14 Pemimpin Umno Jadi Menteri Timbalan Menteri



KUALA LUMPUR: Seramai 14 pemimpin UMNO dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri dalam Kabinet baharu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Mereka yang dilantik ialah Naib Presiden merangkap Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Menteri Kanan - Menteri Pertahanan; dan Setiausaha Agung yang juga Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa (Menteri Wilayah Persekutuan).

Seterusnya, Ketua Penerangan UMNO merangkap Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli, manakala Ketua Wanita UMNO yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad, sebagai Menteri Pengajian Tinggi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang terpilih pula ialah Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Datuk Noraini Ahmad (kiri), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (dua dari kiri), Datuk Seri Hishammuddin Hussein (dua dari kanan) dan Khairy Jamaluddin. Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dilantik sebagai Menteri Luar Negeri, manakala bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, pula Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Muhyiddin turut melantik Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Halimah Mohamed Sadique, sebagai Menteri Perpaduan Negara, sementara Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba, sebagai Menteri Kesihatan.

Halimah pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, manakala Dr Adham ialah bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi.

Sementara itu, Ahli Parlimen UMNO yang dilantik sebagai Timbalan Menteri ialah Datin Mastura Yazid (Kuala Kangsar) di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas).

Ahli Parlimen Kuala Krau yang juga bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said, dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri I, sementara Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin (Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia).

Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah, menjadi Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, manakala Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad ialah Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/14-pemimpin-umno-jadi-menteri-timbalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Tak Selesa Mungkin Ada Agenda Tersembunyi Pemimpin Umno Tak Puas Hati Azmin Dilantik Menteri Kanan

Umno Tak Selesa Mungkin Ada Agenda Tersembunyi Pemimpin Umno Tak Puas Hati Azmin Dilantik Menteri Kanan

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 302 hits
UMNO tak selesa mungkin ada agenda tersembunyi Pemimpin UMNO tak puas hati Azmin dilantik Menteri KananBeberapa pemimpin UMNO mula menyuarakan rasa kurang selesa apabila Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik Azmin ALi sebagai me...
Menteri Umno Berdepan Tugas Sukar Dalam Kabinet

Menteri Umno Berdepan Tugas Sukar Dalam Kabinet

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 617 hits
Ramai melihat menteri Umno BN dan Pas akan menghadapi tugas sukar didalam kabinet Perikatan Nasional PN nanti Maksud sukar disini bukanlah mereka menghadapi kesukaran menjalankan tanggungjawab mereka sebagai menteri aku yakin mereka tiada m...
Muhyiddin Yassin Umum Senarai Menteri Dan Timbalan Menteri Dalam Kabinet 2020

Muhyiddin Yassin Umum Senarai Menteri Dan Timbalan Menteri Dalam Kabinet 2020

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 872 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun diumumkan Pengumuman mengenainya telah dilakukan di semua media rasmi termasuklah siaran langsung di televisyen oleh Yang Berbahagia Perdana Menteri Pengumuman ini sedikit sebanyak memberikan kelegaan kepa...
Nama Menteri Dan Timbalan Menteri Mengikut Parti Politik

Nama Menteri Dan Timbalan Menteri Mengikut Parti Politik

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 474 hits
Di bawah adalah senarai menteri dan timbalan menteri mengikut parti parti politik Ianya terdiri daripada 25 ahli parlimen PPBM 18 ahli parlimen UMNO 4 ahli parlimen MCA 1 ahli parlimen MIC 8 ahli parlimen PAS 9 ahli parlimen GPS 1 ahli parl...
Lantikan Menteri Hak Muhyiddin Selaku Pm Su Agung Umno

Lantikan Menteri Hak Muhyiddin Selaku Pm Su Agung Umno

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 293 hits
Setiausaha Agung Umno Annuar Musa berkata soal pelantikan menteri dalam kabinet adalah hak Muhyiddin Yassin yang baru mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada soal pelantikan menter...
Menteri Besar Speaker Timbalan Speaker Dan Barisan Exco Perak 2020

Menteri Besar Speaker Timbalan Speaker Dan Barisan Exco Perak 2020

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 614 hits
PAKATAN NASIONAL SUDAH LAYAK MENUBUHKAN KERAJAAN BARU PERAK 2020BERSAMA SAMA PPBM PKR DAP DAN BEBAS Saya pernah MENGANDAIKAN EXCO PERAK 2013 tetapi mungkin dilupakan sebab saya hanya SEORANG MARHAIN Jadi coretan saya BOLEH DIBACA tapi JANGA...
Muhyiddin Tiada Keperluan Lantik Timbalan Perdana Menteri

Muhyiddin Tiada Keperluan Lantik Timbalan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 467 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan tiada keperluan buat masa ini untuk melantik Timbalan Perdana Menteri Ini disebabkan terdapat beberapa Menteri Menteri Kanan yang telah dilantik yang akan membantu tugas Perdana...
Gambar Senarai Kabinet Menteri Dan Timbalan Menteri Malaysia 2020 Berserta Teks Ucapan

Gambar Senarai Kabinet Menteri Dan Timbalan Menteri Malaysia 2020 Berserta Teks Ucapan

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 1960 hits
PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 8 Tan Sri Muhyiddin YassinTIMBALAN PERDANA MENTERI BARISAN MENTERI KANAN DAN TIMBALAN MENTERI1 Menteri Kanan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan IndustriDatuk Seri Mohamed Azmin AliTimbalan Menteri Datuk Lim Ban...
Tan Sri Muhyiddin Pm8 Siapa Calon Timbalan Perdana Menteri

Tan Sri Muhyiddin Pm8 Siapa Calon Timbalan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 927 hits
Kemelut politik tanah air yang sedang bergolak hampir ke penghujung Terkini DYMM SPG YDP Agong telah berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM ke 8 Kem Tan Sri Muhyiddin nampaknya telah berjaya dalam perebutan kuasa pembentukan ...
Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order

Autoimmune Disease

American Airlines Flights Snarled By Computer Glitch


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid

Menerima Dan Menggunakan Dana Politik Untuk Tujuan Politik Bukan Kesalahan

Wekongsi Perlindungan Perubatan Rm1 Juta Sebulan Bawah Rm50 Sahaja

Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party