14 Tahun Berlalu Di Mana Pembunuh Nurin Jazlin




Bagi yang pernah merasai kehilangan orang tersayang baik Ibu atau Bapa, Suami atau Isteri ataupun Adik atau Saudara kandung yang lain mahupun Anak sendiri.. pasti tahu betapa peritnya untuk menerima hakikat kehilangan itu

Hakikatnya ia memakan masa untuk boleh diterima dan diredhai.. tidak semudah apa yang dinasihatkan oleh orang sekeliling.
Namun begitu hakikat yang diterima tetap akan diiringi bersama dengan kenangan yang tidak mungkin dapat kita padam dari ingatan.. Ingatan yang akan kekal abadi hingga ke akhir hayat.
Hidup tidak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan..

TRAGEDI melibatkan pembunuhan kejam seorang kanak-kanak, Nurin Jazlin Jazimin, 8, bermula selepas dia dilaporkan hilang ketika keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju.
Pelbagai usaha dilakukan melalui media dan orang ramai termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengesan murid tahun dua Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Setapak, Setapak, Kuala Lumpur itu.
Pada pagi 17 September 2007, sebuah beg sukan yang ditinggalkan di hadapan sebuah rumah kedai di PJS 1/48, Petaling Jaya ditemui oleh pemilik kedai.
Beg itu mengandungi badan kanak-kanak tanpa seurat benang dan dibiarkan dalam keadaan bogel.
Mayat kanak-kanak yang tidak dikenali itu yang disumbat dalam beg berkenaan dan polis percaya bahawa kanak-kanak itu telah mati lebih daripada enam jam sebelum penemuan berkenaan.
Lebih menyayat hati, timun dan terung ditemui disumbat dalam kemaluan kanak-kanak itu yang juga telah menyebabkan rektumnya pecah.
Hasil bedah siasat menyatakan jangkitan bakteria telah menyumbang kepada kematian mangsa.
Ketika kejadian, ibu bapa Nurin Jazlin tidak dapat mengenal pasti mayat itu sebagai anak perempuan mereka kerana perubahan dalam ciri-ciri fizikal kanak-kanak terbabit.
Pada mulanya mayat kanak-kanak itu dianggap warga asing kerana tidak mempunyai parut suntikan Bacillus Calmette–Guerin (BCG).
Akhirnya, hasil daripada ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan mayat itu merupakan Nurin Jazlin.
Jenazah kanak-kanak itu kemudian dituntut oleh keluarganya dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota, Setapak, Kuala Lumpur pada 21 September selepas solat Jumaat.
Nurin Jazlin merupakan anak kedua pasangan Jazimin Abdul Jalil dan Norazian Bistaman daripada tiga adik beradik ketika itu.
Menurut Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, kes Nurin Jazlin merupakan kes pertama melibatkan kejadian pembunuhan kejam ketika beliau menjawat jawatan Ketua Polis Negara

Musa berkata, pihak polis telah berusaha sedaya upaya mengesan pembunuh yang terlibat melalui hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejiranan setempat di lokasi tempat tinggal kanak-kanak itu namun tidak mendapat gambaran yang jelas kerana rakaman itu kabur.
Katanya, CCTV berkenaan bukan dipasang pihaknya di kawasan perumahan itu tetapi milik individu.
“Sebenarnya kita sukar kesan nombor pendaftaran motosikal digunakan si pelaku dan tidak dapat cam wajahnya kerana rakaman tidak jelas.
“Walaupun ia menyukarkan kita menjalankan siasatan ketika itu namun kita ambil pendekatan hantar sampel rakaman CCTV ke Amerika Syarikat untuk dianalisis,”
Musa berkata, walaupun pihaknya berjaya menahan antara tiga hingga empat orang yang disyaki terlibat namun pengesanan suspek utama sukar dibuat ekoran gambar pelaku tidak dirakam dengan jelas dan sehingga kini masih bebas.
“Kita jalankan siasatan secara menyuluruh dengan menemubual keluarga dan siasat latar belakang keluarga Nurin Jazlin serta orang di sekeliling kanak-kanak itu.
“Apa yang kita peroleh daripada hasil siasatan dijalankan terhadap kes ini, motif kematian mangsa adalah disebabkan pelaku merupakan seorang pedofilia (suka kepada kanak-kanak) dan memenuhi hajatnya melampiaskan nafsu terhadap kanak-kanak itu,”
Katanya, oleh kerana si pelaku tidak mahu perkara terbabit diketahui maka dia dipercayai mengambil keputusan menyumbat mayat kanak-kanak itu di dalam beg dan membuang mayat itu di kawasan lain.
“Kita juga turut jalankan pemeriksaan di kawasan tempat tinggal Nurin Jazlin dan sewaktu pemeriksaan dibuat, pihak polis tidak mengesan bahawa ada golongan pedofilia di kawasan itu dan syak ia dilakukan bukan penghuni di kawasan itu namun oleh orang luar,” 
Menceritakan detik penemuan mayat kanak-kanak malang itu, Musa berkata, dia begitu sedih dengan keadaan mayat kanak-kanak itu yang bukan sahaja dibunuh, diseksa dengan perbuatan seksual malah mayatnya turut disumbat dalam beg.
“Saya jadi geram dan marah. Apalah dosa kanak-kanak itu diperlakukan sedemikian. Kanak-kanak itu tidak berdosa, malah dia tidak mengerti apa-apa.
Biarpun 14 tahun telah berlalu Bapa Nurin Jazlin walaupun secara jujur mengakui terdapat  kesangsian sama ada mayat yang dikebumikan adalah anaknya atau bukan tetap berharap siasatan kes anak perempuannnya tidak berakhir begitu sahaja..
Laporan berkaitan..

PETALING JAYA: Meskipun pembunuhan kejam yang menimpa Nurin Jazlin telah 14 tahun berlalu, wajah kanak-kanak malang itu tetap teguh dalam ingatan bapanya, Jazimin Abdul Jalil, 47.
Malah, episod tragis yang menimpa anaknya pada Ogos 2007 membuatkan diri Jazimin terus kuat dalam mencari kebenaran mengenai kes kehilangan kanak-kanak itu


Utusan Malaysia berkesempatan menemui semula Jazimin di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, Setapak, dekat sini, semalam dan ternyata rindu lelaki itu pada Nurin Jazlin tidak pernah padam kerana setiap sudut dinding rumah mereka masih digantung gambar anak perempuannya itu.
Malah, baju sekolah yang pernah dipakai Nurin Jazlin turut digantung di dalam almari di bilik anaknya itu meskipun warna yang terdapat pada kain tersebut kian pudar.
Selain itu, Jazimin mengabadikan nama dan gambar Nurin Jazlin di kain rentang yang dihias rapi di dua kedai makan miliknya di Menara Teo Chew dan Malay Town, Jalan Pekeliling, dekat sini

“Saya baru sahaja menjalankan perniagaan di dua lokasi berkenaan sejak awal tahun ini. Dua kedai makanan ini dinamakan sebagi Jazlin Food Kitchen Cafe sempena Allahyarham dan diuruskan oleh isteri saya, Helen Lim.
“Idea itu tercetus apabila saya mahu ‘Nurin Jazlin’ sentiasa dekat pada diri saya. Selain itu, apabila pelanggan datang ke cafe itu mereka secara tidak langsung akan mendoakan dan sedekahkan Al- Fatihah untuknya,” katanya.
Jazimin percaya Nurin Jazlin tidak pernah dilupakan rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan kes kanak-kanak itu

“Ada juga pelanggan yang datang dan bergambar bersama ‘banner’ Nurin.
“Saya sangat berterima kasih kepada pemilik bangunan, Datuk Teow Chew dan tapak saya berniaga di Malay Town, Datuk Sahimi Sani yang banyak membantu membenarkan saya berniaga,” jelasnya



Mengulas lebih lanjut, jauh di lubuk hati Jazimin, dia yakin mayat yang dikebumikannya sebelum ini bukan anaknya yang hilang itu.
Kata beliau, fizikal rambut, bentuk gigi dan ketiadaan parut suntikan Bacillus Calmette-Guerin (BCG) pada mayat didakwa Nurin Jazlin masih gagal menyakinkan itu adalah anaknya.
“Namun saya pasrah dan bersetuju mengebumikan kanak-kanak itu selepas memikirkan tanggungjawab sebagai bapa kerana menganggap jenazah itu sama seperti anak kandung sendiri.
“Walhal secara jujur, masih terdapat kesangsian sama ada mayat yang dikebumikan adalah Nurin Jazlin atau nama panggilannya Kak Ngah,” jelasnya.
Dalam pada itu, Jazimin turut berharap siasatan kes anak perempuannnya tidak berakhir begitu sahaja memandangkan pembunuh kanak-kanak ini masih bebas.
“Dengan keadaan teknologi yang semakin canggih kini, saya percaya kemungkinan terdapat petunjuk baharu yang boleh membantu siasatan kes.
“Contohnya, cap jari pada beg yang digunakan menyembunyikan Nurin Jazlin ketika itu atau nombor pendaftaran pada motosikal yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di premis tersebut,” ujarnya.
Beliau tidak akan berputus asa dan akan tenang sehingga penjenayah sebenar dikenal pasti.
“Hanya dia (pembunuh) dan Nurin Jazlin sahaja yang tahu apa sebenarnya berlaku ketika itu,” katanya menutup perbualan. – UTUSAN

Benarlah bagai dikata.. Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/05/14-tahun-berlalu-di-mana-pembunuh-nurin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembayaran Zakat Fitrah Bagi Tahun 2021 Di Negeri Melaka

Pembayaran Zakat Fitrah Bagi Tahun 2021 Di Negeri Melaka

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 584 hits
Assalammualaikum wbt Alhamdulillah Syukur kehadrat Allah SWT ke atas limpah kurnia Nya terhadap rezeki dan nikmat yang diberikan Semoga Tuan diberikan kekuatan dan kemampuan untuk menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadhan ini dengan lebih ...
Menyayat Hati Kanak Kanak 2 Tahun Meninggal Dunia Setelah Menerima V Ksin Pfizer C Vid

Menyayat Hati Kanak Kanak 2 Tahun Meninggal Dunia Setelah Menerima V Ksin Pfizer C Vid

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 330 hits
Kematian tersebut dilaporkan kepada Vaccine Adverse Event Reporting System Perincian menunjukkan bahawa gadis berusia dua tahun itu dari Virginia menerima dos kedua suntikan eksperimental Pfizer pada 25 Februari 2021 Tetapi empat hari kemud...
Alhamdulillah Saya Anakanda Baik Siti Syukur Lalui Nikmat Bersalin Di Usia 42 Tahun

Alhamdulillah Saya Anakanda Baik Siti Syukur Lalui Nikmat Bersalin Di Usia 42 Tahun

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 479 hits
Perkhabaran gembira dari penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza pagi semalam mengenai kelahiran bayi keduanya sememangnya membuatkan seluruh keluarga dan seluruh peminat serta pengikut Datuk Siti di Instagram gembira Putera sulu...
15 Tahun Berkarya Di Industri Hiburan Maudy Ayunda Dapat Kejutan Masuk Forbes 30 Under 30 Asia

15 Tahun Berkarya Di Industri Hiburan Maudy Ayunda Dapat Kejutan Masuk Forbes 30 Under 30 Asia

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 312 hits
Di bidang akademis berprestasi di dunia entertainment juga nggak kalah membanggakan Maudy emang pantas jadi inspirasi
Manusia Mempunyai 360 Sendi Sudah Disabdakan 1400 Tahun Lalu

Manusia Mempunyai 360 Sendi Sudah Disabdakan 1400 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 320 hits
Aisyah RA meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda Setiap manusia telah diciptakan dengannya tiga ratus enam puluh sendi Oleh itu sesiapa yang mengagungkan Allah Bersyukur kepadaNya bertahlil memuji Allah dan mencari pengampunan dar...
Beza Umur Dengan Suami 12 Tahun Niat Nak Kongsi Gambar Dan Video Bersama Suami Tapi Lain Pula Yang Jadi

Beza Umur Dengan Suami 12 Tahun Niat Nak Kongsi Gambar Dan Video Bersama Suami Tapi Lain Pula Yang Jadi

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 662 hits
Bak kata orang jodoh tak kenal usia Terkadang ada wanita yang ditakdirkan bertemu jodoh dengan lelaki yang lebih berusia dan ada juga pasangan mereka lebih muda dari mereka
Cabaran Ramadhan Tahun 2020 Yang Lalu

Cabaran Ramadhan Tahun 2020 Yang Lalu

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 219 hits
Cabaran Ramadhan 2020 Kuatkah Kita Tahun 2020 yang lalu adalah ramadhan yang penuh dengan cerita suka dan duka Siapa menyangka bahawa Covid 19 telah mengubah kehidupan kita dengan begitu asing dan berlainan dari kebiasaan Kita tidak lagi be...
Kanak Kanak 3 Tahun Positif Dadah Dipercayai Perbuatan Bapa Tiri Polis

Kanak Kanak 3 Tahun Positif Dadah Dipercayai Perbuatan Bapa Tiri Polis

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 212 hits
153 total views 71 views today NILAI Polis sedang mengesan bapa tiri yang dipercayai menyebabkan kanak kanak lelaki berusia tiga tahun didapati positif dadah jenis Amfetamina dan Methapetamina Ketua Polis Daerah Nilai Superintenden Mohd Faz...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Hoya Pro1 Uv Filter

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly