10 Sebab Mengapa Doa Tidak Termakbul


10 Sebab Mengapa Doa Tidak Termakbul. Dahulu pada abad ke- 8 Masihi, hiduplah seorang ulama Sufi yang terkenal sangat alim. Kerana sangat tinggi ilmu agamanya, banyak ucapannya yang mengandungi mutiara hikmat.

Pada suatu hari, beliau berkunjung ke negeri Basrah dan setibanya di sana, beliau ditanya dari sebahagian besar penduduk negeri tersebut tentang sebab mengapa doanya tidak termakbul.


Jangan sombong kepada Allah. Bila kamu hendakkan sesuatu melalui doa-doamu, lakukanlah dahulu, ubahlah caramu, bersikap selayaknya dengan doa-doa yang kamu layangkan. Contohnya kamu minta kekayaan, tetapi sudahkah kamu memberi dahulu? Berilah dahulu, insyaa Allah.., kekayaan yang dimnita akan datang dari sudut yang tak disangka-sangka.

Kita hanya sekecil zarah, yang berteduh di bawah langit Allah, dan berpijak di tanah milik Allah.   
10 Sebab Mengapa Doa Tidak Termakbul
Ibrahim bin Adham memberikan penjelasan, bahawa antara sebab doa tidak terkabul adalah kerana:

1. Kamu akui mengenal Allah, namun hak- hak- Nya tidak kamu penuhi. Maksudnya setiap nikmat yang diberikan kepadamu, kamu tidak mau mensyukurinya, bahkan kamu ingkari adanya dan kamu lupakan Dia.

2. Kamu baca Al- Qur’an berulang kali, namun isi yang terkandung di dalamnya tidak kamu amalkan.

Maksudnya, Al- Qur’an hanya untuk bacaan belaka, dibuat hiasan di rumah dan untuk dipertandingkan. Tetapi isinya tidak dipelajari untuk diterapkan di dalam kehidupannya.

3. Kamu akui cinta Rasulullah SAW, namun nasihat- nasihatnya tidak kamu jalankan.

Maksudnya, beliau sering menunjukkan jalan yang lurus dan jalan yang sesat. Tetapi kebanyakan mereka menempuh jalan yang sesat.

4. Kamu akui syetan itu adalah musuh manusia yang nyata, namun kamu telah patuh kepadanya.

Maksudnya, manusia sering kali memperturutkan kehendak hawa nafsunya. Padahal yang demikian itu sama halnya dengan memperturutkan perilaku syaitan.

5. Kamu sering kali berdoa mohon dihindarkan dari seksa api neraka, namun kaku jerumuskan dirimu ke dalamnya dengan banyak berbuat dosa dan maksiat.

Maksudnya, manusia yang menginginkan dirinya terhindar dari seksa neraka maka hendaklah ia menjauhi perbuatan dosa. Sebab bila ia menjalani perbuatan dosa, maka sama halnya mencampakkan dirinya ke dalam neraka.

6. Kamu sering kali berdoa mohon supaya boleh masuk syurga, namun kamu tidak mahu beramal baik untuknya.

Maksudnya, semua manusia tentunya ingin hidup senang di syurga, tetapi kebanyakan mereka enggan berbuat baik untuk mendapatkan syurga itu.

7. Kamu percayai kematian itu pasti datang, namun kamu tidak mahu mempersiapkan diri menghadapi kematian.

Maksudnya, semua manusia telah menyedari bahawa hidup di dunia bersifat sementara, sedangkan hidup di akhirat itu kekal abadi. Tetapi kebanyakan mereka lupa akan hal itu, sehingga sering kali berbuat dosa.

8. Kamu sering sibuk mengurus aib orang lain, namun aibmu sendiri kamu lupakan.

9. Kamu makan rezeki dari pemberian Allah, namun kamu tidak mahu mensyukuri pemberian itu.

Maksudnya, kamu diberikan kesenangan, kekayaan tetapi kamu tidak bersyukur. Kamu tidak memberi balik kepada orang yang memerlukan.

10. Kamu kuburkan orang yang meninggal dunia, namun kamu tidak mahu mengambil pelajaran dari peristiwa itu.

Maksudnya, sebenarnya manusia bila menghantarkan jenazah ke kubur itu dapat mengambil pelajaran, bahawa hari ini aku yang menghantarkan, tetapi esok aku yang dihantarkan. Dari itu, aku harus mempersiapkan diri untuk menghadapi kematian dengan memperbanyak amal kebajikan.

Demikian di antara 10 macam sebab tertolaknya suatu doa menurut penjelasan Ibrahim bin Adham kepada orang- orang Basrah. Yang mana bila doa tidak mendapat pengabulan, maka janganlah menyalahkan Allah, melainkan semaklah diri kita sendiri, sudahkah kita berdoa dengan cara-cara dan adab berdoa yang telah dijelaskan seperti di atas?

Tuhan tidak akan mengingkari janji- Nya, sebagaimana tertulis dalam firman-Nya :

”... UD’ UUNII ASTAJIB LAKUM ...”
Ertinya :

”Berdoalah kamu kepada- Ku, nescaya Aku kabulkan doamu.” (Surat Al- Mukmin; ayat 60)

Begitulah sebab musabab mengapa doa tidak dimakbulkan oleh Allah SWT. Jika kita hendakkan sesuatu mengikut permohonan dan kehendak kita, kita mestilah berkelakuan dan mempersiapkan diri untuk menerima doa-doa kita dimakbulkan. Berbuat baik, Allah akan balas baik juga, berdoa mohon macam-macam.., maka kita kena lakukan dulu macam-macam suruhan Allah bersandarkan al Quran & hadis.

Doa adalah harapan...
Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2016/12/10-sebab-mengapa-doa-tidak-termakbul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Contoh Doa Makan Kristen Untuk Berbagai Acara

3 Contoh Doa Makan Kristen Untuk Berbagai Acara

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 162 hits
doa kamu bisa blending dengan acara dan para tamu yang hadir
10 Himpunan Doa Untuk Orang Sakit Dan Hikmah Membacanya

10 Himpunan Doa Untuk Orang Sakit Dan Hikmah Membacanya

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 267 hits
Ucapan atau doa untuk orang sakit memberi makna yang sangat bermakna kepada setiap orang Pada artikel kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan doa untuk orang sakit yang boleh diamalkan untuk memohon kesembuhan segera dari ...
Doa Untuk Rezeki Yang Tidak Disangka Sangka

Doa Untuk Rezeki Yang Tidak Disangka Sangka

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 246 hits
Doa untuk rezeki yang tidak disangka sangka Robbi inni lima anzalta ilayya min khairin fakir Wahai Tuhanku sesungguhnya aku sangat berhajat kpd sebarang rezeki pemberian yg Engkau berikan
Doa Selepas Solat Fardhu Ringkas Yang Boleh Di Amalkan

Doa Selepas Solat Fardhu Ringkas Yang Boleh Di Amalkan

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 369 hits
Doa Selepas Solat merupakan amalan yang penting untuk kita lakukan dalam agama islam Selepas menunaikan solat umat islam dianjurkan untuk berdoa bagi memohon keberkatan keampunan dan petunjuk dari Allah Mungkin diantara kita yang tak tahu d...
Doa Di Pagi Jumaat Yang Damai

Doa Di Pagi Jumaat Yang Damai

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 350 hits
Doa Di Pagi Jumaat Yang Damai Marilah sama sama kita manfaatkan hari Jumaat yang mulia ini dengan amalan yang baik baik Seperti bersedekah bercakap perkara yang baik baik je dan melakukan amalan sunnah yang digalakkan Semoga kita semua terp...
Doa 5 Perkara Paling Penting

Doa 5 Perkara Paling Penting

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 278 hits
DOA 5 PERKARA PALING PENTING Ya Allah ampuni aku rahmati aku berilah petunjuk afiyah dan rezeki kepadaku HR ABU DAUD TARMIZI
Doa Doa Pendek Tetapi Pahalanya Di Luar Jangkaan

Doa Doa Pendek Tetapi Pahalanya Di Luar Jangkaan

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 268 hits
Doa Doa Pendek Tetapi Pahalanya Di Luar Jangkaan Laa Haula Walaa Quwwata Illa Billah doa ini walau panjang atau pendek ia tetap suatu senjata ampuh kita kita semua iaitu orang mukmin Lawanlah dengan musuh atau orang orang zalim dengan doa K...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Iftar Satu Ramadhan

Kampung Kuala Mengkuang Pahat Sejarah Tersendiri Jadi Port Kaki Pancing

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Finalis Piala Malaysia 2024 Sri Pahang Fc Tewas 0 2 Kepada Kuching City Fc Di Temerloh Malam Tadi

Shocking How Quickly Ismail Sabri Became A Suspect Says Pas