16 Pekerja Jadi Korban Virus




Johor Bahru: "Mereka mungkin tidak mengerti nilai nyawa 16 mangsa termasuk arwah suami saya yang terkorban akibat jangkitan Covid-19 kerana mereka tidak mengharungi detik yang kami lalui ini," kata Nancy Endi, 41.
Nancy berkata, suaminya, Hani Sha'ari, 43, adalah mangsa ke-16 terkorban akibat jangkitan Covid-19 ketika bekerja sebagai ketua juruteknik di sebuah syarikat elektronik di Tanjung Agas, Tangkak di sini.
Menurutnya, suami yang disahkan positif Covid-19 pada 13 Julai lalu dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC), Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, 16 Julai sebelum dipindahkan ke sebuah hospital di Melaka pada 19 Julai lalu.
Katanya, pada 19 Julai lalu, dia dan dua anak berusia 4 dan 12 tahun turut disahkan positif Covid-19 manakala dua lagi anaknya didapati negatif.
"Kali terakhir kami bertemu dengan arwah suami adalah sebelum dibawa ke MITC manakala ketika saya dan anak mula dikuarantin di MITC pada 20 Julai lalu, suami sudah dirujuk ke hospital kerana keadaannya tidak stabil.
"Ada ketikanya, dia mampu ketawa ketika berkomunikasi menerusi telefon, malah dia juga pernah juga tercungap-cungap ketika berbual kerana dakwa sesak nafas," katanya.
Nancy berkata, kali terakhir berbual dengan suami pada tengah hari 26 Julai lalu dan bercadang membuat panggilan video pada waktu malam hari berkenaan bagi mengubati rindu terhadap teman hidupnya.
Bagaimanapun, katanya, pada jam 10 malam pada 26 Julai lalu dia menerima panggilan daripada pihak hospital yang memaklumkan suami terpaksa ditidurkan.
Katanya, dia hanya mampu berdoa setiap hari supaya suami diberi kesembuhan.
"Bagaimanapun, Allah lebih menyayanginya. Pada awal pagi hari ini iaitu pada jam 5.40 pagi, saya menerima khabar berkaitan pemergian suami.
"Arwah suami seorang yang penyayang dan suka bermanja dengan saya, saya tidak sangka tiba-tiba dia sudah dijemput Ilahi serta pesanan terakhirnya adalah supaya saya menjaga anak dan solat.
"Yang paling saya terkilan, saya tidak mampu melihat dan memeluk jenazahnya buat kali terakhir serta jenazah akan dikebumikan jam 8.30 malam ini (semalam) di tanah perkuburan di Melaka.
"Arwah suami dari Bukit Gambir dan sekurang-kurangnya adik-beradik serta anak sulung kami dibenarkan hadir ke majlis pengebumian," katanya.
Nancy bercadang menyaman majikan suami yang tidak menutup operasi kilang walaupun terdapat kes jangkitan Covid-19 di premis berkenaan.
"Bukan seorang atau dua, sudah 16 orang meninggal dunia dan adalah majikan fikir pampasan dapat menggantikan nyawa yang terkorban termasuk suami yang sudah bekerja selama 23 tahun.
"Saya dari Indonesia tiada pengalaman bekerja dan buntu memikirkan nasib anak kerana semua masih bersekolah dan mereka juga dalam tekanan kerana kehilangan insan kesayangan yang tiada pengganti.
"Doktor juga menyatakan darah saya masih ada kuman dan saya kuatkan semangat demi anak," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pemuda Puteri Malaya Bersatu (Perimau) Johor, Mohd Ridhwan Othman berkata, pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan sesuai sebelum bencana menimpa kumpulan pekerja kilang berkenaan semakin buruk.
"Kami menggesa kementerian berkaitan mengambil kira nasib pekerja dan keluarga masing-masing.
"Kami bukan meminta kilang itu ditutup 14 tahun sebaliknya 14 hari demi keselamatan ramai.
"Setakat ini, masih tiada tindakan terhadap pemilik dan pengusaha kilang berkenaan oleh pihak berkuasa, ia seharusnya ditutup bagi memberi ruang kepada siasatan dan proses sanitasi," katanya.
Sumber : Harian Metro

 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lagiberita.blogspot.com/2021/07/16-pekerja-jadi-korban-virus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Johor Tak Benarkan Korban Di Masjid Surau

Johor Tak Benarkan Korban Di Masjid Surau

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 378 hits
JOHOR TAK BENARKAN KORBAN DI MASJID SURAU JOHOR BAHRU Johor tidak membenarkan pelaksanaan ibadah korban termasuk aktiviti sembelihan memotong menimbang dan mengagihkan daging di masjid dan surau sempena sambutan Hari Raya Aidiladha bulan de...
Sweetnya 13 Gaya Sedondon Selebriti Bersama Anak Kecil Sambut Hari Raya Korban

Sweetnya 13 Gaya Sedondon Selebriti Bersama Anak Kecil Sambut Hari Raya Korban

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 549 hits
Walaupun negara masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan namun umat islam tetap menyambut hari raya korban walaupun tiada aktiviti ziarah dibenarkan dan perlu duduk di rumah sahaja Ianya bukanlah penghalang untuk kita tidak merai...
Malam Hari Raya Korban Orang Ramai Desak Azmin Berkorban Letak Jawatan

Malam Hari Raya Korban Orang Ramai Desak Azmin Berkorban Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 336 hits
FAZLI RADZIPerutusan Hari Raya Aidiladha oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali malam ini hanya mengundang deretan kecaman dan sindiran warganet Orang ramai dilihat terus menempelak Ahli Parlimen Gom...
Ketupat Tak Laku Daging Korban Tak Laris

Ketupat Tak Laku Daging Korban Tak Laris

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 267 hits
Ketupat tak laku daging korban tak laris Permintaan ketupat sejuk beku sempena Hari Raya Aidiladha pada kali ini turun lebih 50 peratus berbanding Hari Raya Aidilfitri lalu Pengusaha Ketupat Palas Kubang Sepat Muhammad Shauqee Che Halim 29 ...
Raya Haji Dan Korban

Raya Haji Dan Korban

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 361 hits
Assalamualaikum Hai Rasa macam baru je Raya Puasa kan Tetiba dah Raya Haji pulak Tak sedar masa berlalu sebab terperap je dalam rumah Haish Bila la nak berakhir pandemik covid19 ni tak tau Cemuih dah sebenarnya Tapi itulah Ujian Allah buat ...
Tim Sar Fokus Cari Korban 17 Kapal Tenggelam Di Pontianak Ke Arah Utara

Tim Sar Fokus Cari Korban 17 Kapal Tenggelam Di Pontianak Ke Arah Utara

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 296 hits
Tim SAR gabungan dari Badan SAR Nasional dan TNI AL memperpanjang proses pencarian dan evakuasi korban tenggelamnya 17 kapal di perairan Pontianak Kalimantan Barat selama tiga hari hingga Jumat
Tudia Tukar Daging Korban Dengan Alat Ganti Motosikal

Tudia Tukar Daging Korban Dengan Alat Ganti Motosikal

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 338 hits
Seorang lelaki menipu ibunya konon tidak mendapat agihan daging korban yang banyak kerana menggunakannya untuk mendapatkan alat ganti motorsikal FacebookTukar daging korban dengan alat ganti motosikalJAKARTA Seorang lelaki di Indonesia terg...
Ikut Merasa Iba Dewi Perssik Tampung Hingga Pekerjakan Korban Phk Yang Terkena Dampak Pandemi

Ikut Merasa Iba Dewi Perssik Tampung Hingga Pekerjakan Korban Phk Yang Terkena Dampak Pandemi

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 310 hits
Dewi sengaja mempercepat kepindahannya ke rumah baru agar rumah yang lama bisa ditempati oleh mereka Respek
The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

Muka Berjerawat Kena Elak Makanan Ini

Sambal Ubi Kentang Dan Ikan Bilis Dan Bab Langkah Kecemasan

Apa Chatgpt Kata Tentang Blog Ruggedmom Com

Dato M N46ir Cipta 3 Lengkapkan Trilogi Konsert

Bot Karam Di Belawai 5 Lagi Mangsa Ditemui Hari Ini

Six9game 16 May Six9game Top 27 By Kazuko


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bara Sengketa Masih Menyala

Maron Yang Berjasa Dalam Kenangan

Topstar359 8 Topstar359 Top 86 By Leia

Fullslotpg 15 May Fullslotpg Top 38 By Kayla

Nakoya1688 27 Nakoya1688 Top 10 By German

Makan Salmon Grill Kat Der Cabin Seri Alam