15 Aktiviti Menarik Di Kedah 2025 Ramai Tak Tahu


15+ Aktiviti Menarik di Kedah 2025 – Percutian Keluarga & Mesra Poket
Negeri Kedah merupakan pilihan yang sangat sesuai bagi sesiapa yang mencari destinasi percutian mesra keluarga dan juga mesra poket. 
Kedah bukan sahaja terkenal dengan pemandangan sawah padi yang luas terbentang, malah menawarkan pelbagai aktiviti menarik serta destinasi tarikan yang mampu menjadikan percutian lebih bermakna.
Tambahan pula, dengan promosi pelancongan yang semakin rancak dijalankan di Kedah, maka semakin banyak lokasi baru dan aktiviti yang menarik untuk dicuba. 
Berikut merupakan lebih 15 aktiviti menarik di Kedah yang anda patut masukkan dalam senarai untuk dicuba apabali berkunjung ke Kedah. 
BACA JUGA: Harga Tiket Feri Langkawi 2025 (Kuala Kedah, Kuala Perlis, Satun, Koh Lipe)
Senarai Aktiviti Menarik di Kedah 2025 1. Menikmati Pemandangan di Tree Top Walk Sungai Sedim Alamat: Kg Ulu Riau Tree Top Walk Kg Ulu, 09700 Karangan, Kedah, Malaysia Waktu Operasi: Setiap Hari, 8.30 AM–5.30 PM Tree Top Walk Sungai Sedim merupakan jambatan gantung yang terletak di Hutan Lipur Sungai Sedim, Kulim. Jambatan ini membolehkan pengunjung menikmati pemandangan hutan hujan tropika dari ketinggian lebih 26 meter!
Sepanjang laluan hampir 1.5 kilometer, pengunjung juga berpeluang merasai suasana sejuk hutan, deruan air sungai serta melihat flora dan fauna tempatan. Kemudahan seperti tandas awam, gerai makanan dan tempat letak kereta juga ada disediakan. 
2. Menaiki Bot dan Melakukan Aktiviti Rekreasi di Pusat Rekreasi Sungai Merbok Alamat: Kuala Muda, Kedah Waktu Operasi: –  Pusat Rekreasi Sungai Merbok kaya dengan biodiversiti dan menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan. 
Antara aktiviti yang boleh pengunjung lakukan di sini ialah jungle trekking, berkelah, melihat burung, memancing dan sebagainya.  Pengunjung juga boleh menaiki bot menyusuri Sungai Merbok untuk menikmati keindahan paya bakau dan ekosistem sungai yang unik. 
Dari segi kemudahan, terdapat chalet terapung yang lengkap dengan bilik berhawa dingin, pelantar memancing, tempat letak kereta, pondok rehat serta gerai makanan disediakan di sini. 
3. Bersantai di Pantai Tanjung Rhu, Langkawi Alamat: Ayer Hangat 07000 Kuah, Langkawi Kedah Waktu Operasi: –  Pantai ini terkenal dengan pasir putih halus dan suasana ala-ala Thailand. Selain menikmati keindahan laut, anda juga boleh mencuba makanan laut segar di restoran terapung dan melihat bot nelayan berwarna-warni di sini.
Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai aktiviti seperti berjemur, berenang, berperahu atau menaiki kayak untuk meneroka kawasan sekitar. Jangan lupa luangkan masa untuk menyaksikan matahari terbenam yang memukau di sepanjang pantai ini. 
4. Melawat Muzium Padi Kedah Alamat: 58RG+9H, Jalan Gunung Keriang, Gunung Keriang, 05150 Alor Setar, Kedah Waktu Operasi: Setiap Hari kecuali Jumaat, 9 AM–4:30 PM (Jumaat, 9 AM–12:30 PM, 2:30–4:30 PM) Sebagai negeri pengeluar padi utama, tidak lengkaplah percutian anda tanpa kunjungan ke Muzium Padi Kedah. Muzium ini terletak di kaki Gunung Keriang, kira-kira 8 kilometer dari pusat bandar Alor Setar. 
Muzium ini dibina dengan reka bentuk menyerupai gemai padi untuk melambangkan identiti negeri jelapang padi Malaysia. 
Di sini anda boleh mempelajari mengenai sejarah, budaya dan teknologi penanaman padi melalui galeri interaktif, diorama 360 darjah serta koleksi alat tradisional dan moden yang digunakan dalam pertanian. 
Apa yang menariknya, di sini pengunjung juga berpeluang untuk  menyaksikan pemandangan sawah dan Gunung Keriang dari tingkat atas muzium ini. 
5. Melawat Muzium Negeri Kedah Alamat: Darul Aman Hwy, Bakar Bata, 05100 Alor Setar, Kedah Waktu Operasi: Setiap Hari kecuali Jumaat, 9 AM–5 PM (Jumaat, 9 AM–12:30 PM, 2:30–5 PM) Selain Muzium Padi, jangan lupa juga untuk singgah ke Muzium Negeri Kedah. Muzium ini menampilkan 10 galeri berbeza merangkumi sejarah, seni, budaya dan tekstil negeri Kedah. 
Terdapat pelbagai artifak sejarah, budaya dan warisan Kedah dari zaman prasejarah hingga moden, termasuk manuskrip, tekstil dan koleksi arkeologi yang unik ditempatkan di muzium ini. Masuk adalah percuma sahaja. 
6. Snorkeling di Pulau Payar Marine Park  Alamat: Kompleks EB Adina peksn Baru Baron Kuah, 07000 Langkawi, Kedah Waktu Operasi: – Seterusnya, aktiviti menarik di Kedah yang tidak boleh dilepaskan ialah aktiviti snorkeling dan selam skuba di Pulau Payar Marine Park.  
Pulau ini sangat terkenal dengan keindahan terumbu karang serta kepelbagaian hidupan marin yang menakjubkan. Terdapat juga kemudahan seperti dek pemerhatian bawah laut dan pontun terapung untuk memudahkan pengunjung. 
Lokasi ini turut menyediakan kemudahan asas seperti bilik persalinan, tandas serta kawasan berkelah. Untuk pengetahuan anda, pulau in dikawal rapi untuk pemuliharaan. Terdapat had pengunjung mingguan dan penutupan berkala bagi menjaga ekosistem marin. 
7. Berangan Aqua Park Alamat: Kampung Kelang Makau, 08000 Sungai Petani, Kedah Waktu Operasi: Setiap Hari kecuali Selasa, 10 AM–5 PM (Selasa Tutup) Sekiranya anda bercuti bersama anak-anak, Berangan Aqua Park memang wajib singgah. Taman tema air mini yang berlatarbelakangkan sawah padi ini sangat sesuai untuk keluarga dengan anak kecil. 
Kemudahan di Berangan Aqua Park lengkap dengan chalet dan gerai makanan. Ini sangat memudahkan pengunjung untuk menginap dan menikmati pelbagai aktiviti sepanjang berada di sini. 
Lokasinya juga sangat mudah diakses dari pusat bandar Sungai Petani. 
8. Melihat Rusa di Batas Ubi Deer Farm Alamat: Kampung Batas ubi, 06900 Yan, Kedah, Malaysia Waktu Operasi: –  Melihat rusa di Batas Ubi Deer Farm juga antara aktiviti menarik di Kedah yang anda kena masukkan dalam senarai. 
Batas Ubi Deer Farm adalah merupakan ladang rusa yang meliputi kawasan seluas lima ekar. Di sini, pengunjung berpeluang memberi makan rusa secara langsung tau. Memang seronok sangat. 
Selain memberi makan rusa, pengunjung juga boleh mencuba daging rusa BBQ yang segar dan lazat. Tadi dah bagi makan kan, haa sekarang kita makan dia. 
Bukan itu sahaja, di ladang ini juga pengunjung boleh melakukan aktiviti lasak seperti menunggang ATV. Ini membolehkan pengunjung menjelajah kawasan ladang dengan lebih menyeronokkan. 
Kemudahan dan suasana ladang yang mesra keluarga menjadikan Batas Ubi Deer Farm destinasi ideal untuk percutian santai dan berbeza di Kedah.
Menariknya lagi, di sini juga terdapat beberapa pilihan penginapan berhampiran untuk pengunjung yang ingin bermalam.
9. Flying Fox & Water Rafting di Sungai Sedim Alamat: Kg Ulu Riau Tree Top Walk Kg Ulu, 09700 Karangan, Kedah, Malaysia Waktu Operasi: Setiap Hari, 8.30 AM–5.30 PM Selain terkenal dengan Tree Top Walk, Sungai Sedim juga menjadi lokasi popular untuk aktiviti lasak seperti flying fox, white water rafting, dan abseiling. 
Di sini pengunjung boleh melakukan aktiviti lasak dengan selamat dan di bawah pantauan jurulatih bertauliah. Jadi anda tidak perlu risau walaupun baru pertama kali hendak mencuba aktiviti lasak sebegini. 
10. Melawat Galeri Seni & Kraf di Balai Seni Negeri Kedah Alamat: Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar, Kedah Waktu Operasi: Setiap Hari kecuali Jumaat, 9 AM–5 PM (Jumaat, 9 AM–12:30 PM, 2:30–5 PM) Melawat Galeri Seni Negeri Kedah atau Balai Seni Negeri Kedah juga salah satu aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Kedah. 
Galeri yang terletak di pusat bandar Alor Setar ini dibuka secara rasmi pada tahun 1912 dan kini menjadi pusat pameran karya seni tempatan seperti lukisan, arca dan kraftangan tradisional 
Bangunannya yang asalnya dibina sebagai bangunan Mahkamah Tinggi mempamerkan senibina neoklasik yang unik, menjadikannya tarikan tersendiri untuk kaki fotografi dan pencinta sejarah.
Di dalam galeri, lebih daripada seribu karya seni asli Kedah dipamerkan, termasuk lukisan dan ukiran kayu yang mencerminkan budaya dan kreativiti masyarakat setempat. Galeri ini turut menganjurkan pameran sementara, bengkel pendidikan dan demonstrasi seni. 
Masuk adalah percuma. 
11. Menginap di Resort Desa & Glamping Kedah kini menawarkan lebih banyak pilihan penginapan berkonsepkan desa dan glamping yang memberikan pengalaman bermalam di tengah alam semula jadi dengan kemudahan moden. 
Contohnya, The Jerai Hill Resort yang terletak di puncak Gunung Jerai.  Resort ini menawarkan suasana desa dengan pemandangan menakjubkan serta kemudahan moden untuk keselesaan pengunjung. 
Selain itu, di Pusat Rekreasi Sungai Merbok juga ada menyediakan chalet terapung (Chalet Terapung PPK Merbok) dan glamping di tepi sungai. Ia sesuai untuk pencinta alam yang ingin merasai pengalaman bermalam di tengah kehijauan semula jadi. 
Beberapa lokasi lain seperti Bendang Perantau Homestay dan DelZiaNa Bara Villa Pakbara juga menawarkan konsep penginapan desa yang autentik bagi membolehkan tetamu menikmati suasana kampung dengan kemudahan lengkap.
Pilihan glamping di kawasan sawah padi dan ladang turut semakin popular. Ini memberikan peluang untuk menikmati keindahan Kedah dengan cara yang lebih santai dan eksklusif. Antara lokasi glamping di Kedah yang popular ialah Jerai Nature Glamping, Sebarau Park Campsite dan beberapa lagi. 
12. Menikmati Makanan Tradisional Kedah Aktiviti menarik di Kedah yang tidak boleh dilupakan ialah semestinya aktiviti makan-makan. Pastikan anda mencuba pelbagai hidangan tradisional Kedah seperti laksa Kedah, gulai itik dan kuih-muih tempatan yang mudah didapati di pasar malam atau restoran tempatan. 
13. Menikmati Nira Nipah di Ladang Nira Nipah Napiah, Merbok Alamat: F104, Jalan Kampung Sungai Pial, Kampung Huma, 08400 Merbok, Kedah, Malaysia Waktu Operasi: Jumaat, Sabtu, Ahad (12–7:30 PM) Jika anda ingin merasai keenakan nira nipah asli, jangan lupa singgaj di Ladang Nira Nipah Napiah, Merbok. Suasana ladang yang hijau dan damai menambah lagi keunikan pengalaman di sini.
Selain menikmati minuman nira yang segar, pengunjung juga boleh melihat sendiri proses penghasilan nira dan mencuba pelbagai produk berasaskan nipah. 
Terdapat juga pelbagai menu lain yang anda boleh cuba di sini seperti mee udang, nasi goreng char kueh teow dan sebagainya. 
14. Berkunjung ke Pulau Songsong Pulau Songsong semakin popular sebagai destinasi percutian 2025 kerana keindahan pantainya yang masih terpelihara.
Ia merupakan salah satu daripada empat pulau yang terletak dalam kawasan Jerai Geopark di Yan, Kedah, bersama Pulau Bunting, Pulau Bidan, dan Pulau Telor. 
Pulau ini terkenal sebagai destinasi popular kerana menawarkan kawasan yang sesuai untuk pelbagai aktiviti menarik seperti snorkeling, berkhemah, dan island hopping. 
@max26___ 📍 Pulau Songsong, Yan Tak sangka Kedah pun ada pulau-pulau yang menarik untuk kita pergi. Lagi-lagi dengan aku yang minat menyelam ni, keindahan laut & hidupannya kat sini pun tak kurang cantiknya 😍 #pulausongsong #fyp #explorekedah
♬ original sound – Mutt | Explorer – Mutt | Explorer Untuk ke Pulau Songsong, pengunjung boleh menaiki bot dari beberapa jeti berhampiran seperti Jeti Sungai Yan, Jeti Sungai Udang, Jeti Kuala Dulang, dan Jeti Tanjung Dawai, dengan masa perjalanan sekitar 15 hingga 30 minit bergantung lokasi jeti. 
Terdapat pakej lawatan sehari (day trip) dan pakej berkhemah semalaman yang disediakan oleh ejen pelancongan tempatan.
15. Main Sky Bike di Gunung Jerai Sky Bike di puncak Gunung Jerai adalah antara tarikan utama yang mendapat tempat dalam kalangan pelancong luar dan dalam negara. 
Aktiviti ini membolehkan pengunjung “berbasikal atas awan” sambil menyaksikan panorama sawah padi dan Laut Selat Melaka daripada ketinggian lebih 1,200 meter. 
Aktiviti ini sesuai untuk semua peringkat umur. Dari segi keselamatan, tidak perlu risau. Anda hanya perlu enjoy “mengayuh” sambil menikmati angin sejuk di atas bukit. 
@rozie5212 📍Sky Bike Gunung Jerai Salah satu benda viral yg ada di atas Gunung Jerai Kedah Best rupanya naik basikal atas awangan…mcm main sarkis pun ada 😬😅 Sesuai utk yg tak gayat harga ticket rm20 sahaja…. #skybike #gunungjerai #gunungjeraikedah #hikingjeraiviatrektar #hikingtiktok #hello2024
♬ Good To Be – Mark Ambor 16. Berkunjung ke Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Alamat: No. 18, Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Waktu Operasi: Sabtu-Khamis (9AM – 5 PM), Isnin & Jumaat Tutup Alang-alang dah sampai Kedah, jangan lupa untuk berkunjung ke tempat kelahiran tokoh tanah air, Tun Dr. Mahathir yang sudah pun dijadikan sebagai muzium. 
Asalnya ia merupakan rumah kayu tradisional. Namun, sebagai tapak bersejarah, ia telah dipelihara dan dijadikan muzium bagi  memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali kehidupan awal dan latar belakang tokoh negarawan tersebut.
Muzium ini mempamerkan koleksi gambar, dokumen, dan artifak yang berkaitan dengan perjalanan hidup Tun Dr. Mahathir serta sumbangannya kepada negara. 
Masuk adalah percuma. 
BACA JUGA: 15+ Tempat Menarik Langkawi – Destinasi Mesra Keluarga


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/aktiviti-menarik-di-kedah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=aktiviti-menarik-di-kedah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Aktiviti Menarik Yang Mampu Tarik Minat Anak Hafal Sifir

5 Aktiviti Menarik Yang Mampu Tarik Minat Anak Hafal Sifir

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 113 hits
5 Aktiviti Menarik Yang Mampu Tarik Minat Anak Hafal Sifir Kini anda mampu mencipta persekitaran TERBAIK yang mampu membantu anak anda menghafal sifir dengan lebih mudah pantas hanya dalam 14 hari Ramai para ibu bapa pada hari ini semakin r...
Marc Marquez Dominan Motogp 2025 Kian Tak Menarik

Marc Marquez Dominan Motogp 2025 Kian Tak Menarik

papar berkaitan - pada 23/6/2025 - jumlah : 170 hits
MotoGP tidak sepopuler era Valentino Rossi Kini setelah Rossi pensiun nbsp Marc Marquez terlalu dominan dan merajai balapan demi balapan Nyaris tidak ada lawan tangguh bagi The Baby Alien MotoGP 2025 pun kian tidak menarik Marquez hampir se...
Aktiviti Menarik Di 99 Wonderland Park Selayang

Aktiviti Menarik Di 99 Wonderland Park Selayang

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 119 hits
Pertamanya AWAS post ni panjang sikit ye Bagitahu awal awal Baiklah saya mulakan cerita Saya usulkan pada Encik Suami pergi ke 99 Wonderland Park Selayang alang alang dah dekat Kalau dari Seremban macam jauh pula Dah dekat ni jom lah kita 9...
Aktiviti Majlis Kesyukuran Dan Mahabbah Penyatuan Ngo Ngo Melayu Islam 2025 Ppim 15 06 2025

Aktiviti Majlis Kesyukuran Dan Mahabbah Penyatuan Ngo Ngo Melayu Islam 2025 Ppim 15 06 2025

papar berkaitan - pada 16/6/2025 - jumlah : 161 hits
15 Jun 2025 Sekitar Majlis Kesyukuran dan Mahabbah Penyatuan NGO NGO Melayu Islam 2025 yang dihadiri oleh Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi di Kem PERKID Hulu Langat
Aktiviti Perbincangan Kumpulan Fokus Strategi Pembudayaan Integriti Nasional 2025 2030 Ppim 18 06 2025

Aktiviti Perbincangan Kumpulan Fokus Strategi Pembudayaan Integriti Nasional 2025 2030 Ppim 18 06 2025

papar berkaitan - pada 19/6/2025 - jumlah : 167 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke sesi Perbincangan Kumpulan Fokus Strategi Pembudayaan Integriti Nasional 2025 2030 anjuran Malaysia Industry Government for High Technology dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia di ...
Aktiviti Mesyuarat Pengukuhan Kolaborasi Strategik Program Social Synergy Peringkat Negeri Wpkl Ppim 25 06 2025

Aktiviti Mesyuarat Pengukuhan Kolaborasi Strategik Program Social Synergy Peringkat Negeri Wpkl Ppim 25 06 2025

papar berkaitan - pada 25/6/2025 - jumlah : 166 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri Mesyuarat Pengukuhan Kolaborasi Strategik Program Social Synergy Peringkat Negeri WPKL anjuran PERKESO di Wisma PERKESO Kuala Lumpur
Eksplorasi Digital U Pustaka 2025 Latihan Pangkalan Data Lawnet

Eksplorasi Digital U Pustaka 2025 Latihan Pangkalan Data Lawnet

papar berkaitan - pada 19/6/2025 - jumlah : 141 hits
Assalamualaikum wbt Awak tau tak LawNet menyediakan koleksi perundangan Malaysia iaitu Akta dan Warta Kerajaan Disediakan juga kamus istilah undang undang Yang paling best adalah ianya boleh diakses secara dalam talian Segalanya MUDAH dan P...
Putrajaya School Shortlisted For World S Best School Prizes 2025

Putrajaya School Shortlisted For World S Best School Prizes 2025

papar berkaitan - pada 19/6/2025 - jumlah : 182 hits
SK Putrajaya Presint 11 makes it to the finals with HELPIE mental health app developed by pupils T4 Education said SK Putrajaya Presint 11 has seen its pupils stress levels drop by 60 and classroom behaviour improve by 40 through HELPIE PET...
Sk Putrajaya Presint 11 Jadi Finalis Anugerah Sekolah Terbaik Dunia 2025

Sk Putrajaya Presint 11 Jadi Finalis Anugerah Sekolah Terbaik Dunia 2025

papar berkaitan - pada 19/6/2025 - jumlah : 160 hits
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 mencipta sejarah apabila tersenarai sebagai finalis Anugerah Sekolah Terbaik Dunia 2025 dalam kategori Kehidupan Sihat Pencapaian ini bukan sahaja membanggakan warga sekolah bahkan menjadi inspirasi k...
Pemandu Teksi Oku Cedera Parah Ditikam Tiga Warga Asing Ditahan

Hiburan Pelajar Universiti Swasta Cedera Parah Dikel R Bekas Teman Lelaki

Forming Pakatan Harapan Was Once Mission Impossible Says Nik Nazmi

Superman Di Aeon Jom Saksikan Pelbagai Aktiviti Superman Di Aeon

Telatah Spontan Anak Bella Astillah Merangkul Leher Syed Saddiq Video

Why Is Chess So Popular Around The World And Why It S Here To Stay

Pas Leaders Usually Remain Until Death Takiyuddin

Penghargaan Istimewa Buat Rakyat Malaysia Bakal Diumum Tak Lama Lagi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hard Rock Cafe S Annual World Burger Tour Competition Brings Locally Inspired Burgers To Genting Highlands

Alat Koding Ai Kini Berpindah Ke Terminal Fenomena Baharu Dalam Dunia Pengaturcaraan

Wong Jing Dakwa Kemarahan Anita Mui Punca Kematian Bandingkan Dengan Cecilia Cheung

Waspada Akaun Palsu Yang Menyalahgunakan Identiti Menteri Dalam Negeri Dengan Menawarkan Bantuan Kewangan

Kpwkm Lancar Kasihnita Bantu Ibu Tunggal Bangkit Dan Berdikari

Provokasi Anggota Dbkl Guna Parang Seorang Lelaki Ditahan