13 Benda Yang Direka Yang Paling Memberi Manfaat Kepada Orang Ramai
Bila duduk saja-saja ni mesti rasa nak buka app membeli belah sebab nak tengok barang best-best. Bukan nak beli pun tapi saja seronok jamu mata. Rasa macam window shopping la. Dekat Shopee banyak barang pelik-pelik tu sebab ramai perempuan suka
Kadang-kadang tu rasa macam tak sangka ada rupanya benda macam ni macam tu. Nampak simple tapi sebenarnya memudahkan kita juga.
Hari ni saya nak kongsikan beberapa barang yang direka yang paling memberi manfaat kepada orang ramai
1- Topi tahan lasak ni sekali pandang nampak biasa je. tapi sebenarnya di bahagian dalam nya di lengkapi dengan ciri keselamatan untuk melindungi kepala kita
Sesuai la untuk kegunaan orang tua-tua. Kalau tiba2 pengsan ke, jatuh ke lantai bahagian kelapa nya tak berisiko untuk cedera
2- Kerusi ni nampak macam gabungan tradisional dan moden tapi sebenarnya ianya benar-benar di reka untuk kita duduk. Bila terkena air hujan kita cuma pusing saja pedal kat bahagian tepi kerusi untuk alih bahagian atas yang basah tu ke bahagian bawah
So dapat lah kita duduk. Maknanya kerusi ni betul-betul kita boleh guna untuk duduk. Ada kerusi yang bila dah hujan memang basah dan langsung tak boleh duduk kan. Nak duduk2 ambik angin selepas hari hujan pun tak boleh.. sedih..
3- Zaman sekarang ni budak-budak dah jarang dapat buat aktiviti fizikal macam berbasikal dan berlari di padang. Lebih ramai yang suka duduk dalam rumah, tonton tv dan video.
Tapi dengan rekaan meja belajar yang unik ni kanak-kanak boleh buat aktiviti fizikal walaupun diaorang hanya duduk belajar atau menonton tv.
Dilengkapi dengan pedal seakan-akan basikal kanak-kanak boleh mengayuh pedal tersebut seperti mengayuh basikal. Mesti budak-budak suka meja study macam ni
4- Bagaimana cara mudah untuk mendapatkan pandangan atau survey dari orang ramai tentang satu-satu isu tanpa menggunakan tenaga manusia yang ramai
Gunalah bekas buang puntung rokok macam ni..Kalau ada di malaysia benda ni mesti kena letak banyak kat tepi-tepi jalan sebab di Malaysia ni banyak sangat isu semasa nak layan. Hahah.
Tapi kita boleh ubah sikit. Tak payah buat untuk letak puntung rokok. Letak benda lain la yang lebih sesuai. Contohnya cawan kertas. Kan?
5- Ini benda paling best bagi kebanyakan orang yang ada kenderaan. Siapa yang selalu jadi tukang isi minyak kereta mesti pernah melalui keadaan dimana silap parking kat tempat isi minyak. Tank belah kiri, tapi nozle untuk belah kanan. lepas tu terpaksa rajin kan diri pusing balik kereta
Tapi kalau nozle di bahagian atas macam ni kan mudah. Tarik je dan boleh isi tak kira tank minyak duduk kiri atau kanan.Cuma pastikan korang cukup tinggi untuk tarik nozle tu
Kalau tak sampai terpaksa la abang Bangla tolong dukung.Hehehh
6- Bila nak guna pen tengok-tengok tak de dakwat. Lagi haru bila masa tu la kita nak kena isi borang cepat2 atau pun nak catit benda penting. Boleh bikin marah ni
Tapi dengan ada nya pen ni kita boleh agak berapa lama dakwat pen kita mampu bertahan. Kalau di situ tulis 130000 perkataan kena agak2 la berapa lama boleh guna tu
Tapi lagi bagus kalau pen tu ada tulis baki berapa banyak lagi perkataan yang tinggal untuk kita tulis. Betul tak?
7- Tali leher yang ada microfiber lining ni sangat sesuai untuk kaki kipas bos. Masuk je bilik bos dia lap meja bos, lap phone bos,lap laptop bos. Bos pun sayang
Kalau kat luar , boleh gosok-gosok cermin kereta bos. Untung-untung dapat naik pangkat cepat.Hahahah
8- Dah tahun 2020 ni ada lagi ke manusia yang tak reti-reti nak pakai tali pinggang keledar bila naik kereta? kalau masih ada manusia macam ni sesuai sangat la diaorang guna peranti yang canggih ni. Selagi tak pakai tali pinggang keledar selagi tu radio tak berbunyi
Duduk la dalam kereta sambil dengar orang sebelah membebal. Padan muka
Tapi lagi best kalau selagi tak pakai tali pinggang keledar, selagi tu enjin tak boleh start.Hahahah...
9- Peti sejuk dengan fungsi water filter memang idaman keluarga la peti ais macam ni. Jimat ruang dan nampak lebih kemas. Tak la banyak sangat benda atas dapur kita.
Tapi kalau dapat peti sejuk macam ni jangan asyik buka peti ais je. Silap2 lekang pintu peti sejuk tu. Hehehe
10. Saya pernah pergi cabut gigi lepas tu tak tahu nak pandang kat mana. Last2 saya pejam mata je. Tapi kalau dapat klinik yang mesra pelanggan macam ni kan best. Masa tengah buat rawatan gigi kita boleh pandang ke atas dan lihat pemandangan yang cantik.
Lagi bagus kalau klinik tu sediakan skrin tv kat atas tu.Boleh layan kdrama sambil cabut gigi. Tengok pulak hero yang hensem terus tak rasa sakit sikit pun.Hahahah
\
11- Puas hati kalau dapat masuk fitting room yang lengkap. kebanyakan fitting room, bila masuk je cuma ada penyangkut baju je. tu pun ada satu. Nak test baju pun tak de cermin. Test baju setakat nak tahu muat atau tak je
Cer buat fitting room macam ni. Fitting room ni direka untuk kita test baju yang bersesuai dengan musim panas atau sejuk.
Tak la bila kita dah beli tengok2 baju tu tak mampu nak lindungi kita dari sejuk. Terus jadi ais batu la kat Korea tu..Hahha
12- Beberapa tahun yang lepas kecoh bila ada pelanggan yang bawak masuk haiwan peliharaan ke dalam pasaraya. Saya rasa pooch parking ni sangat sesuai dipraktik kan di negara kita
Sebelum masuk pasaraya atau kedai tu ikat la dulu haiwan korang tu kat sini. Selamat la sikit. Tapi mungkin bab keselamatan perlu diutamakan. Jangan pulak letak anjing sebelah kucing. Tak pasal2 je nanti ada pulak yang anjing nya kemurungan. Maklum la, kat malaysia ni kucing lebih garang dari anjing.Hahahah
13- Bestnya kalau ada tempat yang macam ni. Perkhidmtan locker untuk cas smartphone. Bayang kan bila kita di luar. Bateri phone dah habis. boleh jugak la cas phone di sini. Yang peting bab keselamatan diutamakan
Bila bab2 elektrik ni kadang kena berhati-hati jugak...kan?? Tapi kalau untuk kecemasan rasanya ia sangat sesuai di praktik kan di Mlaaysia
Sumber gambar: Brightside.me
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dianarashid.com/2020/05/13-benda-yang-direka-yang-paling.html