11 Resepi Masakan Sayur Bayam Brazil Yang Lazat Dan Berkhasiat


Dalam banyak-banyak sayuran yang ada di tanam di Malaysia, sayur bayam brazil telah menjadi viral dan trend penanaman sayuran oleh surirumah masa kini. Sayur bayam brazil  bukanlah tanaman asal dari Malaysia tapi saban hari sayur bayam brazil kian di kenali di Malaysia. Bayam Brazil atau Brazillian Spinach, nama saintifiknya Althernanthera Sissoo  ini mempunyai banyak khasiat yang ramai tidak tahu.
11 Resepi Masakan Sayur Bayam Brazil Yang Lazat Dan Berkhasiat
Bayam Brazil amat mudah ditanam melalui keratan batang yang sihat serta matang dan tiada masalah serangan ulat daun. Bukan sahaja senang ditanam depan rumah dan sedap rasanya, sayuran bayam ini amat kaya dengan khasiatnya. Amat rugi jika tidak menanam sayur ini.
Antara khasiat Bayam Brazil dalam kesihatan ialah mampu melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata, kaya dengan vitamin K dan mampu menguatkan tulang. Selain itu Bayam Brazil juga boleh membantu menurunkan berat badan, meningkatkan sistem imuniti badan, membantu penghadaman dan mengelakkan sembelit.


Rasanya enak, tidak berlendir serta daunnya yang hijau amat sesuai untuk dijadikan hidangan sebagai salad, ulam serta masak tumis dan banyak lagi resepi lain yang mudah disediakan. Mari kita kongsi 11 resepi sayur bayam brazil yang  lazat dan berkhasiat ini, yer!
11 Resepi Masakan Sayur Bayam Brazil Yang Lazat Dan Berkhasiat
- 1 - Bayam Brazil Goreng Belacan
Bahan bahan:Bayam Brazil (kuantiti ikut keperluan) 6 biji cili besar + cili padi.suka pedas campur cili padi lebih sikit* 3 ulas Bawang merah* 2 ulas Bawang putih* sedikit udang kering atau ikan bilis Belacan.. agak agak la..letak banyak sikit kalau nak lagi sedap gula, garam , perasa, asam secukupnya
Caranya:
Tumbuk semua bahan bahan yang bertanda tadi. Kalau blend bagi kasar sikit ya.Tumiskan bahan bahan yg ditumbuk tadi. 
Apabila masak elok masukkan ikan bilis atau udang kering, belacan, perasa, gula garam dan sedikit saja  perahan lemon atau air asam jawa. Tak  masukkan pun tak apa.
Akhir sekali masukkan sayur bayam. Tadaaa dah siap!
Fb : Robakyah Che Ros
- 2 - Kerabu Bayam Brazil Dan Mempelam
Bahan- bahan: Sebiji mempelam epal di mayang halus Secekak bayam brazil - hiris kecil jika suka 8 biji cili padi2 biji cili besar4 ulas bawang merah1/2 cawan kelapa parut1 cawan santan rm1Segenggam udang geragau Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Cara-cara:
Tumbuk cili padi, cili besar, belacan, seulas bawang merah dan kelapa parut. Gaul kesemua bahan tumbuk dengan mempelam, bayam brazil, udang geragau, 3 ulas bawang merah yg dimayang serta santan.
Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Tak perlu letak asam sebab sudah ada mempelam, Bayam brazil tak paya celur untuk bagi rasa yang kerangupannya. Siappp!
- 3 - Bayam Brazil Goreng Udang Kering
Bahan-bahan:
Semangkuk bayam2 jemput udang kering1 biji cili merah3 biji cili padi1 ulas bawang merah1 ulas bawang putih1/2 inci belacan1/2 cawan air1 camca besar sos tiram3 sudu minyak masak
Cara-cara:  Tumbuk cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih dan belacan sehingga hancur dan lumat. Panaskan minyak, tumis bahan ditumbuk tadi bersama dengan udang kering.
Setelah naik bau dan cili sedikit garing, tambahkan 1/2 cawan air. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan sos tiram dan sayur bayam. 
Tak perlu letak garam rasanya sebab udang kering dan sos tiram sudah masin. Taoi ikutlah tekak masing-masing. Siapp!
- 4 - Tumis Cendawan Dengan Bayam Brazil
Bahan-bahan: 2 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 1 pek cendawan inoki 2-3 genggam besar daun bayam brazil 1/2 sudu kecil garam 1/2 sudu kecil lada hitam 2 sudu besar minyak masak
Hiriskan bawang merah dan bawang putih. Cendawan di basuk dan potong 2. Bayam rendam sekejap dan bilas. Tumiskan bawang putih dan bawang merah sampai naik bau.
Masukkan cendawan, goreng sampai layu. Masukkan garam dan lada hitam. Bila cendawan dah agak perang, baru masukkan bayam. 
Gaul sekejap je sbb bayam ni cepat layu. Angkat dan oleh dihidangkan. 
- 5 - Kerepek Pedas Bayam Brazil
Bahan-bahan:
2 ikat bayam brazil - ambil daun sahaja1/2 cawan tepung bestari hot spicy1/4 cawan tepung beras1/4 cawan tepung gandum3/4 cawan air ais - sejuk dari peti ais1 sudu makan jintan manis **1 sudu makan jintan putih **1 sudu kecil ketumbar **
Cara-Cara: Bersihkan daun bayam brazil. Bahan bertanda ditumbuk dahulu. Satukan kesemua tepung dan campurkan bahan tumbuk tadi bancuh dengan air ais. 
Masukkan air ais sedikit-sedikit hingga dapat bancuhan tak pekat dan tak cair sangat ikut keselesaan. Panaskan minyak yang banyak, ambil daun bayam brazil celup dalam bancuhan tepung.
Goreng hingga kekuningan dan kelihatan rangup, angkat dan toskan minyak. Sedia di hidang sebagai snack paling sedap untuk keluarga.
- 6 -  Masak Lemak Sayur Bayam Brazil
Bahan-bahan: 2 ikat sayur bayam brazil 1 tangkai cili merah 1 pek santan Garam
Bahan tumbuk: 1 ekor ikan - rebus dan ambik isi 4 ulas bawang merah Sedikit lada hitam
Cara cara:
Tumbuk bawang merah dan lada hitam sehingga lumat. Kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk lagi. Masukkan santan dan bahan tumbuk ke dalam periuk. Kacau rata sehingga kuah mendidih.
Masukkan bayam dan cili merah dan kacau sehingga sehingga sayur lembut. Akhir sekali, masukkan garam secukupnya. Bolehlah ditutup api dan sedia untuk dihidangkan.
- 7 -  Sup Sayur Bayam Brazil
Bahan-Bahan: 1 paket bebola ikan sedikit udang cendawan tiram Bayam Brazil karot jagung muda atau baby corn sayur sawi serbuk pati ayam garam sedikit lada sulah daun sup bawang goreng
Bahan-bahan cincang halus: 1 inci halia, 2 ulas bawang putih 1 biji bawang merah
Cara - cara:
Panaskan sedikti minyak dan tumis bahan cincang halus. Masukkan bebola ikan, karot dan baby corn. Pada waktu menumis ni kita masukkan semua jenis sayur yang keras dan perlukan lebih masa untuk lembut.
Tuang air secukupnya dan masukkan udang, cendawan tiram dan sayur sawi. Masak hingga mendidih. Tabur dengan hirisan daun sup. Perasakan dengan garam, serbuk pati ayam dan sedikit lada sulah.
Siapp

- 8 - Bayam Brazil Celup Tepung
Bahan-bahan: 1 mangkuk Bayam brazil

1 cawan Tepung beras 1 sudu teh Garam 3/4 cawan Air sejuk dari peti ais Minyak utk menggoreng
Cara-cara:


Cuci bayam brazil sehingga bersih dan toskan. Dalam bekas kosong masuk tepung beras, garam dan air sejuk dri peti ais
Kacau hingga sebati, bancuhan tak perlu terlalu pekat. Celupkan bayam brazil kedalam adunan tepung tadi. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bayam brazil yg telah dicelup dalam adunan tepung


Setelah masak, bleh diangkat dan hidangkan. Boleh juga dicicahkan bersama sos jika mahu. Rasanya rangup seperti keropok.


- 9 - Telur Dadar Bayam Brazil

Bahan-bahan:
3 biji telur ayam Gred B Secekak bayam brazil (dipotong) 1 biji bawang merah (hiris halus) Garam secukup rasa Minyak (untuk menggoreng)


Cara-cara:


Campur telur, bayam, bawang dan garam. Gaul sebati. Panaskan kuali. Masukkan bancuhan telur. Masak sehingga garing.


Setelah garing, terbalik kan. Bila dah sempurna masak. Tutup api, angkat dan sedia untuk dihidang.


- 10 - Homemade Mixed Kerabu Udang Kering

Bahan-bahan:



Bayam brazil Selom Cekur Bawang besar 
Cili merah
Tomato Cili kring Kerisik
Kelapa parut


Cara-cara: 
Hiris bayam brazil, salom, cekur, bawang besar, cili merah dantomato. Masukkan udang kering yang ditumbuk hancur.
Masukkan kerisik dan kelapa parut  yang dikukus dan sedikit garam. Gaulkan semuanya hingga sebati. Siap untuk di hidangkan.
- 11 - Pasta Bayam Brazil
3/4 peket pasta- apa-apa brand pun boleh. Rebus pasta dengan garam dan sedikit minyak.
Persediaan Pasta: Garam dalam1-2 sudu ya. Biar masin menyerap dalam pasta. Toskan (jangan basuh) dan simpan segelas air rebusan pasta untuk menggoreng nanti.
Bahan-bahan kuah pasta: 1 mangkuk kecil udang 5 ulas bawang putih-cincang 4-5 sudu besar minyak zaiton 1 kiub ayam 1 sudu kecil serbuk bual pala/1 mangkuk bayam  Sedikit hirisan capsicum merah dan hijau-optional 1 sudu chili flakes/  1 sudu lada hitam ditumbuk kasar Sedikit air rebusan pasta
Cara-cara: 
Tumiskan bawang putih dengan minyak zaiton hingga layu. Masukkan udang, kacau hingga masak. Masukkan kuib ayam, serbuk buah pala dan sedikit air rebusan. 
Kacau. Kalau suka berkuah, lebihkan air rebusan..ikut pilihan masing-masing ya. Masukkan sayuran. Kacau. Tutup api. 
Masukkan pasta dan gaul sebati bersama dengan chilli flakes/lada hitam tumbuk. Jangan gaul kuat sangat nanti pasta tak cantik berkilat. Siapp!
Tanamlah sayur bayam brazil sepasu dua di pinggir halaman. Kalau tinggal di rumah pangsa, boleh tanam di tepi balkoni dengan syarat boleh menerima cahaya matahari. Siram hari-hari dengan air beras. Sayur bayam brazil mesti dapat hidup dengan suburnya... gittew!
Nak dapatkan pelbagai resepi menarik di blog ini, klik SINI
p/s; Aku dah tanam 5 - 6 pasu bayam brazil ni. Rimbun meriah sayur bayam brazil aku tau!!
#Sumber resepi Page FB Pakar Diari Hatri

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.huhahuhajerr.com/2020/09/11-resepi-masakan-sayur-bayam-brazil-yang-lazat-dan-berkhasiat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Ayam Kung Pao Hidangan Lazat Tengahari Dan Malam

Resepi Ayam Kung Pao Hidangan Lazat Tengahari Dan Malam

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 415 hits
RESEPI AYAM KUNG PAO HIDANGAN LAZAT TENGAHARI DAN MALAMCheck dalam peti ais ada ayam apa lagi jomlah kita masak Balik kerja tengah malam terus ke dapo masak AYAM KUNG PAO Seharian tak makan nasik lagi Dah siap masak baru teringat lupa masak...
Bersama Isyana Sarasvati Masako Ajak Para Ibu Eksplorasi Masakan Menggunakan Kaldu Spesial

Bersama Isyana Sarasvati Masako Ajak Para Ibu Eksplorasi Masakan Menggunakan Kaldu Spesial

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 491 hits
Dengan Isyana Sarasvati sebagai brand ambassador Masako ingin inspirasi para ibu muda untuk berani eksplorasi kemampuan memasak
Homemade Pes Tomato Sedapkan Masakan Anak Semua Dah Cukup Rasa

Homemade Pes Tomato Sedapkan Masakan Anak Semua Dah Cukup Rasa

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 395 hits
Perlu diketahui mencampurkan garam dan gula dalam makanan bayi bawah 2 tahun tidak digalakkan kerana akan memberi kesan pada kesihatan dan mungkin boleh menganggu sistem buah pinggang si kecil Begitu juga penggunaan gula dalam makanan anak ...
Makan Masakan Thai Di Restoran Idaman Aikae Brinchang Cameron Highlands

Makan Masakan Thai Di Restoran Idaman Aikae Brinchang Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 874 hits
Malam yang penuh dengan dramatik Dalam keadaan hujan lebat di Brinchang aku pilih untuk jalan kaki sahaja dalam hujan lebat Semata mata nak cari restoran untuk makan malam kami sekeluarga Boleh je nak naik kereta tapi malas nak cari parking...
Sangat Sedap 30 Menu Harian Masakan Kampung Kena Cuba

Sangat Sedap 30 Menu Harian Masakan Kampung Kena Cuba

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 769 hits
Sedapnya aneka sajian masakan kampung ni Makan bersama nasi panas dan ulam ulaman memang membuka selera Terdapat pelbagai masakan lauk pauk kampung yang boleh dicuba dan dijadikan panduan untuk ibu ibu Pasti puas hati 1 SINGGANG PEDAS IKAN ...
Bawang Merah Menjadi Bahan Penting Dalam Masakan

Bawang Merah Menjadi Bahan Penting Dalam Masakan

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 438 hits
Bawang Merah Menjadi Bahan Penting Dalam Masakan Bawang merah semestinya menjadi salah satu bahan masakan yang wajib ada di dapur setiap rumah betul tak ke ada yang tak ada bawang merah dekat dapur dia Kalau orang yang rajin memasak semesti...
Masakan Sa Weekend Lepas

Masakan Sa Weekend Lepas

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 215 hits
Hi korang Lamanya SA tak update bab masakan SA sepanjang weekend kan SAa pun ada masa rajin nak amik gambar ada masa giler pemalas nak amik gambar tapi weekend ni SA memang masak sorang sorang Abah teringin nak buat sup gearbox Makanya SA s...
Suami Berselera Puji Masakan Mira Filzah Ada Netizen Mula Muntah

Suami Berselera Puji Masakan Mira Filzah Ada Netizen Mula Muntah

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 530 hits
Ramai sedia maklum bahawa kisah perkahwinan Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar sering memenuhi dada akhbar laman web dan menjadi modal laman sosial Malah kisah dan momen mereka juga boleh dikatakan terlalu banyak hingga ada yang mula b...
Hiburan Pasti Ada Yang Banding Bandingkan Elly Mazlein Tunggu 20 Tahun Untuk Miliki Program Masakan Sendiri

Hiburan Pasti Ada Yang Banding Bandingkan Elly Mazlein Tunggu 20 Tahun Untuk Miliki Program Masakan Sendiri

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 551 hits
Artis versatil Elly Mazlein ataupun lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom di kalangan peminat dilaporkan bakal muncul dengan program masakan sendiri yang dijangka akan bersiaran selama 29 episod pada bulan Ramadhan tahun hadapan Program y...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord