12 Resepi Pencuci Mulut Guna Tepung Pulut Yang Sedap


12 Resepi Pencuci Mulut Guna Tepung Pulut Yang Sedap  | Kuih manis-manis ni memang menjadi kesukaan orang Malaysia terutama orang Melayu yang dimakan semasa sarapan atau minum petang. Tidak la payah sangat membuat kuih ni semua tapi agak renyah sebab banyak bahan yang diperlukan termasuklah kelapa samada ianya kuih berlemak ataupun yang berkuah. Sebenarnya lebih menjurus kepada saya sebab sejak dah tak bekerja dan berusia ni suka pulak makan yang manis-manis

Jom cuba resepi mudah kuih tradisional Melayu yang unik dan ada yang dibuat inspirasi kuih kaum Cina atau Baba Nyonya

Resipi Kuih Buah MelakaResipi Kuih Lepat LiatResipi Kuih GetasResipi Kuih Wadai KepengResipi Kuih Tepung Gomak Resipi Kuih DangaiResipi Kuih KociResipi Putri Mandi atau Kepek HidungResipi Kuih Badak BerendamResipi Kuih Butir NangkaResipi Ang koo KuehResipi Kuih Peria
12 Resepi Pencuci Mulut Guna Tepung Pulut Yang Sedap 1. Resipi Kuih Buah Melaka

bahan-bahan:
1 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung beras
5 helai daun pandan / pewarna hijau
Gula kabung, dipotong menjadi kiub kecil
Kelapa parut (gaulkan dengan garam halus secukup rasa)


Cara membuatnya:-
Kisar daun pandan bersama sedikit air, ditapis dan diambil airnyaMasukkan tepung pulut, sedikit garam didalam bekas dan dicampurkan dengan air pandan, digaul hingga menjadi doh yang boleh digentelAmbil sedikit adunan, leperkan atas tapak tangan dan letakkan gula kabung sebagai inti. Bulatkan doh sebesar syiling 20 sen.Didihkan air 3/4 penuh dalam periuk atau kuali dan bila mendidih, masukkan buah melaka yang siap digentel ke dalam air.  Bila masak buah melaka akan timbul, angkat dan toskanMasukkan buah kelapa yang telah ditos tadi kedalam pinggan bersisi kelapa putih yang dicampur sedikit garam. Biarkan buah melaka bersalut kelapa hingga selesai semuanya. Siap.
Nota :
Kalau tiada pandan, boleh guna pewarna hijau atau campur air pandan dan pewarna hijau supaya nampak lebih menarik

2. Resipi Kuih Lepat Liat
bahan-bahan:
1 bungkus tepung pulut
½ kilo gula merah
daun pisang
sedikit garam
½ biji kelapa parut yang putih, digaul dengan sedikit garam
2 helai daun pandan, dibasuh dan diikat
sepiring minyak

Cara membuatnya:-
Daun pisang dilayur diatas api sampai agak lembut untuk dibentuk dan kemudian dipotong mengkut said sebesar 14cm x 15cm.  Pastikan daun pisang tu dilap terlebih dahulu untuk menghilangkan habuk dan debu.Gula merah dimasak dengan 11/2 cawan air dan daun pandan yang telah diikat. Dimasak hingga larut dan tutup api. Jangan biarkan terlalu lama hingga air gula menjadi pekat. Biarkan sejuk dan kemudian ditapis.Masukkan tepung, sedikit garam dan air gula didalam besen, digaul hingga sebati.  Jangan masukkan terlalu banyak air takut nanti terlalu cair dan melimbang bila diletakkan di atas daun pisang. Ambil secubit adunan dan cuba bulatkan dan kalau tak melekat, tu tanda adunan dah cukup sesuai.Ambil sedikit minyak dan sapukan ke daun pisang. Kemudian ambil sesudu adunan letakkan diatasnya.  Tekan hingga leper dan letakkan kelapa parut yang telah digaul dengan gula dibahagian tengah dan bungkus kuih seperti membungkus kuih lepat pisang. Bungkus lepat sehingga habis dan masukkan kedalam pengukus.Kukus kuih lepat dalam 30 - 45 min dan boleh diangkat. Bila dah sejuk boleh la dimakan.
Boleh jengah artikel berkaitan : resepi kuih lepat liat utara


3. Resipi Kuih Getas

bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
½ cawan kelapa parut putih
1 tsp garam halus
1 cawan air daun pandan (10 helai daun pandan, dikisar dan ditapis

Bahan Sira
1/4 cawan air
1 cawan gula pasir


Cara membuatnya:
Gaul sebati bahan  dan tuangkan air pandan sedikit demi sedikit.Uli sebati hingga tak melekat di tapak tangan. Bulatkan doh dan kemudian leperkan seakan nuget atau terpulang tapi pastikan tidak terlalu tebal atau terlalu nipis. Alaskan dengan minyak supaya tak melekat pada bekas. Rehat kan di dalam peti ais lebih kurang setengah jam.Panaskan minyak. Goreng kuih paras tenggelam dengan api sederhana. Angkat bila kedua belah telah masak kekuningan dan toskan hingga ianya sejuk.Untuk Sira: masukkan gula dan air di dalam kuali. Biarkan gula dimasak hingga berbuih dan menjadi pekat kemudian masukkan kuih, gaul hingga gula kena rata dan gula bertukar menjadi putih dan berderai macam kita sira kuih keria. Angkat dah hidangkan.
Boleh jengah artikel berkaitan :  5 versi resepi kuih gegetas yang mudah

4. Resipi Kuih Wadai Kepeng

bahan-bahan:
1 cawan tepung pulut
Secubit garam
Air secukupnya

bahan-bahan untuk kuah:
1 ketul gula gerek
2 cawan santan pekat
1 cawan air
sedikit garam


Cara membuatnya:-
Tepung pulut dan garam digaul dengan air sedikit demi sedikit. Adunan diuli supaya menjadi doh yang tak melekat di tapak tangan (macam kita buat kuih buah melaka). Kemudian cubit doh, bulatkan dan tekan dibahagian tengah dan akan kelihatan seperti gambar dibawah niMasukkan gula gerek, air, sedikit garam serta daun pandan yang telah disimpulkan ke dalam periuk dan buka api perlahan.  Bila gula gerek telah larut dan air mendidih, masukkan doh satu-satu supaya jangan melekat. Doh akan masak bila dah mula terapung.Masukkan santan dan kacau perlahan hingga hampir mendidih, tutup api. Jangan masak terlalu lama supaya santan tak pecah minyak nanti tak sedap.
Boleh jengah artikel berkaitan : Wadai Kepeng kuih tradisional orang Banjar


5. Resipi Kuih Tepung Gomak 

bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan santan 
bahan-bahan untuk inti:
3 cawan kelapa parut putih
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 sudu besar tepung gandum dibancuh dengan sedikit air
2 helai daun pandan disimpul


Cara membuatnya:
Campurkan tepung pulut dan tepung gandum, masukkan santan sedikit demi sedikit sehingga jadi doh yang tidak terlalu keras atau terlalu lembik.Masak gula merah, gula pasir bersama air sehingga larut kemudian tapiskanMasukkan kelapa parut dan masak sehingga hampir kering kemudian masukkan bancuhan tepung gandum, kacau rata sehingga intinya lembab² sedikit dengan api sederhanaAngkat kemudian sejukkanNota : tepung kacang hijau boleh dibeli yang sudah siap dikisar, hanya perlu sangai dan ayak.


Cara membuatnya:
Didihkan air. Cubit sedikit doh, leperkan dan masukkan inti kemudian bulatkanRebus doh sehingga timbul/terapung bila ianya masak. Angat dan toskanGolek atau salut dengan tepung hijau tadi. Siap

6.  Resipi Kuih Dangai
Kuih yang cukup popular bagi orang utara ni dengan menggunakan kelapa parut sederhana muda.  Jangan ambil lapisan coklat kelapa.  Cukup lapisan putih sahaja. Kalau nak sedap gunalah dapur arang dan bakar macam bakar kih akok
bahan-bahan:-2 bii kelapa parut sederhana muda lapisan putih2 senduk gula putih sukatan senduk nasi1 sudu teh garam1 cawan tepung pulut cap 3 gaja
untuk cawan nak senang dan tepat gunakan cawan penyukat metrik 250ml
Cara membuatnya:-Campurkan semua bahan di atas dan gaul sebati.  Penting untuk patikan adunan kuih tidak berketulPanaskan oven pada suhu 160C selama 10 minit.  Sambil itu oles rata minyak ke permukaan bawah loyang dan dinding tepi.  Baru masukkan adunan yang sebati tadiTekan maja dengan tangan atau sudu supaya adunan padat.  Ini utk elakkan kuih pecah dan berderai bila masak nantiBakar dengan suhu 145C - 150C dengan api atas bawah. Letak loyang di tengah-tengah oven. Guna api atas bawahDah masak boleh dipotong.  Potong panas-panas sewaktu ianya masih lembik.  Dah sejuk kuih dangai akan keras sedikitnota : sumber Google / tak ingat resepei siapa


7. Resepi Kuih Koci


Bahan untuk Doh
250 g tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam
1 1/2 cawan air

Bahan untuk Inti
1 biji kelapa berkulit basah (yg tidak terlalu tua)
1 ketul gula Melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
1/2 cawan air

Bahan lain
Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci.
Minyak kelapa secukupnya (minyak makan pun boleh)
1 cawan pati santan + secubit garam

Cara membuatnya:-

Untuk Inti:-
Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.Untuk Doh:-
Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Jika kurang air tambah sedikit lagi.Untuk membuat kuih koci:-
Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.Tutup inti dgn doh dan bubuh satu camca teh santan pekat. Kemudian lipat seperti biasa.Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. Banyak atau kurang jumlah kuih koci bergantung pada saiz kueh masing2.

8. Resepi Putri Mandi atau Kepek Hidung


Bahan-bahan:
1 cawan tepung pulut
1/2 sk air kapur
Air daun pandan secukupnya (kisar4 helai daun pandan bersama 1 cawan air,tapis dan ambil airnya)-saya tambah
Sedikit pewarna hijau epal

Bahan kuah:
1/2 cawan gula pasir-boleh dikurang atau ditambah
2 keping gula melaka
1/2 cawan air
2 helai daun pandan-saya letak 1 helai jer
1/2 cawan kelapa parut-yang muda tau!
Garam


Cara membuatnya :-
Kisar daun pandan bersama 1 cawan air,tapis dan ambil airnya.Tepung pulut dicampur dengan air kapur.Tambahkan air pandan sedikit demi sedikit sambil digaul hingga tepung tidak melekat di tangan dan pada bekas adunan.Jangan masukkan air pandansekaligus ye...jika tidak cukup boleh tambah air .Ambil sedikit doh dan gentel bulat sebesar ibu  jari dan tekan sedikit ditengah-tengahnya.Didihkan air dalam periuk sehingga mendidih.Masukkan doh ke dalam air mendidih.Doh akan timbul bila sudah masak.Angkat dan masukkan ke dalam air sejuk untuk mengelakkannya melekat.Toskan doh yang direndam dalam air sejuk tadi.Masakkan air, gula pasir,gula melaka,daun pandan dan garam hingga semuanya larut dan sebati. Masukkan kelapa parut dan kacau hingga pekat dan sesuaikan rasanya.Masukkan puteri ke dalam kuah dan kacau sebati. Biar agak pekat dan matikan api
9. Resipi Kuih Badak Berendam

bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
11/2 cawan air daun pandan - daun pandan dikisar dan diambil airnya
1/2 sudu kecil garam


bahan-bahan untuk inti:
kelapa parut muda, ambil bahagian putih
2 keping gula gerek atau 1 cawan gula merah
1 helai daun pandan
1 cawan air


bahan-bahan untuk kuah:
1 kotak santan Ayam Brand
2 sudu besar tepung beras
1/2 sudu kecil garam
3 helai daun pandan
1 sudu gula (jika suka)


Cara membuatnya:-
Untuk kuih badam berendam ekspress ni, cuma guna gula gerek yang dipotong dadu, disumbat dalam doh dan rebus doh supaya masak.  Cara membuat inti:
Masukkan air, gula gerek, daun pandan dan dimasak hingga larut.  Sejukkan dan ditapis.  Masukkan kembali ke dalam periuk bersama kelapa parut dan dikacau hingga kering dan letakkan secubit garam (kalau tak suka, tak payah letak ya).  Padamkan api dan biarkan ia sejuk.Bila dah sejuk, inti ni boleh la dibulatkan sebesar guli dan diletakkan tepi untuk dimasukkan kedalam doh nanti.
Nota :
kalau guna gula merah, pastikan air gula di tapis sebelum di masukkan kelapa parut untuk mengelakkan pasir yang selalunya ada dalam gula merah.


Cara membuat doh
Masukkan air pandan didalam besen adunan, masukkan tepung dan garam serta diuli menjadi doh yang boleh dibentuk tanpa melekat di tangan.Ambil doh, dibulat-bulatkan dan dileperkan serta masukkan inti kelapa yang telah dibulatkan dan kemudian bulatkan kembali doh tersebut.Dalam waktu yang sama, masukkan air di dalam periuk dan bila air sudah mendidih, masukkan kesemua doh yang telah diletakkan inti ke dalam periuk.  Doh yang telah masak akan timbul, gunakan senduk dan toskan doh tersebut
Cara membuat kuah
Dalam periuk yang berlainan, masukkan santan, daun pandan serta gula ke dalam periuk, di kacau hingga pekat dalam lebih kurang 7 - 10 minit, tutup api dan masukkan garam, dibiarkan.Doh yang telah selesai di masak dimasukkan ke dalam periuk berisi kuah dan pastikan sos meliputi doh.  Tunggu sejuk dan boleh la di makan.

10. Resepi Kuih Butir Nangka Kelantan

bahan-bahan:
4 cawan tepung beras pulut
7 helai daun pandan atau pewarna hijau
Air
secubit kapur makan
Secubit garam

bahan untuk kuah:
250 gm santan / 2 cawan santan
2 sudu gula
1 sudu kecil halba
Garam
1 helai daun pandai, disimpul

Cara penyediaan:-
Daun pandan di kisar dengan 1 cawan air, diperah dah diambil jusnya.Campurkan kapur makan bersama garam dan jus pandan didalam bekas dan kacau hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul. Buat sehingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan. Tambah air ikut keperluan.Panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentelkan kecil dalam saiz biji kurma (atau ikut kesukaan). Bila masak doh akan timbul, cedukkan dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air.Dalam periuk berasingan, campurkan kesemua bahan (bahan untuk kuah) dimasak hingga mendidih dan kemudian campurkan butir nangka ke dalam kuah. Siap
Nota :
Kalau suka boleh buat warna berbeza menggunakan pewarna kuning atau merah, asingkan adunan dengan satu adunan dicampur dengan air pandan dan satu lagi dimasukkan pewarna merah atau kuning mengikut kesukaan.Lebihkan santan kalau suka kuah banyak begitu juga dengan halba, tambah mengikut sukatan.

11. Resipi Ang Koo KuehSejenis kuih tradisi Baba Nyonya yang juga diadaptasi di dalam kuih Melayu dengan nama dan bentuk lain, Kuih Peria



bahan-bahan untuk doh:
2 cawan Tepung Pulut
1 cawan air
Secubit garam
2 titik pewarna (merah/hijau/ungu)
Inti pes kacang merah (beli di kedai), digental menjadi bebola
Daun pisang untuk alas kuih
Minyak masak


Cara membuatnya:-
Masukkan tepung pulut di dalam bekas dan dicampur dengan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh. Masukkan pewarna dan uli sehingga tidak melekat di tangan.Cedok doh, jadikan bebola dan leper kan. Letak inti yang telah siap di gentel awal sebesar saiz bola ping-pong.Tutup doh dan bulatkan semula. Sapukan sedikit minyak di bahagian bawah dan masukkan ke dalam acuan angkoo. Keluarkan dan letak di atas daun pisang dan kemudian di letakkan di dalam pengukus.  Kukus dalam 10 minit dan selepas masak sapukan minyak masak pada kuih untuk nampak berkilat.
Nota:-
Penggunaan minyak pada doh utk elakkan melekat pada acuan.Selain menggunakan kacang merah, boleh guna init kelapa parut macam kuih koci.Kalau nak guna santan pun boleh tapi kuih tidak tahan lamaJangan terlebih masa mengukus kerana kuih akan menjadi kembang dan leper



12. Resipi Kuih Peria

bahan-bahannya:-
250 gm tepung pulut.
200 ml santan pekat.
25 gm minyak masak untuk sapu pada kuih dan daun pisang.
Pewarna hijau / merah
Daun pisang

bahan inti:-
250 gm kacang hijau tanpa kulit.
200 gm gula pasir.
50 ml air
secubit garam.
1/2 tbsp tepung pulut.
1 helai daun pandan.


Cara membuatnya:-
Rendam kacang hijau semalaman. Dibasuh dan dikukus hingga masak hingga empuk. Lenyek hingga hancur ketika masih panas. Masukkan air, tepung pulut dan gula serta daun pandan kedalam kuali. Masak hingga sebati dan sebati kemudian dibulat-bulatkan.
Untuk dohnya:-
Uli tepung pulut dan santan hingga lembut. Bahagikan doh kepada dua bahagian, satu bahagian diletakkan warna merah dan satu lagi warna hijau.Ambil 15 gm doh dan isikan dengan inti.bentukkan seperti buah peria.Tekan-tekan dengan lidi agar dapat corak buah peria.Sapukan doh dengan  sedikit minyak dan aturkan atas daun pisang.Kukus hingga masak tapi jangan terlebih kukus kerana kuih akan kembang dan tak cantik.
Selamat mencuba


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2020/08/12-resepi-pencuci-mulut-guna-tepung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Rendang Kerang Yang Boleh Anda Cuba Pasti Sedap

Resepi Rendang Kerang Yang Boleh Anda Cuba Pasti Sedap

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 433 hits
Rendang kerang selain sedap dimakan dengan nasi putih juga sangat sedap dimakan dengan nasi lemak dan pulut kuning Dalam posting ini saya kongsikan rendang jenis kering Sebelum itu jangan terkejut jika harga redang kerang agak mahal makluml...
Guna 4 Tepung Ni Jadikan Peria Goreng Anda Spicy Dan Rangup

Guna 4 Tepung Ni Jadikan Peria Goreng Anda Spicy Dan Rangup

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 559 hits
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum dan hi semua Menu biasa je masak untuk makan sempena cuti Maulud Rasul hari ni Alang alang dah ada peria katak suami belikan kita goreng celup tepung je la kan senang Sejujurnya peria ni kalau masak ...
Hanya Guna Sukatan Cawan Kuih Permata Zamrud Sangat Sedap Dimakan

Hanya Guna Sukatan Cawan Kuih Permata Zamrud Sangat Sedap Dimakan

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 237 hits
Melalui facebook Rasa Share Resipi Hidayati Hana telah berkongsi resipi kuih permata zamrud Kuih ini nampak sangat mewah dengan rona hijau putih Ditambah pula dengan inti kelapa yang dimasak bersama gula merah Manis manis lemak gitu Kuih Pe...
Resepi Bihun Singapore Simple Dan Sedap Untuk Anak Anak Picky Eater

Resepi Bihun Singapore Simple Dan Sedap Untuk Anak Anak Picky Eater

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 649 hits
RESEPI BIHUN SINGAPORE SIMPLE DAN SEDAP UNTUK ANAK ANAK PICKY EATER Ada anak yang memilih makanan ni bukan senang tau Nak masak pun kena hati hati nak masuk kan bahan apa yang patut dan tak patut di letak Budak budak yang picky eater ni aka...
Koleksi Resepi Mudah Sedap Dan Jimat

Koleksi Resepi Mudah Sedap Dan Jimat

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 616 hits
Assalamualaikum Koleksi Resepi Mudah Sedap Dan Jimat Aku kongsikan dengan korang beberapa himpunan resepi mudah sedap dan jimat Jangan anggap bila mudah tu tak sedap tau Rasa tetap sedap dan mengenyangkan Bahan bahan1 200 gram dada ayam pot...
Resepi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers Paling Simple Sedap Sangat

Resepi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers Paling Simple Sedap Sangat

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 646 hits
Hi korang Jumaat lepas punya menu ni hahaha lupa plak nak publish biasa la kan bila dah WFH ni macam macam menu keluar sedar sedar jer dah naik berkilo kilo badan hehehe sebenarnya Jumaat tu dah lambat nak buatkan menu untuk Dania Tak sempa...
Resepi Daging Masak Rempah Masak Macam Ni Memang Sedap

Resepi Daging Masak Rempah Masak Macam Ni Memang Sedap

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 521 hits
Resepi Daging Masak Rempah Masak Macam Ni Memang SedapMasakan ini amat sedap bila dimakan dengan apa saja jenis nasi
Buat Brownies Sedap Mudah Hanya Menggunakan Tepung Premix Dr Oetker Nona

Buat Brownies Sedap Mudah Hanya Menggunakan Tepung Premix Dr Oetker Nona

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 658 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah Kali ini aku nak kongsi dengan anda cerita aku buat brownie Kalau pergi kedai kek atau pastry kadang kadang aku terliur bila melihat kek dan browni...
Scone Homemade Sedap Macam Di Cameron Highland Ini Cara Buat Guna 3 Bahan Je

Scone Homemade Sedap Macam Di Cameron Highland Ini Cara Buat Guna 3 Bahan Je

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 318 hits
Scone yang sedap macam yang dijual di Cameron Highland tidak susah dihasilkan jika jumpa resipi yang tepat Malah sejak kebelakangan ni resipinya makin meniti di bibir peminat pastri dek kerana kemunculannya dalam sebuah drama TV Anda nak cu...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos