15 Destinasi Mesra Keluarga Negeri Sembilan


Destinasi Mesra Keluarga Negeri Sembilan – Lokasi & Waktu Operasi
Negeri Sembilan adalah negeri yang kaya dengan warisan budaya, keunikan seni bina Minangkabau dan tarikan semula jadi. Jadi, tidak hairanlah ia menyimpan banyak ‘hidden gem’ yang boleh diterokai bersama keluarga. 
Berikut dikongsikan senarai destinasi mesra keluarga Negeri Sembilan 2025 yang boleh dijadikan pilihan percutian semasa cuti sekolah mahupun hujung minggu.
BACA JUGA: 20+ Tempat Menarik di Negeri Sembilan 2025
1. Pantai-pantai di Port Dickson Port Dickson memang tidak asing lagi sebagai salah satu destinasi mesra keluarga Negeri Sembilan yang sentiasa menjadi pilihan ramai untuk percutian keluarga. 
Ia terkenal dengan deretan pantai yang cantik serta pelbagai aktiviti menarik sesuai untuk seisi keluarga. Antara pantai-pantai yang popular di Negeri Sembilan ialah Pantai Teluk Kemang, Pantai Cahaya Negeri dan Blue Lagoon. 
Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti jet ski, banana boat, parasailing dan sebagainya. 
Dari segi kemudahan, di Port Dickson terdapat pelbagai pilihan resort bajet hingga mewah, kafe hipster, gelanggang futsal, padang permainan dan macam-macam lagi. 
2. Lorong Seni Seremban Alamat: 155C, Jalan Dato Bandar Tunggal, Bandar Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia Waktu Operasi: 24 jam Jika anda mencari destinasi OOTD, Lorong Seni Seremban adalah antara tempat menarik di Negeri Sembilan yang anda wajib dikunjungi. 
Lokasi ini merupakan lorong belakang tiga deretan rumah kedai di pusat bandar Seremban. Lorong sepanjang lebih 250 meter ini dihiasi lebih 30 mural menarik, kreatif dan penuh cerita tersendiri. 
Tips:
Lokasi strategik di tengah bandar Seremban; boleh akses dari mana-mana jalan utama. Waktu terbaik, lewat petang hingga malam untuk suasana lebih meriah dan pencahayaan yang cantik. Tiada bayaran masuk — sesuai untuk semua lapisan umur. Jangan lupa nikmati makanan tempatan di gerai sekitar lorong ini. 3. Teratak Za’Ba Alamat: Kampong Bukit Kerdas, 72100 Batu Kikir, Negeri Sembilan, Malaysia Waktu Operasi: Setiap hari, 10 AM – 5 PM Teratak Za’Ba merupakan sebuah muzium berkonsepkan pendidikan yang didedikasikan kepada pendeta dan tokoh persuratan Melayu terkenal, Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za’ba. 
Za’ba adalah seorang “Bapa Bahasa Melayu Moden” yang amat berjasa dalam pembangunan bahasa, kesusasteraan dan pendidikan negara.
Masuk adalah percuma!
4. Masjid Sri Sendayan Alamat: Persiaran Idaman Villa, Bandar Sri Sendayan, 71950 Siliau, Negeri Sembilan, Malaysia. Waktu Operasi: Setiap Hari, 5:30 AM–10 PM Untuk melihat senibina moden ala-ala Taj Mahal, anda boleh singgah di Masjid Sri Sendayan. 
Ia terkenal sebagai mercu tanda bandar Seremban dan salah satu tempat menarik di Negeri Sembilan yang tumpuan pelancong, peminat fotografi, serta mereka yang ingin memahami budaya dan seni bina Islam di Malaysia secara lebih dekat.
Masjid ini juga sering menjadi pilihan mempelai untuk melakukan majlis akad nikah. Dengan landskap yang  indah, senibina yang unik serta menarik, serta kemudahan yang lengkap dan mesra OKU menjadikannya masjid pilihan ramai. 
5. Wet World Pedas Adventure Park Alamat: Lot 603, Jalan Tampin, Mukim, 71400 Pedas, Negeri Sembilan, Malaysia.  Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 5 PM–12 AM.  Wet World Pedas Adventure Park direka khas untuk semua peringkat umur dan menawarkan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga. 
Terdapat pelbagai permainan yang boleh dicuba di sini seperti gelongsor air, trampolin, rock climbing, obstacle course, Bouncing Clouds dan sebagainya. 
Kemudahan & Fasiliti
Tempat parkir luas & percuma Surau dan bilik persalinan Tandas & pancuran air Food court pelbagai pilihan Kemudahan untuk OKU Ruang rehat & kawasan berteduh 6. PD Forest Sg Menyala Alamat: N8, 71000 Si Rusa, Negeri Sembilan, Malaysia.  Waktu Operasi: Setiap hari, 8 AM–5 PM.  PD Forest Sungai Menyala ialahdestinasi mesra keluarga Negeri Sembilan yang popular sebagai lokasi pelancongan alam semula jadi dan eco-edutourism di Negeri Sembilan. 
Antara daya tarikan utama PD Forest Sungai Menyala adalah trail hutan yang terjaga rapi. Ia sesuai untuk aktiviti jungle trekking, rekreasi keluarga, serta penggemar fotografi alam. 
Suasana hutan yang damai dan redup memberi pengalaman yang sangat ideal untuk pencinta alam yang inginkan ketenangan atau mahu mendidik anak-anak tentang keunikan ekosistem tropika.
PD Forest Sungai Menyala juga menyediakan kemudahan moden seperti dewan pameran, perpustakaan, kem penginapan, kanopi laluan ‘interpretation track’, taman permainan, kawasan berkelah dan muzium Orang Asli. 
7. Lata Kijang Jelebu Alamat: Hutan Simpan Kenaboi, Mukim Kenaboi, Jelebu, Negeri Sembilan Waktu Operasi: Setiap hari, 7 AM – 6 PM Lata Kijang adalah air terjun bertingkat setinggi kira-kira 80 m, menjadikannya air terjun tertinggi di Negeri Sembilan. Trek untuk ke air terjun agak mencabar namun sangat berbaloi!
Anda boleh berkhemah di kawasan yang disediakan untuk merasai pengalaman bersama alam dengan lebih dekat. 
8. Batu Maloi Cave Alamat: Pejabat Hutan Negeri Sembilan, Negeri Sembilan, 73100 Tampin, Malaysia Waktu Operasi: – Seterusnya, tempat menarik di Negeri Sembilan yang anda boleh singgah terutamanya bagi pecinta alam dan aktiviti lasak ialah Batu Maloi Cave. 
Salah satu aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini ialah meneroka laluan gua granit semula jadi sepanjang lebih 1 kilometer yang terbentuk hasil runtuhan batuan granit purba. Ia bukan seperti gua batu kapur biasa, sebaliknya menawarkan pengalaman “caving” ekstrem yang sangat mengujakan.
9. Pusat Borong Nilai 3 Alamat: 823, Jalan Nilai 3/2, Kawasan Perindustrian Nilai 3, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia. Waktu Operasi: Setiap hari, 9 AM–9 PM. Jika anda seorang kaki shopping. Pusat Borong Nilai 3 adalah destinasi yang wajib anda lawati. Pusat borong ini dikenali sebagai syurga membeli-belah dengan deretan ratusan kedai yang menawarkan pelbagai pilihan produk dengan harga murah. 
Antara yang paling dicari di sini termasuk kain ela, langsir tempah, jubah, tudung, cadar, permaidani, perkakas rumah, pakaian bayi, mainan kanak-kanak, barangan hantaran, serta dekorasi majlis perkahwinan.
10. Lembaga Muzium Negeri Sembilan Alamat: Jalan Sungai Ujong, Bandar Seremban, 70300 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 9 AM–5 PM Lembaga Muzium Negeri Sembilan (Kompleks Muzium Negeri) merupakan pusat warisan dan kebudayaan utama di Seremban yang wajib dikunjungi bagi sesiapa yang ingin mendalami sejarah serta budaya negeri ini. 
Muzium ini menampilkan seni bina rumah adat Minangkabau yang unik dengan bumbung melengkung berinspirasikan tradisi orang Minangkabau asli. 
Selain pameran statik, Lembaga Muzium Negeri Sembilan juga menganjurkan pelbagai aktiviti kebudayaan seperti persembahan seni tradisional, bengkel dan kelas seni budaya, serta permainan tradisional yang interaktif dan menarik untuk pelawat dari semua peringkat umur. 
11. SnowLim Wonderland Alamat: PT 3962, Jln Haruan 2, Pusat Komersial Oakland, 70300 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia Waktu Operasi: Setiap hari, 11 AM–8 PM.  Sekiranya anda ingin merasai pengalaman bermain salji di Malaysia, anda boleh kunjungi SnowLim Wonderland, Negeri Sembilan. 
SnowLim Wonderland ialah taman tema salji terbesar di Malaysia dan salah satu tempat menarik di Negeri Sembilan yang cukup popular dalam kalangan penduduk tempatan. 
Antara aktiviti menarik yang ditawarkan termasuk snow play zones, gelongsor ais (ice slides), serta arca dan ukiran ais. 
12. Jelita Ostrich Farm Alamat: Lot 1504, Batu 6 Mukim Pantai, Jln Jelebu, 71770 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia Waktu Operasi: Setiap hari, 9:30 AM–5 PM Jelita Ostrich Farm merupakan destinasi agro-edutourism unik yang wajib dikunjungi jika anda ingin merasai pengalaman lebih dekat dengan burung unta, haiwan terbesar di dunia. 
Ia juga merupakan destinasi mesra keluarga Negeri Sembilan yang sesuai untuk kanak-kanak mempelajari perkara baru mengenai haiwan ini.
Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Jelita Ostrich Farm termasuk memberi makan burung unta secara langsung, melihat sendiri cara pemeliharaan, serta mencuba pengalaman menunggang burung unta di bawah bimbingan staf terlatih. 
Selain burung unta, ladang ini turut memelihara haiwan lain seperti kambing, geese, itik, kalkun, dan kuda. 
13. Pusat Penetasan Penyu – Glory Beach Resort Alamat: Glory Beach Resort, Batu 2, Jalan Seremban, Tanjung Gemok, Port Dickson Waktu Operasi: – Sekiranya anda ingin merasai pengalaman bersama penyu, anda boleh menginap di Glory Beach Resort. Resort ini menawarkan pelbagai program bersama penyu-penyu termasuklah ceramah edukasi, program pelepasan penyu, memberi makan penyu dan sebagainya. 
Aktiviti paling menarik ialah melepaskan anak-anak penyu ke laut. Aktiviti ini sering diadakan mengikut musim penetasan dan mendapat sambutan hangat daripada pengunjung. 
Selain itu, lokasi Glory Beach Resort sendiri turut menawarkan suasana santai tepi pantai, kemudahan penginapan sesuai untuk keluarga serta pelbagai aktiviti rekreasi. 
14. Replica Royal Palace Melawar (Rembau Museum) Alamat: 71350 Kota, Negeri Sembilan, Malaysia Waktu Operasi: Replica Royal Palace Melawar (Muzium Rembau) merupakan replika istana bersejarah yang dibina bagi mengenang Raja Melewar, pemerintah pertama Negeri Sembilan yang memerintah sejak 1773. 
Struktur bangunan ini mengambil konsep seni bina tradisional Minangkabau yang unik dan menggabungkan elemen rumah adat Negeri Sembilan dengan nilai estetika yang tinggi. 
Di dalam muzium, pengunjung boleh menyaksikan pameran yang memperincikan sejarah Raja Melewar.
Selain itu, muzium juga menampilkan koleksi berkaitan sistem adat Perpatih yang diamalkan di kalangan masyarakat Rembau, termasuk peralatan pertukangan, alat pertanian, permainan tradisional, dan barangan cenderamata yang memberi gambaran hidup masyarakat tradisional. 
15. X Park Port Dickson Alamat: Palm Spring Resort, Jalan Pantai Batu 13 KM 21, Mukim Pasir Panjang, Negeri Sembilan, 71250 Port Dickson, Malaysia Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 10 AM–6 PM.  Jika anda pencari keseronokan dan aktiviti luar biasa di Negeri Sembilan 2025, X Park Port Dickson adalah destinasi mesra keluarga yang wajib ada dalam senarai anda.
Taman rekreasi luar ini menawarkan pelbagai aktiviti ekstrem dan lasak, sesuai untuk dewasa serta remaja (12 tahun ke atas). 
Antara tarikan popular di sini termasuklah go-kart, menunggang ATV merentasi denai hutan berlumpur, archery serta aktiviti paintball. 
16. Nabila Agro Farm Negeri Sembilan Alamat: Jalan Wa Othman Batu 7, 3/4, Jalan Seremban, 71770 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Waktu Operasi: Sabtu & Ahad, 8:30 AM–6:30 PM.  Nabila Agro Farm Negeri Sembilan merupakan sebuah resort dan agrofarm yang terletak di Seremban, berdekatan dengan Kampung Pantai. 
Di sini terdapat pelbagai jenis haiwan jinak seperti arnab, kuda, monyet dan sebagainya. Pengunjung boleh berinteraksi secara langsung dengan haiwan-haiwan tersebut.
Selain itu, Nabila Agro Farm turut menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi menarik termasuk menunggang kuda, memanah, serta aktiviti lasak seperti ATV yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Nabila Agro Farm adalah antara tempat menarik Negeri Sembilan 2025 yang mesra keluarga dan wajib dikunjungi!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/destinasi-mesra-keluarga-negeri-sembilan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=destinasi-mesra-keluarga-negeri-sembilan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
15 Tempat Menarik Negeri Sembilan Mesra Keluarga

15 Tempat Menarik Negeri Sembilan Mesra Keluarga

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 192 hits
Negeri Sembilan adalah negeri yang kaya dengan warisan budaya keunikan seni bina Minangkabau dan tarikan semula jadi Jadi tidak hairanlah ia menyimpan banyak hidden gem yang boleh diterokai bersama keluarga Berikut dikongsikan senarai tempa...
Ultimate Port Dickson Travel Guide 2025 Beaches Culture Hidden Gems In Negeri Sembilan

Ultimate Port Dickson Travel Guide 2025 Beaches Culture Hidden Gems In Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 267 hits
Ultimate Port Dickson Travel Guide 2025 Beaches Culture Hidden Gems Negeri Sembilan Have you ever dreamed of escaping to a coastal paradise that perfectly blends rich Malaysian heritage with pristine beaches and endless adventure Welcome to...
Biodata Muaz Zabir Pelakon Dan Jurulatih Kecergasan Dari Negeri Sembilan

Biodata Muaz Zabir Pelakon Dan Jurulatih Kecergasan Dari Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 167 hits
Original Content Biodata Muaz Zabir Nama penuh Muaz bin Mohamad ZabirTarikh lahir 29 November 1997Umur 27 tahun Asal Linggi Negeri Sembilan MalaysiaWarganegara MalaysiaPendidikan Kolej Profesional MARA Seri Iskandar Perak Kerjaya Pelakon mo...
Ketua Pemuda Umno Pahang Bidas Tuan Ibrahim Jangan Tunggang Rakyat Kalau Terdesak Nak Ambil Negeri Ini

Ketua Pemuda Umno Pahang Bidas Tuan Ibrahim Jangan Tunggang Rakyat Kalau Terdesak Nak Ambil Negeri Ini

papar berkaitan - pada 20/7/2025 - jumlah : 148 hits
KUANTAN Rakyat Pahang bukannya bodoh mudah digula gulakan Demikian tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang Mohd Kamil Ibrahim membidas kenyataan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man kononnya rakyat di negeri itu sudah bersedia memberi ...
Pulang Ke Luar Negeri

Pulang Ke Luar Negeri

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 167 hits
20 Julai 2025 Ahad Pagi Hantar dak Kakak balik ke kampus jauh nun di luar negeri Minggu depan akan bermula peperiksaan akhir semester Moga dak Kakak dapat menjawab dengan tenang dan semoga keputusannya nanti membawa sinar harapan yang lebih...
Kuasa Politik Di Negeri Pahang Perlu Dikembalikan Kepada Orang Melayu Islam Umno Tidak Perlu Gadai Prinsip

Kuasa Politik Di Negeri Pahang Perlu Dikembalikan Kepada Orang Melayu Islam Umno Tidak Perlu Gadai Prinsip

papar berkaitan - pada 20/7/2025 - jumlah : 197 hits
KUANTAN Kuasa politik di Pahang perlu dikembalikan kepada orang Melayu Islam Demikian gesaan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Dato Andansura Rabu susulan tindakan UMNO negeri bergabung dengan DAP bagi membentuk kerajaan negeri selepas Piliha...
Kelantan Tekad Jadi Model Negeri Bebas Dadah

Kelantan Tekad Jadi Model Negeri Bebas Dadah

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 137 hits
Timbalan Menteri Besar Mohamed Fadzli Hassan berkata Kelantan berdepan cabaran unik dalam membanteras dadah Mendukung usaha membanteras dadah adalah selaras dasar Membangun Bersama Islam tegas Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohamed Fadzli ...
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Pahang Rampas Simpanan Minyak Diesel Tanpa Permit Sah

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Pahang Rampas Simpanan Minyak Diesel Tanpa Permit Sah

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 166 hits
KUANTAN Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara HIdup Pahang merampas 17 000 liter simpanan minyak diesel tanpa permit yang sah dianggarkan bernilai RM53 195 00 dalam satu serbuan di sini kelmarin Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN ...
Inilah Doktor Ketuai Bedah Siasat Zara Qairina Rupanya Bukan Calang Calang

Best Healthy Breakfast Recipe With Eggs

Masak Kicap Sotong Dan Kes Jenayah

Bila Beruk Pun Rajin Menyapa

Terengganu Lelaki 79 Tahun Direman Disyaki Bakar Rumah Isteri Kedua

Jpj Kelantan Sita 13 Kereta Mewah Bernilai Hampir Rm5 Juta

Jay Idzes Pilih Sassuolo Babak Baru Karier Sang Kapten Venezia

Latihan Bola Jaring Antara Semangat Dan Realiti Usia 40 An


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Printing Kotak Packaging Custom Pilihan Terbaik Untuk Bisnes Kecil Sederhana

Bayam Merah

A Soft Wrap With Substance Why Fitbakes Is Gaining Fans Beyond Keto

Takut Kena Tindakan Dua Selebriti Cepat Cepat Perbaharui Cukai Jalan

Emas Sukan Dunia Hadiah Sempena Hari Kebangsaan Cheong Min

Bot Ronda Filipina Aibkan Tentera Laut China Yang Berlanggar Sesama Sendiri Semasa Mengusirnya