16 Idea Hadiah Untuk Ibu Tersayang Di Hari Istimewa


Idea Hadiah Untuk Ibu Tersayang Di Hari Istimewa | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tidak lama lagi akan tiba hari lahir ibu Sha yang tersayang. Jadi kebetulan kalau ada rezeki dapatlah meraikan hari lahir mak pada minggu hadapan jika jadi balik kampung. Terima Kasih kepada Perdana Menteri kerana mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula hari ini 10 Jun 2020. Walaubagaimanapun SOP perlu dipatuhi dalam kegembiraan dapat merentas negeri. Sebenarnya berita ini sangat dinanti-nanti kerana 1 Syawal tidak dapat disambut bersama-sama jadi bila dapat merentas negeri dapatlah pulang ke kampung bersua muka. Setelah berbincang dengan suami dan menguruskan jadual kerja masing-masing kami mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dalam masa 4 hari lagi bermula hari ini. Alhamdulillah dapatlah Sha merancang sesuatu atau hadiah untuk ibu tersayang sempena hari lahirnya


Sebenarnya hadiah yang Sha sedang fikirkan ini adalah sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah hari lahir, hari ibu atau lain-lain hari untuk meraikan seorang ibu yang telah melahirkan dan membesarkan kita. Walaubagaimanapun semuanya mengikut bajet sendiri. Apakah hadiah yang sesuai untuk hari lahir ibu? Pastinya korang pernah memberi bermacam hadia untuk ibu korang kan? Jom Sha kongsikan apa hadiah yang sedang bermain difikiran Sha sekarang ini

16 Idea Hadiah Yang Sesuai Untuk Ibu

1. Kesukaan ibu
Sebelum memikirkan apakah hadiah yang sesuai untuk ibu, kita perlu tahu terlebih dahulu apakah kesukaan ibu kita. Hal ini kerana hadiah kesukaan ibu pastinya akan menjadi ibu kita lebih gembira bukan? Cuba ingat balik, pernah tak bersembang dengan ibu dan ibu kita ada menyebut sesuatu yang beliau inginkan selama ini. Inilah waktu yang sesuatu untuk merealisasikan impian ibu kita

2. Telekung
Doa seroang ibu terhadap anak-anaknya sangatlah penting. Allah SWT juga menyebut ibu perlu diutamakan daripada orang lain terutamanya anak lelaki. Tetapi tidak kisahlah anak lelaki atau anak perempuan kita memerlukan doa dan keberkatan daripada seorang ibu. Apa kata kita hadiahkan ibu kita pakaian yang baru untuk beliau bawa ketika mendoakan kita ditikar sejadah? Mudah-mudahan dengan hadiah ini pahala juga mengalir kepada kita yang menghadiahkannya. InsyaAllah

3. Tudung
Jika ibu seorang yang bertudung, apa kata kita masuk butik dan pilih tudung yang cantik untuk dihadiahkan kepada ibu. Ibu kita yang sedia cantik pastikan akan bertambah cantik dengan tudung baru yang cantik. Bayangkan ibu kita senyum panjang lagilah cantik, hati kita pun pastinya puas hati. Kalau nak beli tudung kena pastikan juga apa warna kegemaran atau warna yang sesuai untuk warna kulit ibu kita

4. Baju
Kalau dah ada tudung yang cantik, apa kata belikan baju baru? Hadiah paling simple untuk hari lahir ibu mungkin baju, tapi pastikan kita tahu saiz baju mak kita. Kalau tidak sia-sia sahaja kita beli baju tapi tak muat atau salah saiz

5. Handbag
Antara hadiah yang ibu Sha paling suka adalah handbag. Tapi sejak mak tak sihat ni tak pasti pula mak masih suka handbag atau tidak maklumlah jarang keluar ke mana-mana seperti dahulu. Apa yang pasti Sha rasa mak masih sukakan handbag, maklumlah orang perempuan tetap orang perempuan kan


6. Belanja makan
Kalau berpeluang untuk menyambut hari lahir  bersama-sama ibu kita apa kata selain memberi hadiah berupa barang, kita bawa ibu kita keluar makan di tempat istimewa? Kalau tak dapat bawa ibu ke restoran atau tempat lain kita boleh berpakat dengan adik-beradik yang untuk masak istimewa untuk hari lahir ibu kita. Jangan lupa beli kek untuk makan sama-sama nanti ya

7. Minyak kesihatan
Bila usia ibu menjengah senja pastinya ada sahaja sakit di mana-mana. Yang punya ibu masih sihat bersyukurlah. Kalau ibu yang tak larat dan kadang-kadang waktu malam menghadapi sengal-sengal badan seperti mak Sha, memang minyak ubat perlu ada disebelah. Jadi apa kata belikan set minyak atau suplemen kesihatan untuk ibu kita


8. Kanvas gambar
Orang tua biasanya suka juga mengimbau nostalgia. Kita boleh hadiahkan kanvas gambar keluarga untuk ibu kita. Buat besar sikit untuk lekatkan ke dinding rumah. Lekatkan di bahagian yang selalu ibu kita duduk nanti senang ibu kita nak tengok nanti. Ada gambar kita kat rumah mak, nanti mak boleh tengok kita selalu tak gitu? Nanti nak pilih gambar dulu, lepas itu bolehlah tempah kanvas gambar kat mana-mana yang sedia perkhidmatan cetak kanvas ni

9. Set Minyak Wangi
Mungkin ada ibu yang sukakan minyak wangi. Apa kata kita ambil masa untuk pusing-pusing pusat beli belah untuk belikan minyak wangi yang mampu milik untuk ibu kita berwangi-wangi. Kalau ada ayah lagi, boleh jadi ayah jatuh cinta lagi pada ibu kita. Beli minyak wangi ni senang sebabnya biasa dah siap dengan kotak yang cantik, silap hari bulan dapat free gift comel lagi

10. Set memasak
Masakan ibu dikatakan masakan tersedap di dunia. Kita jangan pandai minta mak masak sedap-sedap sahaja. Cuba kita cuba tengok di dapur mak kita, masihkah lengkap alatan memasak beliau? Apa salahnya kalau kita tambah koleksi baru di dapur mak kita kan? Pasti ibu kita seronok dapat set memasak baru

11. Set Pinggan Mangkuk
Bila sebut ibu atau orang perempuan. Set pinggan mangkuk adalah antara kegemaran mereka. Tak percaya cuba tanya diri sendiri, kalau Sha memang suka cuma sebelum beli kena fikir dulu nak letak mana maklumlah ruang rumah tak banyak.. ehehehe. Kalau rumah mak Sha, satu kabinet memang khas untuk koleksi pinggan mangkuk walaupun semuanya dikeluarga setahun sekali iaitu pada hari raya atau jika ada makan-makan. Tapi tak apalah kan, kita mungkin menjadi anak kesayangan kerana pinggan mangkuk ini

12. Percutian
Antara kesukaan Sha sekarang adalah membawa mak bercuti walaupu dekat-dekat sahaja. Maklumlah Sha bergantung pada kesihatan mak sekarang. Nak bawa mak bercuti kena fikir kemudahan kerusi roda barulah senang hati. Percutian tak semestinya kena jauh, walaupun sewa hotel atau chalet di daerah lain pun dah mencukupi asalkan boleh bagi angin segar pada mak ibu kita

13.  Telefon
Bila kita tidak lagi sebumbung dengan ibu kita, kita perlukan teknologi untuk terus berhubung dan mengambil berat. Kini dengan pelbagai pilihan telefon pintar di pasaran kita boleh hadiahkan ibu kita dengan sebuah telefon bimbit dengan harga mampu milik

14. Barang kemas
Sekarang meletup-letup di media sosial dengan pilihan barang kemas dengan pelbagai nama panggilan seperti pulut dakap, gila-gila, pintal, tulang belut dan lain-lain. Sha pun baru tahu nama-nama tersebut. Kalau ada bajet lebih kita boleh cuba cari rantai, gelang tangan atau cincin yang harga mampu milik sebagai hadiah untuk ibu kita tersayang

15. Bawa mak jalan ruumah adik beradik
Nampaknya agak lama ibu kita tidak berkumpul atau berjumpa dengan adik-beradik beliau. Jika kita berada di tempat ibu kita, pastinya merindui adik-beradik kita bukan? Begitulah ibu kita juga pasti ada perasaan ingin berjumpa adik beradik walaupun beliau tak pernah menyuarakannya tambah kalau ibu kita dah tak larat nak ke mana-mana sendiri dan mengharapkan anak-anak sahaja. Beli jiwa pun adalah salah satu hadiah untuk ibu yang pasti dihargai

16. Luangkan masa dengan ibu
Jika kita tak mampu menghadiahi ibu kita dengan barangan yang mahal, ingati dan ucapkanlah selamat hari lahir untuk ibu kita tanda kita menghargai beliau. Paling best jika kita dapat luangkan masa bersama-sama ibu kita. Sha pun tak sabar nak balik kampung dan luangkan masa dengan mak kat kampung ni, harap mak seronoklah anak, menantu dan cucu-cucu balik rumah dia

16 cadangan hadiah untuk ibu ini adalah mengikut kemampuan dan bajet masing-masing. Kadang orang tua tak perlukan hadiah pun, cukuplah depan mata ada anak-anak dia. Tapi apa salahnya sebagai anak-anak kita sediakan sesuatu atau hadiah hari lahir untuk ibu yang selalu mendoakan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Harap ini membantu anda mendapat idea apakah hadiah untuk ulang tahun kelahiran ibu untuk tahun ini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shalimaryusof.com/2020/06/hadiah-hari-lahir-ibu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Intan Ladyana Terima Hadiah Istimewa Daripada Harris Alif Sempena Hari Jadi

Intan Ladyana Terima Hadiah Istimewa Daripada Harris Alif Sempena Hari Jadi

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 836 hits
Wah Selamat hari jadi Ohmedia ucapkan kepada pelakon jelita Intan Ladyana yang ke 38 Alhamdulillah seronok betul bila tengok Harris Alif memberi hadiah istimewa kepada teman wanitanya A post shared by on Jun 2 2020 at 5 04am PDTBaru baru in...
Wow Surprise Sempena Hari Lahir Mesej Anak Sulung Buat Ibu Bapa Meruntun Jiwa Ramai

Wow Surprise Sempena Hari Lahir Mesej Anak Sulung Buat Ibu Bapa Meruntun Jiwa Ramai

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 569 hits
Surprise sempena hari lahir mesej anak sulung buat ibu bapa meruntun jiwa ramai Kalau boleh saya tak nak kahwin Video kejutan istimewa dan mesej ucapan Rafidah kepada kedua ibu bapanya menjadi tular di media sosial WARGANET sebak melihat se...
Bayi Di Australia Meninggal Dunia 2 Hari Selepas Lahir Akibat Ibu Degil Amal Lotus Birth Taknak Potong Tali Pusat

Bayi Di Australia Meninggal Dunia 2 Hari Selepas Lahir Akibat Ibu Degil Amal Lotus Birth Taknak Potong Tali Pusat

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 418 hits
Anda pernah dengar istilah lotus birth Ia adalah satu amalan melahirkan bayi dengan cara tidak memotong uri sejurus bayi dilahirkan atas beberapa faktor yang diminta oleh si ibu sendiri Baru baru ini kita digemparkan dengan kematian seorang...
Penganggur Rugi Rm13 000 Tuntut Hadiah Istimewa

Penganggur Rugi Rm13 000 Tuntut Hadiah Istimewa

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 333 hits
KUANTAN Seorang penganggur mengalami kerugian RM13 000 semata mata ingin mendapatkan hadiah istimewa daripada kenalan Facebook yang baru dikenalinya Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata...
Suasana Hari Pertama Pembukaan Mal Di Ibu Kota

Suasana Hari Pertama Pembukaan Mal Di Ibu Kota

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 242 hits
Suasana Hari Pertama Pembukaan Mal di Ibu Kota Pada penerapan Pembatasan Sosial Berskala Besar transisi Pemprov DKI Jakarta membuka kembali 80 pusat perbelanjaan atau mal di wilayah Jakarta dengan standar protokol kesehatan yang ketat
Kenang 100 Hari Pemergian Ashraf Sinclair Ibu Adakan Bacaan Tahlil Atas Talian

Kenang 100 Hari Pemergian Ashraf Sinclair Ibu Adakan Bacaan Tahlil Atas Talian

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 363 hits
Pemergian Ashraf Sinclair pada awal Februaru tempoh hari benar benarn mengejutkan industri Malaysia dan juga Indonesia Suami kepada penyanyi terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari itu telah meninggal dunia ketika dalam tidur berpunca daripa...
Nak Buat Kek Birthday Anak Tapi Takut Tak Jadi Idea Ibu Ni Superb Mudahnya

Nak Buat Kek Birthday Anak Tapi Takut Tak Jadi Idea Ibu Ni Superb Mudahnya

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 585 hits
Selain membeli sahaja kek hari jadi anak ada waktunya sesekali terfikir di fikiran untuk menghasilkan kek buatan sendiri supaya lebih dihargai malah mencari kepuasan ibu ibu Namun adakalanya bukan semua yang dihasilkan menjadi dengan baik A...
Terkini Satu Kematian Dan 37 Kes Baharu Covid 19 Dilaporkan Hari Ini

Terkini Satu Kematian Dan 37 Kes Baharu Covid 19 Dilaporkan Hari Ini

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 385 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa sebanyak 37 kes positif Covid 19 baru yang dilaporkan sehingga 6 Jun 2020 jam 12 tengah hari Pertambahan kes yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif yang dilapo...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya