107 985 Saman Dikeluarkan Kepada Pesalah Trafik Dalam Op Lancar


AGENDA DAILY
Op Lancar sudah dilancar seminggu.
Sebanyak 107,985 saman dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada pesalah trafik di seluruh negara, setakat kelmarin.
Semua saman tersebut melibatkan pelbagai kesalahan trafik sepanjang seminggu pelaksanaan 463 Op Lancar oleh PDRM.
Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain, berkata polis turut menahan 190 individu dan menyita 112 kenderaan melalui operasi itu.
Beliau berkata, mereka yang ditahan termasuk 146 kerana memandu bawah pengaruh alkohol, samseng jalanan (22), parkir haram (enam) serta pemalsuan dokumen dan dadah (masing-masing lima).
“Operasi itu diadakan mulai 24 Disember lalu hingga esok, susulan sambutan Krismas pada 25 Disember yang menyebabkan aliran trafik meningkat dan berlaku kesesakan.
“Justeru bagi memastikan kelancaran lalu lintas, satu penugasan dan operasi dilaksanakan di lokasi strategik kerap berlaku kesesakan serta kemalangan.
“Tujuan OP Lancar ialah memastikan kelancaran lalu lintas, menentukan tindakan undang-undang kepada pesalah trafik, serta memberi keutamaan kepada penguatkuasaan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengenai Op Khas sempena Tahun Baharu 2022 di seluruh negara semalam pula, Mohd Nadzri berkata, ia membabitkan 2,462 pegawai polis dengan kerjasama beberapa agensi, termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
“JSPT melancarkan operasi khas itu bagi mengurangkan kadar kemalangan, terutama kes maut, selain memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas dan pengawalan trafik mengikut prosedur operasi standard (SOP) keselamatan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.
Dalam pada itu, Mohd Nadzri berkata, PDRM menahan 2,692 individu melalui 1,249 Operasi Mabuk di seluruh negara, sepanjang tahun lalu.
Selain itu, katanya, sebanyak 3,017 Operasi Samseng Jalanan turut diadakan dalam tempoh sama yang menyaksikan sebanyak 24,293 saman kesalahan trafik dikeluarkan, selain 2,491 tangkapan dan 3,294 kenderaan disita.
“Saman itu meliputi kesalahan melanggar lampu isyarat merah membabitkan sejumlah 48,798 kenderaan meliputi 24,636 motosikal, kereta (19,180), lori (2,395), bas (76), kenderaan pacuan empat roda (1,699) dan lain-lain (812).
“Tindakan saman kerana melawan arus trafik turut diambil terhadap 385 kenderaan membabitkan 158 motosikal, kereta (171), lori (23), van (tiga), kenderaan pacuan empat roda (28) dan teksi (dua),” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/107985-saman-dikeluarkan-kepada-pesalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
215 Saman Dikeluarkan Terhadap Penjaja Jalanan

215 Saman Dikeluarkan Terhadap Penjaja Jalanan

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 219 hits
hmetro comANGGOTA JSPT mengeluarkan 215 saman ke atas penjaja jalanan bermula 13 Disember hingga Jumaat lalu FOTO ihsan PDRMKuala Lumpur Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik mengeluarkan 215 saman ke atas penjaja dengan 11 rampasan da...
Lancar Tabung Dana Wakaf Al Quran Bantu Beli 50 000 Al Quran

Lancar Tabung Dana Wakaf Al Quran Bantu Beli 50 000 Al Quran

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 229 hits
Lancar Tabung Dana Wakaf al Quran bantu beli 50 000 al Quran Jabatan Agama Islam Selangor melancarkan Tabung Dana Wakaf al Quran Selangor bagi menggantikan al Quran yang rosak akibat banjir Pengarahnya Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata dan...
Trafik Penumpang Garuda Selama Libur Nataru Tumbuh 27 Persen

Trafik Penumpang Garuda Selama Libur Nataru Tumbuh 27 Persen

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 167 hits
Trafik Penumpang Garuda Selama Libur Nataru Tumbuh 27 Persen Garuda Indonesia memproyeksikan trafik penumpang pesawat pada periode Natal dan Tahun Baru di bulan Desember 2021 tumbuh hingga 27 persen jika dibandingkan dengan November 2021
Alamak Macam Mana Abang Polis Trafik Ada Dekat Jeti Mampus Tak Boleh U Turn Geng Motor

Alamak Macam Mana Abang Polis Trafik Ada Dekat Jeti Mampus Tak Boleh U Turn Geng Motor

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 217 hits
Siapa sangka hajat geng konvoi nak sambut tahun baharu 2022 di Pulau Langkawi dimulakan dengan sambutan abang polis trafik di jeti pelabuhan di Tanjung Lembung Situasi ini dapat ditonton menerusi satu video di TikTok yang menunjukkan sekump...
Disney Lancar Trailer Rasmi The Ice Age Adventures Of Buck Wild

Disney Lancar Trailer Rasmi The Ice Age Adventures Of Buck Wild

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 305 hits
Walt Disney Studios telah melancarkan trailer rasmi untuk filem animasi Disney yang akan datang bertajuk The Ice Age Adventures of Buck Wild sebuah filem spin off dari francais blockbuster Ice Age Filem animasi ini akan tersedia untuk penst...
Rakyat Dah Separuh Nyawa Sempat Lagi Buat Majlis Warganet Tegur Peja Lancar Sukarelawan Banjir

Rakyat Dah Separuh Nyawa Sempat Lagi Buat Majlis Warganet Tegur Peja Lancar Sukarelawan Banjir

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 269 hits
Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu mengadakan upacara rasmi penubuhan skuad sukarelawan pascabanjir kementeriannya sempena Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu di Kuala Lumpur semalam PETALING JAYA Tindakan Menteri Belia dan Sukan Ahma...
Hiburan Nak Rasmi Apa Lagi Netizen Pelik Kbs Ada Masa Lancar Majlis Skuad Sukarelawan Pasca Banjir

Hiburan Nak Rasmi Apa Lagi Netizen Pelik Kbs Ada Masa Lancar Majlis Skuad Sukarelawan Pasca Banjir

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 325 hits
Sedia maklum Lembah Klang telah dilanda banjir kilat yang teruk sejak beberapa hari yang lalu sehingga ada beberapa kawasan dipenuhi lumpur membuatkan orang ramai terputus hubungan serta gagal mendapat bantuan barangan keperluan Ketika saat...
Cara Dapatkan Bantuan Subsidi Madani Rahmah Panduan Terkini

Hiburan Mengigil Depan Sophia Pa Bella Astillah Dedah Sebab Sebenar Kepada Berkenaan Jangan Buat Innocent

245 Penumpang Pemandu Bas Ekspres Gagal Pakai Tali Pinggang Keledar Jpj Kelantan

One Path Feat Autotune Band Dunia Chord

A Brick Built Love Letter To The Lion City Legoland Malaysia Unveils Refreshed Miniland Singapore To Celebrate Sg60

Yeoh Li Tian Grandmaster Catur Pertama Malaysia

Rmk13 Dewan Rakyat Kecoh Lepas Peristiwa 13 Mei Dibangkit Ketika Bahas

Rm150 Untuk Pelajar Tingkatan Enam Komitmen Kerajaan Bantu Keluarga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kuiz Ai Kebangsaan 2025 Untuk Murid Sekolah Menengah

Penyanyi Terkenal Ditikam Di Stesen Minyak

Mayat Juara Olimpik Bersemadi Di Atas Gunung

Recaz Air Mineral Semulajadi Produk Cas Ligas Kumpulan Pmint Memang Terbaik Untuk Kesihatan Anda

Hafiz Suip Bangkit Buat Comeback

Zayn Rayyan Tidak Diabai Atau Didera Kata Doktor Pakar Psikologi Kanak Kanak