12 Biskut Gerenti Rangup Sedap Dari Nor Shahidah Buat Jualan Laku Sangat Ni


Biskut pelbagai rasa dan rupa yang menarik ni memang sedap dinikamati bila-bila masa pun. Ambil sebalang kunyah sambal menonton tv tau-tau licin aje balang tu. Yang pasti hiasan dan corak biskut tu boleh membangkit selera sesiapa jua.

 Nah ni 12 aneka [email protected] dari Nor Shahidah Mohd Mahayadin, Yummilicios Cakes n Cookies sudi berkongsi 12 resipi biskut  bersama RASA. Laku keras ni kalau buat jualan lagi pulak secara online.
 1. CEREAL & SUNFLOWER SEED COOKIES

BAHAN-BAHAN :
85 gm mentega85 gm gula kastor½ biji telur½ sudu teh esen vanilla142 gm tepung gandum | diayak1 sudu teh serbuk penaik | diayak30 gm biji bunga matahari30 gm campuran ceri hijau dan merahBahan hiasan :
Serbuk nestum secukupnyaBiji bunga matahari panggang secukupnya CARA MEMASAK :
Pukul mentega dengan gula hingga kembang.Masukkan esen vanilla, telur, pukul rataMasukkan tepung gandum,dan baking powder.Masukkan biji bunga mata dan ceri.Gaul rata hingga terbentuk doh.Jemput sedikit dan salut dengan serbuk nestum, dan hiaskan kuaci di atasnya.Panaskan oven, bakar pada suhu 170 darjah celcius, bakar sehingga perang keemasan.INFO CHEF : Anda boleh juga menggunakan kuaci atau biji labu
2. MELTING MOMENTS COOKIES

BAHAN-BAHAN :
85 gm mentega85 gm gula kastor1/2 biji telur1/2 sudu teh esen vanilla142 gm tepung gandum | diayak1 sudu teh serbuk penaik | diayak30 gm corn flakes | dihancurBahan hiasan:
Cornflakes hancur secukupnya untuk hiasan.
CARA MEMASAK :
Pukul mentega dan gula hingga kembang.Masukkan esen vanilla dan telur, pukul rata.Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik, gaulkan.Masukkan cornflakes hancur, gaul rata hingga jadi dohJemput sedikit doh dan golekkan ke dalam cornflakes hancur.Panaskan oven, bakar pada suhu 170 darjah celcius, bakar hingga perang keemasan.INFO CHEF : Anda boleh juga memasukkan bahan campuran lain seperti biskut Marie hancur. Adunan ini sangat lembut.
3. PANDAN SNOW COOKIES

BAHAN-BAHAN :
85 gm mentega85 gm gula kastor1/2 biji telur1/2 sudu teh esen vanilla142 gm tepung gandum | diayak1 sudu teh serbuk penaik | diayak2 sudu teh perisa pandanBeberapa titik pewarna hijauBahan hiasan:
Kelapa parut keringCARA MEMASAK:
Pukul mentega dan gula hingga kembang.Masukkan esen perisa pandan, pewarna hijau dan telur, kemudian pukul rata.Masukkan tepung gandum dan serbuk penaikKemudian masukkan doh ke dalam beg piping.Bentukkan ikut bentuk kegemaran, dan taburkan kelapa parut kering.Panaskan oven dan bakar sehingga perang keemasan.INFO CHEF: Gunakan kelapa parut yang dijual dalam tin.
4. TRIPLE M & M COOKIES

 BAHAN-BAHAN :
 100 gm mentega1 sudu makan susu tepung50 gm gula aising½ biji telur1 sudu teh esen vanilla230 gm tepung gandum | diayak1 sudu teh serbuk penaik | diayakBahan hiasan :
Coklat M & M secukupnyaCARA MEMASAK :
Pukul mentega dengan gula aising hingga kembang.Masukkan telur, esen vanilla dan susu tepung, gaul rata.Masukkan tepung gandum, dan hingga membentuk doh.Simpankan sebentar di dalam peti ais lebih kurang 10 – 15 minit.Bentukkan bulat dan tekan dengan garfu.Susunkan coklat M & M diatasnya. Susun di atas dulang pembakar yang sudah digriskan dengan mentega.Panaskan oven dan bakar pada suhu 170 darjah celcius, bakar sehingga perang keemasan.INFO CHEF : Susun biskut jarak jauh sedikit kerana ia akan mengembang. Dohnya agak lembut.
5. HAPPINESS SHIP COOKIES

BAHAN-BAHAN :
 100 gm mentega1 sudu makan susu tepung50 gm gula aising½ biji telur1 sudu teh esen vanilla230 gm tepung gandum gandum | diayak30 gm badam  | dihancurkan kasarBahan hiasan :
Kacang badam, buah-buahan campuran dan coklat urai warna warni secukupnyaCARA MEMASAK :
Pukul mentega dengan gula aising hingga kembang.Masukkan telur, esen vanilla dan susu tepung.Masukkan tepung gandum dan masukkan badam hingga menjadi doh.Simpankan doh sebentar di dalam peti ais selama 10 minit.Bentukkan dengan acuan bentuk kapal.Hiaskan dengan kacang badam, buah-buahan campuran dan taburkan coklat urai.Panaskan oven, bakar pada suhu 170 darjah celcius dan perang keemasan.INFO CHEF : Coklat M & M ini juga boleh dimasukkan dalam adunan jika suka, anggaran 30 gm
6. MILKY ALIEN COOKIES

 BAHAN-BAHAN :
 125 mentega½ tin susu pekat manis400 gm tepung jagung | diayak4 sudu makan susu tepung | diayakBahan hiasan :
Cip coklat dan coklat uraiCARA MEMASAK :
Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk adunan.Adunkan semua bahan hingga menjadi doh.Bentukkan menjadi seperti choc kiss.Hiaskan dengan cip coklat dan coklat urai.Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius, bakar api bawah sehingga 25 minit hingga di bawahnya perang keemasan.INFO CHEF : Hanya dengan menggunakan empat bahan anda boleh membuat biskut alien yang sedap ini.
7. LEMON & CHERRY BUTTER COOKIES

BAHAN-BAHAN :
1 cawan mentega1 ½ cawan gula kastor2 biji telur2/3 cawan jus lemon4 cawan tepung naik sendiri | diayak½ sudu teh garam halus3 sudu makan parutan kulit lemon1 sudu teh baking soda | diayakBahan hiasan :
Ceri merah dan ceri hijauCARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan jus lemon dan telur, pukul rata
3. Masukkan tepung naik sendiri.
4. Masukkan garam halus dan baking soda
5. Akhir sekali masukkan kulit lemon, gaul dana adun hingga membentuk doh
6, Simpan adunan dalam peti sejuk dalam 10 minit.
7. Masukkan ke dalam piping beg, dan bentukkan serta hiaskan dengan buah ceri
8. Panaskan oven, bakar pada suhu 170 darjah celcius hingga perang keemasan.
INFO CHEF : Kaya dengan rasa lemon yang masam dan manis. Biskut ini tidak muak dimakan.
8. TANGY ORANGE BUTTER COOKIES

 BAHAN-BAHAN :
1 cawan mentega1 ½  cawan gula kastor2 biji telur2/3 cawan jus oren4 cawan tepung naik sendiri | diayak½ sudu teh garam halus1 sudu teh baking soda | diayak2 sudu makan parutan kulit orenBahan hiasan :
Parutan kulit oren secukupnyaCARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan jus oren dan telur dan pukul rata.
3. Masukkan tepung naik sendiri.
4. Masukkan garam halus dan baking soda
5. Akhir sekali masukkan parutan kulit oren
6. Simpan adunan dalam peti sejuk dalam 10 minit
7. Masukkan ke dalam piping beg, dan bentukkan serta hiaskan dengan kulit oren yang diparut
8. Panaskan oven, bakar pada suhu 170 darjah celcius hingga perang keemasan.
INFO CHEF : Boleh tambah pewarna oren untuk warna lebih menyerlah. Gunakan oren Sunkist atau jenama berkualiti untuk rasa lebih sedap.
9. ROSE VELVET COOKIES

 BAHAN-BAHAN :
200gm mentega30gm shortening220gm gula kastor1 biji telur1 sudu teh cuka makan300gm tepung gandum | diayak30gm tepung koko | diayak50gm tepung jagung | diayak¾ sudu teh serbuk penaik | diayak¾ sudu teh baking soda | diayak¼ sudu teh garam halus1 sudu teh esen vanilla1sudu makan pewarna merahBahan hiasan :
Biji manik warna perak saiz sederhana secukupnyaCARA MEMASAK :
1. Pukul mentega danshortening dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan cuka makan,vanilla,pewarna merah serta, telur, pukul rata
3. Masukkan tepung gandum,serbuk penaik,garam,tepung jagung dan tepung koko
4. Masukkan garam halus dan baking soda, gaul rata.
5. Masukkan adunan kedalam piping beg dengan nozzle bunga
6, Hiaskan dengan manik
7. Panaskan oven, bakar pada suhu 170 darjah celcius bakar lebih kurang 15-20min.
INFO CHEF : Adunannya agak lembut, jadi ia lebih sesuai dibentukkan secara piping.
10. CAPPUCINO BUTTER COOKIES

BAHAN-BAHAN :
240gm mentega4sudu teh pes serbuk kopi80gm gula aising220gm tepung naik sendiri | diayak80gm tepung jagung | diayak25gm serbuk badam1 sudu teh esen vanillaBahan hiasan:
Gula berbentuk hati warna merah secukupnyaCARA MEMASAK :
 1.Pukul mentega, gula aising hingga kembang.
2.Masukkan pes kopi,vanilla dan telur, pukul rata
3.Masukkan tepung naik sendiri,tepung jagung dan serbuk badam
4.Masukkan kedalam piping beg, dan paipkan seperti semperit.
5. Hiaskan dengan gula hati warna merah
6. Panaskan oven, bakar pada suhu 170 darjah celcius bakar sehingga perang keemasan.
INFO CHEF : Serbuk kopi dijadikan pes dengan mencampurkan dengan air secukupnya hingga menjadi pes.
11. COFFEE AND CEREAL COOKIES

 BAHAN-BAHAN :
50 gm mentega1 biji telur |  kuning sahaja20 gm gula aising80 gm tepung naik sendiri | diayak30 gm instant coffee | diayak½ sudu teh esen vanillaBahan hiasan :
Corn flakes hancur dan cip coklat putih, secukupnyaCARA MEMASAK :
Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.Masukkan vanilla dan kuning telur dan pukul rata.Masukkan tepung naik sendiri serta pes serbuk kopi segera.Adun menjadi doh hingga boleh diterap dengan acuan biskut @ cookie cutterHiaskan dengan corn flakes hancur dan cip coklat putih.Panaskan oven, bakar pada suhu 170 darjah celcius, bakar sehingga perang keemasan.INFO CHEF : Anda boleh memasukkan sedikit corn flakes untuk rasa yang lebih rangup
12. RAINBOW RING COOKIES

 BAHAN-BAHAN:
200gm mentega80gm gula aising250gm tepung gandum | diayak80gm gajus | dikisarBahan hiasan:
Manik biji warna warni @ thousand sprinkles, secukupnyaCARA MEMASAK :
Pukul mentega, gula icing hingga kembang.Masukkan gajus kisar dan tepung gandumTerapkan dengan acuan pemotong biskutHiaskan dengan thousand sprinkles.Panaskan oven, bakar pada suhu 170 darjah celcius, bakar sehingga perang keemasan.INFO CHEF : Anda boleh juga menggunakan jenis kacang yang lain seperti walnut dan pistachio.
RESEPI : NOR SHAHIDAH MOHD MAHAYADIN
Terima kasih : D’Kayangan , Seksyen 13, Shah Alam. Ig : shidamahayadin fb : Yummilicious cakes n cookies


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/03/12-biskut-gerenti-rangup-sedap-dari-nor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Meletop Cara Buat Puding Biskut Marie Sangat Sedap

Resipi Meletop Cara Buat Puding Biskut Marie Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 455 hits
Bagi penggemar puding dan coklat resipi Puding Biskut Marie perkongsian saudari Nurul Haziqah ni antara yang boleh dicuba Rasa sedap malah bahan bahan sangat ringkas serta cara pembuatannya juga mudah Jom cuba Anda pasti sukakan rasanya RES...
Resepi Air Asam Paling Mudah Nak Buat Dan Sangat Sedap Cicah Dengan Ikan Bakar

Resepi Air Asam Paling Mudah Nak Buat Dan Sangat Sedap Cicah Dengan Ikan Bakar

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 492 hits
Resepi Air Asam Paling Mudah Nak Buat Dan Sangat Sedap Cicah Dengan Ikan Bakar Salam semua agak jarang juga nak buat air asam ni sebab kat rumah nak kata peminat air asam tegar tu tak juga Kalau teringin nak buat nak cicah dengan ikan bakar...
Cara Adun Bancuhan Tepung Kacang Botak Yang Rangup Sedap

Cara Adun Bancuhan Tepung Kacang Botak Yang Rangup Sedap

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 477 hits
Suka makan Kacang Botak Ha Jom belajar buat snek kudapan ni Sangat mudah dan ringkas Kalau beli sikit je dapat Nah cuba buat sendiri menggunakan resipi perkongsian saudara Are Peace ni Memang sedap Sekali buat memang dapat banyak Jom cuba R...
Resepi Biskut Nutella Pod Yang Sedap Mudah

Resepi Biskut Nutella Pod Yang Sedap Mudah

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 1242 hits
RESEPI BISKUT NUTELLA PODYANG SEDAP MUDAH Haaa mentang mentang orang dah mula dok kecoh kecoh ganti puasa sebab nak standby untuk Ramadhan ni TB pulak kumpul resepi konon nak buat kuih raya tahun ni haha jadi ke tidak entah tengoklah kewang...
Langkah Demi Langkah Buat Kulit Pie Tee Rangup Dan Inti Sedap Mudah

Langkah Demi Langkah Buat Kulit Pie Tee Rangup Dan Inti Sedap Mudah

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 1093 hits
Dapat makan Pie Tee tengahari atau petang ni perggh memang sedap Kudapan dari masakan Baba dan Nyonya ni memang cukup terkenal Makan satu tak cukup ni Selain inti ayam dan sayuran korang boleh ganti dengan udang pun sedap juga Ni langkah la...
Bakal Wedding Of The Year 2019 Foto Pre Wedding Fasha Sandha Aidil Sangat Jelas Huawei P30 Paling Dinantikan

Bakal Wedding Of The Year 2019 Foto Pre Wedding Fasha Sandha Aidil Sangat Jelas Huawei P30 Paling Dinantikan

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 388 hits
Bakal jadi Wedding of the year 2019 akan muncul tidak lama lagi Umumnya ramai mengetahui pasangan paling sepadan Fasha Sandha dan Aidil Aziz bakal berkahwin pada penghujung Mac ini Sudah tentu pasangan ini sedang sibuk melakukan persiapan s...
Bayi Suka Sangat Remote Control Kunci Telefon Ini Sebabnya Hati Hati Tak Kena Cara Boleh Undang Bahaya

Bayi Suka Sangat Remote Control Kunci Telefon Ini Sebabnya Hati Hati Tak Kena Cara Boleh Undang Bahaya

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 492 hits
Sukanya bayi kepada remote control kunci telefon ini mungkin sebabnya Ketiga tiga objek ini selau menarik perhatian bayi Nak tau kenapa Kadang kadang mama dan papa berasa pelik kenapa objek objek ini menjadi kesukaan bayi Rupanya rupanya ia...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan

Flexibility In Business Operations


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu