Alhamdulillah Saya Anakanda Baik Siti Syukur Lalui Nikmat Bersalin Di Usia 42 Tahun
Perkhabaran gembira dari penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pagi semalam mengenai kelahiran bayi keduanya sememangnya membuatkan seluruh keluarga dan seluruh peminat serta pengikut Datuk Siti di Instagram gembira.
Putera sulung Datuk Siti yang sememangnya cukup dinantikan itu dilahirkan tepat jam 6.21 pagi, seberat 3.84 kilogram melalui kaedah pembedahan.
Melalui satu entrinya di Instagram pagi ini, Datuk Siti meluahkan rasa syukurnya kerana berpeluang menikmati pengalaman kehamilan dan kelahiran penuh indah sekali lagi.
“Alhamdulillah, Allah melapangkan satu lagi nikmat dan peluang untuk saya merasai kehamilan, melahirkan dan kini ‘anakanda’ saya sudah lahir ke dunia.
“Alhamdulillah..proses melahirkan semalam baik dan lancar, saya dan bayi juga dalam keadaan baik,” kongsi Datuk Siti menerusi Instagramnya pagi tadi.
Dalam pada itu, Siti yang ketika ini memilih untuk berpantang bersama Natalis Mother Care turut mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang sekian lama mendoakan kesejahteraannya dan bayi sehingga detik melahirkan.
“Terima kasih di atas doa semua pihak selama ini, saya yakin apa jua yang saya lalui ini adalah berkat daripada banyaknya doa kalian. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih,” tulisnya.
Kata Siti lagi, dia kini menjalani rutin berpantang seperti biasa dan melalui hari-hari berpantangnya dengan memfokuskan kepada bayi dan kesihatan dirinya.
“Saya akan menjalani rutin berpantang seperti biasa, fokus kepada bayi dan mahu memastikan keadaan kami berdua akan terus sihat, dipermudahkan semuanya.
“Terima kasih sekali lagi di atas setiap doa yang telah dipanjatkan buat saya dan juga ucapan tahniah di atas kelahiran anak kedua saya,” kongsinya.
Semoga rutin berpantang Datuk Siti sepanjang 44 hari ini dipermudahkan.
View this post on Instagram
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)
Dalam pada itu, entri Siti itu turut dipenuhi dengan ucapan tahniah dan mendoakan penyanyi kesayangan ramai itu dipermudahkan sepanjang berpantang.
Tak sabar rasanya untuk mengetahui nama indah yang dipilih Datuk Siti dan suaminya Datuk Khalid.
Artikel berkaitan: Adik Muhammad A, Aafiyah Kongsi Nama, Warganet Berteki-Teki
Sipi-Sipi Pun Comel, Rezeki 7 Ramadan, Datuk Siti Selamat Lahirkan Kembar Aafiyah
**Nak menang hadiah menarik dari SSPN, boleh hantar penyertaan Cabaran RM10 mengikut kreativiti anak. Nak tahu lanjut boleh klik sini!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @ctdk
The post “Alhamdulillah, Saya & ‘Anakanda’ Baik” Siti Syukur Lalui Nikmat Bersalin Di Usia 42 Tahun! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/alhamdulillah-saya-anakanda-baik-siti-syukur-lalui-nikmat-bersalin-di-usia-42-tahun/