10 Tempat Paling Misteri Di Dunia


Assalamualaikum wbt...Awak tau tak kat dalam dunia nie terlalu banyak misteri yang belum terungkai oleh para pengkaji dan banyak benda yang yang boleh kita pelajari (kebaikan) daripada tamdun terdahulu... Sisa tinggalan kota lama Machu Piccu, kota purba Petra di Jordan, Tembok Besar China, Taj Mahal India, bandar Mayan di Chichen Itza di Mexico adalah keajaiban dunia berikutan keunikan yang terdapat padanya. Sampai sekarang, binaan tue masih menjadi tanda tanya kepada para pengkaji bagaimana manusia di zaman tue boleh buat binaan yang sampai sekarang masih kukuh lagi... 
Tue cerita mengenai salah satu tujuh keajaiban dunia, mungkin ada antara kita yang tak tahu mengenai kawasan misteri di dunia nie.. Misteri yang dikatakan ini bukanlah kerana rupa bentuknya tapi sebaliknya ianya fenomena alam luar biasa di kawasan ini. Jom kita tengok keindahan ciptaan Allah ini... *Sumber gambar ini adalah daripada Google Images


Air Terjun Berdarah AntartikaTerletak di kawasan Taylor Glacier, Antartika, Blood Falls antara kawasan misteri yang mengeluarkan cairan berwarna merah. Pengkaji glasier atau glacoliogist serta mikrobiologist merumuskan bahawa punca air dari lapisan glasier disebabkan oleh kewujudan tasik bawah glasier yang kaya dengan sumber mineral jenis besi. Mineral besi berkenaan menyebabkan sumber air berkenaan bertukar menjadi warna merah. Kajian terbaru di kawasan berkenaan juga mendapati terdapat organisma mikro yang mendiami 396 meter di bawah lapisan glasier berkenaan. 

Magnetic Hills, Moncton, KanadaDikenali sebagai bukit magnet, Magnetic Hills antara kawasan misteri yang menjadi tumpuan pelancongan di Kanada. Seperti namanya, fenomena alam luar biasa di kawasan ini dikesan pada 1930 apabila sebuah kereta yang berhenti di bawah bukit bergerak perlahan-lahan ke atas dalam keadaan mengundur. Pengkaji mendapati ia ada kena mengena dengan tarikan magnet kerana ia menarik kenderaan yang mempunyai kerangka besi atau objek daripada besi, tapi tidak objek lain yang diperbuat daripada kayu atau plastik. Namun bagaimana ia mampu menarik objek ke atas masih tidak diketahui sehingga kini Pengunjung yang datang boleh menguji kesahihan dengan meletakkan kenderaan di bahagian laluan paling bawah bukit dan membiarkan kenderaan tanpa kedudukan membrek dan enjin dimatikan.

Eternal Flame Falls, Orchard Park, New York USATerletak di kawasan Pemuliharaan Shale Creek pengunjung boleh melihat semburan api yang membakar di celah air terjun di Orchard Park. Kajian ahli geologi mendapati gas metana seberat 1 kilogram menghembus keluar dari bahagian bawah batuan berkenaan setiap hari tanpa henti. Sebelum abad ke-20, kawasan itu dikatakan tidak berapi. Tetapi kedatangan pengunjung yang menyalakan api menyebabkan kawasan itu sentiasa terbakar dan tidak pernah padam sehingga kini biarpun diliputi salji.

Relampago del catatumbo, Ologa, VenezuelaKawasan di barat daya Tasik Maracaibo di Venezuela ini mempunyai aktiviti kilat paling banyak di dunia. Sepanjan Mei hingga Oktober setiap tahun, sebanyak 25 panahan kilat berlaku setiap minit pada waktu malam dalam kawasan sepanjang satu kilometer persegi. Cahaya dari panahan kilat yang sangat kerap ini menjadi panduan kepada masyarakat di Venezuela untuk mencari arah lokasi dan paling utama sebagai penyuluh di kala malam.

Old Faithful, Yellowstone National Park, USAKawasan paling banyak menghamburkan geiser di muka bumi. Geiser adalah kawasan mata air panas yang mempunyai tekanan. Ia menyebabkan kawasan ini menghasilkan letusan geiser sepanjang masa. Terdapat 300 kawasan lubang geiser di Yellowstone namun Old Faithful paling terkenal kerana ia meletus setiap 55 hingga 120 minit dan berlaku selama dua hingga lima minit. Kawasan ini saja menarik kedatangan pelancong sehingga 3.5 juta orang setiap tahun.

Racetrak Playa, Death Valley USAKawasan padang pasir ini terkenal dengan kewujudan batu yang mampu bergerak atau 'belayar' dengan sendirinya. Pengunjung ke kawasan ini akan dapat melihat kesan jejak tinggalan batu ini yang ada antaranya sepanjang beratus meter. Sehingga kini, ahli fizik merumuskan ia bergerak akibat kesan pembentukan ais di keliling batuan berkenaan yang menyebabkan ia bergerak akibat cair. Bagaimanapun, kebanyakan pengunjung berharap mereka menemui jawapan kepada persoalan berkenaan kerana bagi mereka mustahil ais terbentuk di keliling batuan yang terletak di kawasan padang pasir. 

Pamukkale, TurkiUniknya Pamukkale terletak pada gugusan landskap air panas bertingkat yang terhasil sejak ribuan tahun lalu. Kawasan ini dikatakan menjadi destinasi kepada individu yang ingin mendapatkan terapi diri dari airnya yang kaya dengan pelbagai mineral untuk kesihatan tubuh badan. Sehingga hari ini juga, pelawat boleh melihat tinggalan kolam air masyarakat Hierapolis yang menggunakan sumber air dari lokasi ini untuk merawat tubuh badan.

Moeraki Boulders, New ZealandKawasan pesisir timur pantai ini cukup unik kerana dipenuhi dengan batu-batu bulat berdiameter 3.7 meter. Cukup berat dan kukuh, batu-batu bulat ini dipercayai terhasil sejak jutaan tahun lalu dan sebenarnya terletak di dasar lautan. Batu yang asalnya sama seperti cengkerang tiram ini kemudian bertukar menjadi seakan-akan bentuk sebuah fosil akibat kesan pengerasan mineral. Perubahan zaman yang menyaksikan perubahan rupa bentuk bumi merubah bentuk daratan serta lautan seterusnya menyebabkan ia kini terdedah pada penglihatan. 

Surtsey, IcelandSebuah pulau yang hanya wujud di muka bumi selepas 1963. Bukan dibuat oleh manusia, tetapi pulau ini terbentuk daripada letusan gunung berapi dasar laut di Kepulauan Westman. Letusan selama lima tahun menyaksikan bertan-tan lava dimuntahkan keluar menghasilkan sebuah pulau bersaiz 1.4 kilometer persegi. Letusan itu hanya berakhir pada 1967 dan sehingga kini, sedikit demi sedikit pulau berkenaan sudah mula ditumbuhi dengan rumput hijau.

Longyearbyen, Svalbard, NorwayKawasan ini cukup unik dan misteri kerana sepanjang tahun, bermula 20 April hingga 23 Ogos ia tidak disinari dengan cahaya matahari. Berada dalam kedudukan utara Greenland menghadap Lautan Artik, Longyearbyen akan bergelap kira-kira lima bulan membuatkan sukar untuk menentukan masa tanpa melihat pada jam. Sepanjang tempoh itu, juga kawasan ini berada dalam keadaan sejuk dan matahari memang tidak akan kelihatan. Sehingga kini terdapat kurang 3,000 penduduk di Longyearbyen dan apabila tiba 'musim gelap' mereka bergantung sepenuhnya kepada bekalan elektrik.
Misteri kan semua tempat-tempat nie..?
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.shikinrazali.com/2015/08/10-tempat-paling-misteri-di-dunia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Realme Design Studio Antara Tempat Lepak Paling Best Yang Korang Kena Pergi

Realme Design Studio Antara Tempat Lepak Paling Best Yang Korang Kena Pergi

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 368 hits
realme antara jenama telefon pintar mampu milik yang mempunyai peminatnya tersendiri mengumumkan pelancaran program realme Trendsetters secara rasmi tak lama lagi Program ini menghimpunkan artis dan pereka dalam bidang masing masing untuk m...
Dia Paling Sibuk Di Dunia Nak Buat Rci Tabung Haji

Dia Paling Sibuk Di Dunia Nak Buat Rci Tabung Haji

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 361 hits
Pelan Pemulihan dan Penstrukturan Tabung Haji bermula Jun 2018 hingga termeterai perjanjian syarikat tujuan khas iaitu Urusharta Jamaah Sdn Bhd yang dimiliki penuh oleh kerajaan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan terbukti telah berhasi...
Top 10 Negara Yang Memiliki Hutang Paling Tinggi Di Dunia

Top 10 Negara Yang Memiliki Hutang Paling Tinggi Di Dunia

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 361 hits
The nation s debt to GDP ratio exceeds 100 So what does that mean It means that all of the goods and services produced in one year still wouldn t be enough to pay off nation s debt And that s not healthy With data from the International Mon...
10 Superbike Paling Laju Di Dunia Setakat Ini

10 Superbike Paling Laju Di Dunia Setakat Ini

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 213 hits
Korang pernah terfikir tak berapa kelajuan maksimum yang boleh dicapai oleh sesebuah superbike Dengan kapasiti enjin yang hampir menyamai sebuah Perodua Axia ada diantara superbike ni mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 400km j hampir...
Buasir Otak Tv Kedai Makan Paling Teruk Dalam Dunia

Buasir Otak Tv Kedai Makan Paling Teruk Dalam Dunia

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 482 hits
Bila kau lapar cadang nak singgah makan di restoran tapi perkhidmatannya sangat teruk pelayan tak mesra mulut puaka servis lambat salah hantar orang datang lambat dapat dulu kira bil salah dan sebagainya Jom tonton animasi ini
Ngeri Akibat Ubat Tahan Sakit Paling Power Di Dunia

Ngeri Akibat Ubat Tahan Sakit Paling Power Di Dunia

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 480 hits
Ngeri Akibat Ubat Tahan Sakit Paling Power Di Dunia Krokodil dari Amerika merupakan ubat bius baru yang memiliki harga tiga kali lebih murah dibandingkan heroin Krokodil merupakan ubat sejenis heroin yang dapat menyebabkan kerosakan pada or...
Pokemon Paling Popular Di Dunia Edisi Tahun 2020

Pokemon Paling Popular Di Dunia Edisi Tahun 2020

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 374 hits
GALAKSI VIRAL Satu undian telah dilakukan oleh syarikat produksi Pokemon di Jepun bagi menentukan gelaran Pokemon of the Year Undian dijalankan dari tarikh 14 Februari 2020 sehingga 27 Februari 2020 Hasil undian diumumkan pada Hari Pokemon ...
National Debt Now Stands At Rm1 24 Trillion Says Pm

Pembukaan Huawei Experience Stores Di Sunway Pyramid Dan 1 Utama

Ular Sawa Tunggu Dalam Semak Berhampiran Stesen Mrt

Pengantin Baru Tilam Pun Kena Baru Serius Tidur Jadi Lebih Lena Dengan Tilam Yang S

Mangsa Disahkan Maut Akibat Tercampak Keluar Dari Kereta

Oppo Find N5 Mungkin Dilancarkan Awal 2025

Mak Mertua Letak Beban Kewangan Semua Atas Kepala Suami Aku Tak Mampu Buat Cara Tak Mampulah

Singgah Sarapan Pagi Di Kedai Kopi Chubani Alor Setar Memang Puashati


echo '';
Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online

Resepi Sos Hijau Vietnam Roll Paling Lemak dan Berkrim


Sampai Nak Bunuh Bunuh

Irregular And Peculiar Transactions Of Fashion Valet

Israel Kalah Ini Bukti Amaran Hamas Untuk Trump

7 Dazzling Fall Interior Design Tips By Hayley Servatius

Allahu Akbar Gaji Minima Punya Pasal Restoran Mamak Johor Mahu Naik Harga 5

Macc Report Lodged Against Ex Senior Officer Of Sabah Mining Company