14 Dikompaun Sedang Melepak Mahu Berkelah Di Pantai



NOORZAINY Mohd. Noor (tengah) ketika bertemu dan memberi nasihat kepada beberapa individu yang sedang melepak supaya mematuhi arahan PKP di sekitar Pantai Bersih, Butterworth, Pulau Pinang hari ini.BUTTERWORTH: Di sebalik arahan supaya berada di rumah sekiranya tidak mempunyai urusan penting, masih ada orang ramai di sini yang keluar hanya untuk tujuan melepak dan mahu berkelah di sekitar Pantai Bersih, di sini petang ini.
Akibatnya, seramai 14 individu dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 oleh polis selepas didapati mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam operasi selama dua jam bermula pukul 4 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mereka yang dikompaun berusia antara 20 hingga 40 tahun itu didapati sedang melepak dan mahu berkelah di kawasan berkenaan.
Katanya, sebahagian individu terbabit juga gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti tidak memakai pelitup muka dan tidak mengamalkan penjarakan fizikal.
“Tiga daripada mereka didapati melakukan kesalahan merentas daerah tanpa kebenaran, manakala yang lain cuba untuk berkelah di sekitar kawasan pantai ini.
“Semasa PKP sepatutnya semua kena duduk di rumah melainkan jika ada urusan penting, namun masih ada lagi yang berdegil,” katanya kepada pemberita ketika operasi di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pantai Bersih petang ini.
Operasi berkenaan turut disertai wakil Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Jabatan Kesihatan Negeri dengan keanggotaan 62 orang.
Dalam operasi sama, MBSP turut mengeluarkan sebanyak 14 kompaun dan satu notis terhadap peniaga atas beberapa kesalahan antaranya berniaga tanpa lesen, tiada suntikan tifoid dan tidak memasang penapis minyak.
Dalam pada itu, Noorzainy berkata, pihaknya turut mengesan tiga laluan tikus di sekitar Tasek Gelugor dekat sini yang menghubungkan daerah berkenaan dengan daerah Kulim, Kedah.
Sehubungan itu, jelas beliau, sebanyak empat pasukan sekatan jalan raya bergerak dikerahkan memantau laluan berkenaan termasuk jalan-jalan sawah padi bagi mengelak cubaan rentas negeri melalui jalan berkenaan.
“Bagaimanapun setakat ini tiada sebarang tindakan dibuat kerana orang ramai masih patuh,” katanya. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/14-dikompaun-sedang-melepak-mahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Sedang Pecah Belah Umno

Najib Sedang Pecah Belah Umno

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 374 hits
Lebih sudu dari kuah Kenapa tidak seru perpaduan sokong PN berterusan dan soal pembahagian kerusi adalah isu dalaman Jika bergabung dengan PH apakah pembahagian kerusi selesai Bukanlah makin kusut
Instagram Sedang Menguji Rekaan Baru Untuk Stories Melalui Laman Web

Instagram Sedang Menguji Rekaan Baru Untuk Stories Melalui Laman Web

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 262 hits
Platform media sosial bergambar Instagram ialah sebuah perkhidmatan yang biasanya ditatal menggunakan peranti pintar tetapi terdapat juga sejumlah pengguna yang melayarinya melalui komputer riba ataupun tablet Rekaan laman web Instagram unt...
Bukan Anak Buas Nakal Tapi Sedang Baik Tumbesarannya Biarlah Anak Aktif

Bukan Anak Buas Nakal Tapi Sedang Baik Tumbesarannya Biarlah Anak Aktif

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 389 hits
Anak yang terlalu aktif sering disalah anggap sebagai anak yang nakal dan buas Kita yang melabelkan anak kita begitu walhal anak yang aktif sepatutnya menjadi kebanggaan kita kerana mempunyai tubuh badan yang sihat Hakikatnya anak yang siha...
Hiburan Berkelah Di Luar Rumah Bersama Anak Anak Gelagat Jep Sepahtu Bikin Peminat Geli Hati

Hiburan Berkelah Di Luar Rumah Bersama Anak Anak Gelagat Jep Sepahtu Bikin Peminat Geli Hati

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 316 hits
Pelawak dan penyampai radio Jep Sepahtu meraih perhatian peminat kerana gelagat lucunya melayan anak anak gara gara Perintah Kawalan Pergerakan 2 0 yang sedang dilaksanakan kini Sumber Instagram jep Sepahtu Jep menerusi laman sosial Instagr...
Ini Foto Kepala Korban Sriwijaya Air Yang Ditemukan Di Pantai Kis Tangerang

Ini Foto Kepala Korban Sriwijaya Air Yang Ditemukan Di Pantai Kis Tangerang

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 316 hits
Foto kepala korban Sriwijaya Air SJ182 di Pantai Kis Tangerang didapatkan Suara com dari warga sekitar Warga sempat memfoto temuan kepala manusia diduga korban Sriwijaya Air di Pantai Kis Banten Di foto itu terlihat kepala itu berambut panj...
Tak Sampai Seminggu Dilancarkan Arca Penyu Di Melaka Ini Dah Jadi Port Berkelah

Tak Sampai Seminggu Dilancarkan Arca Penyu Di Melaka Ini Dah Jadi Port Berkelah

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 264 hits
310 total views 310 views today Baru baru ini negeri Melaka memperkenalkan satu lagi tempat tarikan yang sesuai dikunjungi oleh pelancong yang berlokasi di Pengkalan Balak Arca arca penyu bersama telur telurnya disusun rapi di persisiran pa...
Umno Sedang Siapkan Akar Umbi Untuk Kerjasama Dengan Dap

Umno Sedang Siapkan Akar Umbi Untuk Kerjasama Dengan Dap

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 240 hits
Umno sedang mempersiapkan minda dan jiwa para penyokong dan pemimpin bawahan mereka untuk membolehkan mereka membuat jajaran politik baru termasuk bekerjasama dengan DAP musuh yang sering menjadi sasaran mereka selama ini Dalam masa yang sa...
Guna Duit Sendiri Turap Jalan Lando Zawawi Brotherhood Sedang Uji Bahan Rekaan Terbaru

Guna Duit Sendiri Turap Jalan Lando Zawawi Brotherhood Sedang Uji Bahan Rekaan Terbaru

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 249 hits
Kes kemalangan akibat struktur jalan raya yang tidak rata seringkali mendedahkan pengguna jalan raya kepada bahaya lebih lebih lagi penunggang motosikal dan basikal Hal ini menimbulkan kerisauan orang ramai kerana kemalangan disebabkan jala...
Sah Sajat Sedang Disiasat Jais

Sah Sajat Sedang Disiasat Jais

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 230 hits
461 total views 461 views today Shah Alam Jabatan Agama Islam Selangor mengesahkan usahawan kosmetik Nur Sajat disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor JAIS dalam kenyataan memaklumkan siasatan terhadap Nur Sajat...
Panduan Tiket Flight Dari Kuala Lumpur Ke Kuala Terengganu Dengan Harga Terbaik

Dr M S New Malay Platform Key To Uniting Divided Community Says Tuan Ibrahim

Amalan Yang Disyorkan Pada Hari Arafah Puasa

Senarai Lengkap Tiket Flight Kuala Lumpur Ke Langkawi Dan Cara Tempah Mudah

How To Use Kappli Guides New Customers Are Guided On Navigating The Platform

Elon Musk Vs Trump Elon Bongkar Trump Terlibat Kes Epstein Dan Kesan Ekonomi Dunia Terjejas

Malaysia Antara Terpantas Kuasai Ai Di Dunia Lonjakan Pendaftaran Genai Cecah 183

Honor 400 Series Now Free With Telco Plans Here S How To Score It


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sekiranya Hadi Awang Berundur Pas Akan Bermasalah

Hukum Membeli Perangkat Lunak Komputer Bajakan

Xiaomi Mijia Refrigerator Malaysia Now Smarter Sleeker

Indah Laut Kerana Birunya

Sprm Serah Kertas Siasatan Skandal Perlombongan Sabah Kepada Agc

Former Macc Chief Questions Legality Of Second Seizure Of Ilham Tower