11 Moisturizer Untuk Kulit Berjerawat
Seronoknya kalau muka bebas jerawat! Mana tidaknya, siapa mahu wajah dipenuhi bintik-bintik merah ini. Bukan sahaja meninggalkan cela, bahkan ia cukup sakit! Apakah solusinya? Menggunakan produk seperti moisturizer untuk kulit berjerawat adalah salah satu cara untuk menangani masalah ini.
Sebelum itu, anda perlu tahu jerawat berpunca daripada sebum, bakteria, dan sel kulit mati yang terkumpul di dalam liang pori.
Punca jerawat
Perubahan hormon - Remaja sering berdepan dengan masalah jerawat .
Bakteria - Tukar cadar dengan kerap, elak dari sentiasa sentuh muka.
Pemakanan - Elak makanan segera dan berminyak
Stress - Amalkan tidur yang cukup dan bersenam untuk elak stress.
Alat makeup - Bersihkan makeup sebelum tidur.
Cahaya matahari - Pakai sunscreen setiap kali keluar rumah walaupun cuaca mendung!
Tuala lap muka - Jangan guna tuala mandi untuk lap muka.
Selain mengamalkan diet seimbang dan menjaga kebersihan, penggunaan skincare khususnya moisturizer yang sesuai juga boleh mengurangkan jerawat. Jangan guna yang sembarangan, kerana terdapat moisturizer yang diformulasikan khas untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat.
Untuk itu saya senaraikan sejumlah moisturizer di mana kandungannya mampu merawat dan mencegah jerawat.
Moisturizer Untuk Kulit Berjerawat
1. COSMODERM Tea Tree Day & Night Moist
Kandungan utamanya adalah tea tree oil yang sudah terkenal dengan keberkesanannya dalam merawat jerawat. Ia juga boleh menghilangkan parut dengan meningkatkan pertumbuhan sel kulit mati.
Cosmoderm Tea Tree Day & Night Moist ini memiliki SPF15 yang boleh melindungi sinaran panas terik. Namun, anda harus juga memakai sunscreen tau. SPF15 masih tidak mampu untuk melindungi sinaran UV.
Jenama Cosmoderm ini local brand tau, dari Malaysia. Tetapi berkualiti dan dipercaya sehingga boleh dijual di Watsons.
Harga: RM18.81
Link pembelian: https://bit.ly/3fz1yxy
2. CLINELLE Moisture Glow
Ringan, oil-free, dan boleh dipakai oleh pemilik kulit normal, berminyak, dan berjerawat. Moisturizer ini membantu 'membanteras' jerawat dengan kandungan Ammonium Glycyrrhizate. Disamping itu, teksturnye yang agak cair membuatkan kulit lembap, segar, dan mengurangkan kedutan.
Ia juga memiliki Pro Vitamin B5 yang mampu merawat kulit agar bebas cela.
Harga: RM32.64
Link pembelian: https://bit.ly/3maijBG
3. HADA LABO Hydrating Water Gel
Jenama yang cukup popular! Mereka yang berkulit mulus, pasti menggunakan salah satu daripada produk Hada Labo. Merupakan moisturizer terbaik untuk kulit kombinasi. Berkualiti, dipercayai, dan terbukti berkesan.
Hada Labo memiliki puluhan produk yang diformulasi untuk kulit-kulit tertentu. Untuk kulit berjerawat, Hada Labo Hydrating Water Gel adalah moisturizer yang terbaik.
Kandungan ceramide, Vitamin B3, Aloe Vera, dan beberapa herba lain menjadikan wajah tampak segar dan sihat.
Selain merawat jerawat, ia juga bakal memberikan kesan flawless!
Harga: Rm50.90
Link pembelian: https://bit.ly/2N5dHNf
4. AIKEN Tea Tree Oil Moisturizer
Tea tree oil merupakan kandungan yang paling popular dalam merawat jerawat. Ia boleh mengurangkan kemerahan dan benjolan jerawat.
Berkaitan: Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Berjerawat
Teksturnya water-based iaitu cream cair dan diformulasi khas buat kulit berminyak dan berjerawat agar pori sentiasa bersih. Selain itu, pelembap ini juga memiliki UV protection.
Moisturizer ini memang terkenal dikalangan pemilik kulit kering dan berjerawat dek kerana keberkesanannya. Selain itu, harganya juga amat berpatutan.
Harga: RM11.12
Link pembelian: https://bit.ly/375Hz5E
5. ROSKEN Sensitive Skin Cream
Sudah tidak asing lagi bagi pemilik kulit berjerawat. Rangkaian berwarna biru dirumuskan buat mereka yang memiliki wajah berminyak, sensitif, dan berjerawat.
Krimnya agak pekat, tetapi mudah meresap dan langsung tidak meninggalkan kesan berminyak. bahkan memiliki slight cold sensation setiap kali disapu. Ia mengekalkan kelembapan dan dalam masa sama melembutkan kulit.
Harga: RM21.50
Link pembelian: https://invol.co/cln2wi
Artikel berkaitan:
+ 10 Pelembap Muka Terbaik
+ Tips Memilih Pelembap Muka
6. SIMPLE Hydrating Gel Cream
Moisturizer drugstore untuk kulit berminyak paling popular. Dulu dikenali sebagai Simple Oil Balancing Moisturizer. Kini Hydrating Gel Cream. Range yang berwarna biru ini memang diformulasi buat kulit normal - berminyak, kombinasi, dan berjerawat.
Pic: heysparkle.com
Kulit berasa segar selepas sapuan. Ini kerana ia memiliki teksur gel yang cepat cepat menyerap dan menghilangkan kesan berminyak pada wajah.
Pemakaian di waktu siang dan malam boleh membantu mengurangkan jerawat anda! Highly recommened. Ia adalah jenama dari UK, popular, dipercayai dan murah. I might use this one once my current moisturizer dried out!
Harga: RM20.93
Link pembelian: https://bit.ly/3nVdY5O
7. NEUTROGENA Oil Free Moisture Combination Skin
Dicipta khas buat kulit berminyak. Ini kerana extra sebum lah yang menjadi salah satu punca jerawat. Sapuannya pada wajah tidak meninggalkan kesan berkilat, cepat menyerap, dan kulit lembut sepanjang hari.
Banyak kelebihan pelembap muka ini. Antaranya tak ada fragrance dan alkohol which is good. Some people with sensitive skin cukup alah dengan dua bahan ini. Selain itu ia hadir dalam pump bottle yang baik dari segi kebersihan.
Harga: RM29.90
Link pembelian: https://bit.ly/3m5rVNN
8. PAPULEX Oil Free Cream
Kalau nak tahu selain dari jenama Cetaphil, Papulex juga menjadi rekomendasi pakai dermatologi. Papulex is clinicly proven to help clear blemish tau. Dirumus khas untuk menghilangkan jerawat.
Antara kandungan utamanya adalah Nicotinamide, Zinc PCA, dan EU Patented ABA Technology yang membantu mengurangkan kemerahan, mengawal minyak berlebihan, dan membunuh bakteria pada kulit.
Teksturnya juga ringan dan cepat meresap. Bebas paraben dan fragrance. Sesuai disapu pada siang dan malam.
Kalau kulit anda berjerawat teruk, menggunakan Papulex adalah pilihan tepat.
Harga: RM45
Link pembelian: https://bit.ly/3617Kef
9. NEUTROGENA Hydro Boost Water Gel
Biarpun agak mahal, keberkesanannya tidak dapat dinafikan. Pelembap ini mengandungi hyaluronic acid yang boleh melembap dan melembutkan kulit sepanjang hari. Ia juga pelembap non-comedogenic (won't clog pores) untuk kulit berjerawat.
Juga jenis gel dan ringan. Rasa macam tak pakai apa-apa pada kulit. Produk ini cukup familiar dikalangan mereka yang memiliki kulit muka berminyak. Ia juga salah satu moisturizer untuk mencerahkan wajah.
Saya cadangkan beli sewaktu sales di Watsons. Atau beli je online.
Harga: RM40
Link pembelian: https://bit.ly/3egdyTa
10. WARDAH Acnederm Day Moisturizer
Lihat pada nama pun dah tahu yang moisturizer ini memang untuk pemilik wajah berjerawat. Juga tidak berminyak dek kerana tekstur water-based nya.
Selain merawat jerawat, moisturizer untuk kulit kombinasi & berminyak ini juga memiliki SPF 15 untuk melindungi kulit dari sinaran UV.
Wardah merupakan jenama dari Indonesia yang sudah mula mendapat perhatian ramai. Kalau tidak, masakan ia boleh dijual di Watsons.
Harga: RM12
Link pembelian: https://invol.co/cl1wh97
11. SAFI Acne Solution Soothing Gel
Formula yang ringan, mengawal minyak berlebihan dan mengembalikan kelembapan semula jadi kulit. Berbentuk gel dan mudah menyerap.
Pelembap ini turut mempunyai AHA, BHA dan Neem yang kita sudah tahu akan keberkesanannya dalam menjadikan kulit mulus dan bebas cela.
Safi ni bukan calang-calang tau! Mereka mengeluar pelbagai jenis produk mengikut jenis kulit. Range 'Acne Solution' adalah untuk wajah berjerawat. Malah, harganya juga amat berpatutan.
Harga: RM20.800
Link pembelian: https://invol.co/cl1whce
Kesemua moisturizer untuk kulit berjerawat ini adalah hasil rekomendasi orang ramai yang telah mencubanya. Semoga bermanfaat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.nikkhazami.com/2020/11/moisturizer-untuk-kulit-berjerawat.html