13 Kata Kata Bermakna Dari Mufti Menk Pembakar Semangat Bagi Jiwa
#1
“Berapa banyak kali anda rasa bahawa anda memberi tetapi tidak mendapat balasan apa-apa. Setiap kali anda meletakkan kepercayaan kepada orang, anda dikecewakan. Begitulah adat kehidupan. Usah mengharapkan apa-apa dari sesiapa. Harapkanlah dari Allah sahaja.
#2
Usah biarkan hati anda diselubungi rasa benci dan sakit hati. Itu adalah racun bagi jiwa. Lepaskanlah rasa sakit dan kecewa, biar Allah menyembuhkan luka.
#3
Usah rasa tidak bersemangat dan kecewa apabila anda tidak faham apa yang sedang terjadi dalam hidup anda. Allah tahu apa yang kita tidak tahu. Allah tidak menjanjikan bahawa segala yang terjadi dapat difahami dan diterima oleh akal, tetapi Allah berjanji bahawa segala-galanya akan baik-baik sahaja di penghujungnya.
#4
Jika anda menjalani hidup serta membuat keputusan berdasarkan apa yang orang fikir tentang diri anda, maka ini masanya untuk berfikir semula! Tidak ada satu pun yang anda lakukan akan memuaskan hati orang. Hakikatnya, anda tidak dapat memuaskan hati semua orang. Puaskan hati Allah. Allah adalah Pemilik dan juga sumber ketenangan.
#5
Anda mungkin menyangka bahawa ujian paling besar dalam hidup ialah apabila diuji dengan harta, kesihatan, atau kehilangan orang tersayang. Namun, hakikatnya ujian yang paling besar adalah ujian hati. Hati yang semakin mengeras, dan tidak berasa apa-apa apabila melakukan dosa walaupun telah berkali-kali diberi peringatan.
#6
Setiap orang mempunyai pendapat dan tanggapan mereka yang tersendiri tentang diri anda. Pandangan mereka ini tidak bermakna apa-apa kerana yang lebih mengetahui tentang diri anda yang sebenar hanyalah Allah sahaja. Bersungguh-sungguhlah dalam memperbaiki diri, jangan biarkan pandangan mereka mengganggu fokus dan perhatian.
#7
Jangan risau dengan perkara yang telah berlaku. Ke mana anda akan pergi lebih penting daripada apa yang telah anda lalui. Pandanglah ke hadapan, dengan sepenuh pengharapan kepada Tuhan. Teruskan berjalan, tidak perlu pandang ke belakang.
#8
Kita semua akan menghadapai cabaran, halangan,dan ujian. Siapa yang tidak diuji? Tetapi jika anda hanya fokus kepada masalah, anda akhirnya hanya akan menjadi serabut dan sengsara. Sabar dan berfikirlah jauh ke depan. Jika anda benar-benar percaya kepada Allah, Allah akan mengadakan bagi anda jalan keluar. Jangan fokus kepada masalah, tetapi fokuslah kepada Dia!
#9
Bantu orang lain, maka Allah akan membantu anda. Ingatlah bahawa Dia adalah Pemilik segalanya. Setiap apa yang anda punya datang dari Dia. Seberapa banyak yang telah diberikan, sebanyak itu juga mampu ditarik balik dengan sekelip mata. Jadi, hati-hati dengan layanan anda kepada orang lain. Allah tahu jika anda kedekut atau berniat tidak baik.
#10
Lihatlah kepada dosa, bukan pendosa. Hakikatnya, setiap dari kita melakukan dosa. Berhenti berfikir bahawa anda lebih baik daripada orang lain. Jangan memperlakukan orang lain seolah-olah diri mereka tidak penting dan tidak ada nilai. Orang yang jatuh hari ini mampu bangkit semula esok hari. Hanya Allah yang mengetahui apa yang menanti di hadapan.
#11
Walau apa pun yang anda lalui hari ini, usah merungut. Kecil atau besar suatu cabaran adalah tanda berapa besar rahmat yang Allah sediakan . Ingatlah bahawa Allah memberikan ujian yang berat kepada hambaNya yang benar-benar kuat. Bertahanlah!
#12
Apabila masa lalu datang kembali menghantui diri anda, abaikan sahaja. Apabila syaitan terus memanggil dan melakukan helah, jangan jawab! Ingat bahawa masa lalu adalah masa lalu. Allah telah mengampunkan anda. Perkara yang paling utama adalah terus bergerak ke hadapan.
#13
Anda penat dan lelah, tetapi anda tidak bersendirian. Hati anda sangat sakit, tetapi anda tidak bersendirian. Anda perlu terus bersabar dengan perancangan Allah. Berapa lama?
Lebih lama anda bersabar maka lebih banyak ganjaran yang akan anda peroleh.
Sumber: Tazkirah.net
The post 13 Kata-Kata Bermakna Dari Mufti Menk, Pembakar Semangat Bagi Jiwa appeared first on Islam Itu Indah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.islamituindah.my/13-kata-kata-bermakna-dari-mufti-menk-pembakar-semangat-bagi-jiwa/