam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kebebasa Bersuara Bukan Kebebasan Menjadi Bodoh

Kebebasa Bersuara Bukan Kebebasan Menjadi Bodoh

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 273 hits
1 Setiap orang mempunyai hak untuk bersuara dan menyatakan pandangan Nak protes tak salah tapi tengok pada tempat masa dan keadaan 2 Majlis konvekesyen adalah hari gembira yang sangat bermakna untuk para graduan dan ibu bapanya Merosakkan h...
Perlembagaan Hanya Tinggal Atas Kertas Jika Anwar Jadi Pm

Perlembagaan Hanya Tinggal Atas Kertas Jika Anwar Jadi Pm

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 325 hits
Oleh Siti Hafidah Abd GhaffarBANGI Isu Perlembagaan dan peruntukan yang ada hanya akan tinggal di atas kertas sahaja sekiranya Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad Naib Presiden ...
Farah Atas Bot Di Sungai Sentuh Air Tiba Tiba Isteri Arwah Pitt Hanif Kongsi Saat Cemas Pertemuan Terakhir

Farah Atas Bot Di Sungai Sentuh Air Tiba Tiba Isteri Arwah Pitt Hanif Kongsi Saat Cemas Pertemuan Terakhir

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 435 hits
Genap lima hari pemergian Allahyarham Mohd Firdaus Mohd Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif isteri beliau Farah Ahmad menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang usaha pencarian suaminya itu Kenyataan...
Eyra Hazali Sah Menjadi Isteri Kepada Penjaga Gol Skuad Bola Sepak Bawah 23 Tahun Negara

Eyra Hazali Sah Menjadi Isteri Kepada Penjaga Gol Skuad Bola Sepak Bawah 23 Tahun Negara

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 341 hits
Alhamdulillah Tahniah sis ucapkan kepada pelakon jelita Eyra Hazali yang sah menjadi seorang isteri dengan sekali lafaz kepada penjaga gol skuad bola sepak bawah 23 tahun negara Muhammad Haziq Nadzli malam tadi Majlis akad nikah itu telah d...
Polis Sedang Lengkapkan Kertas Siasatan Kes Hina Agama Islam

Polis Sedang Lengkapkan Kertas Siasatan Kes Hina Agama Islam

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 458 hits
GEORGE TOWN 18 Oktober Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes seorang lelaki yang ditahan kerana disyaki menghina agama Islam di laman sosial baru baru ini Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata pol...
Bicara Kes Saman Waytha Terhadap Lokman Adam 8 Jun Tahun Depan

Bicara Kes Saman Waytha Terhadap Lokman Adam 8 Jun Tahun Depan

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 232 hits
Bicara kes saman Waytha terhadap Lokman Adam 8 Jun tahun depan Dikemas kini 17 minit yang lalu Diterbitkan pada 1 Nov 2019 1
P Waytha Moorthy Saman Fitnah Lokman Noor Adam

P Waytha Moorthy Saman Fitnah Lokman Noor Adam

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 345 hits
Saman Fitnah P Waytha Moorthy terhadap Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam berhubung ucapan berbaur fitnah membabitkan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim bermula 8 Jun tahun depan KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi har...
Polis Mahu Lokman Adam Dikenakan Bon Mahkamah Sekat Buat Kenyataan Provokasi

Polis Mahu Lokman Adam Dikenakan Bon Mahkamah Sekat Buat Kenyataan Provokasi

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 431 hits
Polis akan mengemukakan cadangan supaya Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam dikenakan bon mahkamah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata pandangan itu akan dikemukakan kepada Timbalan Pend...
Kpn Asyik Tukar Pegawai 29 000 Kertas Siasatan Jenayah Belum Selesai

Kpn Asyik Tukar Pegawai 29 000 Kertas Siasatan Jenayah Belum Selesai

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 257 hits
Tan Sri Abdul Hamid Bador memberi amaran bahawa setiap fail siasatan yang dibuka tidak boleh dianggap lapuk dan bukan senang untuk dibuang Foto oleh Firdaus LatifKUALA LUMPUR 6 Nov Sejumlah 29 000 kertas siasatan melibatkan kes kes jenayah ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat