13 000 Pekerja Mas Apa Jadi Lepas Dijual


Penjualan Malaysia Airline [MAS] mencetus kebimbangan lebih ramai kakitangannya diberhentikan kerja. – Foto Utusan
oleh Junhairi Alyasa
Persatuan Pekerja Bersara Malaysia Airline Berhad (Masra) melahirkan kebimbangan terhadap nasib kakitangan tidak terbela dan status Malaysia Airline Berhad (MAB) sebagai syarikat penerbangan kebangsaan akan hilang jika diambil oleh syarikat asing.
Presiden Masra, Abdul Razak Hashim berkata, MAB sepatutnya dikendalikan oleh rakyat tempatan yang berkebolehan dan sebelum ini telah terbukti menerajui syarikat tersebut.
“Jika ada orang mahu beli MAB, apa nasib 13,000 kakitangan yang ada ketika ini, adakah MAB akan terus diiktiraf sebagai syarikat penerbangan kebangsaan, jadi kita hendak tahu siapa pelabur baharu dalam MAB adakah syarikat dalam negara atau luar negara.
“Jika ingin jual kepada pihak asing, kerajaan perlu lakukan dengan beri syarat kepada pembeli supaya mengadakan dalam bentuk usahasama yang mesti melibatkan pemegang saham tempatan,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa kerajaan kini tidak mampu untuk menyelamatkan MAB dan sedang mengkaji sama ada perlu menjual atau tidak syarikat itu.
Dalam pada itu, Abdul Razak berkata, terdapat pihak telah menawarkan dana kepada Masra untuk mengambil alih MAB dan membolehkan syarikat tersebut menjana keuntungan semula.
“Tetapi kami ingin melihat terlebih dahulu maklumat kewangan MAB supaya dapat membuat penilaian yang lebih menyeluruh terhadap syarikat ini.
“Kami sebelum ini telah dimaklumkan bahawa MAB mampu untuk memenuhkan sebanyak 78 peratus penumpang dan sepatutnya berdasarkan angka ini, MAB boleh mendapat keuntungan,” katanya.
Jelas beliau, Masra kini mempunyai seramai 1,400 orang ahli yang terdiri daripada bekas-bekas pengurusan tertinggi termasuk jurutera dan bekas juruterbang yang berpengalaman tinggi mendesak supaya pengurusan MAB ditukar.
“Saya sendiri yang merupakan juruterbang MAS dan pernah berkhidmat di bawah kepimpinan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman dan pernah mendapat bonus pada waktu itu. Ini membuktikan bahawa orang tempatan mempunyai potensi untuk mengendalikan MAS,” katanya.
KLIK BACA: Najib bantu MAS RM6 bilion tapi hentikan 6 ribu pekerja – Dr Mahathir
The post 13,000 pekerja MAS, apa jadi lepas dijual… appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/191140/13000-pekerja-mas-apa-jadi-lepas-dijual/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
8 Gadis Dapat Gaji Rm5 000 Sebulan Hanya Untuk Teman Bos Karaoke Bercuti Makan Makan Tapi Lepas Puas Dipakai

8 Gadis Dapat Gaji Rm5 000 Sebulan Hanya Untuk Teman Bos Karaoke Bercuti Makan Makan Tapi Lepas Puas Dipakai

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 396 hits
Ramai orang zaman sekarang mencari pekerjaan yang mudah dengan gaji yang lumayan Tapi hati hati jangan sampai terjerat Baru baru ni 8 gadis katanya dianiaya oleh bos mereka gara gara diberhentikan secara tiba tiba tanpa sebarang notis dan p...
Tiket Penerbangan Mas Kuala Lumpur Adelaide Pergi Balik Rm2 279

Tiket Penerbangan Mas Kuala Lumpur Adelaide Pergi Balik Rm2 279

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 226 hits
Hits 2Berita baik untuk mereka yang nak kembara ke Australia Tiket Penerbangan MAS Kuala Lumpur Adelaide Pergi Balik RM2 279 kini ditawarkan kepada semua yang nak melancong ke Australia Selatan Apa yang menarik di sini pastinya tarikan utam...
Najib Wrong Move To Sell Mas

Najib Wrong Move To Sell Mas

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 194 hits
Former premier Najib Abdul Razak has shot down a reported suggestion for the government to sell or shut down the loss making national flag carrier Malaysia Airlines Speaking to reporters in Parliament Najib said the airline has been the cou...
Surat Daripada Jemaah Masjid Kota Damansara Dan Soalan Cepu Mas Bagi Dato Yang Di Perbodohkan

Surat Daripada Jemaah Masjid Kota Damansara Dan Soalan Cepu Mas Bagi Dato Yang Di Perbodohkan

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 266 hits
Saya telah terima nukilan berikut yang telah viral dalam WhatsApp Saya tidak tahu kebenaran atau kesahihan surat tersebut tetapi kandungan surat ini bukanlah menghina batu batu hitam atau putih sesiapa pun menggugat keselamatan sesiapa pun ...
Tutup Mas Kerajaan Teliti Sebarang Kemungkinan

Tutup Mas Kerajaan Teliti Sebarang Kemungkinan

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 330 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad terbuka terhadap sebarang kemungkinan untuk menangani kerugian yang ditanggung Malaysia Airlines Bhd Untuk menutup syarikat penerbangan nasional ia satu hal serius Kamu ingat tak dulu pun ada kajian tenta...
Tidak Tolak Cadangan Tutup Mas Tun M

Tidak Tolak Cadangan Tutup Mas Tun M

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 247 hits
Kerajaan tidak tolak kemungkinan untuk menerima cadangan supaya Malaysia Airlines Berhad ditutup bagi menangani masalah hutang yang ditanggung syarikat penerbangan negara itu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata isu berkaitan den...
Gov T Urged To Clarify Role Of Glcs Including Mas

Gov T Urged To Clarify Role Of Glcs Including Mas

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 207 hits
A leading local economist has called for the role of government linked companies including national carrier Malaysia Airlines Bhd to be more clearly defined Malaysian Institute of Economic Research chairman Sulaiman Mahbob said what is impo...
Pemuda Amanah Jual Mas Ke Syarikat Berpengalaman

Pemuda Amanah Jual Mas Ke Syarikat Berpengalaman

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 284 hits
MALAYSIAKINI Amanah Selangor berpendapat layanan istimewa dan suntikan dana yang diberikan kerajaan terhadap syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines wajar dihentikan Ketua Pemudanya Abbas Azmi berkata sebaiknya jalan yang terbaik untu...
Mas Can Be Turned Around It Just Needs Guts To Do It

Mas Can Be Turned Around It Just Needs Guts To Do It

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 192 hits
Despite many attempts to turn around Malaysia Airlines to become profitable there is still much that needs to be done What is needed is courage and determination to do the necessary to revise contracts weed out unwanted wastage and streamli...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Zus Ice Watermelon Latte