10 Resipi Kuih Tradisional Sabah Yang Sedap Dan Terkenal


hi there,  terasa mau makan kuih tradisional yang sedap dan terkenal di Sabah? Nah ini antara 10 jenis kuih tradisional Sabah (beserta resipinya sekali) yang biasa kamu temui dijual sama ada di gerai kuih, tamu mingguan, pasar, atau di kedai-kedai makan.

Ok mungkin kuih tradisional Sabah ini juga ada di tempat lain selain di Sabah, dan mungkin dikenali dengan nama lain. Namun senarai 10 kuih tradisional yang sedap dan terkenal di Sabah yang mrs pip berikan ini adalah antara kuih yang common dikalangan rakyat Sabah.

10 resipi kuih tradisional Sabah yang sedap dan terkenal

1. Kuih Jala Sabah
Kamu ingat ikan saja yang perlu dijala? Haha, kuih pun ada juga yang harus dijala sebelum kamu boleh memakannya. Jadi, perkenalkan kuih jala Sabah. Sama ada bentuk tiga segi seperti kipas ataupun bentuk gulungan panjang, kuih jala ini sedap dimakan bersama kopi O panas

nak buat kuih jala Sabah? pertama, sila pastikan kamu ada daya sabar yang tinggi dan tangan yang pantas melipat / menggulung kuih jala Sabah ini ya

mrs pip suka kuih jala Sabah, tapi hanya tau beli kerana ia jalan pantas untuk makan. Dan memang mrs pip tiada seni untuk buat kuih jala ini ya.


Bahan-Bahan Resipi Kuih Jala Sabah

Tepung beras 2 kg
Gula 1 kgAir secukupnyaMinyak masak secukupnya
untuk 200pcs ( ikut saiz jala yang anda masak )

Cara membuat Resipi Kuih Jala Sabah
1. Ayak tepuk dan gaulkannya bersama gula
2. Masukkan air dan kacau hingga sebati
3. Tuangkan sedikit adunan ke dalam acuan jala
4. Kiraikan adunan ke dalam kuali berisi minyak panas (minyak masak sekadar cukup untuk basahkan kuali atau frying pan tu)
5. Gerakkan acuan sambil diketuk ikut arah jam atau sebaliknya
6. Masak sehingga kekuningan
7. Angkat dan lipat dengan segera

Tips : adunan jangan terlalu cair biarkan ia pekat-pekat macam susu pekat untuk mengelakkan adunan berbola-bola ketika di masak dengan minyak

kuih jala sabah ni, mrs pip pernah tengok makcik mrs pip sendiri buat, fuh memang bersabarlah nak buat ... kena laju pula melipat kuih jala yang siap masak, kalau lambat nanti keras memang habis patah pula kuih jala tu

kuih jala ni kalau yang pandai buat, memang rasanya sedap. makan krup krap krup krap rangup. biasanya kuih jala ni akan terjumpa waktu raya , tapi kalau nak beli kuih jala, di tamu gaya street setiap ahad tu memang ada gerai yang jual. 
Tapi memandangkan kita berdepan dengan serangan Covid-19, dan masih dalam PKP, maka tunggulah sehingga PKP selesai baru kamurang pigi cari kuih jala sabah yang sedap ni di tamu-tamu ok

Sumber: lieyhnm.blogspot.com & akuman999.blogspot.com


2. Kuih Lidah Buaya
Kuih lidah buaya ni rasanya bukan setakat di Sabah jak femes, tempat lain pun femes juga ni rasanya, tapi mungkin dipanggil dengan nama yang lain, cumanya mrs pip kenal kuih ni dengan nama kuih lidah buaya.

kuih lidah buaya ini antara kuih tradisional yang sedap dan mudah ditemui di Sabah. Rasanya crunchy, manis-manis. Tanpa sedar, kamu pasti habiskan satu pek tanpa disedari. Selalu ada dijual di Gaya Street , tamu minggu yang terkenal di KK

Bahan-bahan Resipi Kuih Lidah Buaya

500gm tepung
1 biji telur
2 sudu margerin
sedikit garam
160ml air
**6 sudu tepung jagung**
**6 sudu minyak**


Cara-cara membuat Resipi Kuih Lidah Buaya

1. Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara
2. Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit..& kalau keras, tambah air)3. Uli doh supaya jadi nipis. 4. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai. 5. Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung..sapu rata
6. Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari..untuk mendapat lapisan yang banyak, kena la canai adunan panjang agar gulungannya pun banyak kali
7. Nipis dan tebal terpulang kepada selera masing-masing
8. Tekan sedikit dengan jari agar mudah untuk dicanai9. Amik doh kecil tadi & canai leper
10. Bila dah agak leper, nak canai 2,3 sekali pun boleh.
11. Dah canai tu,susun atas permukaan(seperti atas talam) yang sudah ditabur tepung agar tidak melekat satu sama lain
12. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
13. Goreng hingga kekuningan(api jangan terlalu kuat), toskan minyak & sira @ gaul dengan gula halus.

Sumber: sue-hasue.blogspot.com

3. Resipi Kuih Cincin 
Kuih cincin juga merupakan salah satu kuih tradisional yang sedap dan terkenal di Sabah. Dan kuih cincin paling sedap yang mrs pip pernah makan ialah kuih cincin dari daerah Kota Belud. Kuih cincin ini ada dua versi, satu yang lembut, tebal dan gebu. Satu lagi yang garing, nipis dan sedikit keras

mrs pip lebih suka makan yang sedikit lembut berbanding yang keras. Kalau kamu berjaya beli yang sedap, kamu pasti akan makan tanpa sedar bercincin-cincin kuih cincin tersebut



Bahan-bahan  membuat kuih cincin

300 gram tepung beras
100 gram gula pasir
200 ml air, untuk merebus
150 gram kelapa parut, disangrai
200 gram gula merah
Garam halus secukupnya
Minyak goreng secukupnya

Cara-cara membuat kuih cincin 

1. Didihkan air dan gula merah hingga larut, lalu tuangkan kedalam tepung beras. Kacau menggunakan spatula kemudian menguli
2. Campurkan kelapa parut yang sudah disangrai, gula pasir, dan garam secukup rasa kedalam adunan tepung
3. Kacau adunan hingga sekata dan gula menjadi hancur, kemudian diamkan satu malam4. Keesokan harinya ambil adunan lalu bentuk menjadi bulat dan lubangi empat lubang ditengahnya, terakhir goreng di dalam minyak goreng yang sudah panas hingga matang kecoklatan
5. Angkat, tiris, dan sajikan dengan minuman seperti teh ataupun kopi, selesai

Sumber: borianafoods.com


4. Resipi Penyaram sukatan cawan
Sehingga hari ini, mrs pip belum pernah buat kuih penyaram. Ok, coming soon Insya allah kita buat. Rahsia kuih penyaram sedap dan bentuknya cantik? mengikut tips daripada arwah nenek mrs pip, kuih penyaram akan lebih sedap dan cantik kalau dibancuh semalaman dan digoreng keesokan harinya. Dan mahukan penyaram cantik warnanya, letaklah beberapa titik kicap. 
Yang ini tips ya, mrs pip belum pernah mencuba, jadi nanti kalau sudah dicuba, Insya Allah mrs pip buat review ya mengenai tips untuk mendapatkan penyaram yang cantik

Mungkin penyaram di tempat kamu dipanggil dengan nama yang lain, tapi yang pasti penyaram merupakan antara kuih tradisional yang sedap dan terkenal di Sabah


Bahan-bahan  kuih penyaram sukatan cawan
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
2 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir - boleh kurangkan bila tak suka manis
garam secukupnya

Cara-cara membuat kuih penyaram sukatan cawan

1. mula-mula masak gula merah bersama dengan air hingga gula larut kemudian bila sudah larut ketepikan dan biarkan sejuk.
2. bila sudah sejuk tapiskan air gula dan satukan dengan semua bahan diatas tadi (tepung beras, tepung gandum, gula pasir, dan garam) kemudian kacau hingga sebati dan peram semalaman.
3. esok paginya boleh goreng adunan, gunakan minyak sikit je, untuk menggorengnya sendukan 1 senduk adunan dan goreng ke dalam minyak panas tadi.
4. biarkan adunan masak dari tepi sampai ke tengah kemudian boleh terbalikan, bila sudah masak boleh angkat dan ulangi langkah menggoreng tadi hingga adunan habis.
5. kuih cucur jawa menurut saya paling sedap kalau manis dan bila anda tengok tekstur dalamnya berongga seperti sarang semut. 
Sumber: Facebook ilovesarawak

5. Jelurut
Kuih jelurut ni kuih Sabah kegemaran mrs pip. Kuih ini bukanlah yang common di jual di gerai kuih, tapi boleh ditemui di tamu-tamu minggu. Kuih ini lembut dan sedap. Ada yang jual letak warna hijau, ada yang jual tanpa pewarna hijau

Kalau di tamu Rabu Pekan Membakut, memang ada sorang makcik tu jual jelurut ni sedap. Dan memang akan beli jelurut buatan makcik tu. Sekarang ni tengah PKP kerana Covid-19, maka bertahanlah rasa craving mau  makan jelurut. 

Bahan-bahan  membuat kuih jelurut

500gm tepung beras
1000 ml air santan(guna 200ml santan kotak KARA + 800ml air) kalau nak lemak tambahkan kuantiti santan pekat
secubit garam
250 gm gula apong @gula melaka

Cara-cara membuat kuih jelurut
1. Didihkan air di dalam periuk pengukus dan aturkan kelongsong kedalam bekas secara berdiri supaya mudah untuk menuang adunan kedalam kelongsong.
2. Didihkan air santan, masukkan garam dan gula apong.
3. Masukkan air santan yang sudah mendidih ke dalam tepung yang telah di ayak.
4. Kacau rata, masukkan ke dalam jug supaya mudah menuang adunan kedalam kelongsong. k

p/s: semasa menuang tak perlulah menuang di atas air yg tengah mendidih. tapi selepas habis adunan di tuang ke dalam kelongsong perlu cepat2 simpan ke dalam pengukus.

Sumber: sihzmah-huzaimah.blogspot.com/

6. Kelupis
Kelupis ni mrs pip kenal hanya selepas berkahwin dengan incik suami. Kelupis merupakan kuih yang biasa ditemui sekiranya ada majlis perkahwinan. Ni kiranya makanan WAJIB ada pada kebiasaan majlis perkahwinan di Membakut

Yang ni, mak mertua selalu buat. Jadi kalau mrs pip mau makan kelupis, senang jak, hanya perlu roger-roger my mertuaku sayang :)) ... dan yang pasti, kelupis juga merupakan kuih tradisional yang sedap dan terkenal di Sabah. mrs pip suka makan kelupis bersama kuah kari atau kuah kicap. 

Bahan-bahan  membuat kelupis(untuk menghasilkan kira-kira 100 biji kelupis bersaiz kecil)
Segantang atau 4 kg beras pulut.
Lima biji kelapa tua yang diparut dan diperah santan.
Daun silad atau palas.
Garam.
Kawah untuk memasak santan dan pulut.
Periuk pengukus.

Cara-cara membuat kelupis
1. Masak santan sehingga keluar minyak selama sejam.
2. Masukkan beras pulut, santan dan garam secukup.
3. Selepas setengah jam, pulut dibungkus dengan daun silad atau palas.
4. Kemudian, kukus atau rebus pulut yang sudah dibungkus selama dua jam.
5. Daun silad berubah ke warna gelap menandakan ia sudah masak dan siap untuk dihidangkan

Sumber: www.bharian.com.my/node/171906
7. Kuih Terang Bulan
Kuih terang bulan inti kacang tanah bersama gula. Kuih terang bulan ni pun antara kuih tradisional Sabah yang sedap dan terkenal . Senang jak jumpa kuih ni lagi-lagi kalau waktu tamu minggu. Buat sendiri pun nampak macam senang, tapi mrs pip tak pernah buat lagi, selama ni memang beli ja kalau mau makan


Bahan-bahan membuat kuih terang bulan (Bahan 1)

2 Cawan Tepung Gandum.
4 Sudu Teh Serbuk Penaik.
1/2 Cawan Gula.
1/2 Sudu Teh Garam.

Bahan-bahan  membuat kuih terang bulan (Bahan 2)

1 Cawan Susu Cair,
1 Cawan Air.
1/2 Cawan Minyak.
2 Biji Telur.

Bahan-bahan membuat kuih terang bulan (Bahan 3 : Inti)

1 Cawan Kacang Tanah (Kisar).
1/2 Cawan Gula.

Cara-cara membuat kuih terang bulan
1. Masukkan semua BAHAN 1 ke dalam mangkuk besar. 2. Kemudian masukkan BAHAN 2 dan kacau sebati. 3. Panaskan kuali leper dan letaklan sedikit minyak. 4. Tuangkan secawan adunan tadi dan ratakan. 5. Tabur kacang dan gula. Siap!

Sumber: Kanopi Biru

8. Kuih Bom
Nah, kuih bom yang sticky sikit tapi memang sedap. Tak rugi mencuba untuk makan kuih bom ni kalau kamu datang ke Sabah, tapi ikut nasiblah sedap atau tak sedap.

Kalau kamu jumpa penjual yang memang pandai buat kuih bom, memang nikmat untuk makan lagi dan lagi. Kalau sebaliknya, cukuplah sebiji lepas tu kamu mesti ndak mau makan lagi.

Kuih bom juuga kuih tradisional yang sedap dan terkenal di Sabah, penuh dengan salutan bijan di luar permukaan kulit.


Bahan-bahan membuat kuih bom

1 paket tepung pulut cap 3 gajah (500 gm)
2 sudu makan tepung gandum
secubit garam
2 sudu makan gula pasir
1 cawan air (boleh dikurangkan ikut kesesuaian)

Cara-cara membuat kuih bom

1. Dalam mangkuk atau basin, masukkan gula pasir, garam dan air (masukkan air sedikit demi sedikit untuk memastikan adunan tak terlebih air) kacau dengan sudu hingga gula dan garam hancur
2. Kemudian masukkan tepung pulut dan tepung gandum
3. Uli hingga menjadi doh
p/s ; tujuan gula dimasukkan ke dalam adunan adalah untuk mengelakkan kuih bom meletup semasa menggoreng..(sebab tu kuih ni di panggil kuih bom..hihii)
Bahan-bahan membuat inti
500 gm kacang hijau @ kacang merah (direndam setengah hari sekurang-kurangnya supaya kacang cepat empuk)
Seketul gula melaka
Gula pasir secukupnya (mengikut citarasa masing2)
1 sudu kecil garam
1 sudu besar tepung gandum (tujuannya supaya inti tidak mudah bersepai)
Sehelai daun pandan
Cara-cara membuat inti
1. Rebus kacang hijau bersama daun pandan hingga empuk, masukkan gula melaka, gula pasir, garam dan tepung gandum. Kacau hingga kering...tapi jangan terlalu kering..agak2 inti boleh di kepal boleh la matikan api dapur tu ye..
2. Sejukkan inti, kemudian kepal bulat-bulat sebesar syiling 20 sen lama
3. Ok..dah siap buat kulit dan inti kacang...ambil doh kulit kuih bom tadi.
4. Leperkan kat atas tapak tangan, kemudian letakkan inti yang telah dibulat-bulatkan tadi, tutup inti dengan kulit kuih bom tadi..dan golekkan kuih bom kita tadi tu kat dalam bijan hingga bijan menyaluti semua bahagian kuih bom.
5. Lepas tu boleh la goreng dalam api sederhana besar sehingga kuih menjadi warna keemasan dan terapung dipermukaan minyak..

p/s: goreng dengan minyak yang mencukupi supaya kuih masak sempurna dan tak hangit kat bawah.

Sumber: Facebook 1Sabah

9. Pais Pisang
Pais pisang ni kalau pergi tamu Membakut, memang ramai yang berjualan. Ada pelbagai style dorang punya pais pisang bah. Ada yang guna tepung gandum, tepung beras, ada yang pisang tu kena lecek habis habisan, ada pula yang letak seketul pisang di dalam lipatan tepung ... 
Ada yang sedap rasanya, kau makan satu kau mau lagi dan lagi. Ada yang lembut , manisnya ngam ngam rasa. Ada pula yang hurmmmmm kau baru gigit sekali terus kau buang yang lain pasal keras, masih mentah dan ada pula yang basi! Adeh

Apapun, pais pisang juga dikenali sebagai lepat pisang dan mungkin bukan di Sabah saja ada pais ni kan, tempat lain pun ada juga ni kan ... apapun, pais pisang ni antara kuih tradisional yang sedap dan terkenal di Sabah yang biasa orang berjualan di tamu-tamu atau pasar


Bahan-bahan membuat pais pisang tepung beras
2 cawan pisang lenyek( blend)
2 cawan tepung beras
1 cawan kelapa parut putih
1/2 sudu teh garam
2 sudu gula( jika nak extra manis)
15-20 keping daun pisang selebar tapak tangan
(layur daun pisang hingga nampak macam berminyak)


Cara-cara membuat pais pisang tepung beras

1. Campurkan tepung beras, kelapa, gula, garam dan kacau sebati.
2. Bentangkan sekeping daun pisang dan letakkan 1 sudu besar adunan pisang ditengah- tengah daun pisang3. Tutup kiri kanannya dan lipat kedua- dua hujungnya.
4. Jerang air dalam kukusan hingga mendidih dan kukuslah kuih yang siap dibungkus selama lebih kurang 20 minit5. Selepas 20 minit, ambil 1 kuih dan buka bungkusan serta kerat tengahnya dengan sudu.
6. Tengok, jika dah cantik masaknya bolehlah angkat. Jika masih ada kesan tepung yang belum masak, tambah masa mengukusnya 5-10 minit lagi.

Sumber: namakucell.blogspot.com

10. Kuih Cempiang
Kuih cempiang ni dulu waktu mrs pip kecik-kecik, biasanya bangsa Cina yang berjualan di pasar atau ditamu. Jadi waktu tu memang ndak pernah merasa kuih cempiang ni dan selalu ingat kalau bangsa Cina yang jual, maka ianya not halal. ekeke. 
Tapi, bila sudah besar barulah tahu yang kuih cempiang ni campurannya semua halal, cuma kuih ni dulu memang terkenal dikalangan bangsa Cina, dan lepas tu baru perasan laaaa ada la yang Muslim pandai bikin dan jual kuih ni. haha

Hari tu mengidam mau makan ni cempiang, maka paksa diri belajar buat cempiang ni. Tak susah mana pun tapi kena bersabarlah ya untuk buat doh nya

Mau tengok full version punya resipi, boleh klik di >>> Resipi Kuih Cempiang Sabah Simple dan Sedap


Bahan-bahan membuat kuih cempiang:-

Bahan A

Sepeket Yis (mrs pip guna 2 sudu makan yis)
2 sudu makan susu pekat
2 sudu makan gula
- campurkan ke dalam secawan air suam sampai berbuih

Bahan B
4 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
2 sudu makan marjerin atau mentega
2 sudu makan susu tepung
- semua bahan - bahan digaulkan bersama

Bahan C: Inti Cempiang

2 sudu besar kicap manis
2 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar rempah lima
2 sudu besar air suam


Cara-cara membuat kuih cempiang:-

1. Masukkan Bahan A ke dalam Bahan B dan uli sekejap sahaja sampai sebati
2. Rehatkan doh selama sejam, dan doh akan mengembang sekitar 2 kali ganda dengan doh asal
3. Tutup bekas doh dengan sehelai kain basah, atau menggunakan plastic wrapper ataupun penutup bekas4. Selepas sejam, uli doh semula sekitar 20 minit (dan ada yang bagitau mrs pip , doh tu kena uli selama 40 minit! boleh pengsan mrs pip nak uli doh lama-lama)5. Leperkan doh menjadi empat segi dan sapu inti cempiang (sila abaikan gambar inti di bawah ini yang kurang cantik tu)6. Selepas sudah sapu, gulung tu doh sehingga di penghujung, dan potong doh kepada beberapa bahagian (lebar potongan jangan terlalu tebal, nanti time goreng risau pula masak di permukaan tapi mentah di dalamnya)7. Selesai potong, kemas-kemaskan doh tadi agar melekat di bahagian hujung untuk elak doh terbuka time goreng nanti
8. Panaskan kuali dengan api sederhana , dan tuang minya secukupnya
9. Goreng kuih cempiang tadi dan terbalik-balikkan beberapa kali sehingga kuih warna keperangan
10. Angkat kuih tadi, toskan minyak dan sedia untuk dihidang. Sedap dimakan bersama kopi panas


Baiklah, ini adalah senarai 10 kuih Sabah beserta resipi mudah nak buat. Kuih kuih ini mungkin bukanlah seratus peratus kuih tradisional Sabah atau berasal dari Sabah, namun ada yang sudah diolah mengikut kesesuaian penduduk setempat

Apa-apapun, mana satu kuih yang korang pernah makan, suka makan mahupun tak pernah nampak dan tak pernah makan

Nak cuba buat 10 resipi kuih tradisional yang sedap dan terkenal di Sabah? Semoga berjaya buat kuih ni semua ya. Apapun, selamat berpuasa semua

Hugs and kisses, xoxo
cheers

Nota: 04.05.2020 - Republished 26.9.2021

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mrspip.com/2020/05/10-kuih-tradisional-sedap-dan-terkenal-di-sabah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/eyYzxh+(MrsPipDotCom)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Kuih Permata Zamrud Guna Sukatan Cawan Sedap Mudah

Resipi Kuih Permata Zamrud Guna Sukatan Cawan Sedap Mudah

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 411 hits
Kuih Permata Zamrud merupakan sejenis kuih tradisional yang dihasilkan menggunakan tepung pulut yang diisi inti kelapa seakan Kuih Koci Kuih ini memang sangat sedap dan mempunyai rasa lemak lemak manis Nak cuba buat untuk minum petang Resip...
Resipi Kuih Lepat Liat Sedap Mudah Buat Untuk Minum Petang

Resipi Kuih Lepat Liat Sedap Mudah Buat Untuk Minum Petang

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 545 hits
Sajian l seperti Kuih Lepat Liat memang punya rasa serta keenakannya yang tersendiri Kalau beli jarang jumpa kuih yang rasanya memuaskan hati Jadi apa kata anda cuba buat sendiri Salah satu yang boleh dicuba ialah resipi perkongsian Opah Ma...
Resipi Mi Goreng Basah Paling Sedap Cuba Resipi Ni Confirm Laris

Resipi Mi Goreng Basah Paling Sedap Cuba Resipi Ni Confirm Laris

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 238 hits
Tercari cari resipi Goreng Basah yang sedap dan mudah Resipi perkongsian saudara Veera Saravanan ni antara yang terbaik boleh dicuba Bahan bahan yang digunakan juga tidak terlalu sukar untuk diperolehi Tengok je pun dah nampak sedap Jom cub...
Patutlah Resipi Terung Goreng Crispy Dapat 20k Share Memang Sedap

Patutlah Resipi Terung Goreng Crispy Dapat 20k Share Memang Sedap

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 442 hits
Pernah cuba Terung Goreng Crispy Biasanya makanan laut ayam atau sayuran seperti cendawan dan bendi biasanya digoreng begini namun rupanya kalau guna terung pun sedap tau Saudari Zaharah Mazrul ada kongsikan resipinya Jom cuba RESIPI TERUNG...
Dapur Fiezasani Resipi Kuih Keria Keledek Ungu Yang Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam

Dapur Fiezasani Resipi Kuih Keria Keledek Ungu Yang Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 386 hits
Percubaan buat Kuih keria weiiii First time nak buat kuih keria ni Idea dari mr hubby lah ni sebab ada beli keledek ungu Cameron dari orang flat k fiezz ni Nak buat rebus Dah try rebus keledek ungu tu tapi macam tak berapa best sebab rasa d...
Resipi Mudah Kek Coklat Hanya Guna Sukatan Cawan Kukus Sahaja Memang Moist Sedap

Resipi Mudah Kek Coklat Hanya Guna Sukatan Cawan Kukus Sahaja Memang Moist Sedap

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 350 hits
Kek coklat kukus adalah salah satu juadah yang amat mudah disediakan Bahan bahannya mudah untuk didapati dan rasanya yang sangat sedap membuatkan kek coklat kukus antara hidangan yang mendapat tempat di hati ramai Bagi yang ingin mencuba re...
Resipi Mudah Buat Finger Food Untuk Anak Guna Kentang Lobak Rasa Sedap Macam Nugget

Resipi Mudah Buat Finger Food Untuk Anak Guna Kentang Lobak Rasa Sedap Macam Nugget

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 300 hits
Finger foods adalah makanan yang bersaiz kecil senang untuk si manja anda gigit dan makan Memberi anak anda finger food boleh membantu mengembangkan kemahiran motor halus dan koordinasi mereka Walaupun comot jangan risau Biarkan anak anda m...
Resipi Puding Trifle Sedap Senang Tapi Dalam Versi Cup

Resipi Puding Trifle Sedap Senang Tapi Dalam Versi Cup

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 460 hits
Sebut sahaja resepi puding trifle terus terbayang dalam kepala keenakan lapisan kek gulung yang dilapisi dengan tepung kastard serta rasa masam manis buah koktail Namun kali ini kita buat versi dalam cup pula Senang nak ambil makan sambil b...
Penggemar Apam Balik Boleh Buat Sendiri Guna Resipi Mudah Ini Yang Penting Boleh Letak Banyak Jagung Kacang

Penggemar Apam Balik Boleh Buat Sendiri Guna Resipi Mudah Ini Yang Penting Boleh Letak Banyak Jagung Kacang

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 568 hits
Sesiapa yang gemar makan apam balik tu sekarang dah boleh buat sendiri Lagi rangup dan lagi sedap Yang penting boleh letak banyak jagung dan apa apa bahan yang kita suka Ayak tepung bersama baking powder soda bikarbonat dan garam 2 Pukul te...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator