10 Tanda Penyakit Kencing Manis



Penyakit kencing manis ialah penyakit yang tersenarai daripada 10 penyakit pembunuh utama di negara kita selain penyakit strok / angin ahmar, tibi dan barah paru-paru. Menurut statistik, 17% daripada penduduk Malaysia menghidap kencing manis atau nama saintifiknya, Diabetes Mellitus.
Lebih menakutkan, ada sesetengah golongan individu yang tidak pernah menyedari bahawa mereka menghidap penyakit kencing manis sehinggakanpenyakit itu berada pada tahap yang kritikal dan sangat serius.
Oleh sebab itu, anda perlu mengenali tanda-tanda awal penyakit kencing manis ini supaya dapat mengelakkan diri daripada menjadi korban penyakit ini selain boleh mendapatkan rawatan awal dengan segera.
Jika anda mahu mencari produk ubat kencing manis yang bagus, boleh lawati website –>> http://ubatkencingmanis.my/ sekarang! Kencing Manis perlu dirawat segera tanpa tangguh-tangguh.
Jenis-Jenis Kencing Manis
Kencing manis terbahagi kepada dua jenis iaitu:
1. Kencing Manis Jenis 1 (Diabetes Type 1)
2. Kencing Manis Jenis 2 (Diabetes Type 2)
Kencing Manis Jenis 1 (Diabetes Type 1) – Bergantung kepada insulin – Biasanya terjadi kepada kanak-kanak dan remaja
– Biasanya badan tak dapat menghasilkan insulin

Kencing Manis Jenis 2 (Diabetes Type 2) – Tak bergantung kepada insulin – Paling biasa ditemui kerana lebih daripada 90% penghidap diabetes menghidapi penyakit kencing manis jenis 2
– Biasa ditemui oleh orang berumur dan mengalami berat badan yang berlebihan
– Kebiasaannya, sel-sel di dalam badan tidak dapat bertindak balas dengan baik terhadap insulin / insulin yang dihasilkan tak cukup
Sesetengah pihak membanding-bandingkan kedua-dua penyakit kencing manis ini dan mengatakan bahawa kencing manis jenis 2 adalah kurang serius. Ini berkemungkinan kerana pesakit kencing manis jenis 1 perlu meyuntik diri sendiri dengan insulin.
Namun, kedua-dua jenis penyakit ini boleh manjadi sangat serius sekiranya tidak diurus dengan baik.

10 Simptom Penyakit Kencing Manis Mungkin tak semua orang akan mengalami kesemua tanda-tanda awal gejala penyakit kencing manis ini. Mereka yang mengalaminya biasanya tidaklah terlalu teruk.
Lebih ramai pesakit yang menghadapi penyakit kencing manis jenis 2 tidak menyedarinya selama bertahun-tahun kerana simptom awalnya tidak begitu ketara.
Di samping itu, para doktor boleh melakukan ujian yang senang bagi menilai risiko kencing manis anda. Jika anda sudah membuat pemeriksaan, boleh lah anda mendapatkan rawatan dan mengubah gaya hidup anda sebelum terlambat.


1. Paras gula darah tinggi
Kawal gula dalam darah anda dengan menggunakan penawar kencing manis yang berkesan iaitu peria katak. Anda boleh dapatkan kapsul peria katak di laman web ini –>> http://ubatkencingmanis.my/

Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi membuat pemeriksaan supaya dapat mengetahui tahap gula dalam darah. Selepas anda makan, tahap gula dalam badan akan meningkat secara semulajadi. Akan tetapi, tahap gula darah yang bertambah secara berterusan sepanjang hari dikategorikan sebagai tidak normal.
2. Berasa dahaga secara berlebihan dan kencing malam dengan kerap
Walaupun sudah meminum jumlah air yang banyak, namun rasa dahaga itu tidak hilang juga. Bukan itu sahaja, pergi ke bilik air dengan kerap pada waktu malam juga salah satu tanda penyakit kencing manis.
Apabila terlalu banyak jumlah glukosa di dalam darah, buah pinggang akan bekerja dengan lebih keras supaya dapat menghilangkan gula tambahan tersebut.
Hal ini secara tak langsung memaksa anda untuk membuang air kecil beberapa kali pada waktu malam. Setelah badan kehilangan air, ini dapat membuat anda berasa lebih dahaga.
Proses ini merupakan cara badan anda menguruskan kandungan gula darah yang tinggi. Dahaga yang berlebihan pula bermaksud badan sedang cuba untuk menambah cecair yang hilang.

3. Berat badan hilang secara mengejut
Kehilangan berat badan secara mendadak sebanyak 2-3 kg dalam masa 2 atau 3 bulan adalah disebabkan kandungan gula dalam darah yang tinggi.
Bagi sesetengah pihak, berita ini merupakan berita gembira buat mereka tetapi ini bukanlah kehilangan berat badan yang sihat.
Oleh sebab hormon insulin tak dapat bekalkan glukosa ke dalam sel-sel di mana ia dapat digunakan sebagai tenaga, badan menganggap ia kelaparan lalu menuraikan lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif.
4. Sentiasa berasa lapar
Seperti kebiasaannya, pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin, badan tidak dapat memproses glukosa dalam badan secara biasa lalu menyebabkan kandungan gula dalam darah jatuh.
Semasa kandungan gula dalam darah menurun secara tiba-tiba, badan beranggapan bahawa anda lapar dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi.

5. Luka lambat sembuh
Luka lambat sembuh kerana kandungan glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri menyebabkan saluran darah rosak. Hal ini dapat menyukarkan darah untuk merawat penyembuhan untuk sampai ke seluruh anggota badan yang lain.

Disebabkan badan perlu berusaha dengan lebih banyak untuk mengimbangi kekurangan glukosa, badan anda akan berasa lebih letih. Bangun tidur untuk ke bilik air akan membuat anda untuk berasa letih dan cepat marah.
7. Terdedah kepada jangkitan kulat Wanita terutamanya perlu berwaspada kerana berkemungkinan dapat jangkitan yis (candida) pada faraj. Diabetes dapat melemahkan imunisasi. Hal ini akan memudahkan wanita untuk terkena pelbagai jangkitan dan kebiasaannya akan terkena yis (candida) dan jangkitan kulat yang lain.
8. Penglihatan kabur Tatkala glukosa dalam darah menjadi tinggi, ia akan mengubah bentuk kanta dan mata seterusnya membuat penglihatan anda menjadi kabur.
Akan tetapi, ia akan kembali menjadi normal setelah kandungan gula dalam darah berada dalam tahap yang normal.
Jika anda membiarkan jumlah gula darah yang tinggi dalam badan dalam tempoh yang panjang, ini dapat menyebabkan kerosakan yang kekal dan mendapat risiko menjadi buta.
9. Kebas pada tangan dan kaki Jika tangan dan kaki menjadi bengkak atau menjadi kebas, ini merupakan tanda-tanda bahawa saraf telah dirosakkan oleh kencing manis. Jika kandungan gula dibiarkan tinggi terlalu lama, kerosakan saraf juga akan kekal. Hal ini sama seperti keadaan penglihatan kita.
10. Kulit merengsa Masalah kulit yang lain seperti acanthosis nigricans boleh menjadi salah satu punca kencing manis. Kulit di sekitar leher mahupun di bahagian ketiak akan menjadi gelap. pada saat ini, seseorang itu telah mula untuk mengalami proses penentangan insulin meskipun tahap gula dalam darah mereka mungkin tidak tinggi.
Kesimpulannya, berhati-hati lah semasa masih sihat ini dan jaga pemakanan anda agar tidak mendapat penyakit ini pada waktu akan datang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysiastream.com/?p=11

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Kah Orang Kena Penyakit Kencing Manis Makan Buah Pisang

Boleh Kah Orang Kena Penyakit Kencing Manis Makan Buah Pisang

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 528 hits
Selalu saya dengar kawan kawan yang dah kena kencing manis tak mahu makan pisang Mereka tolak untuk makan buah pisang sebab takut memudaratkan kesihatan mereka yang dah tak berapa elok Kalau anda kena kena kencing manis anda perlu jaga juml...
Nasihat Doktor Ini Simpton Penyakit Yang Anda Hidapi Bila Kaki Bengkak Dan Kencing Berbuih

Nasihat Doktor Ini Simpton Penyakit Yang Anda Hidapi Bila Kaki Bengkak Dan Kencing Berbuih

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 652 hits
Setiap orang perlu menitikberatkan soal kesihatan supaya sentiasa sihat Ini kerana tahap kesihatan seseorang sangat mempengaruhi kehidupan seharian kita Untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat serta dijauhi daripada penyakit kita perlu mul...
Penyakit Talasemia Boleh Di Elakkan Jika Anda Pilih Pasangan Dengan Bijak Sentiasa Pucat Tanda Talasemia

Penyakit Talasemia Boleh Di Elakkan Jika Anda Pilih Pasangan Dengan Bijak Sentiasa Pucat Tanda Talasemia

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 440 hits
Talasemia adalah sejenis penyakit genetik yang disebabkan oleh mutasi pada gen di bahagian Hemoglobin Hemoglobin adalah salah satu jenis protein pada sel darah merah Ianya berfungsi untuk membekalkan oksigen dan nutrisi penting lain ke selu...
Kerap Kencing Tanda Rahim Semakin Membesar Jika Anda Kerap Ke Tandas Mungkin Itu Berita Baik

Kerap Kencing Tanda Rahim Semakin Membesar Jika Anda Kerap Ke Tandas Mungkin Itu Berita Baik

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 301 hits
Hamil ataupun tidak Semua orang tahu tanda tanda awal kehamilan lazim seperti tidak datang haid mual mual dan muntah ataupun pitam Pun begitu tidak ramai yang sedar akan tanda tanda awal lain yang menunjukkan anda sedang berbadan dua Ada an...
Mengenal Lebih Jauh Tentang Penyakit Cantengan Kuku Yang Tumbuh Seenaknya Sendiri

Mengenal Lebih Jauh Tentang Penyakit Cantengan Kuku Yang Tumbuh Seenaknya Sendiri

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 515 hits
Mungkin di antara kamu ada yang sudah akrab dengan istilah cantengan atau kuku yang tumbuh secara liar menembus daging terutama di bagian jempol kaki Namun bisa juga kamu malahan belum pernah mendengarkan karena penyakit ini cukup jarang di...
5 Penyakit Ini Ternyata Bisa Disembuhkan Dengan Sholat Tahajjud

5 Penyakit Ini Ternyata Bisa Disembuhkan Dengan Sholat Tahajjud

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 300 hits
as salam Perkongsian dari rakan2 Sebagai ummat Islam pernahkah kita berpikir kenapa Al Qur an memerintahkan pada kita untuk mengerjakan shalat tahajjud Firman Allah SWT Dan pada sebagian dari malam maka sujudlah kepada Nya dan bertasbihlah ...
Kaedah Rawatan Islam Untuk Ubati Penyakit Ekzema

Kaedah Rawatan Islam Untuk Ubati Penyakit Ekzema

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 543 hits
Tanpa mengira umur penyakit ini menyerang di sekitar tubuh badan seperti muka kulit kepala pelipat siku dan belakang telinga Oleh itu selain dirawat secara perubatan iaitu melalui ubat pencegah gatal antihistamin losyen pelembap atau antibi...
Mana Kajian Yang Beriya Cakap Water Filter Mencegah Penyakit Buah Pinggang Dr Rafidah Persoal Jurujual Penapis Air

Mana Kajian Yang Beriya Cakap Water Filter Mencegah Penyakit Buah Pinggang Dr Rafidah Persoal Jurujual Penapis Air

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 484 hits
Pakar Buah Pinggang Dr Rafidah Abdullah memang terkenal dengan kelantangannya dalam memberi informasi yang tepat dan berguna kepada masyarakat Malah dia juga pantang apabila melihat peniaga atau usahawan produk kecantikan dan kesihatan yang...
Petua Penyakit Stroke Atau Angin Ahmar

Petua Penyakit Stroke Atau Angin Ahmar

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 299 hits
Angin Ahmar atau lazimnya dikenali sebagai Stroke adalah penyakit kronik yang biasa dialami oleh rakyat negara ini Antara punca utama adalah kolestrol jahat yang menghalang oksigen sampai kebahagian otak kita Ini akan menyebabkan anggota ba...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities