12 Minggu Kehamilan Baru Buka Buku Merah Di Klinik Kesihatan
Kali ini, pregnant ke-4 lambat sedikit buka buku merah di Klinik Kesihatan. Mujurlah, nurse klinik tak marah.Ehehe,baik nurse di Klinik Kesihatan Beserah.
Entri lain : Asyik bleeding dan Spotting awal kehamilan
Namun, bukanlah sengaja untuk buka buku merah lewat. Ada alasan tersendiri Ina, Sebab kandungan ini asyik bleeding dan spotting. Itu yang jadinya tak berapa yakin akan kandungan ini. Tetapi kini usia kandungan pun dah 12 weeks, makanya memang kena juga buka buku merah.Memandangkan alahan sudah berkurangan.
Alahan kuat
Jika dibandingkan diawal pregnant, sekitar 5 weeks. Alahan sangat-sangat kuat.Asyik muntah, jadi malas.Kerap pula nak tidur. Jika muntah pula, 6 kali tanpa henti asyik muntah.Hijau muntahnya, huii. Memang terseksa sangat kali ini alahan. Kadang kala alahan tu bergilir dengan suami.Ehhehe, okaylah kan? Suami pun turut merasa alahan ibu mengandung ni juga.
Syarat baru untuk buka buku merah di Klinik Kesihatan
Yang ni sekarang klinik dah tetapkan syarat untuk buka buku merah di Klinik Kesihatan. Nasib baiklah, Ina ni jenis ringan mulut bertanya kepada kawan yang juga kebetulan mengandung juga. Yati memberitahu Ina bahawa sebelum datang ke klinik mesti call terlebih dahulu klinik untuk set appointment. Alhamdulillah, terima kasih sangat kepada Yati. Kalau tak, menonong jee ke klinik tu tau.Hahaha, dah membazir masa je.
Semasa call klinik kesihatan tu, nurse di bahagian Ibu dan anak-anak akan tanya terlebih dahulu kita menetap di mana, kawasan mana. Dan seterusnya akan disambung terus ke bilik rawatan. Nurse akan bertanya tarikh last period iaitu first period bila. Dan seterusnya nurse akan terus memberi tarikh untuk datang ke klinik bagi membuka buku merah.
Nampak agak leceh kan? Tetapi ini lah syarat terbaru dari pihak klinik kesihatan. Bukan apa, sebenarnya memudahkan kedua belah pihak. Kesian juga nurse yang bertugas sebenarnya ni. Dan sehari telah ditetapkan seorang sahaja (setiap bilik) untuk booking buka buku merah . Nak isi segala maklumat pada buku merah pun senang.Banyak maklumat nak kena isi. Lagipun ada 2 buku tau. Satu untuk ibu mengandung dan satu lagi salinan di klinik.
Oh yee, syarat lain pula. Kali ini, ibu mengandung diwajibkan pergi ke bahagian pergigian pula. Ada banyak step lah bagi ibu mengandung untuk buka buku merah ni. Daftar buku merah, ambil darah untuk pemeriksaan Hb dan test HIV, test urine dan pemeriksaan gigi. Appointment dari jam 8 pagi dan siap jam 11.00 pagi.
Kod Hijau ibu mengandung
Yang ni memang biasa lah,setiap kali mengandung. Mesti akan dapat kod hijau pada buku merah. Nurse akan menampal sticker hijau pada buku merah tu. Sebab kandungan Ina yang sebelum ni memang ada history sikit. Anak pertama premature 35weeks baby lahir bawah 2.5 kg , nombor 2 bleeding tapi bukan breech.
Gitulah, dan bila dah dapat kod hijau ni. Jangan berangan lah nak bersalin kat private sekalipun. Sebab Ina dah pernah bertanya pada Hospital Wyko, doktor sendiri taknak tanggung risiko.Sebab Ina sudah ada history kan? Huhuhu, nanti bila di tolak ke hospital.Hospital pun taknak layan nanti.
maksud kod Hijau : Pengendalian tahap kesihatan ibu boleh dilakukan di Klinik Kesihatan oleh Pegawai Perubatan dan Kesihatan .
Pengendalian selanjutnya boleh dilakukan bersama Jururawat Kesihatan/ Jururawat Masyarakat di bawah pengawasan Pegawai Perubatan/ Doktor
Yeayy, next appointment Ina dah bertukar kepada petang. Taknak ambil pagi lagi. Petang tenang sikit. Tak lah kalut nak siapkan anak sulung lagi tu ke sekolah.
Ehh, korang jangan ikut Ina pula lambat buka buku merah ni tau. Ina ada sebab kukuh.Eheheh
12 Minggu kehamilan baru buka buku Merah di Klinik Kesihatan
Ulek Beach Resort,Dungun | Resort Selesa dan Menenangkan
Jalan-jalan di Seberang Takir,Kuala Terengganu
Furqan tak nak geng dah dengan MAMA..
Kening Terkoyak..
The post 12 Minggu kehamilan baru buka buku Merah di Klinik Kesihatan appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://nurimanqhaisara.com/buku-merah/