12 Peniaga Ayam Naik Harga Diberi Notis


Saharuddin (tengah) ketika melakukan pemeriksaan.
KUALA TERENGGANU, 18 Mei - Sehingga semalam sebanyak 12 notis dikeluarkan kepada peladang, pemborong dan peruncit ayam di negeri ini selepas aduan berkaitan kenaikan harga ayam diterima sejak seminggu lalu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata, notis itu juga bertujuan untuk menyiasat punca kenaikan harga ayam secara mendadak.

"Kami sudah menjalankan 386 pemeriksaan di premis-premis jualan seluruh Terengganu dan kesemua notis yang dikeluarkan terhadap premis-premis itu masih dalam siasatan KPDNHEP.

"Berdasarkan rekod, harga purata bagi jualan runcit ialah sekitar RM5.00 hingga
RM7.00 per kilogram mengikut kawasan tetapi telah mengalami kenaikan
sehingga RM9.00 per kilogram sejak kebelakangan ini," katanya ketika dihubungi media hari ini.

Menurut beliau, sekiranya disabitkan kesalahan, denda maksimum sebanyak RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan terhadap individu tersebut.

"Manakala, syarikat pula boleh dikenakan denda maksimum sebanyak RM500,000," tegas beliau.
Harga ayam naik disebabkan permintaan yang tinggi selepas banyak sektor ekonomi beroperasi dan aktiviti rakyat berjalan seperti biasa dalam tempoh PKPB.
Tambah Saharuddin, isu ini akan dapat ditangani apabila KPDNHEP melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2020.

"Insya-Allah esok kita akan umumkan harga ayam dan peniaga tak boleh menjual lebih daripada harga yang ditetapkan itu.

"Malahan penetapan harga maksima yang akan diumumkan esok bukan hanya melibatkan ayam, tetapi beberapa barangan kawalan lain turut tersenarai," jelas beliau.

Untuk rekod, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac lalu, pihaknya telah menjalankan 3,488 pemeriksaan dan membuka 79 kertas siasatan melibatkan nilai kompaun sebanyak RM31,400.

Selain itu, sebanyak 169 aduan telah diterima daripada orang awam melibatkan 70 kes berkaitan transaksi dalam talian dan 45 aduan berkaitan harga dan selebihnya adalah lain-lain aduan yang telah diambil tindakan.

Orang ramai yang ingin membuat aduan atau mempunyai kemusykilan bolehlah menghubungi bilik gerakan KPDNHEP Terengganu di talian  09-6204 700/701 atau aplikasi whatsapp (019-279 4317) dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang.

Sumber : teganukita.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganusebelas.com/2020/05/12-peniaga-ayam-naik-harga-diberi-notis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kpdnhep Selangor Keluar 43 Notis Kepada Peniaga Ayam

Kpdnhep Selangor Keluar 43 Notis Kepada Peniaga Ayam

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 337 hits
SHAH ALAM 18 MEI Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Selangor hari ini mengeluarkan 43 notis kepada peniaga ayam yang melanggar peraturan di sekitar negeri ini KPDNHEP Selangor dalam kenyataan memaklumkan semua notis...
Harga Ayam Naik Mendadak Di Shah Alam

Harga Ayam Naik Mendadak Di Shah Alam

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 495 hits
Ruwaida Md Zain MINGGU lalu saya beli ayam pada harga RM4 60 sekilogram tetapi minggu ini naik RM7 10 sekilogram memang berbeza sangat harganya ujar seorang suri rumah Azie Surip 44 Menurutnya ayam itu dibeli di pasaraya sama di Shah Alam S...
Peniaga Ayam Pertama Di Pahang Dikompaun Rm2 500

Peniaga Ayam Pertama Di Pahang Dikompaun Rm2 500

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 369 hits
Roselan Ab MalekTINDAKAN seorang peniaga di Pasar Besar Lancang Temerloh cuba mengaut keuntungan berlebihan dengan menjual ayam pada harga lebih tinggi menerima padah apabila dikenakan kompaun RM2 500 hari ini Operasi pada 10 pagi dilakukan...
Harga Barang Naik Kalau Inilah Nasihat Baik Jangan Jadi Kerajaan

Harga Barang Naik Kalau Inilah Nasihat Baik Jangan Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 309 hits
Pada 20 Mei 2020oleh PENTADBIRHarga ayam naik sebanyak lima kali sepanjang Ramadan namun sehingga kini masih belum ada sebarang tindakan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan hal Ehwal Pengguna Sebaliknya yang ada cuma respons...
Harga Ayam Zaman Ph Rm6 00 Zaman Pn Rm8 40

Harga Ayam Zaman Ph Rm6 00 Zaman Pn Rm8 40

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 421 hits
Mukhlis Shariff Dahulu saya pernah tulis zaman PH harga barang stabil rakyat bebas bermualamat dan bersosial Menteri menteri buat kerja kerana mereka passion terhadap kerja mereka terutama sekali menteri Hal Ehwal Pengguna Dato Saifuddin Na...
Harga Runcit Ron97 Ron95 Naik 7 Sen Diesel Naik 6 Sen

Harga Runcit Ron97 Ron95 Naik 7 Sen Diesel Naik 6 Sen

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 241 hits
Harga runcit petrol bagi jenis RON95 dan RON97 dilaporkan naik masing masing sebanyak tujuh sen seliter Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan hari ini berkata kenaikan tersebut menjadikan harga runcit RON95 sebelum ini daripada RM1 3...
Menteri Tebuk Atap Lena Harga Ayam Rm9 00 Sekilo Bawah Kerajaan Pn

Menteri Tebuk Atap Lena Harga Ayam Rm9 00 Sekilo Bawah Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 434 hits
Harga ayam RM9 00 sekilo bawah kerajaan PN Oleh May 15 2020Harga ayam sentiasa stabil di bawah pemerintahan Pakatan Harapan pada musim perayaan 2018 dan 2019 Namun pada musim perayaan tahun ini harga bahan mentah itu mencecah RM8 00 hingga ...
Daun Ketumbar Parsli Dan Saderi Naik Harga Sejak Ramadan

Daun Ketumbar Parsli Dan Saderi Naik Harga Sejak Ramadan

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 316 hits
Harga daun ketumbar parsli dan saderi Cina telah meningkat secara mendadak di pasaran Pulau Pinang sejak ketibaan bulan Ramadan Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang Mohideen Abdul Kader berkata satu tinjauan yang dilakukan pihaknya pada...
Harga Ayam Terkini Puaskan Hati Pengguna

Harga Ayam Terkini Puaskan Hati Pengguna

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 358 hits
Harga ayam terkini puaskan hati pengguna HARGA ayam standard di bandar raya ini yang dijual mengikut Harga Maksimum Musim Perayaan diumumkan kerajaan semalam melegakan pengguna di sini Pengguna puas hati harga ayam terkini Tinjauan di Pasar...
Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Damselfish Fish Facts Az Animals


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko

30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Syukur Fasa 1 Tujuan Pelaksanaan Syarat Kelayakan Tarikh Bayaran