10 Sebab Solat Tak Diterima Allah Swt
10 sebab Solat tak diterima Allah SWT. Solat tidak diterima oleh Allah SWT. Takut bila kita mendengarnya. Manakan tidak takut, solat adalah tiang agama dan merupakan ibadah yang pertama disyariatkan dan yang paling akhir sekali ditinggalkan oleh manusia. Solat merupakan ibadah yang sangat penting, istimewa dan unik. Jika solat tidak diterima oleh Allah, habislah kita.
BACA: Rajin Solat Dhuha, Rahsia Rezeki Lancar & Dipermudahkan!
Solat secara langsung dapat menghubungkan hamba dengan penciptanya. Dari segi amalan ibadah, solat dipenuhi dengan sebutan takbir, tahmid dan zikir. Tanpa solat nescaya sia-sia ibadah kita yang lain.
Solat merupakan ibadah yang ringan dan mampu dikerjakan oleh setiap orang. Ringan atau beratnya ibadah solat bergantung kepada tahap keimanan seseorang. Semakin beriman seseorang itu semakin mudahlah ia melakukannya.
Sebagai contoh, solat subuh amatlah sukar untuk seseorang bangun dari tidur tambahan dalam keadaan kesejukan. Bagi mereka yang mempunyai keimanan yang mantap, mereka akan bangun dan menyempurnakan solat subuh.
Orang yang meninggalkan solat fardhu adalah amat buruk dan sangat keji sekali, malaha terlebih keji daripada Iblis. Ini kerana Iblis hanya enggan sujud kepada nabi Adam a.s. yang merupakan makhluk, tetapi orang yang meninggalkan solat adalah seorang yang enggan bersujud kepada Allah s.w.t yang merupakan Khaliq (pencipta).
Allah s.w.t telah menceritakan di dalam al-Quran, bahawa ahli syurga (Ashabul Yamiin) telah bertanya kepada penghuni neraka, yang bermaksud:
“Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka?”
Mereka menjawab:
“Kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat.”
Sesungguhnya ganjaran solat sangatlah besar. Ibadah ini dapat membantu menyelamatkan manusia daripada azab akhirat. Solat juga dapat menghilangkan kegelisahan, mendatangkan ketenteraman, ketenangan dan kebahagiaan.
Dalam hadis dan pelbagai pendapat ulama menyebutkan bahawa solat dapat membantu memakbulkan doa seseorang.
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
“Sesiapa yang menjaga solat, maka solat itu adalah cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan sesiapa yang tidak menjaganya, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.”
10 sebab solat tidak diterima
1. Lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Lelaki yang melarikan diri.
5. Lelaki yang minum arak tanpa mahu bertaubat.
6. Perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Perempuan yang mengerjakan solat tanpa menutup aurat.
8. Pemimpin yang sombong dan zalim.
9. Orang-orang yang suka makan riba’.
10. Orang yang solat tetapi tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang mungkar.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”
Salah satu sifat kesempurnaan Allah SWT iaitu baik dan suka kepada sesuatu yang sempurna. Allah SWT tidak menerima suatu keyakinan, ucapan dan perbuatan kecuali yang sempurna dan baik. Ibadah solat merangkumi kepercayaan, ucapan dan perbuatan.
Solat yang terbaik adalah keyakinan yang benar, ucapan yang teratur dan perbuatan yang mencerminkan sikap dan perbuatan Rasulullah SAW.
Solat yang dikerjakan mengikut cara Rasulullah SAW. akan memperoleh ketenangan, ketenteraman dan sekaligus dapat mendidik jiwa manusia kearah yang benar dan baik. Di samping itu, sembahyang dapat juga melahirkan sifat mahmudah dan menolak sifat mazmumah.
Semoga perkongsian Solat Yang Tak Diterima Allah ini dapat membantu menambahkan pengetahuan sesiapa sahaja untuk lebih tahu tentang ini. Semoga bermanfaat.
sumber: Denai Hati
The post 10 sebab Solat tak diterima Allah SWT. appeared first on Apakes.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/10-sebab-solat-tak-diterima-allah-swt/