15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly


15 Kafe di Johor Bahru – Instagramble & Muslim Friendly!
Johor Bahru adalah satu lagi destinasi menarik sekaligus menjadi lokasi pilihan yang popular untuk bercuti di dalam Malaysia. Terdapat banyak tarikan yang boleh diterokai termasuklah variasi pilihan kafe-kafe untuk dicuba. 
Jadi bagi sesiapa yang mencari kafe di Johor Bahru yang top-rated, instagrammable, dan muslim-friendly, anda boleh rujuk perkongsian artikel di bawah untuk membantu anda. 
Artikel ini akan berkongsi beberapa jenis kafe di Johor Bahru yang mesti dan wajib dicuba apabila berada di Johor Bahru. 
Jom baca!
BACA JUGA:
12 Kafe di Ipoh – Estetik & Highly Recomended! 15+ Kafe di Kuala Lumpur, Top Rated di Google Review! 15+ Kafe Di Melaka, Highly Recommended! 15 Pilihan Terbaik Kafe di Johor Bahru – Muslim Friendly 1. Flowers in the Window Alamat:  9, Jalan Dhoby, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Flowers in the Window adalah salah satu kafe yang wajib dikunjungi di Johor Bahru, terutamanya bagi mereka yang mencari suasana kafe yang unik dan menarik. 
Sumber: Google Review (Flowers in the Window) Dengan hiasan bertema taman yang dipenuhi bunga-bunga cantik, setiap sudut di kafe ini menawarkan latar belakang yang sempurna untuk sesi bergambar. Memang sesuai sangat untuk mereka yang suka mengambil gambar atau untuk membuat konten. 
Sumber: Google Review (Flowers in the Window) Selain itu, kafe ini menyediakan menu yang pelbagai, daripada hidangan brunch yang lazat sehinggalah pencuci mulut yang pastinya membuatkan anda rambang mata. 
Dengan lokasi yang strategik di tengah Johor Bahru, Flowers in the Window adalah antara pilihan yang tepat untuk bersantai sambil menikmati secawan kopi atau brunch yang lazat. 
2. Nenek. Alamat: 82, Jalan Kemunting, Taman Kebun Teh, 80250 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Bayangkan sebuah kafe yang membuat anda rasa seperti pulang ke rumah nenek – itulah yang bakal anda rasakan apabila berkunjung ke Kafe Nenek. 
Sumber: Google Review (Nenek.) Menu di Kafe Nenek menawarkan pelbagai pilihan makanan yang sedap, seperti nasi lemak, laksa Johor, dan kuih-muih tradisional. Semuanya diolah dengan rasa autentik yang memikat selera.
Sumber: Google Review (Nenek.) Sumber: Google Review (Nenek.) Apa yang membuat Kafe Nenek istimewa ialah gabungan rasa nostalgia dengan hiasan dalaman yang unik, menyerlahkan elemen klasik dan kontemporari. Bagi pengunjung luar, kafe ini memberikan anda peluang untuk merasai budaya Johor melalui hidangan mereka. 
Jadi, jangan lupa singgah!
3. Velvet Cafe JB & Event Space Alamat: G40, Jalan Kolam Ayer 2, NONG CHIK RIVERSIDE, 80100 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Velvet Cafe JB & Event Space adalah satu lagi kafe di Johor Bahru yang menarik dan wajib untuk anda singgah. Kafe ini sangat sesuai untuk mereka yang mencari kafe moden yang elegan dengan pelbagai fungsi. 
Kafe ini bukan sahaja terkenal dengan hiasan dalamannya yang estetik, tetapi juga suasana yang santai dan sesuai untuk pelbagai acara seperti majlis sambutan harijadi, sesi fotografi atau pertemuan korporat. 
Sumber: Google Review (Velvet Cafe JB & Event Space) Sumber: Google Review (Velvet Cafe JB & Event Space) Dari segi menu, Velvet Cafe menawarkan pelbagai pilihan kek, pastri dan juga makanan Barat serta minuman artisan yang sesuai untuk sesi lepak atau perjumpaan. 
Bagi anda yang mengutamakan keselesaan dan pengalaman makan yang memuaskan, Velvet Cafe JB & Event Space adalah pilihan terbaik. 
4. Nimmies Pastry Cafe Alamat: 171, Jln Beringin, Taman Melodies, 80250 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Nimmies Pastry Cafe juga merupakan salah satu kafe terbaik dan mesra Muslim di Johor Bahru. Kafe ini dikenali dengan pelbagai pilihan pastri buatan sendiri, variasi menu makanan dan juga kopinya.
Sumber: Google Review (Nimmies Pastry Cafe) Suasana kafe yang santai dan dihiasi dengan minimalis menjadikannya lokasi yang ideal untuk duduk bersembang dan bersantai atau menghabiskan masa bersama orang tersayang. Anda boleh pilih untuk duduk di dalam atau di bahagian luar kafe. 
Sumber: Google Review (Nimmies Pastry Cafe) Nimmies menawarkan pelbagai jenis pastri seperti croissant, kek, dan pai. Selain itu, ada juga hidangan makanan berat seperti spageti, pasta, nasi goreng, nasi lemak, laksa dan sebagainya. 
Untuk minuman pula, anda wajib mencuba minuman ‘signature’ mereka iaitu, Gula Melaka Latte, Orange Americano, Mexican Mocha dan beberapa lagi. 
Sumber: Google Review (Nimmies Pastry Cafe) 5. Brew & Chill Alamat: Unit 3-02 Danga Avenue Persiaran Danga Perdana Country Garden, Danga Bay, 80200 Johor Bahru, Johor, Malaysia.
Brew & Chill kafe adalah antara kafe yang terkenal dalam kalangan pengunjung lokal dan pelancong. Kafe ini sering menjadi tempat persinggahan untuk kopi, pencuci mulut, dan sesi lepak yang relaks.
Sumber: Google Review (Brew & Chill) Menu di Brew & Chill tidak hanya terhad kepada kopi; mereka juga menawarkan pelbagai pilihan makanan ringan dan hidangan utama yang sedap. 
Ada pizza, pasta, lasagna, roti arab dan macam-macam lagi. Jangan lupa juga cuba menu pencuci mulut seperti kunafa keju, smores, pizza marshmallow dan sebagainya. Pokoknya semuanya sedap-sedap belaka!
Sumber: Google Review (Brew & Chill) Sumber: Google Review (Brew & Chill) Sumber: Google Review (Brew & Chill) Kafe ini terletak berhampiran pusat bandar Johor Bahru, jadi ia sangat mudah diakses. Sekiranya anda ingin menikmati hidangan lazat sambil meluangkan masa berkualiti, jangan lupa singgah di kafe ini. 
6. Rumi Place Alamat: 23, Blok H1, Pusat Perdagangan Ion Medini, 1, Persiaran Medini Sentral 6, 79600 Iskandar Puteri, Johor, Malaysia
Rumi Place ialah sebuah kafe tersembunyi di kawasan Medini, Johor Bahru, yang menawarkan suasana vintaj dan cozy. Dengan dekorasi unik yang memberikan sentuhan klasik, kafe ini adalah pilihan ideal untuk bersantai atau menikmati masa berkualiti bersama rakan dan keluarga.
Sumber: Instagram @rumi_place_cafe Sumber: Instagram @rumi_place_cafe Kafe ini menawarkan pelbagai hidangan yang sesuai untuk semua waktu makan, termasuk sarapan, brunch, makan tengah hari, makan malam dan semestinya, pencuci mulut. Japanese food pun ada tau!
Selain itu, Rumi Place juga menyajikan pelbagai pilihan kopi dan minuman artisanal termasuk minuman berkarbonat dan blended milkshake. 
Sumber: Instagram @rumi_place_cafe Dengan kemudahan seperti tempat letak kereta percuma dan juga pilihan pesanan dalam talian, Rumi Place adalah pilihan ideal bagi mereka yang mencari tempat untuk berehat sambil menikmati hidangan yang lazat di Johor Bahru.
7.  The Jiran Cafe Alamat: 11, Jln Beringin, Taman Melodies, 80250 Johor Bahru, Johor, Malaysia
The Jiran Cafe adalah sebuah kafe yang comel dan menarik di Johor Bahru, terletak di Taman Pelangi. Kafe ini telah menjadi bualan ramai kerana konsepnya yang unik dan suasana yang santai. 
Sumber: Google Review (The Jiran Cafe) Dengan hiasan dalaman yang minimalis dan moden, The Jiran Cafe menawarkan ruang yang selesa untuk sesi hi-tea atau waktu bersantai bersama rakan dan keluarga. 
Kafe ini juga menjadi pilihan popular untuk mereka yang ingin bekerja atau belajar, dengan kemudahan wifi percuma dan banyak soket elektrik yang disediakan.
Sumber: Google Review (The Jiran Cafe) Terdapat banyak pilihan makanan yang anda boleh cuba di sini, antaranya ialah chili crab, beef ragu, burger, chicken chop, pasta dan pelbagai lagi. 
Dengan kualiti hidangan yang terbaika dan perkhidmatan yang mesra, anda wajib memasukkan The Jiran Cafe dalam senarai cafe-hopping anda!
8.  Mrs. Whó Cafe Alamat: SKS Pavillion, Jalan Storey, Bukit Senyum, 80300 Johor Bahru, Johor, Malaysia.
Mrs. Whó Cafe ialah sebuah kafe Muslim-owned di Johor Bahru yang terkenal dengan sajian makanan kreatif dan konsep estetik yang sesuai untuk peminat fotografi atau sesiapa yang mencari latar belakang untuk dijadikan spot mengambil gambar. 
Sumber: Google Review (Mrs. Whó Cafe) Kafe ini menawarkan pelbagai pilihan hidangan dari makanan tempatan hingga barat, menjadikannya tempat yang sesuai untuk pelbagai selera. 
Salah satu hidangan popular di kafe ini adalah Nasi Lemak Nyonya yang disajikan dengan nasi bunga telang dan ayam goreng rangup. Selain itu, menu brunch seperti Eggy Hash dan Krabby Bao turut menjadi pilihan ramai. 
Sumber: Google Review (Mrs. Whó Cafe) Suasana mesra dan perkhidmatan cekap menjadikan pengalaman makan di kafe ini menyenangkan dan menyeronokkan. 
9. CháWan Cafe Alamat: 12, Lorong Balai, Kampung Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor, Malaysia.
Terletak di kawasan Kampung Melayu JB, kafe ini menawarkan pengalaman makan yang santai dengan menu yang menekankan masakan dengan sentuhan Thai dan juga tempatan. 
Sumber: Google Review (CháWan Cafe) Menu popular di kafe termasuk kerabu mangga dan kerabu bihun yang disediakan dengan bahan-bahan segar dan resepi tradisional. Selain itu, terdapat juga pilihan menu makanan barat seperti chicken chop, dan sebagainya. 
Sumber: Google Review (CháWan Cafe) Kafe ini juga dikenali kerana suasana yang mesra keluarga dan hiasan dalaman yang minimalis tetapi menarik. Lokasinya yang mudah diakses menjadikannya tempat pertemuan yang ideal bagi penduduk tempatan dan pelancong. 
10. OUR Cafe Alamat: B-01-15, 1, Tebrau Jalan Tebrau, Kg, Taman Seri Setanggi, 80250 Johor Bahru, Johor, Malaysia
OUR Cafe Johor Bahru adalah kafe yang popular di Johor Bahru yang menawarkan suasana yang selesa dan menu yang pelbagai. 
Sumber: Google Review (OUR Cafe) Kafe ini menawarkan gabungan hidangan tempatan dan antarabangsa, menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang ingin menikmati pelbagai rasa. Sama ada anda mengidamkan makanan tradisional Malaysia atau hidangan Barat yang menyelerakan, di OUR Cafe menawarkan keduanya.
Sumber: Google Review (OUR Cafe) Menu di kafe ini merangkumi pilihan sarapan yang lazat, brunch, hidangan tengah hari yang mengenyangkan, menu sihat, dan juga pencuci mulut. Kafe ini juga terkenal dengan minuman kopi mereka yang disediakan oleh barista berpengalaman. 
11. Cakes by Fash Alamat:  04-01, Jalan Kolam Air 1, Kampung Nong Chik, 80100 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Cakes by Fash adalah ‘syurga’ bagi pencinta kek dan pastri di Johor Bahru. Dikenali dengan kek buatan sendiri yang cantik dan lazat, kafe ini menawarkan pelbagai jenis kek dari red velvet hingga cheesecake dengan topping inovatif. Semuanya sedap!
Sumber: Google Review (Cakes by Fash) Sumber: Google Review (Cakes by Fash) Selain itu, mereka juga menawarkan pilihan kek tanpa gluten dan pilihan lain yang sesuai untuk mereka yang mempunyai keperluan diet tertentu. Selain kek, mereka juga menyajikan pastri lain seperti tart dan croissant. 
Jika anda mencari kek yang bukan sahaja cantik tetapi juga sedap, Cakes by Fash adalah pilihan yang tepat di Johor Bahru. Dengan bahan-bahan berkualiti dan sentuhan seni yang halus, setiap kek yang dihasilkan pasti memuaskan hati setiap pelanggan.
Sumber: Google Review (Cakes by Fash) Bukan itu sahaja, kafe ini juga menawarkan pelbagai pilihan minuman untuk penggemar kopi dan juga bukan penggemar kopi. 
Jangan lupa singgah di kafe ini untuk menikmati secawan minuman panas dan kek agar hari anda lebih bahagia!
12. Principle Cafe (Principle Cafe by T.A.M Jalan Trus) Alamat: 82-B, Jalan Trus, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Principle Cafe by T.A.M yang terletak di Jalan Trus, Johor Bahru, merupakan sebuah kafe yang menawarkan pengalaman makan yang unik dan moden. Kafe ini terkenal dengan konsep yang elegan dan suasana yang santai. 
Sumber: Google Review (Principle Cafe) Kafe ini menyajikan pelbagai pilihan hidangan kreatif, termasuk sarapan, hidangan tengah hari, serta kopi dan pencuci mulut yang menyelerakan. 
Sumber: Google Review (Principle Cafe) Kafe ini juga dikenali dengan hidangan-hidangan yang menyatukankan elemen tempatan dan antarabangsa, memberikan cita rasa yang unik. Bagi pencinta kopi, kafe ini menyediakan pelbagai jenis kopi premium yang disediakan dengan penuh teliti.
Highly recommended!
13. Belly Treats Alamat: 12-01, Jalan Dataran Larkin 5, Dataran Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Kafe di Johor yang anda wajib cuba yang seterusnya adalah Belly Treats. Belly Treats adalah kafe mesra keluarga yang menawarkan pelbagai jenis makanan dari hidangan Barat hingga tempatan. 
Salah satu tarikan utama di Belly Treats adalah kek dan cookies yang segar, disediakan dengan bahan-bahan premium untuk memastikan setiap gigitan penuh dengan rasa yang lazat. Kafe ini juga terkenal dengan pelbagai pilihan kek dan pencuci mulut. 
Sumber: Google Review (Belly Treats) Sumber: Google Review (Belly Treats) Jika anda berada di Johor Bahru dan ingin mencuba pencuci mulut yang lazat, Belly Treats adalah pilihan yang tepat untuk memuaskan selera anda.
14. Space Cafe Alamat: G11, Space cafe, 260, Jalan Dato Sulaiman, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Space Cafe terkenal dengan konsep reka bentuk ruang yang terbuka dan futuristik, memberikan pengunjung pengalaman yang berbeza daripada kafe-kafe biasa. Memang instagrammable!
Sumber: Google Review (Space Cafe) Menu di Space Cafe menampilkan pelbagai pilihan hidangan, termasuk kopi premium, pastri, serta hidangan utama yang kreatif. Kafe ini juga menawarkan pelbagai pilihan minuman sejuk dan panas yang menyegarkan. 
Sumber: Google Review (Space Cafe) Dengan suasana yang menarik dan menu yang beraneka, Space Cafe adalah lokasi wajib dikunjungi bagi sesiapa yang berada di Johor Bahru. 
15. The Lightwood by Mues Alamat:  18k Basement, Jalan Abdul Samad, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor, Malaysia
The Lightwood by Mues juga adalah salah satu kafe yang unik dan elegan di Johor Bahru. Ia menawarkan pelbagai jenis hidangan yang sesuai untuk sarapan, brunch, makan tengah hari, minum petang mahupun makan malam. Rambang mata nak pesan yang mana satu!
Sumber: Google Review (The Lightwood by Mues) Dengan suasana Scandinavian yang menarik, kafe ini menggunakan rekaan dalaman yang minimalis  dengan penggunaan warna-warna neutral dan bahan semula jadi seperti kayu dan batu.
Sumber: Google Review (The Lightwood by Mues) Suasananya yang tenang dan selesa, menjadikannya tempat yang ideal untuk bersantai, bekerja, atau menikmati masa berkualiti bersama orang tersayang.  Suasana yang tenang dan estetik ini bukan sahaja juga dapat memberi ruang untuk pelanggan menikmati hidangan mereka dengan lebih baik.
Penutup Secara keseluruhannya, Johor Bahru menawarkan pelbagai pilihan kafe yang menarik dan unik, masing-masing dengan konsep dan menu yang berbeza.  Jadi, jika anda berada di Johor Bahru, pastikan untuk meluangkan masa mengunjungi kafe-kafe ini dan menikmati pengalaman makan yang istimewa!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/kafe-di-johor-bahru/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kafe-di-johor-bahru

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
A Holiday Of Fun And Flavour Awaits At Holiday Inn Johor Bahru City Centre

A Holiday Of Fun And Flavour Awaits At Holiday Inn Johor Bahru City Centre

papar berkaitan - pada 20/11/2024 - jumlah : 146 hits
Holiday Inn Johor Bahru City Centre Launches Exclusive Holiday Adventure Deal for School Holidays Holiday Inn Johor Bahru City Centre is excited to introduce the Holiday Adventure Deal Family Getaway School Holiday Package designed to bring...
Muslim Men In Johor Must Vacate Business Premises During Friday Prayers

Muslim Men In Johor Must Vacate Business Premises During Friday Prayers

papar berkaitan - pada 27/11/2024 - jumlah : 125 hits
The ruling also applies to restaurant operations ISKANDAR PUTERI Muslim male business owners employees and customers in Johor are required to temporarily halt activities at business premises including restaurant operations during Friday pra...
Holiday Inn Johor Bahru City Centre Launches Exclusive Holiday Adventure Deal For School Holidays

Holiday Inn Johor Bahru City Centre Launches Exclusive Holiday Adventure Deal For School Holidays

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 495 hits
Dive into Adventure this School Holiday at the Heart of Johor BahruHoliday Inn Johor Bahru City Centre Launches Exclusive Holiday Adventure Deal for School HolidaysHoliday Inn Johor Bahru City Centre is excited to introduce the Holiday Adve...
Tipu Muslim Pilih Trump Kecewa Kepala Bapak Pengganas Dunia

Tipu Muslim Pilih Trump Kecewa Kepala Bapak Pengganas Dunia

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 663 hits
Ilhan Omar Ahli Kongres wanita Muslim yang lantang bersuara dalam isu Israel Palestin 1 Rashida dan Ilhan Pengajaran buat MalaysiaPADA Januari 2019 Rashida Tlaib yang mengenakan pakaian tradisional Palestin mengangkat sumpah sebagai ahli ko...
Makan Malam Vietnamese Muslim Foods Di Restoran Berkat Aba

Makan Malam Vietnamese Muslim Foods Di Restoran Berkat Aba

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 377 hits
Assalamualaikum WBT TRAUMATIK sungguh bangun dari tidur pagi tadi Biasanya bila dengar bunyi alarm mata masih terpejam sambil bangkit dari pembaringan Tapi pagi tadi mata terus terbeliak memandang ke tingkap dan tengok di luar rumah dah cer...
Shariah Law Panel Engaged With Non Muslim Bodies Too Says Minister

Shariah Law Panel Engaged With Non Muslim Bodies Too Says Minister

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 211 hits
Religious affairs minister Na im Mokhtar said this approach helps the committee to examine all relevant aspects in a holistic manner PETALING JAYA The committee studying the conflicts between shariah laws and the Federal Constitution had co...
Pmx Bertemu Presiden Muslim Korea

Pmx Bertemu Presiden Muslim Korea

papar berkaitan - pada 26/11/2024 - jumlah : 115 hits
Saya berkesempatan bertemu Presiden Persekutuan Muslim Korea Hussein Kim Dong Eok dan delegasi usai pertemuan dengan syarikat dan badan perniagaan di sini Kami sentuh mengenai masyarakat Islam di Republik Korea yang dianggarkan kira kira du...
Mca Against New Funding Rules For Non Muslim Houses Of Worship

Mca Against New Funding Rules For Non Muslim Houses Of Worship

papar berkaitan - pada 26/11/2024 - jumlah : 233 hits
MCA vice president Tan Teik Cheng said some recipients may need additional funds for urgent repairs PETALING JAYA MCA has criticised the housing and local government ministry over its plans to amend the guidelines for government funding app...
Group Seeks Talks Over Muslim Graves At May 13 Cemetery

Group Seeks Talks Over Muslim Graves At May 13 Cemetery

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 163 hits
The May 13 burial site contains 102 headstones most of them for Chinese victims of the racial riots There are also two Muslim graves PETALING JAYA A group of societies is to seek talks with the Gombak land and district office over two Musli...
12 Minyak Hitam Kereta Terbaik Untuk Melindungi Enjin

Myborderpass Cara Muat Turun Daftar Guna Semasa Di Klia

Najib S House Detention Addendum Issue Points To A Cover Up At The Highest Echelons Of The Madani Government

Nahas Di Lampu Isyarat 3 Kenderaan Terbakar Termasuk Lori Tangki

Resipi Puding Gula Hangus Sedap Mudah Tak Hanyir

Rumah Kenduri Deena S Menu Kenduri Harian Dan Katering Di Kulim

Pekerja Terima Tempahan Misteri Pasang Wi Fi Di Kubur

Haiwan Yang Tertangkap Melakukan Kesalahan Lazim Dalam Dunia Manusia


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


Deposit Pulsa Tanpa Potongan And Understanding Slot Machines

Bolehkah Anda Percaya Dakwaan Fazura Tentang Produk Nutox Ulasan Jujur Mengenai Sokongan Selebriti Ini

Panduan Mudah Untuk Membezakan Daun Bawang Kucai Daun Saderi Dan Daun Ketumbar

Anuar Penderhaka Besar

Borneo Access Adventure Your Gateway To Unforgettable Wilderness Experiences In Malaysia

Cara Hapus Akun Dana Lewat Aplikasi Langkah Mudah Untuk Gen Z