12 Tanda Tanda Anxiety Ringan Dan Cara Merawat Anxiety Disorder


12 Tanda-Tanda Anxiety Ringan dan Cara Merawat Anxiety Disorder 14 Anxiety disorder adalah satu penyakit di mana seseorang sering merasakan kegelisahan dan kecemasan yang melampau secara tiba-tiba atau atas sebab tertentu. Tidak semua orang sedar yang mereka mempunyai penyakit ini. Mereka mungkin berpendapat bahawa mereka hanya diserang darah gemuruh atau kecemasan biasa. Penyakit ini dikategorikan salah satu cabang penyakit mental. Terdapat pelbagai simptom anxiety attack yang anda perlu ambil tahu dan kaedah merawatnya.
Penerangan Mengenai Anxiety Disorder Anxiety disorder merujuk kepada perasaan takut, risau, cemas, dan gelisah yang dialami oleh seseorang individu sama ada bersebab atau tidak. Perasaan yang dialami ini adalah agak keterlaluan dan melebihi daripada biasa. Ia boleh berlaku di semua peringkat umur daripada kanak-kanak hingga dewasa, sama ada lelaki atau perempuan.
Apakah Anxiety Disorder? Anxiety disorder adalah gangguan mental yang menyebabkan pesakit merasa cemas, khuwatir, risau, berdebar-debar, takut, takut mati, bengang, sakit dada, pedih ulu hati, sakit kepala dan beberapa kesan lain yang sehingga menggangu aktiviti-aktiviti seharian. Perasaan risau dan takut adalah perkara yang biasa dialami orang manusia, dan ia merupakan lumrah emosi setiap individu. Bagaimanapun, apabila seseorang individu merasakan perasaan risau, cemas, dan takut yang melampau tentang sesuatu perkara, maka ia memberi impak iaitu gangguan kepada fizikal dan tingkah laku pesakit. Impak kepada emosi yang melampau ini memberi kesan kepada pemikiran dan sel-sel otak manusia melalui penghasilan hormon stress seperti adrenalin, kortisol, dan norepinefrin.
Tanda-Tanda Anxiety Disorder Tanda-tanda anxiety terbahagi kepada dua, tanda-tanda ringan dan tanda-tanda yang teruk. Serangan anxiety boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa punca yang jelas. Ia boleh berlaku semasa sedang makan, berbaring, bercakap, bersantai, menonton televisyen atau apa-apa situasi. Anxiety attack boleh menjadi lagi parah, jika seseorang ditimpa masalah dan ujian hidup yang berat, seperti kehilangan, kemiskinan dan kesusahan. Gejala anxiety disorder boleh berlangsung dan menjadi parah dalam masa 10-15 minit dan selepas itu menjadi kurang dan hilang tidak lama kemudian.
Antara gejala-gejala fizikal serangan anxiety disorder adalah:
Sakit dada Jantung berdegup kencang Kesukaran bernafas (hiperventilasi) Menggeletar Menggigil Loya Berpeluh-peluh Kebas tangan dan kaki Tekanan atau ketakutan yang teruk Rasa seperti tercekik Takut hilang kawalan Fikiran melayang Tanda Anxiety Makin Teruk Anxiety pada tahap teruk boleh membawa kepada gejala fizikal dan emosi yang berpanjangan selama berhari-hari dan berminggu-minggu. Ia akan menggangu aktiviti seharian pesakit dan membuatkan pesakit bertambah tertekan dan depresi dengan anxiety yang dirasakannya. Pesakit pada tahap anxiety teruk harus merujuk doktor psikatri dengan segera sebelum ia menjadi lebih parah. Antara tanda-tanda anxiety seseorang menjadi semakin parah atau teruk adalah:
Rasa seperti anda akan mati Kekejangan otot Sukar tidur malam Seperti terdengar bisikan Takut keluar rumah Takut berjumpa orang Sentiasa penat Kerap berpeluh Sesak nafas Kaedah Merawat Anxiety Disorder Terdapat dua kaedah yang biasa digunakan dalam bidang perubatan untuk mengatasi anxiety disorder iaitu rawatan secara psikoterapi dan pengambilan ubat-ubatan.
Cara Merawat Anxiety Disorder Rawatan awal bagi anxiety peringkat ringan atau sederhana boleh dilakukan di rumah iaitu seperti berikut:
Tenangkan fikiran dengan mengawal pernafasan dan melakukan teknik meditasi yang betul Mandi dengan air suman untuk melembutkan otot-otot yang sedang tegang Sapu dan bau minyak aromaterapi atau minyak angin semasa hendak tidur atau sedang berbaring Lakukan senaman ringan selama 30 minit Memenuhkan masa kosong dengan melakukan hobi dan perkara yang anda suka Bercerita masalah anda kepada orang lain, samada ahli keluarga atau rakan-rakan Jangan takut untuk menghubungi doktor jika keadaan anda semakin teruk 12 Tanda-Tanda Anxiety Ringan dan Cara Merawat Anxiety Disorder 15 Rawatan Psikoterapi
Terdapat beberapa rawatan psikoterapi yang biasa dilakukan oleh pakar psikatrik, antaranya ialah terapi tingkah laku kognitif (Cognitive Behavioral Therapy, CBT). Ahli psikoterapi akan berbicara dengan pesakit dan memberi kauseling.Ubat-ubatan
Ubat akan diberikan kepada pesakit mengikut simptom dan tahap keterukan, seperti ubat antidepresan i.e. escitalopram, paroxetine, sertraline, fluoxetine, dan citalopram;
Ubat antipanik i.e. benzodiazepine, alprazolam (Xanax), chlordiazepoxide (Librium), clonazepam (Klonopin), diazepam (Valium), dan lorazepam. Cara Mengawal Pernafasan Semasa Anxiety Attack Soalan FAQs Berkenaan Penyakit Anxiety Disorder Apakah itu anxiety disorder? Perasaan kerisauan, kecemasan, kebimbangan dan ketakutan terhadap sesuatu secara melampau dan berlebihan.
Siapa yang terdedah kepada anxiety disorder? Semua golongan kanak-kanak hingga dewasa, sama ada lelaki atau perempuan.
Apakah risiko kepada pesakit anxiety jika tidak dirawat? Pesakit akan mendapat simptom yang lebih teruk, kerisauan melampau, kemurungan, tidak selera makan, sukar tidur dan menyebabkan penyakit mental yang lebih serius.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2024/01/anxiety-disorder.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Punca Bisul Dan Cara Merawat Bisul Yang Belum Pecah 12 Tips Ini Sangat Berkesan Kecutkan Bisul Dengan Cepat

Punca Bisul Dan Cara Merawat Bisul Yang Belum Pecah 12 Tips Ini Sangat Berkesan Kecutkan Bisul Dengan Cepat

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 281 hits
Penyakit walaupun sering dianggap remeh memainkan peranan yang signifikan dalam kesihatan kulit Oleh itu pengetahuan mendalam tentang bisul penting bagi kesedaran umum Dengan menyoroti aspek aspek seperti punca gejala rawatan dan pencegahan...
Tanda Tanda Insomnia Punca Jenis Dan Cara Rawat Insomnia Agar Cepat Tidur

Tanda Tanda Insomnia Punca Jenis Dan Cara Rawat Insomnia Agar Cepat Tidur

papar berkaitan - pada 8/1/2024 - jumlah : 158 hits
Pernah tak anda alami Insomnia Mesti pernah kan susah nak tidur malam ia dicirikan berkaitan dengan satu penyakit yang diberi nama sebagai jadi hari ini kita akan explore apa itu tanda tanda insomnia jenis tahap dan cara rawatannya Umum dik...
Cara Mohon Wang Ehsan Negeri Kelantan Bagi Ipta 2024

Cara Mohon Wang Ehsan Negeri Kelantan Bagi Ipta 2024

papar berkaitan - pada 14/1/2024 - jumlah : 276 hits
Bagi anda yang bakal memasuki IPTA terdapat berita baik kepada anda Kerajaan sediakan bantuan wang ehsan negeri Kelantan kepada penuntut IPTA Anda boleh mohon bantuan yang disediakan oleh kerajaan sebagai inisiatif mengurangkan beban kewang...
Cara Kreatif Simpan Air Tanpa Bekas Air

Cara Kreatif Simpan Air Tanpa Bekas Air

papar berkaitan - pada 14/1/2024 - jumlah : 306 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi Esok cuti bolehlah tidur lewat sedikit biarpun tidak baik untuk kesihatan Masa ini sahaja yang ada mood untuk menulis Oleh kerana seluruh negeri Pulau Pinang tiada air bermula 10 hingga 14 Januari 2024 maka ...
Cara Mendapat Keutamaan Bulan Rejab

Cara Mendapat Keutamaan Bulan Rejab

papar berkaitan - pada 12/1/2024 - jumlah : 276 hits
Cara Mendapat Keutamaan Bulan Rejab Bulan Rejab datang lagi Bulan yang penuh keberkatan juga dan persediaan kita menghadapi ramadhan Di dalam bulan Rejab ada amalan amalan yang membolehkan kita menambahkan ketakwaan kepada Allah SWT Habib U...
Cara Daftar Dan Semak Muet On Demand Online Serta Tarikh Penting Muet

Cara Daftar Dan Semak Muet On Demand Online Serta Tarikh Penting Muet

papar berkaitan - pada 14/1/2024 - jumlah : 214 hits
Untuk pengetahuan semua Majlis Peperiksaan Malaysia kini menawarkan jenis Ujian MUET On Demand yang merupakan sebuah ujian berbentuk Computer Based Test Ia mula diperkenalkan pada bulan April 2018 MoD ini adalah inisiatif untuk memudahkan p...
Nota Tentang Faraid Wasiat Hibah Dan Cara Urus Harta Pusaka

Nota Tentang Faraid Wasiat Hibah Dan Cara Urus Harta Pusaka

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 350 hits
Bismillah semoga nota kecil ini dapat membantu para sahabat semua dalam menguruskan harta pusaka semasa masih hidup Emme Marina suri rumah sepenuh masa memiliki M Sc dalam Kimia Industri Penulis dan usahawan yang aktif mengikuti pelbagai ku...
Cara Membaca Dan Menggunakan Data Sgp Dengan Efektif

Cara Membaca Dan Menggunakan Data Sgp Dengan Efektif

papar berkaitan - pada 14/1/2024 - jumlah : 186 hits
Cara Membaca dan Menggunakan Data SGP dengan Efektif Apakah Anda seorang penggemar togel Jika ya Anda pasti sudah tidak asing lagi dengan Data SGP Data SGP adalah data yang digunakan untuk menganalisis angka angka yang akan keluar dalam per...
Cara Kongsi Lesen Kenderaan Motor Digital

Cara Kongsi Lesen Kenderaan Motor Digital

papar berkaitan - pada 14/1/2024 - jumlah : 266 hits
Bermula Januari 2024 setiap pemilik kenderaan boleh berkongsi Lesen Kenderaan Motor Digital dengan fungsi 8220 Kongsi LKM 8221 yang baru diperkenalkan dalam aplikasi MyJPJ Pertambahan fungsi ini adalah satu lagi penambahbaikan ke arah Fas
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids