Makanan Viral Seperti Boba Tiramisu Dan Ramen Selamatkah Untuk Anak Ini Penjelasan Pakar


Dalam era media sosial, trend makanan viral seperti tiramisu, boba dan ramen pedas bukan sahaja menarik perhatian orang dewasa, malah turut menjadi kegilaan kanak-kanak. Namun di sebalik rupa yang cantik dan rasa yang ‘trending’, ramai ibu bapa tidak sedar bahawa makanan sebegini boleh membawa kesan buruk terhadap kesihatan anak, terutama jika diambil secara kerap dan tidak terkawal.
Artikel ini mengupas bahaya makanan viral kepada anak-anak dari aspek kesihatan fizikal, perkembangan psikologi serta tanggungjawab ibu bapa dalam membuat pilihan yang bijak untuk pemakanan anak-anak.
Kesan Jangka Pendek & Panjang Makanan Viral Terhadap Kesihatan Anak Tiramisu Mengandungi kafein daripada kopi yang boleh menyebabkan anak sukar tidur, hiperaktif, degupan jantung tinggi dan susah fokus.
Sesetengah resepi gunakan telur mentah, berisiko terkena jangkitan Salmonella (demam, muntah, cirit-birit).
Gula yang tinggi dalam tiramisu pula boleh sebabkan gigi rosak, obesiti dan mengurangkan selera makan.
Boba / Bubble Tea Sangat tinggi kandungan gula dan kadangkala mengandungi kafein.
Boleh ganggu tidur, tingkah laku dan menyebabkan anak menjadi ‘picky eater’.
‘Pearl’ yang kenyal dan kecil berisiko tinggi untuk anak bawah 5 tahun tersedak.
Kandungan pewarna dan perasa tiruan juga boleh menjejaskan sistem tubuh.
Ramen Pedas Ramen tular kaya dengan capsaicin, MSG dan garam tinggi.
Mengganggu sistem penghadaman, menyebabkan sakit perut, mual, cirit-birit.
Garam dan MSG berlebihan boleh ganggu fungsi buah pinggang, naikkan tekanan darah dan menyebabkan dehidrasi.
Menggalakkan anak suka makanan masin dan pedas – dan membentuk tabiat pemakanan tidak seimbang.
Apa Berlaku Jika Pemakanan Anak Tidak Dijaga? Jika ibu bapa terus mengabaikan kawalan pemakanan anak-anak, kesan jangka panjang yang timbul bukan kecil. Antara keburukan besar termasuk:
1. Masalah Kesihatan Kronik Obesiti sejak kecil.
Risiko diabetes jenis 2 yang meningkat.
Masalah jantung awal akibat kolesterol dan tekanan darah tinggi.
2. Tumbesaran Terencat Kekurangan nutrisi penting (zat besi, kalsium, vitamin).
Ketinggian, berat badan, sistem imun dan perkembangan otak terjejas.
3. Masalah Tingkah Laku & Fokus Anak lebih mudah meragam, agresif dan tidak boleh fokus.
Terdedah kepada gangguan emosi dan kesukaran belajar.
4. Cita Rasa Pemakanan Tidak Seimbang Anak menolak buah & sayur, hanya memilih makanan bergula, masin dan berperisa kuat.
Sukar dibentuk semula pada usia remaja.
5. Gangguan Emosi & Keyakinan Diri Anak obes lebih berisiko menjadi mangsa buli, menyebabkan kemurungan dan rendah diri.
Trend Media Sosial & Bahaya ‘Ikut-Ikutan’ Menurut Dr. Putri Zainab, kanak-kanak belajar melalui pemerhatian, ini dipanggil modeling. Bila ibu bapa sendiri terikut-ikut trend tanpa menilai, anak akan menganggap semua yang tular itu normal walaupun tidak sihat. Lama-kelamaan, anak tidak tahu beza antara makanan sihat dan sekadar ikut trend.
“Bagi setiap makanan yang viral, ibubapa perlu mengkaji dahulu isi kandungan makanan tersebut, untuk membuat penilaian sama ada makanan tersebut sesuai untuk anak mereka ataupun tidak” Katanya.
Panduan Sebelum Benarkan Anak Cuba Makanan Viral Periksa bahan kandungan – pastikan tiada bahan allergen, kafein, pengawet atau gula melampau.
Nilai sumber trend – adakah ia dimulakan oleh pakar atau sekadar influencer?
Lihat umur dan keupayaan anak – elak makanan yang mudah menyebabkan tercekik.
Rujuk pakar jika ragu-ragu – berbalik kepada pakar pemakanan atau doktor kanak-kanak.
Adakah Makanan Viral Boleh Diolah Jadi Selamat? Ya! Contohnya tiramisu boleh diganti kopi dengan serbuk koko, ditambah buah-buahan segar. Bubble tea boleh dibuat sendiri dengan jelly dari jus buah dan kurang gula. Yang penting adalah Fahami ramuan, olah dengan bijak.
Isu Amaran ‘Cancer Harm’ Pada Ramen Tular – Kenapa Ibu Bapa Perlu Ambil Serius? Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila netizen menjumpai tulisan amaran “may cause cancer” di belakang peket ramen tular dari luar negara. Ramai yang terkejut kerana ia tidak pernah diberi perhatian sebelum ini, dan lebih membimbangkan – ramai anak-anak telah pun mencuba makanan tersebut.
Menurut Dr. Putri Zainab, isu ini bukan sekadar “gimik label”, tetapi berpunca daripada kandungan bahan kimia dan pengawet tertentu yang jika diambil dalam jangka masa panjang, boleh menyumbang kepada risiko kanser, seperti yang dibuktikan melalui kajian ke atas haiwan makmal.
Walaupun pendedahan sekali atau dua kali tidak terus menyebabkan kanser, amalan membiarkan anak-anak mengambil makanan berisiko secara berulang adalah satu bentuk kelalaian yang boleh membawa kesan besar di masa hadapan.
“Pengambilan bahan-bahan kimia atau pengawet secara berlarutan dan berlebihan boleh menyebabkan kanser berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap haiwan. Oleh sebab berita yang tular tersebut, ibubapa sudah mula cakna bahawa ramen ini sebenarnya tidak sihat untuk semua golongan apatah lagi kanak-kanak. ” – Dr. Putri Zainab
Didik Anak Fikir Secara Kritis Latih anak bertanya dan menilai makanan:
“Adakah makanan ni sihat?”
“Kenapa makanan ni tular?”
“Apa kesan kalau saya makan banyak?”
Berikan pilihan makanan alternatif dan puji apabila mereka membuat pilihan bijak.
Tanggungjawab Ibu Bapa Kekal, Walaupun Trend Sentiasa Berubah Trend makanan akan sentiasa datang dan pergi. Tapi anak-anak kita tetap bergantung kepada kita dalam membuat pilihan yang betul. Jangan biarkan media sosial menentukan apa yang masuk ke dalam perut mereka.
Bermula dengan rumah, bermula dengan ibu ayah. Kawal pemakanan anak hari ini dan demi masa depan mereka esok.
The post Makanan Viral Seperti Boba, Tiramisu Dan Ramen Selamatkah Untuk Anak? Ini Penjelasan Pakar appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/makanan-viral-seperti-boba-tiramisu-dan-ramen-selamatkah-untuk-anak-ini-penjelasan-pakar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Tiba Tiba Jadi Terlalu Clingy Mungkin Tanda Emosi Didera Ini Penjelasan Doktor

Anak Tiba Tiba Jadi Terlalu Clingy Mungkin Tanda Emosi Didera Ini Penjelasan Doktor

papar berkaitan - pada 26/6/2025 - jumlah : 192 hits
Ibu ayah pernah tak alami situasi macam ni Anak yang sebelum ni ceria lasak berdikari tiba tiba berubah jadi clingy asyik nak melekat je menangis tanpa sebab tidur pun tak lena mimpi buruk Hati ibu ayah pasti rasa tak sedap kan Menurut Dr H...
Lebih 200 Anak Keracunan Di Tadika Makanan Dicemari Plumbum

Lebih 200 Anak Keracunan Di Tadika Makanan Dicemari Plumbum

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 176 hits
Anak sihat ibu ayah pun tenang Tapi bagaimana kalau tanpa sedar makanan yang disuap kepada anak setiap hari menjadi punca racun yang merosakkan tubuh mereka Inilah realiti yang berlaku di sebuah tadika swasta di China apabila lebih 200 kana...
Fila Amir Jawab Isu Wajah Anak Tak Sama Suami Macam Kita Tuhan Pula

Fila Amir Jawab Isu Wajah Anak Tak Sama Suami Macam Kita Tuhan Pula

papar berkaitan - pada 2/7/2025 - jumlah : 209 hits
Hati ibu mana yang tak terusik bila anak sendiri jadi bahan bualan Itulah situasi yang dilalui oleh personaliti media sosial Fila Amir apabila ada netizen yang mempertikaikan rupa paras anak sulungnya Assara Menerusi satu hantaran di TikTok...
Ibu Bapa Tak Izin Anak Gadis Sambung Belajar Paksa Kerja Dengan Gaji Rm1800 Untuk Tanggung Belanja Keluarga

Ibu Bapa Tak Izin Anak Gadis Sambung Belajar Paksa Kerja Dengan Gaji Rm1800 Untuk Tanggung Belanja Keluarga

papar berkaitan - pada 2/7/2025 - jumlah : 132 hits
Impian seorang remaja 18 tahun untuk menyambung pengajian ke peringkat universiti ditentang habis habisan oleh kedua ibu bapanya yang sudah mempunyai rancangan sendiri untuk anak mereka Kata remaja itu ibu bapanya bertegas memintanya untuk ...
Kalau Nak Tarik Tolonglah Lepas Anak Besar Ngeri Ibu Ini Kongsi Detik Cemas Dalam Kapal Terbang Batik Air

Kalau Nak Tarik Tolonglah Lepas Anak Besar Ngeri Ibu Ini Kongsi Detik Cemas Dalam Kapal Terbang Batik Air

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 158 hits
Sebuah pesawat Batik Air nyaris mengalami nahas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta pada Sabtu selepas cuaca buruk melanda kawasan tersebut Pesawat jenis Boeing 737 dengan nombor pendaftaran PK LDJ itu dilaporkan...
Saya Belajar Dari Jo Yuri Kongsi Persiapan Rakam Babak Tegang Lahirkan Anak Dalam Squid Game 3

Saya Belajar Dari Jo Yuri Kongsi Persiapan Rakam Babak Tegang Lahirkan Anak Dalam Squid Game 3

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 165 hits
Meskipun bukan watak utama tak dinafikan peranan Jo Yu ri telah meninggalkan kesan dalam Squid Game musim ketiga Artikel Berkaitan Bagi yang belum tahu Jo Yu ri membawa watak sebagai Kim Jun hee iaitu seorang gadis 23 tahun yang hamil Mener...
Level Level Otai Atikah Suhaime Gendong Anak Sambil Masak

Level Level Otai Atikah Suhaime Gendong Anak Sambil Masak

papar berkaitan - pada 2/7/2025 - jumlah : 156 hits
Siapa sangka di sebalik wajah jelita dan status selebriti Datin Atikah Suhaime sebenarnya ibu yang sangat berdikari dan sederhana Perkongsian terbaru pelakon dan usahawan ini di Instagram benar benar mencuit hati netizen Datin Atikah berkon...
Tak Malu Mak Tak Ada Geng Gedik Netizen Petik Nama Ibu Sambil Sindir Penampilan Seksi Anak Kak Km Tak Diam Diri

Tak Malu Mak Tak Ada Geng Gedik Netizen Petik Nama Ibu Sambil Sindir Penampilan Seksi Anak Kak Km Tak Diam Diri

papar berkaitan - pada 2/7/2025 - jumlah : 141 hits
Baru baru ini anak sulung usahawan sensasi Kak KM iaitu Nabila Razman tampil membidas komen netizen yang menegur penampilan seksi yang sering dipaparkan olehnya di platform media sosial Dapat dilihat dalam hantaran tersebut Nabila dilihat m...
Kes Mayat 3 Beranak Ditemukan Mereput Kesan Torehan Pada Lengan Anak

Kes Mayat 3 Beranak Ditemukan Mereput Kesan Torehan Pada Lengan Anak

papar berkaitan - pada 2/7/2025 - jumlah : 142 hits
BERNAMASeremban Tiga sekeluarga ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal dekat sini pada 4 53 petang semalam Ketua Polis Daerah Seremban Asisten KomisionerMohamad Hatta Che Din berkata pihaknya menerima maklumat oran...
Influencer Cantik Mati Dikelar

Drama Seadanya Kita

Sprm Berkas Enam Lagi Anggota Polis Ipd Temerloh Rasuah Tidak Ambil Tindakan Suspek Kes Air Ketum

Uria Novita Kaba Dari Rantau Chord

Mengapa Nutrisi Amat Penting Bagi Anda

Lunch Warong Geprek Cyberjaya

Temuramah Eksklusif Profesor Madya Dr Maizah M Abdullah Ketua Penyelidik Malaysia Dalam Oceanx Mission 2024

Kemboja Akan Calonkan Trump Untuk Hadiah Nobel Keamanan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Haram Baca Qunut Nazilah Jatuhkan Sesama Islam

Masak Kicap Ikan Bawal Emas Dan Bab Rezeki

The Role Of Ai And Machine Learning In Modern Sanction Screening Systems

Di Sekolah Dia Patut Belajar Bukan Menangis Setiap Hari

Teknik Penanaman Dutch Bucket Potensi Dan Pelaksanaannya Di Malaysia

Kerana Seorang Lelaki