Bermula Mac 2016, syarikat ini telah dibeli oleh Anbang Insurance dengan nilai pengambilalihan sebanyak USD14.3 bilion daripada Marriot International Inc.
Syarikat ini telah dimiliki oleh Dalian Wanda pada Januari 2016 dengan nilai transaksi sebanyak USD3.5 bilion. Legendary merupakan antara pembiaya kepada beberapa buah filem bajet besar seperti Jurrasic World, Godzilla dan Pacific Rim.
Pada Januari 2014, Lenovo telah membeli Motorola Mobility dari Google Inc pada harga USD 2.91 juta. Walaupun telah dibeli oleh Lenovo, jenama ini akan terus beroperasi secara berasingan di Amerika Syarikat.
London Taxi Cab yang terkenal dengan warna hitamnya juga merupakan milik penuh Zhejiang Geely Holding Group dari China. Ia dibeli pada tahun 2013 dengan harga RM59.8 juta dari syarikat Manganese Bronze.
Pada tahun 2010, pengeluar kenderaan dari China, Zhejiang Geely Holding Group telah berjaya memiliki jenama kereta dari Sweden ini. Ia kini menjadi pemegang saham terbesar dalam AB Volvo dalam satu transaksi bernilai 2.7 bilion Euro (RM13.11 bilion). AB Volvo merupakan pengeluar trak kedua terbesar dunia.
Li & Fung Group’s Trinity telah membeli Cerruti dari MatlinPatterson pada harga 53 juta Euro sekitar akhir tahun 2010. Jenama Cerruti dari Paris diasaskan oleh pereka fesyen dari Itali, iaitu Nino Cerruti pada tahun 1967.
Benelli merupakan antara jenama motorsikal tertua di Itali dan telah ditubuhkan pada 1911 di Pesaro, Itali. Pada tahun 2005, Benelli telah diambil alih oleh QianJiang Group of China (QJ) daripada Gruppo Merloni.
AC Milan diambil alih oleh Rossoneri Sport Investment Lux Group dari China pada tahun 2016, setelah bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, melepaskan kelab berkenaan.
Aston Villa telah dibeli Kumpulan Recon yang dimiliki oleh Dr Tony Jiantong Xia. Sebelumnya, kelab England ini dimiliki oleh warganegara Amerika Syarikat, Randy Lerner. Perjanjian jual beli ini melibatkan transaksi bernilai USD86 juta.
Pada awal tahun 2018, Zhejiang Geely Holding Group telah pun membuat pengambilalihan ke atas Daimler AG, pemilik jenama Mercedes Benz.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |