12 Makanan Awet Muda Untuk Tubuh Dan Kulit Yang Sihat


Tubuh yang sihat serta penampilan awet muda menjadi idaman buat semua.
Semakin usia bertambah, ramai yang mungkin tidak sedari bahawa apa yang dimakan hari ini sebenarnya adalah pelaburan kepada kesihatan kita pada hari akan datang.
Mana tidaknya, pengambilan makanan berproses dan tinggi kandungan lemak, garam dan gula boleh mengakibatkan masalah kesihatan termasuk obesiti, kolesterol tinggi, berat badan berlebihan, kencing manis dan sakit jantung.
Jadi, apakah makanan awet muda yang boleh anda amalkan bermula hari ini? Ayuh kita semak bersama-sama.
Sumber : hellomagazine.com 12 Makanan Awet Muda / Makanan Yang Mengurangkan Penuaan 1. Cendawan Cendawan kaya dengan pelbagai mineral penting seperti selenium dan kalium untuk mencegah penuaan awal khususnya pada saraf otak.
Di samping itu, ia juga mampu membaiki sel-sel tubuh yang rosak serta menguatkan sistem pertahanan tubuh.
2. Pegaga Ulam dengan nama saintifik Centella asiatica ini kaya dengan pelbagai khasiat seperti vitamin A, vitamin C dan zat besi.
Ia juga merupakan salah satu ulam yang wajib diamalkan bagi yang ingin kekal awet muda kerana kandungan antioksidanya yang tinggi.
Ulam pegaga turut membekalkan pelbagai manfaat lain kepada tubuh seperti melancarkan sistem penghadaman, menyejukkan badan, mempercepat proses penyembuhan luka dan melancarkan aliran darah.
3. Teh Hijau Sumber : clevelandclinic.org Teh hijau sangat baik untuk diamalkan bagi yang ingin kekal awet muda kerana kandungan antioksidanya yang tinggi khususnya polifenol.
Ia bukan sahaja memainkan peranan yang penting dalam memperlahankan penuaan tubuh serta kulit, malah ia juga membantu mencegah masalah jantung dan penyakit kronik lain.
4. Yogurt Sumber : henryford.com Semakin usia anda meningkat, ketumpatan tulang juga boleh berkurangan. Untuk mengatasinya, anda boleh amalkan yogurt rendah lemak dan bebas gula secara rutin.
Ia kaya dengan kalsium serta pelbagai nutrisi penting seperti vitamin D, zink dan vitamin B agar tulang serta tubuh kekal bermaya meskipun usia semakin meningkat.  
Pada masa yang sama, yogurt juga membantu dalam mengekalkan kesihatan penghadaman yang baik.
5. Timun Enak dipadankan bersama sambal belacan, timun baik untuk penjagaan kulit wajah dan boleh mengatasi beberapa masalah kesihatan seperti batuk, sakit tekak dan merendahkan tekanan darah.
6. Ikan Ikan yang mengandungi lemak omega-3 yang tinggi juga merupakan salah satu makanan awet muda yang patut diamalkan.
Ia bukan sahaja baik untuk keremajaan kulit, malah ia juga mampu merangsang tubuh untuk menghasilkan kolagen, selenium dan elastin yang memainkan peranan penting dalam mengekalkan keanjalan kulit dan melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV.
Pada masa yang sama, ikan yang tinggi khasiat lemak omega-3 juga dapat mencegah keradangan, mengawal kolesterol serta melindungi kesihatan jantung.
Sekiranya anda ingin dapatkan khasiat lemak omega-3, anda boleh dapatkannya pada beberapa jenis ikan tempatan seperti ikan tenggiri, ikan kembung, ikan tongkol, ikan sardin dan ikan selar.
7. Coklat Gelap Sumber : Select Health Enak dinikmati sebagai snek, coklat gelap merupakan satu lagi sumber antioksida yang baik untuk mencegah penuaan.
Di samping itu, ia juga mengandungi flavonol yang baik untuk mengurangkan risiko sakit jantung, diabetes dan masalah kognitif akibat peningkatan usia.
Semakin tinggi kandungan koko dalam coklat gelap, semakin tinggi flavonol yang terkandung di dalamnya.
Jadi, jika anda ingin dapatkan manfaat penuh coklat gelap, pastikan anda memilih coklat bebas gula dengan kandungan sekurang-kurangnya 70% koko.
8. Sayur-sayuran Sayur bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh, malah ia juga bermanfaat untuk melambatkan penuaan tubuh serta wajah.
Padat dengan nutrisi dan rendah kalori, sayur juga mengandungi kebaikan antioksida untuk mencegah risiko penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, katarak serta pelbagai masalah kesihatan kronik.
Sayur-sayuran yang kaya dengan beta karoten seperti lobak merah, labu dan keledek mampu melindungi kulit daripada kerosakan UV dan penuaan kulit.
Di samping itu, sayur-sayuran yang tinggi kandungan vitamin C seperti sayuran berdaun hijau, brokoli dan lada benggala dapat membantu tubuh untuk menghasilkan kolagen yang semakin berkurangan selepas seseorang menginjak usia 25 tahun.
Untuk kesihatan dalam dan luaran yang baik, anda disarankan untuk makan sekurang-kurangya 2 hidangan sayur setiap hari.
9. Delima Sumber : healthshots.com Seperti kebanyakan buah, delima juga padat dengan pelbagai khasiat dan kebaikan antioksida.
Ia juga merupakan sumber mineral dan vitamin yang penting untuk kesihatan tubuh seperti serat, kalium dan vitamin K.
10. Avokado Sumber : bda.co.uk Avokado terkenal dengan khasiat lemak sihatnya yang baik dalam mencegah kerosakan kulit akibat radikal bebas dan penuaan.
Di samping itu, ia juga padat dengan pelbagai vitamin, mineral, dan serat untuk kesihatan tubuh secara menyeluruh.
11. Tomato Kandungan lycopene yang tinggi dalam buah tomato mampu melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV.
Khasiat antioksida ini juga dapat melindungi tubuh daripada pelbagai penyakit kronik.
12. Kekacang Sumber : clevelandclinic.org Kebanyakan kekacang seperti gajus dan badam kaya dengan vitamin E. Ia berperanan dalam memperbaharui kulit mati, melembapkan kulit serta melindungi kulit daripada sinaran UV.
Kesimpulannya, gabungan diet berasaskan sayur-sayuran, buah-buahan, protein serta lemak sihat dapat membantu dalam mengekalkan kesihatan serta keremajaan tubuh dan kulit wajah.
Selain pemakanan yang seimbang, anda juga digalakkan untuk mengamalkan beberapa rutin seperti bersenam, tidak merokok dan menggunakan krim pelindung cahaya matahari untuk membantu dalam mengekalkan penampilan awet muda.  
Sumber : Public Health Malaysia, healthline.com, Harian Metro


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/makanan-awet-muda/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=makanan-awet-muda

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Awet Muda Untuk Lelaki Perempuan

Tips Awet Muda Untuk Lelaki Perempuan

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 111 hits
Untuk mengekalkan awet muda terdapat beberapa tips awet muda yang boleh diamalkan baik untuk lelaki atau perempuan Adalah penting untuk seseorang mengekalkan awet muda supaya mereka kelihatan cantik atau tampan serta berkeyakinan dalam bert...
Cuaca Buruk Jejas Pengeluaran Makanan Negara Golongan Muda Enggan Kerja Di Sawah Mat Sabu

Cuaca Buruk Jejas Pengeluaran Makanan Negara Golongan Muda Enggan Kerja Di Sawah Mat Sabu

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 133 hits
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu memaklumkan cuaca buruk jejas pengeluaran makanan negara ditambah pula peningkatan suhu global menjejaskan sektor pertanian Tegas beliau Malaysua serta rantau ini kekal terdedah kepada...
Dnb Meta Jalin Kerjasama Tubuh Makmal Inovasi Di Malaysia

Dnb Meta Jalin Kerjasama Tubuh Makmal Inovasi Di Malaysia

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 121 hits
Digital Nasional Berhad dan Meta bekerjasama untuk menubuhkan makmal inovasi bersama di Malaysia bagi meningkatkan ketersambungan suara dan video pada platform Meta secara signifikan Platform Meta termasuk WhatsApp Facebook dan Instagram Me...
Gambar Ini Bukan Sekadar Imej Biasa Tetapi Ia Menunjukkan Bagaimana Struktur Tubuh Manusia

Gambar Ini Bukan Sekadar Imej Biasa Tetapi Ia Menunjukkan Bagaimana Struktur Tubuh Manusia

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 111 hits
Gambar ini bukan sekadar imbasan biasa tetapi gambaran bagaimana rangka manusia perlu bekerja keras untuk menyokong berat badan yang berlebihan Tulang yang kecil dan sendi yang rapuh terpaksa menanggung beban berlipat kali ganda menyebabkan...
Isteri Maut Selepas Buat Suntikan Pemutihan Kulit Tahap Kesihatan Merosot Dalam Tempoh 48 Jam

Isteri Maut Selepas Buat Suntikan Pemutihan Kulit Tahap Kesihatan Merosot Dalam Tempoh 48 Jam

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 199 hits
Seorang wanita di Jombang dekat sini dilaporkan meninggal dunia selepas menerima suntikan pemutihan di sebuah salon kecantikan yang tidak berdaftar Menerusi perkongsian suaminya dia dan seluruh keluarga masih bersedih dengan kejadian yang t...
Daei Muda Yadim Memberi Motivasi Buat Murid Dan Ibubapa Pedalaman

Daei Muda Yadim Memberi Motivasi Buat Murid Dan Ibubapa Pedalaman

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 118 hits
UCAPAN PENGARAH YADIM NEGERI PAHANGBismillahirrahmanirrahim Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Yang Berusaha Tuan Guru Besar barisan pentadbir sekolah para guru ibu bapa serta murid murid yang dikasihi sekalian ...
Anak Muda Perlu Penerangan Yang Lebih Baik

Anak Muda Perlu Penerangan Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 132 hits
Anak aku baru umur 20 tahun Tapi dah mula berjinak dengan politik Banyak soalan yang ditanya tentang politik Walaupun aku penyokong setia DS Anwar dan PH tapi aku pujuk dia untuk sokong apa yang aku sokong Anak aku banyak baca sendiri berit...
China Restoran Makanan Halal Di Lijiang

China Restoran Makanan Halal Di Lijiang

papar berkaitan - pada 21/2/2025 - jumlah : 152 hits
Restoran Makanan Halal di Lijiang Assalamualaikum and hello Mungkin ada di kalangan pembaca bukan Islam yang tidak jelas tentang halal Halal dalam Islam bermaksud produk yang dibenarkan untuk dikonsumsi atau digunakan dan ia tidak terhad ke...
Antara Punca Masalah Kesihatan Makanan Yang Tidak Halalan Toiyibban

Antara Punca Masalah Kesihatan Makanan Yang Tidak Halalan Toiyibban

papar berkaitan - pada 19/2/2025 - jumlah : 212 hits
KENAPA MEMILIH AL ULUM INDUSTRI 1 KepimpinanCEO dan pengasas mempunyai latar belakang yang berbeza dengan gabungan pengetahuan ilmu dan pengalaman luas dalam industri 2 Produk Berkualiti Halalan ToyyibanDijamin suci dan menyucikan Telah ber...
Dah Try Gummy Coowy Ke Yang Viral Tu Sekali Rasa Confirm Nak Ulang

Anwar Defends Rm6m Tapah Allocations Says Announcement Made Before By Election Nomination

Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum

Warga Malaysia Rompak Emas Di Thailand Ada Rekod Bunuh

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Rosetta Stone Decoding Ancient Egypt S Lost Language

Tangki Air Bocor Tukar Tangki Air Baru

Sotong Masak Kicap Untuk Ammar Yahya

Dongeng Terbalik Yang Membalikkan Cerita

Johan Acara Busana Puteri Semanis Lebaran Nnegeri Selangor 2025

Ringgit Extends Gains Amid Tariff Policy Uncertainty