12 988 Rakyat Malaysia Menyertai Walk A Million Miles 2021 Nestl Omega Plus
12,988 Rakyat Malaysia Menyertai Walk-a-Million-Miles 2021 NESTLÉ OMEGA PLUS | Assalammualaikum semua! Tahniah buat kita semua yang berjaya melaksanakan Walk-a-Million-Miles 202!! Tepuk bahu anda tiga kali. Alhamdulillah program tahunan ini adalah program yang bagus untuk kita kekal aktif dengan pace tersendiri. Ruby dan suami sangat enjoy melaksanakan tugasan tersebut.
Rakyat Malaysia Bersama-sama Melangkah Lebih Satu Juta Batu demi Kesihatan Jantung. Acara Maya Walk-a-Million-Miles NESTLÉ OMEGA PLUS mencipta rekod baharu dengan jumlah 1,176,666 batu dalam tahun ke-2 penganjurannya.
Seramai 12,988 rakyat Malaysia dari seluruh negara telah bersatu hati melangkah 1,176,666 batu menerusi acara Walk-a-Million-Miles 2021 NESTLÉ OMEGA PLUS yang dianjurkan sempena Bulan Jantung Sedunia.
Susulan pencapaian ini, NESTLÉ OMEGA PLUS menunaikan janjinya untuk menyalurkan RM100,000 kepada rakan-rakan kerjasamanya, iaitu Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dan Yayasan Institut Jantung Negara (IJN).
12,988 Rakyat Malaysia Menyertai Walk-a-Million-Miles 2021 NESTLÉ OMEGA PLUS
NESTLÉ OMEGA PLUS menyalurkan RM100,000 kepada Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dan Yayasan Institut Jantung Negara (IJN).
Dari kiri ke kanan: Juan Aranols, Dato’ Gurbakhash Singh, Mohamed Zamri bin Mohamed Nezuri, Ahmad Faisal Bin Azhan, YBhg. Toh Puan Dato’ Seri Dr. Hajjah Aishah Ong and Lam Pui Yuee
Kolesterol tinggi yang merupakan faktor risiko utama penyakit jantung menjejaskan 8 juta orang dewasa di Malaysia. Berdasarkan tema ‘Melangkah Bersama, Jantung Dijaga’, NESTLÉ OMEGA PLUS sekali lagi berganding tangan dengan YJM dan Yayasan IJN untuk memperkasakan rakyat Malaysia agar tampil memerangi kolesterol tinggi, selain membantu mengutip dana untuk pesakit jantung yang memerlukan.
“Kami sangat berbangga dengan pencapaian tahun ini! YJM dan Yayasan IJN telah sekian lama menjadi rakan kerjasama inisiatif kesihatan jantung kami, kerana misi ini sangat dekat dengan hati kami di NESTLÉ OMEGA PLUS. Jadi, kami berbesar hati untuk menyokong mereka, dan turut menghargai sokongan padu semua peserta dalam acara Walk-a-Million-Miles 2021. Merekalah yang telah menyumbang kepada matlamat satu juta batu kami serta membangkitkan kesedaran terhadap kesihatan jantung di seluruh negara,” demikian kata Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad.
Secara puratanya, setiap peserta mencatatkan 7,200 langkah sehari, yang menyumbang kepada purata bulanan 216,000 langkah setiap peserta sepanjang bulan September. Angka ini jauh lebih tinggi daripada purata 3,963 langkah 1 sehari yang dicatatkan oleh rakyat Malaysia, sekali gus mencerminkan sikap proaktif rakyat Malaysia dalam membudayakan kesihatan jantung.
Dato’ Gurbakhash Singh dari YJM berkongsi, “Seiring peningkatan penyakit jantung, sangat pentingnya kita mengamalkan gaya hidup yang sihat jantung untuk diri sendiri serta keluarga tersayang. Berjalan 10,000 langkah setiap hari dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Pencapaian yang diraih oleh rakyat Malaysia dalam inisiatif Walk-a-Million-Miles tahun ini amat memberangsangkan, kerana ia menunjukkan kita sedang mengorak langkah ke arah menjadi sebuah negara yang sihat jantung.”
Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato' Seri Dr. Hajjah Aishah Ong dari IJNF berkata, “Inisiatif Walk-a-Million-Miles merupakan peluang yang baik untuk mendekati dan memperkasakan rakyat Malaysia untuk menerajui kesihatan jantung diri mereka. Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta serta NESTLÉ OMEGA PLUS atas sumbangan dan sokongan mereka kepada pesakit jantung yang memerlukan.”
Pesakit jantung di IJN, Sokalingam Karuppiah berpendapat bahawa inisiatif seperti Walk-a-Million-Miles sangat bermanfaat kerana menyantuni pesakit jantung yang memerlukan.
“Saya tidak mampu membayar bil hospital, jadi apabila IJNF memaklumkan saya bahawa NESTLÉ OMEGA PLUS akan membantu saya dengan sebahagian daripada kos rawatan saya, saya amat bersyukur. Saya menyokong Walk-a-Million-Miles dan berjanji untuk menyumbang balik semampu yang boleh agar insan lain yang memerlukan turut berpeluang mendapat bantuan.”
Minum NESTLÉ OMEGA PLUS Demi Kesihatan Jantung Anda
NESTLÉ OMEGA PLUS menggalakkan rakyat Malaysia untuk menerajui kesihatan jantung diri mereka dengan kekal aktif serta memilih makanan yang sihat jantung untuk menguruskan paras kolesterol. Ia termasuk pengambilan dua hidangan NESTLÉ OMEGA PLUS setiap hari, yang mengandungi ActiCol®, 1.2g tumbuhan sterol, yang terbukti berkesan menurunkan paras kolesterol dengan mengurangkan penyerapan kolesterol dalam badan (sumber: Thomsen AB, et al. Eur J Clin Nutr 2004; 58:860-870)
Lam Pui Yuee, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Susu, Nestlé (Malaysia) berkata, “NESTLÉ OMEGA PLUS sedang giat menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menerajui kesihatan jantung diri. Kami menggalakkan orang ramai agar terus menguruskan kesihatan jantung mereka dengan bersenam, mengamalkan diet yang sihat jantung dan mengambil NESTLÉ OMEGA PLUS. Kami berharap anda akan terus menyokong Walk-a-Million-Miles pada tahun hadapan.”
www.nestle.com.my | www.facebook.com/NestleMalaysia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruby.my/2021/11/12988-rakyat-malaysia-menyertai-walk-a-million-miles-2021.html