17 Jenis Pengeluaran Kwsp Yang Boleh Dibuat Sebelum Pencen


Mungkin ramai yang ingat pengeluaran KWSP hanya boleh dibuat untuk beli rumah.
Sebenarnya, KWSP membenarkan pengeluaran penuh atau sebahagian dari simpanan untuk memenuhi keperluan tertentu berhubung kait dengan persaraan selari dengan polisi KWSP sedia ada.

Terdapat 17 jenis pengeluaran sebahagian yang boleh dibuat sebelum pengeluaran penuh pada 55 tahun bagi memudahkan ahli KWSP membuat persediaan bagi menghadapi persaraan yang lebih selesa.

Berikut adalah jenis pengeluaran Akaun 1 dan Akaun 2 yang dibenarkan.
1. Pengeluaran Umur 50 Tahun KWSP Anda boleh membuat sekali sahaja pengeluaran sebahagian ataupun kesemua simpanan Akaun 2 apabila mencapai umur 50 tahun untuk digunakan sebagai persediaan untuk persaraan anda.
Syarat-syarat:
Berumur di antara 50 hingga sebelum mencapai umur 55 tahunMempunyai simpanan dalam Akaun 2Boleh membuat sekali sahaja pengeluaran sebahagian ataupun kesemua simpanan Akaun 2 2. Pengeluaran Pendidikan Ahli KWSP boleh membuat pengeluaran KWSP daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri atau anak-anak di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

Wang yang boleh dikeluarkan adalah berdasarkan jumlah yuran pengajian / baki pinjaman pendidikan ATAU kesemua simpanan dalam Akaun 2 (mengikut mana yang lebih rendah).

Ini termasuklah yuran hostel dan penginapan serta penerbangan sehala untuk pelajar tahun pertama yang belajar di luar kawasan/luar negara
Syarat-syarat:
Berumur 55 tahun ke bawahMempunyai simpanan dalam Akaun 2Masih meneruskan atau telah menamatkan – pengajian peringkat diploma atau setarafSedang belajar dalam Institusi Dalam Negara (sepenuh masa, separuh masa, program jarak jauh dan francais) ATAU Institusi Luar Negara (sepenuh masa)Ahli/ Anak ahli yang berhenti/ gagal/ tidak tamat/ tarik diri dari pengajian dibenarkan 3. Pengeluaran KWSP Untuk Beli Rumah Ahli KWSP juga boleh membuat pengeluaran Akaun 2 bagi membiayai pembelian rumah sama ada rumah daripada pemaju, individu, atau unit lelongan.
Syarat-syarat:
Umur bawah 55Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2Membeli rumah kediaman (iaitu jenis banglo / teres /berkembar /apartmen /kondominium /apartmen studio /apartmen servis /townhouse /SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia)Pinjaman yang diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkanTidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan / Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan 4. Bina Rumah Syarat-syarat
Umur bawah 55Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2Ahli/pasangan ahli membeli tanah dan membina sebuah rumah di atas tanah tersebutPinjaman yang diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan ATAU pembiayaan sendiriTidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/ Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikanSurat Perjanjian Membina Rumah tidak melebihi tiga (3) tahun dari tarikh permohonan diterima 5. Mengurangkan Atau Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan Anda boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi mengurang/menyelesaikan baki pinjaman perumahan atau memberi bantuan pembiayaan kepada pasangan.
Syarat-syarat:
Umur bawah 55 tahunMempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2Telah membeli/membina rumah kediaman*Ahli telah didaftarkan sebagai pemilik rumah tersebutRumah kediaman telah dicaj sebagai cagaranAhli masih mempunyai baki pinjaman perumahan daripada institusi yang dibenarkanPermohonan di buat setahun sekali daripada tarikh permohonan yang sebelumnyaPinjaman yang diluluskan oleh institusi yang dibenarkan 6. Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan Dalam usaha untuk meringankan beban pemilik rumah, KWSP telah memperkenalkan Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan.

Anda boleh membuat pengeluaran KWSP dari Akaun 2 untuk membantu membayar ansuran bulanan sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan anda selesai.
Syarat-syarat:
Umur bawah 55 tahunSekurang-kurangnya RM600 di dalam Akaun 2Membeli/membina sebuah rumah kediamanMasih mempunyai tunggakan pinjaman perumahan dengan pemberi pinjaman yang diiktiraf oleh KWSPAnsuran bulanan telah bermula 7. Perumahan Fleksibel Anda boleh menggunakan simpanan KWSP kini dan masa depan untuk menguatkan lagi had kelayakan bagi mendapatkan pinjaman perumahan dari institusi kewangan.
Apakah Perumahan Fleksibel?
Sebahagian dari simpanan di dalam Akaun 2 akan diketepikan untuk Akaun Pinjaman Perumahan Fleksibel.
Semasa penilaian kelayakan pinjaman dibuat, institusi kewangan akan mengira caruman bulanan KWSP anda sebagai sebahagian dari pendapatan.
Kelayakan pinjaman yang lebih tinggi membolehkan anda membeli rumah idaman
Syarat-syarat:
Umur bawah 54 tahun Membeli/Membina rumah kediaman Ada pinjaman perumahan dengan institusi kewangan yang diiktiraf KWSP 8. Perumahan PR1MA Ahli KWSP di alu-alukan untuk menggunakan simpanan semasa dan juga simpanan kemudian hari demi mendapatkan rumah PR1MA pertama anda.
9. Pengeluaran KWSP Untuk Haji Ahli beragama Islam yang merancang untuk mengerjakan ibadat haji boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan.
Syarat-syarat:
Umur bawah 55 tahunDipilih untuk melakukan ibadat haji oleh LTHTidak pernah memohon pengeluaran hajiSimpanan di LTH tidak mencukupi 10. Kesihatan KWSP membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan untuk:
Diri sendiriIbubapa anda (kandung, angkat, tiri, mentua)Pasangan andaAdik-beradik anda (kandung) Anak-anak (kandung, angkat, tiri) Syarat-syarat:
Berumur 55 tahun ke bawahMempunyai simpanan dalam Akaun 2 Kos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikanPenyakit/ Peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh KWSPTidak mendapat rawatan alternatif TERKINI :

Melalui Bajet 2020 tempoh hari, KWSP juga dijangka akan memperkenalkan kategori pengeluaran baharu kepada pasangan yang menjalani rawatan kesuburan seperti in-vitro fertilisation (IVF).
11. Simpanan Melebihi 1 Juta KWSP memberi kelonggaran kepada ahli yang mempunyai simpanan lebih dari RM1 juta untuk membuat pengeluaran dan mengurus sendiri lebihan simpanan.
12. Hilang Upaya Pengeluaran Hilang Upaya membolehkan anda mengeluarkan semua simpanan KWSP jika keadaan keupayaan fizikal atau mental anda terjejas sehingga menghalang anda untuk bekerja.
Bagi ahli yang layak, anda akan menerima RM5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban anda.
Syarat-syarat:
Bawah umur 55 tahunAda simpanan di dalam KWSP Tidak BekerjaDisahkan oleh pegawai perubatan, telah hilang upaya fizikal atau mental Mesti dinilai oleh Lembaga Perubatan KWSP.Temujanji penilaian oleh Lembaga Perubatan KWSP akan ditetapkan ketika penyerahan permohonan di kaunter 13. Meninggalkan Negara Ahli yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah ke negara lain; atau ekspatriat; penduduk tetap (PR); atau pekerja asing yang kembali ke negara asal, boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanannya di KWSP.
14. Meninggal Dunia Sekiranya anda meninggal dunia, pengeluaran KWSP anda boleh menjadi jaminan kepada orang-orang tersayang dan akan dapat membantu meringankan beban kewangan serta menampung perbelanjaan pengurusan pengebumian.

Oleh itu, pastikan anda membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat anda mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang kesulitan.

Ahli keluarga yang di bawah tanggungan anda juga akan dipertimbangkan untuk menerima satu bayaran Bantuan Kematian bagi membantu mereka dalam waktu kesulitan.
15. Pekerja Berpencen / Persaraan Pilihan Pekerja sektor awam boleh membuat pengeluaran sekali sahaja sebelum umur 55 tahun setelah diberikan taraf Pekerja Berpencen.
Syarat-syarat:
Umur bawah 55 tahunPekerja dalam sektor awam / Kementerian Pertahanan / Perkhidmatan Tentera dan mencarum dalam KWSP Diberi taraf berpencen oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) *Definisi pekerja berpencen ialah pekerja yang telah diletakan dalam jawatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, yang menjelaskan pengambilan pekerja di dalam perjawatan berpencen oleh Kerajaan Malaysia ataupun Kerajaan Negeri atau badan kuasa berkanun atau tempatan.
16. Pengeluaran KWSP Umur 55 Tahun Apabila mencapai umur 55 tahun, caruman yang diterima ke dalam Akaun 1 dan Akaun 2 anda akan digabungkan ke dalam Akaun 55.

Anda boleh mengeluarkan kesemua atau sebahagian daripada simpanan daripada akaun ini pada bila-bila masa.

Sekiranya anda memilih untuk terus bekerja selepas umur 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 60 tahun.
17. Pengeluaran KWSP Umur 60 Tahun Pengeluaran ini merupakan lanjutan daripada pengeluaran umur 55 tahun, dan ia memenuhi keperluan ahli yang memilih untuk melanjutkan umur persaraan dan sambung bekerja selepas umur 55 tahun.
Pada umur 60 tahun, kesemua simpanan yang terkumpul dalam Akaun 55 (jika ada) dan Akaun Emas akan digabungkan untuk pengeluaran.
Anda boleh memilih untuk membuat pengeluaran secara sekali gus atau sebahagian pada bila-bila masa untuk membiayai persaraan anda.
Cara Memohon Pengeluaran KWSP Pengeluaran KWSP boleh dimohon secara manual dengan mengisi borang melalui kaunter, kios atau melalui i-Akaun KWSP.
Anda juga boleh memohon pengeluaran secara online melalui i-Akaun KWSP.

Untuk maklumat lanjut berkaitan proses pengeluaran beserta dokumen yang diperlukan, rujuk maklumat terkini dari laman web KWSP di SINI.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/pengeluaran-kwsp/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pengeluaran-kwsp

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengumuman Kwsp Skim Program Pengeluaran I Sayang Kwsp L Semak Kelayakan Bayaran Anda

Pengumuman Kwsp Skim Program Pengeluaran I Sayang Kwsp L Semak Kelayakan Bayaran Anda

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 292 hits
Pengumuman KWSP Skim Program Pengeluaran I SAYANG KWSP l Semak Kelayakan Bayaran Anda Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan melancarkan kemudahan i Sayang pada suku pertama 2022 mengikut pengumuman oleh pengerusi KWSP Pengumuman daripada piha...
Permohonan Pengeluaran Khas Rm10 000 Kwsp 2 0 2022

Permohonan Pengeluaran Khas Rm10 000 Kwsp 2 0 2022

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 446 hits
Baru baru ini heboh di media sosial apabila ramai rakyat mahu dan mengharapkan agar Pengeluaran Khas KWSP 2 0 dilakukan sekali lagi Ramai rakyat yang terkesan dengan covid 19 dan kenaikan harga barangan baru baru ini Oleh itu baru baru ini ...
Pengeluaran Khas Terakhir Kwsp

Pengeluaran Khas Terakhir Kwsp

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 456 hits
Hangat diperkatakan di media sosial tentang Pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 2 0 sebanyak RM10 000 Rata rata rakyat menginginkan agar Pengeluaran Khas KWSP 2 0 diteruskan untuk keberlangsungan hidup rakyat Tapi tahukah an...
Ibu Hamil Tak Boleh Tinggal Buah Doktor Kongsi Jenis Buah Yang Baik Untuk Diambil

Ibu Hamil Tak Boleh Tinggal Buah Doktor Kongsi Jenis Buah Yang Baik Untuk Diambil

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 130 hits
Keperluan nutrisi yang anak dalam kandungan dapat bergantung pada apa yang ibu makan Sebab tu kena pilih makanan yang baik baik untuk dibawa masuk ke perut supaya anak dapat khasiatnya sama Ibu mengandung tak boleh tinggal buah Tinggalkan m...
Ppbu Bank Rakyat Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah 2022

Ppbu Bank Rakyat Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah 2022

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 196 hits
Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Bank Rakyat 2022 akan dibuka mulai 1 Julai hingga 12 Ogos 2022 Permohonan Pembiayaan Pendidikan Yayasan Bank Rakyat ini adalah terbuka untuk semua peringkat pengajian Yayasan Bank Rakyat membuka t...
Edit Filem Pun Saya Boleh Nangis Inikan Pula Hal Rumah Tangga Syamsul Yusof

Edit Filem Pun Saya Boleh Nangis Inikan Pula Hal Rumah Tangga Syamsul Yusof

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 212 hits
Meskipun dilihat tenang pelakon dan pengarah filem Syamsul Yusof mengakui berdepan tekanan berat berhubung isu rumah tangganya yang menjadi perhatian ramai ketika ini Menurut laporan Harian Metro pengarah filem Mat Kilau itu berkata sebagai...
Bosan Dengan Tempat Makan Biasa Ini Kafe Menarik Yang Boleh Dikunjungi Di Kuala Lumpur

Bosan Dengan Tempat Makan Biasa Ini Kafe Menarik Yang Boleh Dikunjungi Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 215 hits
Hujung minggu tak tahu nak pergi mana Jangan risau banyak kafe kafe menarik dan aesthetic dekat Kuala Lumpur yang korang boleh explore dengan kawan kawan ataupun ahli keluarga 6 Feeka Coffee Roasters var currentUrlTwo window location hostna...
Aktiviti Fun Macam Ni Bantu Tajamkan Skil Motor Halus Anak Ibu Pun Boleh Join Main

Aktiviti Fun Macam Ni Bantu Tajamkan Skil Motor Halus Anak Ibu Pun Boleh Join Main

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 154 hits
Alih perhatian anak kecil kita dari gajet apa kata mak ayah cuba asah kemahiran motor halus anak anak di rumah sebaiknya Apa kemahiran motor halus anak dan apa aktiviti yang boleh merangsang mereka Ini yang mak ayah perlu tahu Kemahiran mot...
Video Zuwa Pun Boleh Laaa Gelagat Fatima Panggil Ibunya Fazura Undang Tawa Ramai

Video Zuwa Pun Boleh Laaa Gelagat Fatima Panggil Ibunya Fazura Undang Tawa Ramai

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 149 hits
Pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura merupakan antara pasangan yang sama cantik sama padan Dengan kehadiran cahaya mata pertama mereka Nur Fatima rumahtangga pasangan ini semakin ceria dan bahagia Kata Fazura lagi tiada kata kata y...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

What You Should Know About New Construction Plumbing



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masak Lemak Ikan Bawal Cermin Dengan Belimbing Buluh

Utilizing Crowdfunding For Business

Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Juyaya Semun Ngintu Gawai Chord

Bahaya Kemiskinan By Dr Hm Rakib S H Pekanbaru Riau