15 Persembahan Terbaik Dato Sri Siti Nurhaliza Sepanjang Zaman


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke-42 buat penyanyi No 1 Malaysia, Dato' Sri Siti Nurhaliza binti Tarudin. Semoga sentiasa dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, kesihatan dan keluarga yang baik-baik belaka. Semoga kandungan sihat dan diberi kemudahan sewaktu kelahiran nanti

Bersempena dengan ulang tahun kelahiran beliau, kali ini aku nak menulis mengenai persembahan beliau yang terbaik sepanjang karier beliau yang mencecah 25 tahun ini. Susah sebenarnya ingin memilih persembahan terbaik beliau kerana kita jarang melihat beliau memberikan persembahan yang teruk atau kurang baik. 

15 PERSEMBAHAN DATO' SRI SITI NURHALIZA TERBAIK SEPANJANG ZAMAN
Adakah anda bersedia? Mari kita mulakan. Senarai persembahan ini tidak menurut aturan tangga pertama hingga ke lima belas ya, semuanya adalah random sahaja. 
PERSEMBAHAN NIRMALA ANUGERAH JUARA LAGU 2002

Persembahan lagu berjudul Nirmala pada Anugerah Juara Lagu 2002 semestinya patut ada dalam senarai ini. Menerima anugerah persembahan terbaik pada malam tersebut merupakan antara penyebab persembahan ini layak menerima sebagai antara persembahan terbaik beliau

Karya agung Allahyarham Pak Ngah ini sememangnya tidak asing lagi dengan Dato'Sri Siti Nurhaliza. Persembahan yang memukau ini boleh dilihat dengan kawalan vokal yang padu, tarian yang sungguh menarik dan diiringi dengan kelincahan para penari. Kesilapan terbesar TV3 sepanjang zaman adalah dengan tidak meletakkan lagu ini sebagai Juara Lagu

Baca : 10 Pakaian Dato' Sri Siti Nurhaliza Tercantik (2018)
PERSEMBAHAN KONSERT ROYAL ALBERT HALL LONDON 2005

Seterusnya adalah keseluruhan Konsert Royal Albert Hall London. Konsert terbaik beliau yang diadakan bersempena dengan ulang tahun ke 10 karier beliau. Semuanya di dalam konsert ini sempurna, vokalnya usah ditanya, sememangnya paling terbaik, sehingga menerima anugerah Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album

Setiap persembahan sepanjang konsert ini dirancang begitu baik, susunan lagu yang begitu bagus, pakaian beliau yang cukup cantik, elegan dan penuh kemelayuan. Cukup bangga dengan konsert ini. Dari Kuala Lipis ke Kuala Lumpur ke Kota London. 
PERSEMBAHAN DI TAMAN TEMAN ABPBH 2008

Persembahan lagu Di Taman Teman di petik daripada album Lentera Timur, antara persembahan terbaik untuk era Lentera Timur. Walaupun sudah berehat daripada memasuki pertandingan Anugerah Juara Lagu, persembahan beliau untuk anugerah Bintang Popular ini cukup memukau

Kerinduan rakyat Malaysia menantikan lagu bernuansa timur akhirnya dapat diubati dengan persembahan ini. Album Lentera Timur merupakan album studio beliau yang ke 15 dan menerima anugerah Album Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke 16

PERSEMBAHAN HAPUSLAH AIR MATAMU ABPBH 2003

Salah satu persembahan ikonik beliau, persembahan lagu Hapuslah Air Matamu ini cukup memukau. Lagu nyanyian asal Allahyarham Sharifah Aini  ini dinyanyikan dengan cukup baik. Persembahan vokal yang cukup hebat, lantang dan bersahaja. Pakaian dan tata rias yang cukup cantik mata memandang

Melihat persembahan ini, ada lagi ke yang akan menyoal nyanyian beliau? Memang benarlah beliau yang terbaik di Malaysia sehingga kini

Baca : 10 Lagu Tradisional Terbaik Dato' Sri Siti Nurhaliza Sepanjang Zaman
PERSEMBAHAN DUNIA MILIK KITA 2003

Kerap kali juga beliau dijemput membuat persembahan di luar negara, dan persembahan yang dipilih ini adalah persembahan di negara Jepun. Menyanyikan lagu Dunia Milik Kita, beliau memperlihatkan bakat nyanyian beliau yang cukup hebat itu kepada rakyat negara matahari terbit

Tanpa pakaian yang seksi, gerak tarian yang mengarut, beliau berjaya memberi persembahan terbaik dengan lontaran suara yang cukup memukau. 
PERSEMBAHAN REHEARSAL BERSANDAR CINTA 2017

Persembahan ketika rehearsal untuk Konsert Aubrey Suwito & Friends pada tahun 2017 ini cukup memukau.Maaf, persembahan pada malam konsert terdapat sesuatu yang kurang, tetapi persembahan ketika rehearsalnya cukup baik

Lagu daripada album SimetriSiti ini ditujukan buat peminat, wartawan, jurusolek, dan semua yang membantu kerjaya beliau dari awal sehingga kini. Persembahan beliau ketika rehearsal ini walaupun tanpa iringan orkestra kerana ia hanyalah rehearsal, kualiti kawalan suara beliau cukup baik. Bukti bahawa beliau masih boleh menyanyi dengan baik malah lebih baik berbanding rakaman di dalam album

Baca : Ulasan Album SimetriSiti (2017)
PERSEMBAHAN LEBIH INDAH AIM 20

Siapa masih ingat persembahan ini? Salah satu persembahan beliau di era berhijab yang ikonik juga! Dengan hanya menyanyi dikelilingi prop cermin, beliau berjaya memukau stadium Putra Bukit Jalil yang kini dikenali dengan nama Axiata Arena

Lagu Lebih Indah merupakan lagu pemberi semangat yang sangat menarik liriknya. Dipetik daripada album Fragmen, album ke 17 beliau sepanjang karier. Album ini menerima pelbagai anugerah termasuklah Album Terbaik & Persembahan Vokal Wanita Terbaik di dalam Lagu di Anugerah Industri Muzik dan juga Penyanyi Wanita Terbaik di Anugerah Planet Muzik

PERSEMBAHAN NILAI CINTAMU 2002

Persembahan Nilai Cintamu yang merupakan salah satu lagu didalam Konsert Salam Terakhir Untukmu Sudir pada tahun 2002 ini merupakan antara persembahan beliau yang ikonik. Diiringi Orkestra Simfoni Kebangsaan, persembahan ini menampilkan kawalan suara beliau yang cukup baik

Konsert ini merupakan konsert solo beliau yang keempat dan konsert pertama beliau di Istana Budaya. Konsert ini juga merupakan konsert khas penghargaan kepada Penghibur No.1 Asia, Sudirman Haji Arshad.
PERSEMBAHAN JERAT PERCINTAAN & GELORA ASMARA 2015

Persembahan lagu Jerat Percintaan dan Gelora Asmara ini telah dipersembahkan dihadapan penonton ketika Konsert Unplugged 2015. Seperti biasa, setiap kali konsert beliau pasti akan berikan persembahan yang terbaik tetapi persembahan ini cukup istimewa kerana ia diiringi oleh komposer pertama yang menaikkan beliau iaitu Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan

Merupakan persembahan terakhir beliau bersama dengan komposer ulung ini, membuatkan nostalgia zaman permulaan beliau menapak dalam industri nyanyian. Lagu Gelora Asmara antara lagu yang jarang beliau nyanyikan secara langsung akhirnya dapat didengari oleh peminat. Lagu Jerat Percintaan daripada album pertama, Siti Nurhaliza manakala lagu Gelora Asmara daripada album Adiwarna

PERSEMBAHAN BAHTERA MERDEKA 2013

Mengapa persembahan Bahtera Merdeka ini tersenarai? Kerana inilah salah satu persembahan yang berjaya memberikan rasa cinta pada negara kepada sesiapa yang mendengarnya. Persembahan lagu Bahtera Merdeka ini diadakan ketika Konsert Lentera Timur 2013 iaitu sebuah konsert yang sangat berjaya di Istana Budaya

Orkestra Tradisional Malaysia yang mengiringi persembahan ini memberikan muzik Malaysia yang cukup indah manakala nyanyian beliau yang merdu itu cukup indah kedengaran walaupun ketika itu beliau dalam keadaan sakit. Salah satu persembahan yang membuatkan aku meremang ketika menontonnya

PERSEMBAHAN KU MILIKMU AJL  2003

Persembahan Ku Milikmu di Anugerah Juara Lagu 2003 ini merupakan salah satu persembahan yang paling diingati sepanjang karier beliau. Susunan lagu yang begitu mantap, tarian dan persembahan yang cukup menarik membuatkan semua orang suka dengan persembahan ini

Walaupun menjadi penyertaan beliau terakhir sebelum berehat (kemudian bertanding semula pada tahun 2007), persembahan ini sangat-sangat menarik, mempamerkan sisi lain Siti Nurhaliza yang kelihatan lebih elegan, moden dan sangat cantik

Baca : Senarai 40 Buah Lagu Terbaik Dato' Sri Siti Nurhaliza #SitiGolden40th

PERSEMBAHAN MEDLEY AIM 2005

Persembahan Medley Lagu Rancak di Anugerah Industri Muzik 2005 ini pula antara persembahan beliau yang sungguh bertenaga. Pulang dari London, persembahan beliau selepas itu kelihatan lebih bertenaga, lebih mantap seolah-olah beliau menerima semangat baru di London

Dari awal persembahan sehingga ke penghujung persembahan, tarian beliau sungguh lincah tanpa mencacatkan kualiti dan kawalan vokalnya. Persembahan lebih 6 minit ini merupakan medley bagi lagu Jalinan Cinta, Kini Kau Disisi dan juga Pendirianku. 
PERSEMBAHAN MEDLEY ANUGERAH ERA 2005

Tahun 2005, beliau sekali lagi memberikan persembahan yang cukup mantap, terutama daripada kawalan vokalnya. Persembahan di Anugerah Era 2005 ini membuktikan beliau sememangnya layak digelar Penyanyi No 1 Malaysia

Beliau menyanyikan lagu Seindah Biasa, Debaran Cinta, Kau Kekasihku dan Balqis di dalam persembahan ini. Semuanya lengkap di dalam persembahan ini, terdapat lagu balada, lagu tradisional, lagu rancak, apa lagi yang anda mahukan?  Semuanya cukup sempurna

PERSEMBAHAN KAU KU SAYANG APM 2002

Persembahan lagu Kau Ku Sayang ini dipersembahkan di hadapan penonton ketika Anugerah Planet Muzik 2002 ini cukup memukau penonton. Lagu Kau Ku Sayang ini dipetik daripada album Safa  dan album ini merupakan album studio beliau yang ke 8 dan dilancarkan pada 11 Januari 2001 iaitu pada ulangtahun kelahiran beliau yang ke 22.  
Persembahan beliau untuk lagu Kau Ku Sayang ini cukup menarik kerana lontaran dan kawalan vokal beliau yang menusuk kalbu. Kualiti vokal beliau cukup baik walaupun ketika itu baru berumur 22 tahun

PERSEMBAHAN BIMBANG 2004

Persembahan terakhir adalah persembahan lagu Bimbang iaitu lagu OST bagi filem Ada Apa Dengan Cinta. Persembahan ini diadakan ketika Konsert Eksklusif Melanesia 2004 yang diadakan di negara jiran, Indonesia

Dato' Sri Siti Nurhaliza sememangnya berjaya menawan Indonesia apabila beliau sering melakukan konsert dan persembahan disana. Persembahan Bimbang ketika konsert ini pula mempamerkan kemahiran beliau dalam muzik melayu. Lagu yang cukup mendayu ini dinyanyikan dengan begitu baik oleh beliau, bagaikan lagu ini milik beliau. Pakaian dan tatarias beliau di konsert ini juga sungguh cantik bagaikan patung barbie

ALHAMDULILLAH
Seperti yang aku beritahu sebelum ini, sememangnya cukup sukar untuk memilih persembahan yang terbaik. Jadi, setelah berfikir dengan betul-betul, inilah senarai 15 Persembahan Terbaik Dato' Sri Siti Nurhaliza Sepanjang Zaman.  Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan senarai ini, mungkin anda boleh berikan senarai anda di ruangan komen

Tapi jangn risau kerana mungkin selepas kelahiran cahaya mata kedua beliau, senarai ini mungkin berubah kerana beliau pastinya akan melakukan persembahan-persembahan terbaik selepas ini. Terima kasih kerana membaca artikel kali ini dan semoga anda semua berada dalam keadaan baik-baik sahaja

SEKIAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2021/01/persembahan-terbaik-dato-sri-siti-nurhaliza.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Takhta Dunia Dato Sri Siti Nurhaliza

Takhta Dunia Dato Sri Siti Nurhaliza

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 580 hits
Takhta Dunia tajuk single terbaru Dato Sri Siti Nurhaliza dalam album ManifestaSITI2020 sebagai pembuka tahun 2021 Lagu dan lirik ciptaan komposer terkenal Indonesia iaitu Ryan Kyoto Video Muzik rasmi Takhta Dunia sudah pun dilancarkan sema...
Hiburan Siti Nurhaliza Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke 42 Hari Ini Tak Putus Terima Ucapan Serta Doa Selamat

Hiburan Siti Nurhaliza Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke 42 Hari Ini Tak Putus Terima Ucapan Serta Doa Selamat

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 442 hits
Menyambut hari kelahiran yang ke 42 pada hari ini penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memanjatkan kesyukuran kerana masih dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki bersama keluarga serta peminat tersayang Sumber Siti yang kini ...
Siti Nurhaliza Takhta Dunia Chord

Siti Nurhaliza Takhta Dunia Chord

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 303 hits
Em Bm Em Em BJangan bicara sembarang kata B EmKata terlarang simpan di dada Am D GHendaklah sedar saling menjaga Am BAgar tak luka sesama kitaB ohhhEm ohhhEIndahnya dunia BKetika tiada lagi hitamBohhhBPutihkan jiwaku jiwamu EmAgar tiada den...
Hiburan Banjir Teruk Di Pahang Datuk Seri Siti Nurhaliza Risau Keadaan Keluarga Di Kampung Halaman

Hiburan Banjir Teruk Di Pahang Datuk Seri Siti Nurhaliza Risau Keadaan Keluarga Di Kampung Halaman

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 398 hits
Keadaan banjir yang kini melanda beberapa buah negeri di Malaysia sememangnya menimbulkan kerisauan dalam kalangan rakyat tambahan pada mereka yang sedang mengalaminya kini Sumber Instagram Siti Nurhaliza Malah banjir kali ini dilihat turut...
Nicol David Wakil Tunggal Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia

Nicol David Wakil Tunggal Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 327 hits
Bekas ratu skuasy negara yang merupakan bekas pemegang takhta pemain nombor satu dunia selama sembilan tahun menjadi wakil tunggal dari rantau Asia dalam buruan Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia Atlet kelahiran Pulau Pina...
Hiburan Dedah Lebih Banyak Menangis Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Proses Ivf Anak Kedua

Hiburan Dedah Lebih Banyak Menangis Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Proses Ivf Anak Kedua

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 557 hits
Umum mengetahui bahawa penyanyi No1 Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza kini sedang hamil anak kedua hasil daripada rawatan kesuburan In Vitro Fertilisation Sempena hari lahirnya yang ke 42 Siti telah berkongsi proses rawatan tersebut dengan...
Gagal Tu Banyak Kali Menangis Selepas Disahkan Hamil Lagi Siti Nurhaliza Kongsi Video Perjalanan Ivf

Gagal Tu Banyak Kali Menangis Selepas Disahkan Hamil Lagi Siti Nurhaliza Kongsi Video Perjalanan Ivf

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 377 hits
Perjalanan melalui Proses Persenyawaan In Vitro sememangnya tidak mudah Ada yang berjaya mengesahkan kehamilan dengan jaya malah ada berdepan sebaliknya Bersempena hari lahirnya yang ke 42 penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhali...
Hiburan Anak Saudara Siti Nurhaliza Kini Berlakon Peminat Puji Ummi Umairah Ada Iras Tokti Ketika Muda

Hiburan Anak Saudara Siti Nurhaliza Kini Berlakon Peminat Puji Ummi Umairah Ada Iras Tokti Ketika Muda

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 395 hits
Anak saudara kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza Ummi Umairah dilaporkan kini aktif terlibat dalam dunia lakonan Sumber Ummi yang lebih mesra disapa sebagai Umai ini nampaknya tidak langsung kekok apabila beraksi di depan kamera Sememangnya di...
Netizen Konsi Pencapaian Terbaik Sepanjang 2020

Netizen Konsi Pencapaian Terbaik Sepanjang 2020

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 260 hits
NETIZEN KONSI PENCAPAIAN TERBAIK SEPANJANG 2020 Hari terakhir kita di tahun 2020 Tahun yang ramai dari kita mahu ianya cepat berlalu Kalau masa kita kecil dahulu tahun 2020 adalah tahun yang paling ditunggu tunggu Tapi bila dah masuk 2020 t...
Jalan Penghubung Bandar Utama Di Pahang Perlu Dinaiktaraf

Cops Fire 5 Shots During 70km Car Chase Near Baling

Terengganu Fc Umum Harga Tiket Agarbomb Performance Cup 2024

3 Pelampau Khawarij Ditahan

Lost Opportunities In Labuan

Ocrevus Transforming Multiple Sclerosis Treatment Landscape In Malaysia

Hada Labo Hydrating Water Gel

I Was Never Arrested Merely Barred From Overseas Travel Ex Src Director



10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuih Muah Tonton

10 Filem Indonesia Terbaru Best 2023 2024 Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Terbaru Best Di Platform Online Netflix Malaysia 2024 Mesti Tonton


Dari Negeri Paling Utara Ke Negeri Paling Selatan

Always Evolving Explore The Latest Offerings At Bandarbetvip

Menang Dipuji Kalah Dicaci Begitulah Nasib Salah Di Liverpool

Najis Boleh Jadi Petunjuk Anda Alami Kanser Usus Ini Tanda Tandanya

Rm1 500 Pay And No Retirement Plan Why Teachers In Pas Linked Kindergarten Pasti Are Disgruntled

A Tale Of Two Leaders