12 Tips Memilih Android Box 2019



Banyak sungguh permintaan untuk artikel ini. Tergerak juga hati untuk menulis tentangnya, kerana di tahun 2019 ini, masih ada lagi yang bertanya,
“Nak beli Android Box, kena beli yang mahal ke?”.
Android Box menjadi popular di kalangan rakyat Malaysia sebagai media alternatif selain televisyen ‘tradisional’. Bab ‘menggantikan’ Astro itu saya tidak mahu sentuh kerana apabila difikirkan semula, mereka yang menggunakan Android Box untuk mengganti Astro tetapi dalam masa yang sama memasang aplikasi yang dapat ‘strim’ saluran Astro secara ‘alternatif’, adalah agak kelakar.
Errr, ya. Saya pun dulu ada juga buat begitu (heh!). Cuma sekarang masa saya banyak dihabiskan di YouTube dan Netflix. Entah kenapa, saluran televisyen sudah tidak menggiurkan hati saya lagi.
Saya faham tujuannya, apabila pengguna ingin mendapatkan saluran penuh tanpa perlu membayar bulanan yang cukup tinggi. Tetapi perkara ini saya sudah sentuh dalam artikel yang lepas: Hidup Tanpa Astro Edisi 2018: Cara Terbaik Bebas Dari Bil Melampau [#CutTheCord]
Berbalik kepada topik, adakah perlu beli Android Box yang mahal untuk menikmati prestasinya? Jawapan mudah, tidak, kerana dengan bajet sekitar RM250 hingga RM300, anda sudah dapat sebuah peranti yang bagus untuk strim kandungan media atas talian dengan baik.
Berikut adalah 12 spesifikasi yang boleh anda ikuti sebagai panduan dalam memilih peranti:
1. OTA Update
Sebelum beli, pastikan terlebih dahulu peranti yang anda minati itu ada menyokong Over-The-Air Update atau OTA. Sokongan sepenuhnya dari pembangun yang memberikan kemas kini melalui OTA adalah penting bagi memanjangkan jangka hayat produk. Paling tidak sekurang-kurangnya ada disediakan firmware di laman sesawang mereka untuk dimuat turun.
2. Widevine L1
Persijilan Level 1 atau L1 diperlukan oleh peranti bagi membolehkan ia untuk strim kandungan dari laman penstriman seperti Netflix dalam kualiti tinggi penuh (HD) dan 4K. Widevine adalah satu bentuk penyelesaian kepada kandungan daripada dijadikan bentuk cetak rompak. Oleh itu, sila periksa terlebih dahulu sama ada peranti tersebut mempunyai Widevine L1 atau tidak.
3. Sokongan pengekodan perkakas H.265
H.265 atau nama ‘panjangnya’ High-Efficiency Video Encoding (HEVC) ialah sebuah standard pemadatan video. Kebanyak peranti yang dapat menjalankan Kodi mempunyai pengekodan H.265, cuma kebiasaannya ia adalah dalam bentuk perisian, dan bukan perkakasan.
Secara umumnya, pengekodan dalam bentuk perkakasan adalah lebih pantas berbanding perisian.
4. RAM?
Android Box dikuasakan dengan sistem operasi Android yang dicipta khusus untuk peranti penstriman. Sistem operasi Android pada masa kini sudah kurang menggunakan RAM, apatah lagi apabila ia dibuat secara khusus untuk Android Box. Peranti dengan RAM antara 2 hingga 3GB RAM sebenarnya sudah mencukupi, namun kebanyakan orang akan mensasarkan peranti dengan 4GB RAM.
Terpulang kepada anda, saranan saya RAM 4GB adalah satu pelaburan ‘future-proof’.
5. Storan?
Ini juga sering menjadi mitos di mana ramai yang menyarankan storan lebih dari 32GB. Storan antara 16 hingga 32GB adalah mencukupi, melainkan anda hendak pasang beratus aplikasi, yang saya kirakan sudah benar-benar membebani peranti tersebut. Sedangkan aplikasi penstriman yang hendak dijalankan tidaklah memenuhi kesemua ruang storan.
Kenapa, anda hendak gunakan Android Box sebagai penyunting gambar pula ke?
Sekali lagi, terpulang. Tiada kerugian pun jika anda berjaya mendapatkan peranti dengan lebih storan.
6. Sokongan Netflix Dan Lain-Lain Aplikasi Strim
Sila pastikan peranti tersebut menyokong Netflix, Hulu, dan lain-lain aplikasi penstriman. Ini penting, kerana terdapat kes di mana aplikasi Netflix yang dipasang dari kilang adalah versi diubahsuai, dan apabila terdapat kemas kini bagi aplikasi tersebut, ianya sudah tidak dapat digunakan lagi.
7. Mempunyai Dynamic Refresh Rate Switching
Dynamic Refresh Rate Switching ialah fungsi di mana peranti akan mengubah refresh rate secara automatik antara sumber video dan juga televisyen. Oleh itu katakan sumber video anda adalah 24Hz manakala televisyen anda pula 60Hz, ia akan menyelaraskan refresh rate itu secara automatik, jadi anda akan dapat menonton dengan baik tanpa video yang ‘berbelang’.
8. WiFi
Pastikan sekurang-kurangnya ia mempunyai 802.11 ac. Apa-apa sahaja yang kurang dari ini akan menjadikan kelajuan internet anda perlahan.
Nota kaki: Gunakan Router Dual-Band
Dual-band router mempunyai dua penyesuai radio tanpa wayar iaitu 2.4GHz dan 5GHz. Kebanyakan darinya dapat menghantar kedua-dua frekuensi pada masa yang sama.
Selain penting untuk memilih peranti tanpa wayar yang ‘kuat’, ia seharusnya ‘pintar’ juga.
Frekuensi 2.4GHz dan 5GHz akan melantun di sekitar rumah anda dengan cara dan kekuatan yang berbeza. Frekuensi 5GHz adakah kuat dan dapat membawa lebih banyak data serta lebih pantas dari 2.4GHz, akan tetapi ia tidak dapat melalui dinding bilik anda dan lain-lain objek pepejal dengan baik.
Router dual-band dapat membantu untuk mengimbangi rangkaian yang berada dalam keadaan penggunaan tinggi dengan memindahkan frekuensinya.
9. Android Versi 6 Ke Atas
Android Marshmallow (6.0) mempunyai banyak kelebihan berbanding versi sebelumnya. Versi 6 (ke atas) mempunyai prestasi yang sangat bagus atas jasa Android RunTime (ART) yang baharu.
Ia juga punyai kesinambungan Material Design yang semestinya lebih menarik, dan ada sokongan untuk OpenGL ES 3.1 bagi penampilan grafik 3D dan 2D yang lebih baik.
Saranan saya bagi ‘future proof’, dapatkan Android Box dengan sistem operasi Android versi sama ada 6 atau 7, dan 8 semestinya lebih baik.
10. HDMI 2.0
HDMI 2.0 telah lama dilepaskan iaitu pada tahun 2013 dan ia mempunyai satu bentuk penambahbaikan berbanding versi 1.4 iaitu bandwidth.
Secara teorinya, HDMI 1.4 tetap dapat menjalankan penstriman video 4K, akan tetapi ia sudah berada pada had teknologi tersebut. HDMI 2.0 telah meningkatkan kapasiti teknologinya kepada 18Gb per saat, yang lebih dari cukup untuk menjalankan 4K pada 60fps.
11. USB 3.0
USB 3.0 seakan bukan satu keperluan wajib bagi Android Box. Tetapi katakanlah anda ingin menyambung kepada storan luaran untuk memainkan video anda darinya, maka anda perlukan sekurang-kurangnya satu port USB 3.0.
USB 2.0 tetap dapat menjalankan tugasnya, tetapi dengan kelajuan yang lebih perlahan, semestinya, dan ia akan memberi kesan kepada kualiti video.
12. CPU
Terdapat tiga syarikat utama yang mengeluarkan pemproses bagi Android Box iaitu AmLogic, RockChip dan Allwinner.
Abaikan dua yang lain, pilihlah peranti dengan pemproses AmLogic.
Pendek cerita, Allwinner dan RockChip ada rekod trek masing-masing yang menghampakan. Anda boleh ambil risiko dengan membeli mana-mana peranti yang dikuasakan dengan salah satu dari pemproses tersebut, tetapi jangan katakan kepada saya bahawa saya tidak pernah memberi peringatan.
*Melainkan peranti yang menggunakan pemproses RockChip atau Allwinner tersebut ada sokongan komuniti forum yang kuat, belilah ia. Jika tiada, kekal dengan AmLogic sahaja.
Outro
Baiklah, setakat itu sahaja panduan untuk kali ini. Diharap anda dapat menekan butang share yang tersedia di atas ini dan kongsikanlah panduan yang diberikan kepada rakan-rakan anda.
Selamat memilih dan selamat menikmati hasil dari kempen saya, #CutTheCable!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/12-tips-memilih-android-box-2019/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Tips Dan Trik Bagi Android Box Maksimumkan Fungsi Peranti

7 Tips Dan Trik Bagi Android Box Maksimumkan Fungsi Peranti

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 428 hits
Android Box telah menjadi pilihan paling popular di kalangan rakyat Malaysia dalam usaha Jika ia dimanfaatkan secara kreatif terdapat berbagai perkara yang boleh dibuat dengan peranti kecil itu Berikut disenarai beberapa perkara menarik yan...
Tips Memilih Hadiah Yang Sesuai Untuk Hadiah Perkahwinan Door Gift Korporat

Tips Memilih Hadiah Yang Sesuai Untuk Hadiah Perkahwinan Door Gift Korporat

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 981 hits
Pasti setiap kali kita mencari hadiah apakah yang sesuai untuk di berikan kepada insan insan istimewa dalam hidup ni jadi buntu mencari idea Pasti kita mahukan sesuatu yang amat istimewa dan menjadi kenang kenangan sepanjang hayat Paling ti...
Kemaskini Android Pie Untuk Peranti Nokia Akan Tiba Sebelum Akhir Jun 2019

Kemaskini Android Pie Untuk Peranti Nokia Akan Tiba Sebelum Akhir Jun 2019

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 397 hits
HMD Global adalah syarikat yang menghasilkan telefon pintar Nokia Sejak jenama Nokia ini naik semula ke arena telefon pintar kebanyakan peranti mereka menjalankan sistem operasi Android One Sistem operasi Android One adalah program untuk me...
4 Tips Memilih High Heels Agar Tampilan Dengan Dress Broken White Tak Jadi Boring

4 Tips Memilih High Heels Agar Tampilan Dengan Dress Broken White Tak Jadi Boring

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 209 hits
4 Tips memilih high heels agar tampilan dengan dress broken white tak jadi boring Jauhi alas kaki berwarna senada pilih yang kontras atau heels dengan bahan yang berbeda dari gaun atau pakai model trendy yang menarik perhatian
Tips Spm 2019 Tiru Teknik Cara Bagaimana Anda Boleh Dapat Semua A

Tips Spm 2019 Tiru Teknik Cara Bagaimana Anda Boleh Dapat Semua A

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 663 hits
Tips SPM 2019 Tiru Teknik Cara Bagaimana Anda Boleh Dapat SEMUA A Tahukah anda tips spm yang Mypt3 kongsikan di bawah ini pernah dipraktikkan oleh ramai orang Menariknya lagi Menariknya ada yang sampai berjaya dapat SEMUA A dalam dan tips P...
Tips Memilih Bedak Yang Sesuai Dengan Warna Kulit

Tips Memilih Bedak Yang Sesuai Dengan Warna Kulit

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 479 hits
Tips Memilih Bedak Yang Sesuai Dengan Warna Kulit Bedak merupakan salah satu barangan wajib yang dimiliki wanita Wanita yang tak gemar nak berdandan pun mesti akan ada satu compact powder Betul ke tak uols Dengan memakai bedak keyakinan kit...
Jadual Dan Keputusan Piala Fam Malaysia 2019

Jadual Dan Keputusan Piala Fam Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 448 hits
Jadual dan Keputusan Piala FAM Malaysia 2019 BILAKAH tarikh perlawanan Piala FAM Malaysia bagi tahun 2019 bakal membuka tirai Untuk makluman anda tarikh perlawanan Piala FAM Malaysia 2019 atau Liga FAM 2019 dijangka bakal membuka tirai pada...
Honor View20 Terima Pelbagai Anugerah Pada Acara Ces 2019

Honor View20 Terima Pelbagai Anugerah Pada Acara Ces 2019

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 265 hits
Baru baru ini kami ada melaporkan mengenai berita kehadiran Honor View20 ke pasaran tempatan pada 26 Januari ini Menambahkan lagi keterujaan peminat Honor dalam menantikan ketibaan peranti ini model terkini Honor itu telah menerima pelbagai...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


My K Drama Pilgrimage

Hiburan Kisah Jawab Exam Online Atas Pokok Pernah Tular Gadis Dari Sabah Ini Kini Bergelar Pelajar Perubatan

Sixth Sense Kembali Dengan Spin Off Yoo Jaesuk Disertai Ahli Baru Seperti Go Kyungpyo Mimi

Tak Cerdik Jangan Sokong La Parti Ni

Cerdik Pusing

Rakyat Cerdik Harus Berfikir