Kelantan Tekad Jadi Model Negeri Bebas Dadah


 Timbalan Menteri Besar Mohamed Fadzli Hassan berkata Kelantan berdepan cabaran unik dalam membanteras dadah.
Mendukung usaha membanteras dadah adalah selaras dasar Membangun Bersama Islam, tegas Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohamed Fadzli Hassan.PETALING JAYA: Kerajaan Kelantan membulatkan tekad menjadi model negeri bebas dadah walaupun berdepan cabaran unik dalam membanteras bahan terlarang itu, dengan aktiviti penyeludupan yang semakin licik
Timbalan Menteri Besar, Mohamed Fadzli Hassan, memberitahu FMT sempadan panjang, laluan tikus yang banyak, serta kewujudan sindiket antarabangsa memerlukan pendekatan menyeluruh melibatkan kerjasama pelbagai agensi di semua peringkat.
“Selaras dasar Membangun Bersama Islam, kerajaan Kelantan akan terus konsisten, tegas dan berprinsip dalam mendukung segala usaha membanteras dadah,” katanya.
Fadzli berkata, kerajaan negeri akan terus mengambil inisiatif membanteras dadah, antaranya melalui Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Kelantan.
“Pemadam Kelantan bekerjasama rapat dengan Agensi Antidadah Kebangsaan, polis, Jabatan Pendaftaran Negara, Yayasan Islam Kelantan, jabatan pendidikan negeri serta pelbagai agensi lain untuk memperkukuh usaha pencegahan dan pendidikan sehingga ke peringkat akar umbi termasuk di sekolah dan masyarakat,” katanya.
Terdahulu, polis memaklumkan Kelantan menjadi transit dadah jenis syabu, ganja, dan heroin yang diseludup dari negara jiran.
Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat, dilapor berkata dadah berkenaan lebih banyak dihantar ke Pantai Barat manakala ‘pil kuda’ (campuran metamfetamina dan kafeina) menjadi pilihan penagih tempatan.
Bulan ini sahaja dilaporkan polis menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah di Kelantan.
Pada 3 Julai lalu, polis menahan enam individu dan merampas pil kuda seberat 35.4kg bernilai RM5.04 juta dalam enam serbuan di Pasir Mas dan Tumpat.
Kemudian pada 11 Julai, polis menahan suami isteri dan merampas pelbagai dadah dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM3.1 juta.
Yusoff dilapor berkata, polis tidak menolak kemungkinan sindiket ditumpaskan baru-baru ini mempunyai kaitan dengan sindiket dadah antarabangsa.
Fadzli berkata, tangkapan besar-besaran di seluruh Kelantan kebelakangan ini, dengan rampasan dadah bernilai jutaan ringgit bukti penguatkuasaan undang-undang sedang berjalan dengan berkesan.
“Tahniah kepada polis atas kejayaan besar ini. Tidak perlu lagi ada persepsi negatif terhadap Kelantan kerana apa yang lebih penting ialah tindakan tegas dan hasil yang nyata,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/07/kelantan-tekad-jadi-model-negeri-bebas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasangan Kekasih Bebas Tuduhan Edar Dadah

Pasangan Kekasih Bebas Tuduhan Edar Dadah

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 124 hits
Pasangan kekasih bebas tuduhan edar dadah Foto hiasan mahkamah KUALA LUMPUR Pasangan kekasih terlepas tali gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan mereka atas dua pertuduhan mengedar dadah lebih 1 2 kilogram...
Kelantan Memalukan Ada Pesta Gay Di Negeri Serambi Mekah

Kelantan Memalukan Ada Pesta Gay Di Negeri Serambi Mekah

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 128 hits
Malaysiakini nbsp Seorang pemimpin akar umbi Umno Kelantan mengecam dakwaan pesta gay di Kota Bharu Kelantan pada bulan lalu Ketua Umno Bahagian Pasir Mas Noor Hariri Mohamed Noor mengaitkan perkara itu dengan dadah walaupun laporan media t...
Dadah Di Kelantan Disorok Dalam Timbunan Bang Mat Tidak Terkejut

Dadah Di Kelantan Disorok Dalam Timbunan Bang Mat Tidak Terkejut

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 150 hits
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata laporan penemuan dadah yang disorok dalam timbunan najis lembu di Kelantan tidaklah mengejutkan Mesra dipanggil Bang Mat beliau berkata siasatan awal mengenai harga ...
Membangun Bersama Islam Apa Beza Pembangunan Islam Di Kelantan Dengan Negeri Bukan Dikuasai Pas

Membangun Bersama Islam Apa Beza Pembangunan Islam Di Kelantan Dengan Negeri Bukan Dikuasai Pas

papar berkaitan - pada 5/7/2025 - jumlah : 137 hits
HarapandailyKenyataan Naib Presiden Pas Datuk Seri Mohd Amar Abdullah yang menggariskan empat kejayaan besar parti itu sepanjang lapan penggal memerintah Kelantan sejak 1990 mengundang persoalan Mohd Amar yang juga bekas Timbalan Menteri Be...
Kelantan Pengusaha Salun Dan Suami 3 Ahli Keluarga Miliki 35 4 Kg Dadah Didakwa Di Mahkamah Pagi Ini

Kelantan Pengusaha Salun Dan Suami 3 Ahli Keluarga Miliki 35 4 Kg Dadah Didakwa Di Mahkamah Pagi Ini

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 137 hits
Nor Fazlina Abdul RahimPengusaha salun dan kedai makan antara lima yang akan didakwa di Mahkamah Majistret pagi ini kerana memiliki 35 4 kilogram dadah bernilai lebih RM5 juta Foto NSTP NIK ABDULLAH NIK OMARPASIR MAS Seorang pengusaha salun...
Pas Sendiri Tidak Yakin Letak Ulama Ketuai Agensi Kerajaan Negeri Kelantan

Pas Sendiri Tidak Yakin Letak Ulama Ketuai Agensi Kerajaan Negeri Kelantan

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 131 hits
Kenyataan Naib Presiden Pas Datuk Seri Mohd Amar Abdullah kononnya parti itu telah berjaya membuktikan ulama bukan sahaja mampu memberi panduan agama tetapi mampu mentadbir negeri Kelantan dipersoalkan Naib Pengerusi AMANAH Kelantan Ustaz C...
Kuantan City Juara Ping Pong Liga Sukan Komuniti Negeri Pahang 2025 Bersedia Ke Peringkat Kebangsaan

Kuantan City Juara Ping Pong Liga Sukan Komuniti Negeri Pahang 2025 Bersedia Ke Peringkat Kebangsaan

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 127 hits
KUANTAN Kejohanan Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Pahang 2025 yang berlangsung meriah di Kompleks Rakan Muda Daerah Maran baru baru ini menyaksikan pertandingan hebat merangkumi tiga acara utama iaitu Ping Pong Berpasukan Campuran Sepa...
Program Summer Camp Rakan Muda Peringkat Negeri Melaka 2025 Di Pulau Redang Terengganu

Program Summer Camp Rakan Muda Peringkat Negeri Melaka 2025 Di Pulau Redang Terengganu

papar berkaitan - pada 11/7/2025 - jumlah : 159 hits
Assalamualaikum Anak dara kesayangan SA tu ada kat Pulau Redang sekarang ni Dania joined Summer Camp Rakan Muda Peringkat Negeri Melaka Campur campur dengan rakan muda dari U lain Bagus untuk Nia yang sebelum ni introvert SA memang galakkan...
Waspada Akaun Palsu Yang Menyalahgunakan Identiti Menteri Dalam Negeri Dengan Menawarkan Bantuan Kewangan

Waspada Akaun Palsu Yang Menyalahgunakan Identiti Menteri Dalam Negeri Dengan Menawarkan Bantuan Kewangan

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 194 hits
Menurut Polis Diraja Malaysia PDRM mengesahkan telah menerima laporan berkaitan akaun TikTok saifuddin nasution1 yang menggunakan teknik Teknologi Kecerdasan Buatan dan disyaki palsu atas nama
Travel Bajet Ke Pulau Pinang Panduan Lengkap Untuk Percutian Solo Keluarga

Ringkasan Berita Pasaran As Untuk 6 Ogos

Mobileshield By Celcomdigi Is Here To Stop Scams In Their Tracks

Lebih 3 000 Pokok Durian Musang King Haram Di Tebang Di Hutan Simpan Gunung Benum Bermula 21 Julai Lalu

Wan Muhammad Fazri Mahu Perbaiki Catatan Di India Utusan Com My

Kes Denggi Di Bintulu Membimbangkan Suara Sarawak

Servis Cetak Beg Non Woven Murah Berkualiti Sesuai Untuk Event Bisnes

Tak Ada Rezeki Nak Makan Karipap Segamat Legend Viral


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hadiah Birthday Cermin Mata

Untuk Anak Anak Ibu Dengan Penuh Cinta

Pok Park Kanto Pok Mon Theme Park To Open In 2026

Jenis Anak Lelaki Yang Menyusahkan Ibunya

Learning From Failed Startups

Petua Kurangkan Batuk