10 Sebab Munasabah Kenapa Anda Patut Berhenti Kerja Sekarang


Sepanjang bekerja dengan majikan anda sekarang ni, berapa kali agaknya terlintas difikiran anda untuk menghantar surat letak jawatan dan berhenti kerja?
 
Saya percaya, setiap orang yang bekerja makan gaji, pasti sekurang-kurangnya akan terfikir untuk berhenti kerja. Sama ada nak berhenti kerja sebab nak cari kerja lain, nak buat bisnes, ataupun sebab tak puas hati dengan sebarang perubahan polisi mahupun cara kerja di syarikat semasa.
 
Kadang-kadang bila kita bersembang dengan abang dan kakak senior, mereka ini juga selalu ulang-ulang ayat, “aku dah tak tahan kerja kat sini, aku nak resign…”

Tak tahulah dah berapa kali agaknya dia ulang ayat yang sama. Tapi sampai ke hari ini masih tak resign lagi. Elok je datang kerja macam biasa. Itulah kan… kadang-kadang orang yang asyik cakap nak berhenti kerja ni, dia cuma cakap sahaja. Tak ada pun tindakan yang menunjukkan dia betul-betul serius dengan kata-kata tersebut.
 
Agaknya, dia bukannya tak nak berhenti kerja, tapi masih belum jumpa sebab yang cukup kuat untuk berhenti kerja sekarang. Maklumlah, keputusan untuk berhenti kerja bukanlah sesuatu yang remeh. Kalau tersilap percaturan, kita yang susah nanti.
 
Adakah munasabah jika kita nak berhenti kerja semata-mata sebab tak puas hati kena tukar meja kerja atau work station? Ataupun, adakah masuk akal untuk berhenti kerja sebab nak mulakan bisnes sendiri yang kita sendiri belum tahu sama ada ia akan berjaya ataupun tidak. Sanggup dan beranikah anda untuk mengambil risiko turun naik keuntungan dalam bidang jualan? 
 
Jom saya nak bawa anda bincangkan perihal mengenai berhenti kerja. Apa agaknya sebab yang cukup kuat untuk kita buat keputusan berhenti kerja. Oh by the way, apa yang saya bincangkan dekat sini, adalah sesuatu yang common sense sahaja kebanyakkannya.
 
Anda pun janganlah expect something yang luar biasa dan bombastik. Saya hasilkan artikel ini, sekadar untuk membantu anda buat pertimbangan, mana satu yang baik dan buruk untuk anda. Mungkin, ada orang yang akan kata tindakan anda untuk berhenti kerja itu salah, tak fikir panjang… hei macamlah orang lain betul-betul tahu dan faham apa yang anda lalui.
 
Kali ini saya nak kongsikan kepada anda 10 sebab yang munasabah jika anda ingin berhenti kerja sekarang.

 
(1) Pendapatan yang anda hasilkan tidak mencukupi Anda dah buat macam-macam perkara untuk memastikan anda mempunyai kedudukan kewangan yang stabil.
 
Anda dah buat bajet bulanan. Anda juga dah pernah kurangkan perbelanjaan bulanan dan cuba untuk berjimat cermat. Apabila ada peluang untuk berjimat, anda pasti akan cuba lakukannya.
 
Namun anda dapati usaha tersebut masih tak mencukupi. Pada satu hari, anda dapati selepas tolak perbelanjaan wajib seperti sewa rumah, ansuran kenderaan, personal loan, makan dan minum, duit anda masih tak cukup RM200 – RM300.
 
Mana nak cari extra RM300 tu?
Jalan penyelesaian segera ialah dapatkan kad kredit. Sampai satu tahap, anda dapati hutang kad kredit anda makin bertambah dan anda hanya mampu untuk bayar minimum sahaja. Setiap bulan bayar jumlah yang sama, namun baki hutang makin meningkat.
 
Kini anda dapati, anda sedang berhadapan dengan masalah yang lebih serius. Sudahlah pendapatan tak cukup, kini terbeban dengan hutang kad kredit pula.
Baca juga: Tips bayar hutang kad kredit cara orang tak berduit
 
Itu kalau kita cerita dari sudut perbelanjaan.
 
Bagaimana pula dengan simpanan (saving).

Adakah anda mampu untuk membuat simpanan secara tetap setiap bulan, selain daripada simpanan melalui potongan KWSP? Bolehkah anda menyimpan sekurang-kurangnya RM100 setiap bulan? Sudah tentu, kalau anda boleh menyimpan satu jumlah yang lebih besar, itu lagi baik untuk anda.
 
Malahan, kalau anda baca buku-buku berkenaan topik pengurusan kewangan, rata-rata penulis akan menggalakkan anda untuk mempunyai simpanan sebanyak tiga ke enam bulan gaji sebagai dana kecemasan.
 
Tiga bulan gaji atau enam bulan gaji?
Cuba target untuk wujudkan simpanan sebanyak tiga bulan gaji terlebih dahulu, kemudian bila dah capai jumlah tersebut, barulah naikkan jumlah simpanan untuk dana kecemasan menjadi 6 bulan gaji pula. Bukankah lebih bagus kalau anda mempunyai dana kecemasan yang lebih banyak.
 
Adakah hanya disebabkan anda tak mampu untuk membuat simpanan, sudah cukup kuat untuk dijadikan alasan untuk berhenti kerja? Jangan terburu-buru. Mari kita berfikir sejenak.
 
Jika matlamat anda adalah untuk wujudkan akaun simpanan untuk dana kecemasan, dan anda tak boleh bergantung kepada duit gaji semata-mata, apa kata anda cuba buat kerja sambilan atau bisnes sambilan sebelum terus buat keputusan untuk berhenti kerja.

Cubalah cari satu kerja yang anda boleh lakukan secara sambilan, yang boleh berikan pendapatan tambahan sebanyak RM300 – RM500 sebulan. Hasil daripada kerja tersebut, bolehlah anda gunakan untuk membuat dana kecemasan.
Baca juga: 50 cadangan kerja sambilan untuk jana pendapatan tambahan
 
Bagaimana pula dengan caruman insuran atau takaful?
Tadi kita bercerita mengenai perbelanjaan dan juga simpanan. Kalau pendapatan kita agak rendah, sehingga tak cukup untuk perbelanjaan dan simpanan, besar kemungkinan kita juga tak mampu untuk melanggan perlindungan insurans ataupun takaful.
 
Adakah perlindungan insurans ini tak penting? Sudah tentu jawapannya adalah perlindungan insurans ini sangat penting.
Tapi disebabkan pendapatan kita yang tidak begitu besar, membuatkan kita tak mampu untuk membayar premium untuk mendapatkan perlindungan insurans.
 
Kadang-kadang saya rasa agak terkilan juga dengan kata-kata para ejen dan promoter insurans, yang suka menggunakan pendekatan memerli dalam usaha pemasaran yang mereka lakukan. Kalau kita lihat cara mereka buat promosi, mereka akan kata individu yang masih belum ada insurans sebagai jahil, pentingkan diri sendiri dan tak pandai menilai apa yang penting.
 
Sedangkan kalau dia benar-benar tahu, ada orang yang memang tak mampu nak bayar premium insurans tersebut. Bukannya sebab dia bodoh, jahil atau tak sayangkan anak dan isteri. Tapi itulah kan… kadang-kadang bila seseorang itu tak ada empati dalam diri, dia akan jadi mudah melemparkan tuduhan yang bukan-bukan kepada orang lain.
 
Memanglah dia tak sebut nama dan tak tujukan kepada sesiapa secara spesifik. Tapi orang yang baca mesej seperti itu, pasti akan terasa hati. Saya berpendapat, tindakan seperti ini hanya akan membuatkan seseorang itu merasa benci dengan para ejen insurans.
 
Sepatutnya, pada pendapat sayalah kan, kita gunakanlah pendekatan bersangka baik. Orang yang belum ambil sebarang perlindungan ini sebenarnya dia belum ada kemampuan. Kita cuba dekati mereka dengan perkongsian-perkongsian tentang ilmu kewangan dan mungkin sesekali kita cadangkan beberapa kaedah untuk menjana pendapatan tambahan kepada mereka ini.
 
Kita cuba beri mereka semangat. Belum ada insurans sekarang? Tak apa… Dunia belum berakhir. Apa kata anda cadangkan mereka untuk cuba buat kerja sambilan atau mulakan bisnes sekian-sekian. Apabila dapat hasil, boleh gunakan duit keuntungan itu tadi untuk mencarum insurans.
 
Anda fikir, orang yang memang berpendapatan rendah tak nak langgan insurans? Anda rasa, jika dia langgan insurans sekarang dengan anda, (kononnya sebab anda berjaya buat dia sentap), anda rasa dia mampu untuk maintain bayaran selama mana tempoh perlindungan tersebut? Silap-silap masuk bulan ketiga, dia dah stop buat bayaran premium.
 
Wallahua’lam saya tak ada jawapan untuk soalan tersebut, dan perkongsian ini saya bukannya nak bincangkan tentang topik insurans secara khusus.
 
Dana untuk pelaburan?
Last but not least, dari pendapatan yang kita hasilkan, sepatutnya kita boleh asingkan sedikit bagi tujuan pelaburan untuk jangka masa panjang.
 
Saya berpendapat, kita sebenarnya bukanlah perlukan pendapatan yang sangat besar. Asalkan dari pendapatan yang kita hasilkan, kita boleh
i. Membayar segala komitmen bulanan
ii. Membuat simpanan
iii. Melanggan insurans
iv. Menyediakan dana untuk pelaburan
 
Saya kira ianya sudah cukup baik. At the end of the day, semuanya berkait rapat dengan cara kita mengurus kewangan peribadi kita. Jika baik cara kita uruskan kewangan, maka baiklah kedudukan kewangan kita. Cuma bila sudah jelas pendapatan kita memang terlalu kecil, maka dekat situ kita kenalah lakukan sesuatu untuk cari pendapatan yang lebih tinggi.
 
Jika anda berada dalam situasi seperti ini, opsyen lebih baik untuk anda adalah berhenti kerja dan cari kerja lain. Walaubagaimanapun, anda perlu pastikan yang anda sudah berjaya dapatkan kerja lain yang lebih baik terlebih dahulu.
 
(2) Tiada sebarang penghargaan dan kenaikkan pangkat diterima Berkhidmat dalam syarikat yang tidak menawarkan sebarang peluang kenaikkan pangkat boleh jadi sesuatu yang amat mengecewakan. Terasa tiada perkembangan dalam hidup.
 
Jika anda biasa menghadiri sesi temuduga, anda mungkin biasa dengan soalan seperti
“Where do you see yourself in 5 years?”

Bagaimana atau dimana anda lihat diri anda dalam masa lima tahun akan datang?
Bagaimana kalau anda dapati, setelah lima tahun berkhidmat, anda masih lagi melakukan kerja yang sama, bekerja dibawah orang yang sama, dan tiada sebarang perkembangan yang signifikan terhadap kerjaya dan karier anda. Adakah anda akan rasa gembira?
 
Memang betul, sesetengah orang memang tak memikirkan tentang aspek perkembangan karier dan kerjaya. Asalkan dia mendapat bayaran gaji dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.
 
Tetapi anda bukan seperti sesetengah orang tersebut, betul tak? Lagipun anda mempunyai matlamat, cita-cita dan perancangan untuk mencapai satu kejayaan yang besar, yang kita namakan sebagai the ultimate goal!
 
Hari pertama anda diterima bekerja, mungkin anda sanggup untuk terima kerja tersebut kerana pada masa tersebut agak sukar untuk cari tempat kerja yang sanggup menerima fresh graduate yang kurang dari segi pengalaman. Daripada anda menganggur terlalu lama, lebih baik anda terima mana-mana syarikat yang sanggup menerima anda bekerja.
 
Janji ada kerja.
 
Sampai satu tahap, anda mula rasa selesa dengan kerja tersebut dan tak cuba mencari kerja baru. Tempat kerja tak jauh dari rumah, waktu rehat mudah nak cari tempat makan dan sebagainya.
 
Tapi bila anda teringat balik, soalan “bagaimana anda melihat siapa diri anda lima tahun dari sekarang..?”
Mungkin waktu itu anda akan rasa tersentak, siapa anda lima tahun akan datang rupanya tak banyak beza dengan yang sekarang. Anda yang sekarang, tak banyak peningkatan dan perkembangan berbanding anda yang lima tahun dahulu.
 
Oh bezanya ialah, anda sekarang lima tahun lebih tua. Itu sahaja.
 
Selama ini anda berusaha dan belajar bersungguh-sungguh, pergi kursus, supaya anda boleh mencapai satu kejayaan yang lebih besar. Tapi anda terperosok ke suatu zon yang kita namakan sebagai zon selesa, membuatkan anda tak pergi kemana-mana.
 
Sedangkan dalam diri anda, ada banyak lagi potensi diri yang anda belum terokai dan boleh dikembangkan lagi. Tapi kalau syarikat tempat anda berkhidmat tak nampak perkara ini, rasanya anda dah boleh intai-intai syarikat lain yang boleh membantu anda untuk kembangkan lagi potensi diri disamping mencari pengalaman baru.
 
Kenapa perkara ini boleh jadi terjadi kepada anda?
Kenapa ada syarikat yang tak mengalakkan pekerjanya untuk mengembangkan potensi diri?
 
Saya berpendapat, semua ini berkait rapat dengan jenis dan saiz perniagaan syarikat tersebut. Memang ada syarikat yang statusnya hidup segan mati tak mahu. Sebarang jualan yang terhasil, hanya cukup-cukup makan untuk bayar gaji pekerja, gaji pemilik bisnes, bayar sewa dan segala komitmen perniagaan, itu sahaja.
 
Jika anda memilih untuk bekerja dengan syarikat seperti ini, sebab pada awal-awal dulu anda bimbang sebab terlalu susah mencari tempat kerja, maka anda kenalah faham-faham sendiri masa depan anda dengan syarikat seperti ini.
 
Namun, andai kata anda tak dinaikkan pangkat, tiada peluang berkembang dalam organisasi disebabkan ada tangan-tangan yang menafikan hak anda, saya kira daripada anda buang masa anda disitu, lebih baik cari syarikat lain yang lebih baik.
 
(3) Anda selalu sakit Cuba perhatikan jadual kerja dan kedatangan anda. Adakah anda dapati dalam seminggu, terdapat sekurang-kurangnya sehari (atau lebih) anda ambil cuti sakit. Kenapa begitu mudah anda jatuh sakit?
 
Adakah mungkin sebab anda terlalu stress dengan pekerjaan anda sekarang? Stres dengan kerja boleh jadi disebabkan oleh beberapa perkara antaranya
i. Beban kerja yang terlalu banyak dan memenatkan
ii. Diberi tugasan yang anda tak mampu untuk lakukan
iii. Suasana tempat kerja yang toksik
iv. Politik tempat kerja
v. Layanan yang tak adil
vi. Tiada jaminan kerja akan bertahan
vii. Masa kerja yang terlalu panjang
 
Stress ini sebenarnya bagus ataupun tidak?
Kalau ikut pembacaan yang saya buat, stress ini sebenarnya ada dua. Stress yang bagus dan stress yang tak bagus, iaitu stress yang kronik.
 
Stress ini sebenarnya adalah satu cara bagaimana badan dan otak kita memberi respons dan bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan atau perkara-perkara yang berlaku disekeliling atau kepada diri kita.
 
Kita dijadualkan untuk membuat pembentangan kertas kerja untuk dapatkan dana bagi projek tertentu. Kita rasa stress sebabnya kejayaan projek tersebut bergantung kepada pembentangan yang bakal kita lakukan. Lalu kitapun tumpukan seluruh tenaga, fokus dan berlatih hingga lancar sebelum hari pembentangan.
 
Itukan stress yang bagus.
Kalau orang yang tak stress, dia mungkin akan buat tugasan tersebut secara sambil lewa.
Macam zaman-zaman belajar dekat universiti dulu. Bila kena buat presentation, mesti akan ada kumpulan atau individu yang buat kerja secara ala kadar, sekadar nak buat cukup syarat sahaja. Kita ni, bila dapat tugasan, kita jadi stress sebab nak buat yang terbaik.
 
Ada orang, semakin dia diberi tekanan, semakin dia stress, semakin cantik hasil kerjanya. Orang kata, “I can perform well under pressure…” 
Tapi bukan semua orang ada kualiti sebegitu. Ada yang tak boleh kena push, ini akan buatkan dia rasa sangat tertekan dan tak boleh buat kerja. Anda dalam kategori yang mana satu?
 
Satu lagi contoh stress yang saya kira sebagai stress yang baik.
Kita sedang berjalan ditaman. Tiba-tiba kita ternampak ada basikal yang dikayuh agak laju sedang menuju kearah kita. Badan kita memberi respons dan akhirnya kita berjaya mengelak basikal tersebut. Rupa-rupanya orang yang kayuh basikal tersebut hilang kawalan disebabkan masalah brek pada basikal.
 
Disebabkan adanya stress, kita mampu mengelak dan terselamat dari dilanggar.

Sudah tentu, stress yang kita cuba nak elakkan adalah stress dalam kategori kronik. Stress yang dalam kategori kronik ini biasanya berpunca daripada masalah-masalah seperti
i. Masalah kewangan
ii. Masalah kesihatan yang berpanjangan
iii. Masalah keluarga
iv. Menggalas tanggungjawab yang terlalu besar
 
Stress yang dalam kategori kronik ini juga adakalanya bersifat long term. Orang yang melaluinya, akan merasakan seolah-olah tak ada jalan keluar untuk masalah yang dia hadapi.
 
Stress dalam kategori ini, bukan sahaja akan menjejaskan prestasi kerja anda, malahan ia juga boleh membuatkan anda mudah untuk mendapat penyakit. Antara penyakit yang biasa dihidapi oleh orang yang selalu stress atau menghadapi stress yang terlalu kerap adalah seperti
1. Masalah depression dan gangguan kesihatan mental
 
2. Insomnia
Anda sukar untuk tidur malam. Sepanjang malam anda hanya mampu baring tapi tak dapat melelapkan mata. Bila tak tidur sepanjang malam, anda jadi tak bertenaga untuk keluar bekerja.
 
3. Penyakit kardiovaskular
Jantung anda berdegup laju setiap masa dan ini tak baik bagi kesihatan anda untuk jangka masa panjang.
 
4. Demam
Stress boleh menyebabkan imunisasi seseorang menjadi lemah dan mengakibatkan dia mudah untuk jatuh sakit, demam dan selsema.
 
5. Penyakit berkaitan gastrointestinal
Contohnya seperti cirit-birit, gastrik dan sebagainya.
 
6. Sakit pada bahagian tertentu anggota badan
Anda mudah kena migrain ataupun sakit belakang. Ini berlaku disebabkan otot pada badan anda yang menjadi tegang.
 
7. Obesiti
Ada individu yang melawan stress dengan cara banyak makan dan bagi yang bukan Muslim, mungkin akan ambil alkohol. Setiap kali rasa stress, akan makan. Lama-kelamaan berat badan pun makin bertambah dan mula terdedah kepada penyakit lain.
 
Adakah berbaloi untuk terus bekerja ditempat yang sama, jika anda sudah benar-benar yakin dan pasti, bahawa tempat kerja anda sekarang ini menjadi punca kenapa anda selalu rasa stress.
 
(4) Setiap hari yang anda lalui terasa seperti hari isnin Orang putih kata Monday Blues.
 
Ok… kalau monday blues tu anda rasai pada hari isnin, dan hanya pada hari Isnin sahaja, itu normal. Tapi kalau tiap-tiap hari asyik rasa monday blues, ini satu masalah yang serius tau.
 
Setiap kali nak pergi kerja, anda akan cuba berlengah-lengah. Sampai satu tahap, anda akan mula masuk kerja lewat. Anda mula salahkan traffic jam, ataupun kesesakan di stesen LRT. Atau apa-apa sahaja yang anda boleh jadikan sebagai alasan. Kemudian, masalah datang lewat ini mula jadi satu habit.
 
Sebenarnya, anda dah tak ada hati dengan kerja tersebut. Saya tertanya-tanya juga, kenapa nak paksa diri? Kenapa masih nak cuba bertahan dengan pekerjaan yang anda tak ada hati dan tak rela untuk lakukan?
 
Itu belum lagi kita cerita bab prestasi kerja. Biasanya mesti hancur. Buat kerja pun tak sempurna.
Kenapa tidak, anda pilih satu kerja yang mana anda rasa bersemangat untuk datang kerja. Kerja dalam satu bidang yang memang betul-betul passion anda.
 
Bila tiba hari Jumaat, anda rasa tak sabar nak tunggu kedatangan hari Isnin.
Anda rasa seronok nak mulakan kerja dan selalu datang awal ke tempat kerja.
Andai kata kena kerja lebih masa, atau perlu bekerja sewaktu cuti umum, anda tak ada masalah untuk lakukannya.
 
Persoalannya, ada tak kerja yang menepati ciri ini? Cuba fikirkan.
 
(5) Berlaku perubahan dari segi komitmen Berhenti kerja bukanlah satu perkara yang berdosa atau sesuatu yang hina.
 
Saya tak pasti sama ada perkara ini berlaku atau pernah berlaku kepada anda atau tidak. Ada majikan yang suka buat pekerja rasa serba salah atau rasa bersalah sebab nak berhenti kerja.
 
“Kalau awak berhenti kerja sekarang, siapalah yang akan tolong saya. Awak je yang betul-betul faham macam mana cara kerja kita… Kalau boleh tunggulah sampai saya dapat cari pengganti awak…”
Akhirnya kita pun tunda hasrat untuk kita berhenti kerja, tapi anehnya tak ada pun usaha dari pihak syarikat mencari pekerja baru untuk ambil alih kerja kita?
 
Bila kita tanya kepada majikan, kenapa tak ambil pekerja baru? Jawapannya ialah syarikat tak mempunyai bajet untuk ambil pekerja baru. Ahh… sudah…
 
“Boleh tak sebelum awak nak berhenti kerja, awak cari dan latih dulu pengganti yang boleh ambil alih kerja-kerja yang awak sedang buat sekarang ini?”
Sekejap. Adakah mencari pekerja baru dan melatih pekerja tersebut untuk berkhidmat dengan syarikat adalah tanggungjawab anda?
 
Realitinya, ada ramai pekerja yang sudah beberapa kali berhenti kerja dan tukar kerja lain. Ini adalah sesuatu yang normal. Kerja pertama selalunya agak jarang dapat memberikan pendapatan yang mencukupi untuk keperluan hidup kita.
 
Kerja pertama saya, selepas habis SPM adalah sebagai seorang pembantu jualan di sebuah kedai baju dengan bayaran gaji RM4 sejam. Kebetulan pada waktu tersebut saya mempunyai masa terluang dan tak ada sebarang aktiviti untuk dilakukan. Jadi saya ambil keputusan untuk bekerja di kedai tersebut.
 
Kemudian, selepas 6 bulan, saya buat keputusan untuk berhenti kerja dan sambung belajar. Pada waktu tu, prioriti saya bukannya pada kerja, tetapi kepada pelajaran.
 
Perubahan dari segi komitmen pasti akan berlaku dalam hidup anda.
Satu masa, ketika anda masih single, anda hanya perlu fikirkan tentang diri anda sahaja.
Kemudian, sampai masa anda mendirikan rumah tangga, komitmen kewangan anda bertambah.
Tak lama lepas itu, anda dikurniakan cahaya mata, dan sudah tentu akan ada lagi pertambahan dari segi perbelanjaan.
 
Perubahan-perubahan ini kebiasaannya akan datang bersama-sama dengan kos tertentu. Jika anda tak menerima kenaikkan gaji, besar kemungkinan anda tak akan dapat meneruskan kehidupan dengan selesa.
 
Pada ketika ini, saya kira langkah yang realistik adalah cari kerja lain yang boleh berikan pendapatan yang lebih tinggi. Tapi kalau syarikat tempat anda berkhidmat, boleh memberikan tawaran kenaikkan gaji yang lebih baik, mungkin boleh pertimbangkan dulu tawaran tersebut.
 
(6) Anda sudah tidak peduli tentang apa yang bakal berlaku pada syarikat dan pada diri anda Anda seolah-olah bekerja seperti sebuah drone.
 

Anda hanya ikut sahaja, sebarang arahan yang diberikan. Apa yang disuruh, buat aje tanpa banyak soal. Anda dah tak kisah dan dah tak peduli apa yang bakal terjadi seterusnya. Anda bekerja seperti sebuah robot yang tak berperasaan.
 
Baik atau buruk sesuatu tugasan tidak lagi dipedulikan. Janji cukup bulan dapat gaji. Apa nak jadi… jadilah.
 
Seronok ke hidup seperti itu? Nampak seperti orang yang tak ada matlamat dalam hidup. Hakikatnya, kita adalah manusia. Kita tahu apa yang baik dan apa yang buruk. Ada nilai-nilai kehidupan dan kemanusiaan yang kita pegang. Tak mungkin kita boleh diam sahaja jika syarikat tempat kita berkhidmat buat benda yang salah.
 
Jika syarikat terlibat dengan aktiviti jenayah, tak kan nak support jugak?
 
Kadang-kadang tekanan dan cabaran hidup yang kita lalui, mengubah diri kita jadi individu yang bersikap “Yes sir” sama ada dalam keadaan kita sedar, atau tanpa kita sedar. Kita jadi terlalu takut untuk berbeza pandangan dengan orang atasan, atau mencuba sesuatu yang baru kerana bimbang akan kehilangan pekerjaan tersebut.
 
Jika ini berterusan, lama-kelamaan, individu yang sebelum ini cekap, seorang pemikir yang hebat, juga boleh bertukar menjadi seorang yang pekerja yang lembab dan lemah.
 
Anda datang ke tempat kerja tanpa mengetahui apa sebenarnya yang anda sedang lakukan atau apa sebenarnya yang anda akan lakukan pada hari tersebut. Apa yang penting, anda perlu hadir ke tempat kerja pada hari tersebut. Soal prestasi kerja, itu belakang kira.
 
Jika bos meminta anda untuk menyenaraikan target ataupun goal untuk hari tersebut, anda jadi blur. Err… saya pun tak pasti, apa yang saya nak capai pada hari ini… Boleh ke kata begitu?
 
Apa dah jadi? Anda seolah-olah tak tau apa sebenarnya peranan dan tugas anda di syarikat tersebut. Benda ini bukan rekaan dan kejadian tersebut memang betul-betul pernah berlaku depan mata saya. Saya sendiri hampir-hampir jadi seperti itu, kalau saya tak cepat-cepat ambil keputusan untuk berhenti dan tinggalkan tempat tersebut.
 
Bila difikirkan semula, mungkin benda ini berlaku sedemikian sebab kami dapat bos yang suka tinggikan suara, suka maki hamun, dan suka beri arahan yang tak kena dengan kepakaran kita. Bila kita selalu disuruh lakukan perkara yang kita tak tahu, lama-kelamaan kita sendiri akan mula rasa betapa bodoh dan tak bergunanya diri kita ini. Tapi saya tak salahkan bos tersebut, sebab sekurang-kurangnya dia pernah berikan saya pengalaman yang berharga.
 
Jadi saya salahkan diri saya sendiri, kerana tak teliti dan tak berhati-hati semasa memilih tempat kerja. Kemudian, bila dah tahu culture tempat kerja yang agak toksik seperti itu, saya masih lagi tak cukup keberanian untuk angkat kaki dan cari kerja ditempat lain.
 
(7) Anda ingin menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi Jika anda ada peluang untuk sambung belajar, dan pada masa yang sama, anda juga mempunyai dana atau peruntukkan untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, saya berpendapat anda memang patut lakukannya.
 
Sambung belajar, bermakna anda sedang berusaha untuk upgrade ilmu, dan akan meningkatkan nilai anda dalam pasaran kerja kepada satu angka yang lebih tinggi lagi.
 
Diluar sana, ada banyak orang yang mengimpikan untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Tapi apakan daya, mereka bukannya tak mahu, tapi tak mampu.
 
Namun, jika anda ada kemampuan untuk sambung belajar, maka kejarlah impian anda.
 
(8) Kehidupan anda tiada lagi istilah work-life balance Konsep work-life balance.
Adakah hanya satu teori semata-mata atau ia sebenarnya memang betul-betul boleh dicapai?
 
Hidup kita bukannya berkisar tentang tempat kita bekerja sahaja. Kita ada kehidupan lain.
Memang betul, ditempat kerja, anda mungkin seorang executive, manager, atau mungkin seorang director.
 
Tapi apabila diluar waktu bekerja, anda ada kehidupan lain. Anda mungkin seorang suami, isteri, bapa, ibu, anak, atau mungkin seorang sahabat yang sangat menyayangi persahabatan anda.
 
Bagaimana kalau satu hari nanti, anda dapati, anda tak mampu untuk menjalankan tanggungjawab anda sebagai seorang isteri, atau suami, atau bapa, atau ibu dan sebagainya, atas alasan anda sibuk dengan kerja! 
 
Sedikit demi sedikit, kehidupan anda mula jadi tak seimbang dan lebih tertumpu kepada kerja semata-mata. Anda mula membawa pulang kerja-kerja yang tak sempat disiapkan dipejabat.
 
Saya bukannya bercakap tentang mereka yang bekerja dari rumah. In fact, mereka yang sekarang ini bekerja dari rumah, sebenarnya mempunyai masa kerja yang ditetapkan. Anda sepatutnya lebih cekap mengurus masa, supaya dapat habiskan kerja atau berhenti buat kerja setelah tamat masa bekerja yang sepatutnya.
 
Kita sambung mengenai work-life balance ini.
Anda merasakan setiap masa adalah masa untuk bekerja. Bos anda boleh call anda pada bila-bila masa, sama ada ketika anda sedang sakit, sedang bersama keluarga di hujung minggu ataupun semasa anda sedang bercuti.
 
Mungkin untuk setengah orang yang tak kisah dengan cara kerja seperti ini, ia bukannya satu isu yang besar. Namun, berapa ramai orang yang boleh terima kehidupan seperti ini? Masa cuti adalah masa untuk personal. Bukannya masa untuk fikirkan masalah dan hal-hal syarikat.
 
(9) Kerja dan apa-apa yang berkaitan dengan pekerjaan anda terasa sangat membosankan Bercakap sahaja tentang kerja, tak ada benda lain yang anda fikir, melainkan anda merasa betapa bosannya pekerjaan anda sekarang. Anda pasti tak mahu mensia-siakan masa muda anda dengan melakukan perkara yang sama setiap hari.
 
Masalah bukan pada melakukan perkara yang sama, sebaliknya apa yang jadi masalah ialah, anda melakukan perkara sama yang anda tak suka setiap hari. Pada saya, tak ada masalah kalau anda asyik buat benda yang sama, asalkan anda memang seronok dan sukakan pekerjaan anda sekarang.
 
Adakah satu masa dulu, anda memang merancang untuk stuck pada pekerjaan yang anda tak suka, ataupun anda ingin melalui kehidupan alam pekerjaan dalam suasana yang lebih mencabar dan menyeronokkan hari-hari anda? Fikirkan. Jika pekerjaan anda sekarang tak mampu untuk memberi keseronokkan tersebut, mungkin dah sampai masa untuk move on.
 
(10) Anda mempunyai side income yang lebih daripada mencukupi dan terus bertambah Saya rasa dalam banyak-banyak sebab yang saya dah senaraikan, ini merupakan sebab yang paling munasabah untuk anda buat keputusan berhenti kerja. Jika anda mempunyai pendapatan lain yang lebih baik dan lebih besar berbanding pendapatan yang anda nikmati sekarang, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk berhenti kerja.
 
Apa nak buat lepas dah berhenti kerja?
Sebenarnya bila anda dah berhenti kerja, anda akan ada masa terluang sebanyak 8 ke 10 jam setiap hari, yang mana selama ini anda peruntukkan masa tersebut untuk perjalanan pergi ke tempat kerja, bekerja dan seterusnya balik ke rumah. Masa yang terluang ini sepatutnya anda boleh gunakan untuk sesuatu yang lebih produktif.
 
Anda boleh fokus pada aktiviti yang membantu anda menghasilkan lebih banyak pendapatan menerusi bisnes yang anda jalankan secara sampingan sebelum ini. Bezanya, kali ini anda boleh jadikan ia sebagai aktiviti utama dan kembangkan lagi pendapatan dari situ.
 
Tapi saya belum ada kerja atau bisnes sambilan… macam mana nak berhenti kerja?
Sesetengah orang memang tak pernah fikir untuk wujudkan sumber pendapatan kedua, ketiga dan seterusnya. Sebaliknya, dia hanya fokus pada pekerjaan yang dia ada semata-mata.
 
Ketika semuanya berada dalam keadaan baik, suasana kerja bagus, rakan sepejabat juga sangat sporting, memang kita rasa tak ada keperluan untuk berhenti kerja, atau memikirkan untuk mencari pendapatan lain. Kita sangka, semuanya akan kekal sampai bila-bila.
 
Tapi hakikatnya tak begitu.
Perubahan akan sentiasa berlaku.
Rakan sejawat yang sebelum ini sangat membantu, akan ada yang berhenti kerja, dinaikkan pangkat, bertukar jabatan dan sebagainya.
Ketua yang selama ini menjaga kebajikan staf, ditukar dengan orang lain, dan digantikan dengan seseorang yang sangat berbeza dari segi personaliti.
 
Oleh yang demikian, saya amat-amat menggalakkan semua orang untuk mempunyai kerja sampingan dan mempunyai sumber pendapatan kedua. Anda tak ada idea, nak mulakan bisnes yang bagaimana? Tak ada masalah, saya boleh berikan beberapa cadangan.
 
(1) Bisnes rumah sewa
Individu yang kumpul duit sejak dari bulan pertama dia dapat gaji, dengan matlamat untuk beli rumah bagi dijadikan rumah pelaburan, adalah individu yang sangat bijak dan bertuah.
 
Kebanyakkan orang, bila dapat gaji yang pertama, mereka lebih utamakan matlamat untuk beli kereta idaman, berbanding beli rumah untuk pelaburan. Tapi anda adalah dalam kategori luar biasa. Anda beli rumah, dan seterusnya anda jadikan rumah tersebut sebagai rumah sewa, yang mana rumah tersebut akhirnya menyumbangkan pendapatan pasif kepada anda setiap bulan.
 
Apabila anda sudah berpengalaman dalam selok-belok pelaburan hartanah dan menjadi tuan rumah, anda mula tambahkan lagi unit rumah untuk dijadikan rumah sewa.
 
Tak semestinya anda perlu beli kesemua unit rumah yang anda ingin sewakan. Boleh juga anda gunakan kaedah sublet dalam menjalankan bisnes rumah sewa ini.
Baca juga buku berjudul: Buat untung dengan Rumah Sewa
 
Bila anda dah berhenti kerja nanti, dan anda sudah ada banyak masa, bolehlah gunakan masa tersebut untuk tambahkan lagi unit rumah sewa anda. Pada masa yang sama, anda juga boleh fokus untuk terus tambahkan jumlah hartanah yang anda miliki lepas dah berhenti kerja.
 
(2) Buat duit dengan memulakan perniagaan sampingan 
Bila anda ada masa lapang atau ketika cuti, anda boleh memulakan perniagaan anda sendiri. Sama ada perniagaan runcit, dobi atau apa-apa sahaja, yang boleh membuahkan hasil dan ada potensi untuk jadi makin berkembang.
[Idea bisnes dan contoh kertas kerja perniagaan]
 
Sesetengah orang rasa agak takut dan janggal dengan istilah “memulakan perniagaan“. Nak buat bisnes? Mana ada modal. Kalau nak buat bisnes kena ada modal ribu-ribu ringgit.
 
Memang betul. Kena ada modal yang sangat banyak. Itupun kalau anda bayangkan bisnes yang mempunyai premis perniagaan, bisnes kiosk di shopping mall terkemuka, buka kedai shoplot dan sebagainya. Kalau anda bayangkan hal-hal seperti ini, anda memang perlukan modal yang besar.
 
Tapi sebenarnya, dalam bisnes perkara yang paling utama adalah membuat jualan. Ya betul, buat sales!
Apalah gunanya ada premis perniagaan yang gah, kalau tak pandai buat jualan. Shopping mall paling besar dan gempak pun boleh tutup, kalau pemiliknya tak pandai buat jualan.
 
Jadi beginilah. Sebelum anda sibuk berfikir tentang modal, apa kata anda mahirkan dulu dengan skil dan teknik-teknik membuat jualan. Kalau anda tak tahu nak mula dari mana, saya syorkan mula dengan membaca buku berjudul The Psychology of Selling yang ditulis oleh Brian Tracy.
Baca: Review buku Psikologi Menjual oleh Brian Tracy
 
(3) Pendapatan dari program affiliate
Program affiliate juga sebenarnya ada potensi untuk menggantikan pendapatan utama anda. Anda cuma kena tahu, program affiliate mana satu yang betul-betul berbaloi untuk disertai. Diluar sana terdapat banyak program affiliate yang bagus-bagus yang anda boleh sertai.
 
Antara yang saya boleh cadangkan adalah seperti berikut.

1. Program Affiliate Lazada
2. Program Affiliate Shopee
3. Program Affiliate Klikjer
4. Program Affiliate Involve Asia
5. Program Affiliate Accesstrade
6. Program Consumerchant PG Mall
 
Adakah anda masih agak baru dan kurang familiar dengan konsep program affiliate? Jangan risau, sebabnya saya pernah tulis mengenai program affiliate sebelum ini. Boleh baca artikel yang saya pernah tulis sebelum ini dan kalau anda ada sebarang soalan, boleh tanyakan pada saya.
Baca juga: Apa itu program affiliate marketing?
 
Program affiliate ini biasanya orang panggil dengan istilah buat bisnes tanpa modal. Asalkan anda ada usaha dan kemahuan untuk berjaya, In Shaa Allah anda juga boleh buat duit melalui kaedah ini.
 
(5) Pendapatan dari bisnes dropship
Satu lagi kaedah bisnes yang anda boleh mulakan pada hari ini juga adalah kaedah dropshipping. Bisnes gaya dropship ini juga rendah risiko dan amat sesuai untuk individu yang baru nak mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
 
(6) Pendapatan dari bisnes network marketing
Bisnes networking atau kadang-kadang disebut juga sebagai bisnes MLM sebenarnya ada kelebihannya yang tersendiri. Saya boleh katakan yang bisnes MLM ini adalah suatu bentuk bisnes yang rendah dari segi risikonya namun ia boleh memberikan pulangan yang baik.
 
Cabaran dalam bisnes network marketing ini, boleh jadi adalah untuk meyakinkan orang ramai bahawa bisnes ini adalah bisnes yang sah, boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, dan ia sebenarnya sangat mudah untuk dijalankan.
 
(7) Pendapatan dari aktiviti trading
Trading disini saya merujuk kepada aktiviti trading saham, matawang kripto ataupun mungkin Forex. Memandangkan terdapat fatwa yang mengharamkan orang Islam untuk trade Forex, jadi ada baiknya kita jauhkan diri dari terlibat dengan aktiviti trading forex.
 
Kita fokus sahaja kepada trading saham dan juga cryptocurrency.

Jika anda berminat untuk mula menjadi pedagang matawang kripto, boleh bermula dengan membuka akaun menerusi Luno. Boleh daftar akaun disini.
 
Aktiviti perdangangan matawang kripto dan juga saham, adalah aktiviti yang tinggi risikonya. Anda berisiko untuk kehilangan semua duit modal anda jika tersalah membuat keputusan pelaburan. Dalam masa yang sama, anda juga berpotensi untuk menjana keuntungan yang sangat besar dalam pelaburan ini.
 
Apa yang penting, anda perlu ada ilmu yang betul sebelum terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan yang berisiko tinggi seperti ini.
 
Penutup Apapun keputusan anda, utamakan diri anda, utamakan kesihatan dan sayangi diri anda sendiri. Orang lain boleh bagi pandangan, cadangan atau mungkin mengkritik tindakan anda. Tak pelik kalau ada yang kata, anda tak bersyukur… dah dapat kerja yang bagus, yang susah nak dapat, senang-senang pula berhenti kerja.
 
Sudah tentu dia tak tahu apa situasi anda.
Apa kerenah yang anda perlu lalui, dan betapa stressnya hari-hari yang perlu anda lalui.
 
Pada satu hari nanti, setiap orang pasti akan meninggalkan syarikat tempat mereka berkhidmat sekarang. Sama ada mereka meninggalkan syarikat tersebut atas sebab yang baik mahupun yang sebaliknya. Sebab-sebab yang baik ni misalnya sebab anda dah tak perlukan lagi pekerjaan tersebut, anda ada peluang kerja yang lebih baik, ataupun anda ingin mengusahakan perniagaan anda sendiri.
 
Manakala sebab yang kurang baik ialah seperti anda kena pecat, anda terlalu tua untuk diterima terus bekerja, anda ditawarkan skim VSS ataupun diberikan redundancy letter.
 
Buat persediaan dan persiapan dari awal. Wujudkan back up plan dan juga sumber pendapatan kedua. Bila sampai masa untuk anda tinggalkan syarikat anda bekerja sekarang ni, anda dapat lakukannya dengan penuh yakin dan tak perlu takut kehilangan sumber pendapatan.
 
Dari senaraian yang saya sediakan ni, adakah mana-mana satu yang menepati situasi anda sekarang?
 
 
 
The post 10 Sebab munasabah kenapa anda patut berhenti kerja sekarang appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/10-sebab-munasabah-kenapa-anda-patut-berhenti-kerja-sekarang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Contoh Surat Berhenti Kerja

Contoh Surat Berhenti Kerja

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 235 hits
Original Content Berhenti kerja bukanlah suatu perkara yang buruk ataupun pengakhiran hidup Ia boleh jadi perkara yang lebih baik disebabkan perletakan jawatan di tempat lama dan mendapat kerja baru yang lebih baik dari segi ekonomi dan per...
Layak Kah Kerajaan Sekarang Bercakap Tentang Kejujuran

Layak Kah Kerajaan Sekarang Bercakap Tentang Kejujuran

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 160 hits
Layakkah bercakap tentang lawan korup Layakkah bercakap tentang ketelusan Layakkah bercakap tentang demi rakyat Layakkah nanti bercakap tentang tidak campurtangan mahkamah
Pm10 Jangan Gopoh Kerana Saya Sekarang Menteri Kewangan Fail Ada Pada Saya

Pm10 Jangan Gopoh Kerana Saya Sekarang Menteri Kewangan Fail Ada Pada Saya

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 98 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar kerajaan berhubung isu dana RM600 bilion yang didakwa diseleweng kerajaan di bawah pentadbiran Pengerusi Perikatan Nasional itu sebelum ini Perdana Menteri...
Barang Pc Dan Gadget Apa Yang Best Sekarang Jom Sembang

Barang Pc Dan Gadget Apa Yang Best Sekarang Jom Sembang

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 193 hits
Link ke Sheets Barang Yang Ditanya https docs google com spreadsheets d 1 V21TF4JkGYADYGBFFyQ 6vyURSN208cbMJINveo6FY edit usp sharing
Dari Januari Maret Angka Kecelakaan Kerja Di Jakarta Cetak 61 805 Kasus

Dari Januari Maret Angka Kecelakaan Kerja Di Jakarta Cetak 61 805 Kasus

papar berkaitan - pada 19/11/2022 - jumlah : 98 hits
Dari Januari Maret Angka Kecelakaan Kerja di Jakarta Cetak 61 805 kasus BPJS Ketenagakerjaan Kantor Wilayah DKI Jakarta mencatat sepanjang Januari hingga Maret 2022 terjadi 61 805 kasus kecelakaan kerja dan mayoritas dialami pekerja usia 20...
Terkini Jawatan Kosong Di Jabatan Kerja Raya Ambilan November 2022 Mohon Segera

Terkini Jawatan Kosong Di Jabatan Kerja Raya Ambilan November 2022 Mohon Segera

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 222 hits
Terkini Jawatan Kosong Di Jabatan Kerja Raya Ambilan November 2022 Mohon Segera Info terkini tawaran jawatan kosong yang telah dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia bagi tahun 2022 Permohonan jawatan kosong boleh dimohon dengan segera dan h...
Langsung Agenda Awani Cabaran Ekonomi 2023 Mula Kerja Bina Semula Keyakinan 25 Nov 2022

Langsung Agenda Awani Cabaran Ekonomi 2023 Mula Kerja Bina Semula Keyakinan 25 Nov 2022

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 217 hits
Selepas pelantikan Perdana Menteri ke 10 sekarang masanya untuk fokus mula kerja dan bina semula keyakinan terhadap negara dalam mendepani cabaran ekonomi 2023 PilihanMalaysia AgendaAWANI SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c as...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada

Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan