15 Kafe Di Melaka Highly Recommended


15+ Kafe Di Melaka, Viral Di Tiktok & Highly Recommended!
Melaka bukan sahaja terkenal sebagai destinasi pelancongan yang kaya dengan budaya dan tempat bersejarah, tetapi ia juga dikenali sebagai destinasi kuliner yang menawarkan pelbagai jenis makanan tempatan. 
Terdapat banyak pilihan tempat makan termasuklah kafe-kafe yang menarik untuk diterokai oleh pengunjung yang bercuti di sini. 
Kebanyakan kafe yang ada mempunyai keunikan tersendiri dan nilai estetik yang bukan sahaja menawarkan suasana santai tetapi juga hidangan yang lazat dan spot yang menarik untuk bergambar. Memang sesuai sangatlah untuk penggemar kafe atau mereka yang sukakan ‘cafe hopping’. 
Tunggu apa lagi, mari kita lihat 17 kafe terbaik di Melaka untuk tahun ini, setiap satunya mempunyai tarikan unik yang membuatkan ia layak berada dalam senarai anda!
BACA JUGA: 15+ Kafe di Kuala Lumpur, Top Rated di Google Review!
Senarai Kafe Di Melaka – Wajib Cuba! 1. 175 Gallery Cafe Alamat: 175, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Taman Kota Laksamana, 75250 Melaka, Malaysia
Sumber: Google Review (175 Gallery Cafe) 175 Gallery Cafe bukan sekadar kafe biasa. Terletak di bangunan warisan di Jalan Tun Tan Cheng Lock, kafe di Melaka ini menggabungkan seni dan gastronomi dengan sempurna. 
Dengan sentuhan seni di dinding dan hiasan dalaman yang berkonsep moden-minimalis, kafe ini menawarkan ruang santai yang selesa dan penuh gaya. Dinding-dindingnya dihiasi dengan karya seni tempatan yang sentiasa bertukar, menjadikan setiap kunjungan suatu pengalaman baru. 
Sumber: Google Review (175 Gallery Cafe) Kopinya? Tidak diragukan lagi. Dengan pilihan biji kopi tempatan dan import yang kaya dan aromatik, ia pasti memikat para penggemar kopi. Bagi yang bukan penggemar kopi, terdapat banyak pilihan minuman lain yang pasti membuatkan anda tertarik. 
Sumber: Google Review (175 Gallery Cafe) Sumber: Google Review (175 Gallery Cafe) Menu di kafe ini menampilkan fusion makanan Baba Nyonya dengan sentuhan moden. Selain itu, anda boleh pilih macam-macam jenis pencuci mulut di kafe ini.  Semuanya memang umph!
2. Sharing Plates Alamat: 143, Jalan Bendahara, 75100 Melaka, Malaysia
Sumber: Google Review (Sharing Plates) Sharing Plates juga salah satu kafe di Melaka yang anda kena cuba. Kafe ini menawarkan menu fusion yang menggabungkan elemen tempatan dan antarabangsa. Antara menu yang popular ialah, surf and turf tacos, spaghetti carbonara, Gula Melaka pancakes dan sebagainya. 
Sumber: Google Review (Sharing Plates) Sumber: Google Review (Sharing Plates) Ada juga menu yang dikhususkan untuk sharing, anda boleh pesan satu menu untuk dikongsi bersama. Tapi ada ramai juga yang cakap, nak kongsi tak cukup. Sebab, sedap! 
3. The Coffee Jar Alamat: 40, Lorong Hang Jebat, 75200 Melaka, Malaysia
Seperti namanya, kafe ini sangat mementingkan kualiti kopinya. Kopi yang dihasilkan menggunakan teknik yang teliti, dan biji kopi pilihan berkualiti bagi menghasilkan secawan kopi yang penuh dengan aroma dan rasa yang mendalam. 
Sumber: Google Review (Coffee Jar) Setiap kali minum di sini, anda pasti akan merasai kehangatan dan ‘passion’ dalam setiap teguk, menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang menghargai seni kopi.
Dengan reka bentuk rustic dan hiasan dalaman bertemakan vintage yang menonjolkan suasana ‘homey’, kafe ini mengutamakan kesederhanaan dan keselesaan pengunjungnya.  
Sumber: Google Review (Coffee Jar) Sumber: Google Review (Coffee Jar) Selain kopi, The Coffee Jar juga terkenal dengan pastri buatan sendiri mereka. Ada bermacam jenis pastri dan pencuci mulut yang anda boleh cuba disini. Bagi yang kurang gemar kopi, anda boleh pilih minuman lain seperti cold brew tea, matcha, latte, coklat dan sebagainya. 
4. Kafe Harum Kopi Melaka Alamat: HARUM KOPI, Jalan Dato Dol Said, Kampung Tepat, 78000 Alor Gajah, Malacca, Malaysia
Kafe Harum Kopi adalah antara pilihan kafe di Melaka yang popular untuk pencinta kopi dan makanan tempatan. Kafe ini sebenarnya adalah bekas bangunan yang sudah berusia berpuluh tahun. 
Sumber: Google Review (Kafe Harum Kopi Melaka) Dengan konsep yang ringkas tetapi sangat estetik, di mana hiasan dalamannya menggabungkan unsur kayu dan sentuhan industri yang minimalis, kafe ni nampak kemas dan selesa.  
Antara menu yang anda kena cuba ialah, rendang daging dan ketupat palas, harum nyonya laksa, mee udang, spaghetti nasi lemak, Harum nasi lemak ayam rempah dan mee mamak (paling popular ni!). Untuk minuman pula, jangan lupa cuba Kopi Cold, Cappuccino, dan beberapa lagi. 
Sumber: Google Review (Kafe Harum Kopi Melaka) Paling menarik, ada tempat solat. Muslim-friendly dan sesuai sangat bawa mak ayah yang tak gemar sangat makanan western dan suka makanan tempatan. 
5. Just Berry Kota Laksamana Alamat: Jaya, 2A, Jalan KLJ 9, Taman Kota Laksamana, 75000 Malacca, Malaysia
Bagi yang ingin menikmati pencuci mulut yang segar dan manis, Just Berry di Kota Laksamana adalah tempat yang anda wajib cuba. 
Just Berry Kota Laksamana adalah salah satu kafe di Melaka yang fokus kepada pencuci mulut berasaskan beri seperti smoothie bowl yang penuh warna dan kek buah yang memikat. 
Sumber: Google Review (Just Berry) Ada macam-macam menu pencuci mulut yang anda boleh pilih. Ada cendol, shaved ice, ais krim, kek, milk tea dan sebagainya. Rambang mata!
6. Baked Cafe Kota Syahbandar Alamat: 19, Jalan KPKS 5-A Kompleks Perniagaan Al-azim Kota Syahbandar, 75200 Melaka, Malaysia
Jika anda peminat pastri dan roti, Baked Cafe di Kota Syahbandar adalah antara kafe di Melaka yang anda wajib kunjungi. Aroma wangi pastri yang baru dibakar akan menyambut anda sebaik sahaja masuk ke kafe ini. 
Setiap sudut kafe ini dihias dengan cantik dan ringkas, memberikan suasana yang santai dan sangat Instagrammable.
Sumber: Google Review (Baked Cafe) Antara menu yang popular ialah croissant sandwich,  rangup di luar tapi lembut di dalam. Begel pun ada. Makanan berat pun ada juga, ada beberapa pilihan nasi dan pasta. 
Baked Cafe bukan sahaja tempat untuk menikmati pastri berkualiti tetapi juga menawarkan suasana santai yang sesuai untuk sesi lepak dan bersembang. 
BACA JUGA: Taman Buaya Melaka: Tarikan Utama & Harga Tiket Masuk
7. The Butter Alamat: 38, Jalan Tukang Emas, 75200 Melaka, Malaysia
Sumber: Google Review (The Butter) Selain Baked Cafe, The Butter juga salah satu kafe di Melaka yang popular dengan pastrinya terutamanya yang berasakan croissant. Selain itu, kafe ini juga menyediakan minuman berasaskan bunga, teh bunga (flower tea). 
Sumber: Google Review (The Butter) Penyajian yang menarik dan penggunaan bahan berkualiti tinggi menjadikan setiap gigitan di The Butter Cafe satu pengalaman yang memuaskan. Ditambah dengan suasana yang selesa dan mesra, kafe ini adalah tempat ideal untuk bersantai bersama rakan-rakan atau keluarga sambil menikmati hidangan lazat. 
Sumber: Google Review (The Butter) Jadi, jika anda berada di Melaka, jangan lepaskan peluang untuk mencuba keunikan yang ditawarkan oleh The Butter Cafe!
8. The Daily Fix Café Alamat: 55, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka, Malaysia
Sumber: Google Review (The Daily Fix Café) Terletak agak tersembunyi di belakang sebuah kedai antik Jonker Street, The Daily Fix adalah salah satu kafe di Melaka yang wajib anda kunjungi. 
Suasana vintaj dengan hiasan antik dan tumbuhan hijau menjadikan kafe ini insta-worthy. The Daily Fix juga menawarkan pengalaman kulinari yang mengujakan. Salah satu menu yang anda kena cuba ialah pancake pandan. Lembut dan sedap sangat!
Sumber: Google Review (The Daily Fix Café) Ditambah lagi dengan secawan kopi specialty atau minuman unik seperti Gula Melaka Latte, dan anda pasti akan mendapat ‘daily fix’ yang sempurna. Ada banyak lagi menu lain yang sedap-sedap, nak tahu apa sahaja yang ada kenalah datang sini dan cuba okay. 
Ingat, tempat ini sering penuh, jadi datanglah awal untuk mengelakkan kekecewaan. 
9. Calanthe Art Cafe Alamat: 11, Jalan Hang Kasturi, 75250 Melaka, Malaysia
Bayangkan dapat merasa kopi dari seluruh Malaysia dalam satu tempat – hah, itulah pengalaman yang ditawarkan oleh Calanthe Art Cafe ini! 
Sumber: Google Review (Calanthe Art Cafe) Kafe ini menawarkan 13 jenis kopi yang mewakili setiap negeri di Malaysia, memang menarik sangat terutamanya buat peminat kopi. Untuk pengalaman yang lebih unik, cubalah minuman fusion mereka seperti kopi teh hijau atau espresso dengan sirap padi. 
Sumber: Google Review (Calanthe Art Cafe) Selain kopi, Calanthe Art Cafe juga terkenal dengan menu laksa Melaka mereka yang pedas-pedas dan rasa sedap berlemak. Jangan lupa juga untuk mencuba set makan tengah hari mereka yang sangat berbaloi. Satu set tu ada nasi lemak, minuman, dan brownies.
Sumber: Google Review (Calanthe Art Cafe) Suasana artsy dengan lukisan mural yang menarik dan perabot vintaj menjadikan setiap sudut kafe ini spot menarik untuk mengambil gambar. Muda-mudi yang suka ambil gambar estetik mesti seronok datang kafe ini. 
10. Pico Cafe Alamat: 906, Behind Hotel, 58, Jalan Kampung Hulu, 75200 Malacca, Malaysia
PICO Cafe juga salah satu kafe di Melaka yang menarik bagi mereka yang mencari kafe yang menawarkan makanan unik dan sihat. 
Sumber: Google Review (Pico Cafe) Dengan konsep yang berfokus kepada gaya hidup sihat, PICO menyajikan pelbagai hidangan sihat yang diolah dengan bahan-bahan berkualiti tinggi dan minuman kombucha yang menyegarkan. Setiap hidangan dan minuman di sini direka untuk memberi pilihan bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan sambil menikmati makanan yang sedap. 
Sumber: Google Review (Pico Cafe) Di PICO Cafe ini juga, anda boleh menemui pelbagai produk artisan tempatan, termasuk beg tote buatan tangan dari MUNI dan lilin dari Lilin and Co. Ini menjadikan PICO bukan sekadar kafe biasa, tetapi juga platform untuk artis tempatan mempamerkan karya mereka. 
11. Kopi Harian Alamat: 61, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka, Malaysia
Kopi Harian menawarkan pelbagai pilihan kopi specialty yang disediakan oleh barista terlatih. Anda boleh menikmati secawan kopi segar sambil bersantai di dalam kafe yang dihiasi dengan gabungan elemen moden dan tradisional. 
Sumber: Google Review (Kopi Harian) Salah satu tarikan utama di Kopi Harian adalah Gula Melaka Latte dan Espresso Pancakes. Ada macam-macam lagi menu yang ada seperti Nyonya Laksa, Nasi Lemak Sambal Belimbing Udang Petai, Rojak Petis Nyonya dan sebagainya. 
Sumber: Google Review (Kopi Harian) Pastikan anda datang awal kerana kafe ini sering dipenuhi pengunjung terutamanya pada hujung minggu atau hari cuti. 
12. Laman Lokal Alamat: 74, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Taman Kota Laksamana, 75300 Melaka, Malaysia
Laman Lokal adalah kafe unik di Melaka yang menggabungkan elemen budaya Malaysia dengan hidangan moden. Terletak di tengah-tengah Melaka, kafe ini menawarkan pengalaman kulinari yang tidak boleh dilepaskan. 
Sumber: Google Review (Laman Lokan) Dengan menu yang menampilkan hidangan tempatan seperti nasi lemak dan laksa, Laman Lokal juga menghidangkan variasi fusion yang menarik untuk memenuhi selera semua orang. Suasana kafe ini sangat mesra, menjadikannya tempat ideal untuk bersantai sambil menikmati makanan halal.
Sumber: Google Review (Laman Lokan) Kafe ini juga sering mengadakan acara seni dan budaya tempatan, menjadikannya lebih daripada sekadar tempat makan. Pastikan anda singgah untuk merasai keunikan Laman Lokal semasa berada di Melaka. Untuk makan di sini, anda perlu membuat tempahan. Jadi, jangan lupa buat tempahan awal-awal okay!
13.  The Upper Alamat: 52, Jalan Temenggong, Kampung Banda Kaba, 75000 Melaka, Malaysia
Sumber: Googe Review (The Upper) The Upper kafe adalah salah satu kafe di Melaka yang mesra-muslim dan dijamin halal.  Di sini anda boleh nikmati pelbagai pilihan kopi, teh, dan pastri. Terdapat juga beberapa pilihan jus dan smoothie.
Kafe ini juga terkenal dengan hidangan brunch yang mengenyangkan serta pelbagai pilihan makanan tempatan yang diolah dengan cara moden. 
14. Wildseed Cafe Alamat:  Level 43, 1-Altitude Melaka, Jalan Melaka Raya 23 Taman Melaka Raya, Hatten City, 75000, Melaka, Malaysia
Wildseed Cafe merupakan kafe yang terletak di bangunan 1-Altitude Melaka. Ia menawarkan pemandangan menakjubkan dari atas, membolehkan anda menikmati panorama bandar Melaka dan Selat Melaka sambil menikmati hidangan. 
Sumber: Wildseed Cafe Dengan konsep rooftop garden, Wildseed Cafe dikelilingi oleh tumbuhan hijau dan hiasan bunga, sesuai sangat untuk dijadikan spot mengambil gambar.
Sumber: Wildseed Cafe Menu di Wildseed Cafe merangkumi pelbagai pilihan makanan dan minuman, termasuk kopi artisanal yang segar dan pelbagai hidangan brunch. Anda boleh mencuba pelbagai pilihan grill seperti daging dan makanan laut, serta hidangan tempatan yang diolah dengan cara moden. 
Wajib singgah!
15. Yeon Cafe Melaka Alamat: 31, Jalan KSB 16, TAMAN KOTA SYAHBANDAR, 75200 Melaka, Malaysia
Bagi peminat makanan Korea, anda kena cuba kafe ini. Dengan dekorasi minimalis dan ceria, Yeon Cafe menyediakan tempat yang selesa untuk menikmati hidangan Korea sambil bersantai bersama rakan-rakan atau keluarga.
Sumber: Google Review (Yeon Cafe) Menu di Yeon Cafe merangkumi pelbagai hidangan popular seperti bingsu (ais serut), tteokbokki (kuih beras pedas), masakan korea dan pelbagai jenis minuman Korea seperti dalgona coffee. Mereka juga menyediakan kek dan pastri bertema Korea yang sedap dan cute-cute. 
Ohya,  kafe ini menyediakan makanan halal dan mesra-muslim. 
Sumber: Google Review (Yeon Cafe) 16. Bite of Life Alamat: Lot 149, Jalan Bendahara, Pengkalan Rama, 75100 Melaka, Malaysia
Bite of Life juga adalah salah satu kafe di Melaka yang menjadi pilihan bagi mereka yang mencari hidangan berkhasiat tanpa mengorbankan rasa.
Sumber: Google Review (Bite of life) Menu di kafe ini terdiri daripada pelbagai pilihan seperti salad segar, smoothie bowl, dan sandwich whole grain; semuanya disediakan menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi. Selain itu, terdapat juga pilihan menu yang lain seperti pencuci mulut, nasi lemak, makanan barat dan sebagainya. 
Sumber: Google Review (Bite of life) Dengan hiasan hijau dan pencahayaan semula jadi, suasana di kafe ini sangat santai dan menjadikannya tempat ideal untuk bersantai sambil menikmati hidangan.
BACA JUGA: Taman Rama-Rama Melaka: Harga Tiket Masuk & Tarikan Utama
17. KOB Bukit Katil Melaka Alamat:  22A, Jalan Saujana Permai 1 Taman Saujana Permai, Hang Tuah Jaya, 75450, Malacca, Malaysia
KOB (King of BBQ) menggabungkan konsep BBQ dengan kafe. Suasananya kasual dan santai, menjadikan kafe ini kafe pilihan di Melaka. Dengan dekorasi tradisional Melayu dan elemen kampung, KOB memberikan pengunjung pengalaman makan yang autentik.
Sumber: Google Review (KOB) Menu di KOB menggabungkan hidangan tempatan dengan sentuhan moden. Anda boleh menikmati nasi lemak klasik, mee goreng, serta pelbagai jenis kuih tradisional. Kafe ini juga terkenal dengan minuman kopi mereka yang sedap dan menyegarkan.
Penutup Setiap kafe di Melaka menawarkan pengalaman tersendiri, daripada suasana unik hingga menu makanan yang menarik. Jadi pastikan anda singgah ke setiap satu ketika berada di Melaka!
BACA JUGA: 20+ Tempat Menarik Di Melaka, Wajib Dikunjungi!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/kafe-di-melaka/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kafe-di-melaka

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Taman Rama Rama Melaka Harga Tiket Masuk Tarikan Utama

Taman Rama Rama Melaka Harga Tiket Masuk Tarikan Utama

papar berkaitan - pada 29/10/2024 - jumlah : 104 hits
Taman Rama Rama Melaka Harga Tiket Masuk Tarikan Utama Melaka sememangnya terkenal sebagai destinasi pelancongan di Malaysia Salah satu tarikan yang wajib dikunjungi oleh para pencinta alam di Melaka ialah Taman Rama rama Melaka Terletak di...
Bersatu Suspends Kota Melaka Hulu Langat Divisions On Eve Of Party Elections

Bersatu Suspends Kota Melaka Hulu Langat Divisions On Eve Of Party Elections

papar berkaitan - pada 2/11/2024 - jumlah : 113 hits
Parti Pribumi Bersatu Malaysia has suspended its Kota Melaka and Hulu Langat divisions a day before the party s Supreme Council and vice president elections The matter was confirmed by the party s executive secretary Datuk Muhammad Suhaimi ...
Sagu Gula Melaka

Sagu Gula Melaka

papar berkaitan - pada 3/11/2024 - jumlah : 76 hits
Jom buat sagu gula melaka boleh makan petang dirumah Bahan bahan SaguPewarna1 tin susu cair 2 sudu gula Merah1 ketul gula Melaka1 helai daun pandan 1 2 airCara cara Masak sagu dgn air yg mendidih sehingga kembang Cuci sagu dan letak pewarna...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm

Buat Spek Baru

Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi