10 Resepi Selain Ayam Goreng Kunyit Wajib Cuba


Kredit: sayaiday.com Rakyat Malaysia dan masakan goreng kunyit memang tidak dapat dipisahkan. Mudah, ringkas dan menyelerakan, sesiapa sahaja sanggup untuk menikmati hidangan goreng kunyit setiap hari, sepanjang masa. Betul tak?
Walau saya cuba sesungguh hati untuk tidak memesan masakan goreng kunyit, saya akhirnya akan mengalah pada nafsu perut apabila terbayangkan ayam atau daging yang digoreng empuk bersama hirisan kacang panjang, lobak merah dan bawang. Oh, bawang yang memberikan rasa manis pada hidangan ini. Memang buat perut berkeroncong!
Bagi sesiapa yang tak suka masakan goreng kunyit wajib baca dan cuba resepi-resepi yang diberi. Satu peluang, satu minit untuk saya ubah pandangan anda. Bersedia untuk minda dibuka? Jom sambung baca!
 
Bukan Sekadar Ayam dan Daging
Selalunya, apabila kita bercakap tentang makanan goreng kunyit ini, kita hanya fikir tentang ayam dan daging goreng kunyit. Namun begitu, pernah tak kita berfikir tentang apa lagi yang boleh kita goreng kunyitkan?
Di sini, saya berusaha untuk kembangkan lagi daya imaginasi dan kreativiti anda untuk menyediakan makanan goreng kunyit. Bukan satu mahupun dua malah 10 resepi makanan goreng kunyit telah saya kumpul dan senaraikan untuk memudahkan anda lihat, cuba dan rasa sendiri (ini atas usaha anda sendirilah, ya).
Tak perlu sekejap ke artikel lain, selepas itu, kembali ke artikel ini. Haru-biru nanti!
 
Jom Masak Kalau anda memutuskan untuk cuba resepi-resepi ini, siap-siap pakai apron, susun bekas garam dan kunyit, angkat kuali dan sudip dan ayuh mula memasak!
 
1.  Ayam Goreng Kunyit Kredit: Apa Sahaja Azuwar… Resepi goreng kunyit pertama yang disenaraikan semestinya ialah ayam goreng kunyit. Tidak sah atau dalam bahasa Inggerisnya, ‘legit’ artikel saya ini kalau saya tidak masukkan resepi ini. Resepi yang saya kongsikan ialah resepi yang berkuah kerana saya jenis yang tidak boleh makan kalau terlalu kering. Tidak pasal-pasal tercekik pulak. Kalau anda nak ayam goreng kunyit anda lebih kering, tak perlu letakkan sos tiram.
Bahan-Bahan:
350g ayam, bahagian dada 4 batang kacang panjang, potong 2 inci 1 batang lobak merah, potong hirisan memanjang 2 inci 1/2 sudu besar serbuk kunyit 1/4 sudu besar serbuk kari ayam 1/4 sudu besar tepung beras (opsyenal) 1/2 sudu besar tepung jagung (opsyenal) 1 biji bawang besar, hiris nipis 3 ulas bawang putih, hiris nipis 1 biji bawang merah, hiris nipis 1 biji cili merah, hiris nipis 1 sudu besar sos tiram (opsyenal) 1/2 sudu teh lada sulah (opsyenal)  
Cara-Cara:
Potong dada ayam pada ketulan kecil. Gaulkan dengan serbuk kunyit, serbuk kari ayam, tepung beras, tepung jagung dan sedikit garam. Perap selama 5 minit. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng dada ayam  atas api sederhana besar. Kacau ayam supaya ayam masak secara konsisten. Biarkan ayam menggoreng selama 2-3 minit atau hingga isi ayam sedikit mengeras. Masukkan hirisan bawang merah dan putih. Teruskan mengacau. Masukkan sos tiram. Kacau rata. Apabila ayam sudah mula memerang, masukkan cili merah, bawang besar, hirisan lobak merah dan kacang panjang. Kacau rata selama 1 minit. Masukkan 1/2 sudu teh garam dan gula jika terasa tawar. Kacau selama 1 minit dan siap.  
2. Daging Goreng Kunyit Kredit: Air Tangan Cik Siti Bagi peminat daging, jangan bersedih kerana saya tidak melupakan anda. Walaupun tidak sepopular ayam goreng kunyit tetapi masakan daging goreng kunyit mempunyai pengikut setianya.
 
Bahan-Bahan:
350g daging lembu, hiris menjadi ketulan kecil 2 biji bawang besar, dihiris 3 ulas bawang putih, dihiris 2 batang cili merah, dihiris serong 2 batang cili hijau, dihiris serong 2sm kunyit hidup, tumbuk lumat 5 batang kacang buncis, dipotong 2sm panjang 1 batang lobak merah, dihiris panjang 2sm 1 sudu besar serbuk kunyit Garam dan gula secukup rasa  
Cara-Cara:
Rebus daging terlebih dahulu dalam periuk berisi air selama 5-6 minit. Pastikan daging betul-betul tenggelam di dalam air dan periuk diletakkan atas api sederhana besar. Setelah daging empuk, keluarkan daging dan perap dengan serbuk kunyit dan garam. Ketepikan selama 5 minit. Dalam kuali, masukkan minyak Kemudian masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan atas api sederhana besar. Masukkan daging dan goreng hingga daging memerang. Angkat daging dan ketepikan. Jika minyak banyak, kurangkan. Masukkan hirisan bawang cili dan kunyit yang ditumbuk lumat. Tumis hingga wangi. Masukkan daging dan sayur-sayuran yang dihiris dan goreng selama 2-3 minit. Perasakan dengan garam dan gula. Anda juga boleh masukkan sedikit lada hitam, jika mahu. Kacau seketika dan padamkan api. 3. Sotong Goreng Kunyit Kredit: Random Awesomeness Kadang kala, makan ayam dan daging setiap hari boleh membuatkan anda berasa bosan, betul tak? Saya akan rasa sedikit jelak kalau seminggu makan daging dan ayam. Dengan cuaca panas terik sejak belakangan ini, lagilah rasa semacam badan.
Jadi, kalau saya teringin juga nak makan makanan goreng kunyit, saya akan ganti ayam atau daging dengan sotong pula. Memang sedap dan bertambah nasi, khususnya kalau dimasak yang versi berkuah. ‘Memang padu!’, bak kata orang Utara.
 
Bahan-Bahan:
5 ekor sotong, dibersihkan dan dipotong kepada hirisan 2sm tebal 5 batang kacang panjang, dipotong pada 2sm panjang 1 batang lobak merah, dihiris 2sm panjang 2 biji bawang besar, dihiris 6 ulas bawang putih, dihiris 2 biji cili, dihiris serong 5 helai daun limau purut, dicarik 3 sudu besar serbuk kunyit 3 sudu besar sos tiram 1 sudu teh garam 1/2 sudu teh gula  
Cara-Cara:
Perap ketulan sotong dengan sos tiram, serbuk kunyit dan garam selama 10 minit. Panaskan minyak dalam kuali atas api sederhana besar. Apabila sudah panas, goreng sotong hingga garing. Angkat dan ketepikan. Masukkan hirisan bawang besar,bawang putih, carikan daun limau purut dan cili. Goreng hingga wangi dan masukkan hirisan sayur-sayuran. Goreng selama 2-3 minit dan masukkan sotong yang digoreng. Perasakan dengan garam dan gula jika terasa tawar. Kacau rata selama 1 minit dan padamkan api.  
4. Udang Goreng Kunyit Kredit: Firdaheaven Tak suka sotong? Cubalah pula dengan udang pula. Gerenti tak menyesal cuba!
Bahan-Bahan:
350g udang, dibuang urat 3 batang kacang panjang, dipotong 2sm panjang 3 ulas bawang putih, dihiris 1 biji bawang besar, dihiris 1 batang cili merah, dihiris serong 2 inci halia, dihiris (opsyenal) 2 helai daun limau purut, dicarik Daun bawang, dihiris halus 2 sudu besar serbuk kunyit 2 sudu besar sos tiram (opsyenal) 1 sudu teh garam 1 sudu teh gula Cara-Cara: Perap udang dengan garam dan kunyit selama 10 minit. Panaskan minyak di dalam kuali atas api sederhana besar dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan udang yang dilumur garam kunyit. Goreng selama 2 minit. Jika mahu sedikit kuah, masukkan sos tiram dan kacau rata. Masukkan kacang panjang dan digoreng sehingga agak lembut.  Masukkan daun limau purut, bawang besar dan cili merah. Kacau rata. Masukkan sedikit gula dan garam. Angkat dan hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan. 5. Kobis Goreng Kunyit Kredit: Hyderabad Food Guy Kalau ke kedai nasi kandar, anda pasti biasa melihat pinggan kobis goreng berwarna kuning. Memang nampak tidak menyelerakan tetapi rasanya memang sedap! Tidak sahlah anda makan di kedai nasi kandar kalau tak ambil kobis goreng ini.
Nak buat sajian kobis goreng kunyit ini mudah sahaja. Tak percaya? Tengoklah resepi di bawah.
 
Bahan-Bahan:
1/2 biji sayur kobis, hiris kasar 1 batang karot, potong 2sm memanjang 1/2 sudu teh biji sawi 3 tangkai daun kari 3 batang cili kering, potong 2sm memanjang 2 batang cili merah, hiris serong 1/2 sudu teh serbuk kunyit 3 ulas bawang putih, ditumbuk lumat 1/2 inci halia, ditumbuk lumat 1 sudu teh garam 1/2 sudu teh gula  
Cara-Cara:
Panaskan sedikit minyak dalam kuali atas api sederhana besar. Masukkan bahan yang ditumbuk dan biji sawi. Tumis selama 2 minit. Apabila bahan tumis sudah memerang dan biji sawi mula meleting, masukkan daun kari, cili kering dan cili merah. Kacau hingga wangi. Masukkan parutan kubis dan kunyit. Biar kubis masak hingga layu dan masukkan garam dan gula. Boleh tambah sedikit lagi garam jika masih tawar.  
6. Kupang Goreng Kunyit Kredit: dari dapur orang kampung Saya masih lagi ingat semasa kecil, saya dan sepupu sepapat akan berjalan ke tepi pantai berdekatan rumah nenek di Pulau Pinang untuk mengutip kupang dan lala. Selalunya, nostalgia memori ini akan membawa saya kembali ke meja makan yang mana sepinggan lala atau siput goreng kunyit wangi mengharum akan dinikmati bersama. Sehingga kini, jika saya merindui rumah, hidangan inilah yang akan saya cari atau sediakan.
Bukan sahaja kupang, anda boleh gunakan resepi ini untuk menyediakan masakan goreng kunyit dengan siput sedut, kerang, lala atau apa sahaja makanan laut bercangkerang yang anda mahu.
Bahan-Bahan:
350g kupang, dicuci bersih dan isi dikeluarkan 1/2 sudu besar serbuk kunyit 1 biji kentang, dipotong baji 1 biji bawang besar, dihiris 4 ulas bawang putih, dihiris 2 inci halia, dihiris 2 batang cili hijau, dihiris serong 1 batang cili merah, dihiris serong 6 biji cili padi, dihiris (opsyenal) 1/2 sudu teh garam 1/2 sudu teh gula  
Cara-Cara:
Perap kupang dengan garam dan kunyit selama 10 minit. Panaskan minyak di dalam kuali atas api sederhana besar. Masukkan kentang dan goreng hingga berwarna kuning keemasan. Proses ini mengambil masa selama 4 minit.  Masukkan kupang dan kacau rata. Tutup kuali selama 3 minit. Masukkan hirisan bawang besar, bawang putih,  halia, cili hijau, cili merah dan cili padi. Kacau rata dan tutup kuali selama 1 minit. Perasakan dengan garam dan gula jika tawar.  
7. Telur Ikan Goreng Kunyit Kredit: Cikza Hidangan ini memang istimewa bagi saya. Bukan senang nak dapat telur ikan. Masa kecil, memang berebutlah nak makan. Bagi yang tidak pernah cuba makan telur ikan (ruginya), rasa telur ikan ini manis dan mempunyai tekstur berbiji. Di rumah saya, selalunya telur ikan dimasak dalam kari tetapi goreng kunyit pun cukup sedap, tambah-tambah lagi kalau makan dengan nasi panas dan telur goreng kicap cili padi. Memang tak cukup sepinggan.
 
Bahan-Bahan:
500 gm telur ikan, bersihkan 1 biji bawang besar, dihiris 3 ulas bawang putih, dihiris 2 inci halia, dihiris 1 batang cili merah, dihiris serong 1 batang cili hijau, dhiris serong 6 batang cili padi, dihiris 1 sudu besar kunyit 1/2 sudu besar serbuk cili 1 sudu teh garam 2 tangkai daun kari  
Cara-Cara:
Gaulkan telur ikan bersama garam, serbuk cili dan kunyit. Perap selama 5 minit. Panaskan minyak di dalam kuali atas api sederhana besar. Masukkan telur ikan dan goreng sehingga garing. Keluarkan dan ketepikan. Kurangkan minyak di dalam kuali hingga tinggal 2 sudu besar minyak. Masukkan hirisan bawang, halia, daun kari dan cili lalu tumis selama 2 minit hingga wangi. Masukkan telur ikan yang sudah digoreng dan kacau selama 2 minit.  
8. Ketam Goreng Kunyit Kredit: Deskgram Kaki ketam pasti seronok melihat resepi ini termasuk dalam senarai goreng kunyit saya ini. Resepi ketam goreng kunyit ini memang rangup, sedap dan sememangnya diminati semua. Dengan setiap ‘kruk, kruk’, anda akan berasa puas.
 
Bahan-Bahan:
4 ekor ketam, bersihkan 2 inci halia,dihiris 2 biji bawang besar, dihiris 2 biji bawang merah, dihiris 6 ulas bawang putih, dihiris 1 sudu besar serbuk kunyit 1 batang cili merah, dihiris serong 2 batang cili kering, dihiris serong 2 tangkai daun kari 2 sudu teh garam  
Cara-Cara:
Gaulkan ketam bersama garam dan kunyit. Perap selama 5 minit. Panaskan minyak di dalam kuali atas api sederhana besar sehingga wap naik. Masukkan ketam dan goreng sehingga garing. Keluarkan dan ketepikan. Kurangkan minyak di dalam kuali hingga tinggal 2 sudu besar minyak. Masukkan hirisan bawang, halia, daun kari dan cili lalu tumis selama 2 minit hingga wangi. Masukkan ketam yang sudah digoreng dan kacau selama 2 minit.  
9. Cendawan Goreng Kunyit Kredit: adamdidam Bagi yang nak idea sajian sayur yang ringkas dan melazatkan, inilah resepi yang anda patut cuba. Cepat dan cukup ringkas, memang sesuai untuk digunakan semasa waktu ‘kecemasan’ apabila anda terburu-buru balik dan tak tahu nak masak apa.
 
Bahan-Bahan:
2 paket cendawan tiram 4 ulas bawang putih, dihiris 1 biji bawang besar, dihiris 1 biji bawang Holland, dihiris 2 batang cili merah, dihiris serong 6 batang cili padi, dihiris 1/2 sudu besar serbuk kari ayam (opsyenal) 1 sudu besar kunyit 1 sudu teh garam 1 biji telur  
Cara-Cara:
Gaul cendawan dengan garam, kunyit dan serbuk kari. Panaskan minyak di dalam kuali atas api sederhana besar. Masukkan semua hirisan bawang dan cili. Tumis selama 2 minit hingga naik bau. Masukkan cendawan dan goreng selama 4 minit hingga cendawan layu. Masukkan telur dan kacau rata selama 3 minit. Perasakan dengan sedikit garam dan gula jika tawar.  
10. Hati Goreng Kunyit Kredit: Anis’ Diary Resepi terakhir dan kesepuluh dalam artikel goreng kunyit ini ialah hati goreng kunyit. Saya suka makan organ dalam. Bukan selalu tetapi sekali sekala memang terasa nikmat makan paru, lidah, hati ataupun perut. Mungkin kerana rasanya sedikit lain berbanding ayam dan daging. Adakah anda sama seperti saya? Jika ya, anda pasti sukakan resepi ini.
 
Bahan-Bahan:
350g hati ayam, dicuci 1 biji bawang besar, dihiris 3 ulas bawang putih, dihiris 1 batang cili merah, dipotong serong 5 batang cili padi, dihiris 1/2 sudu besar tepung gandum 1/2 sudu besar tepung jagung 1/4 sudu besar pes asam jawa 1/4 sudu besar serbuk kari ayam 3 sudu teh serbuk kunyit 1 sudu teh garam  
Cara-Cara:
Perap hati ayam bersama tepung gandum, tepung jagung, asam jawa, serbuk kari ayam, serbuk kunyit dan garam. Perap selama 10 minit. Panaskan minyak di dalam kuali atas api sederhana besar. Masukkan hati ayam dan goreng sehingga garing. Keluarkan dan ketepikan. Kurangkan minyak di dalam kuali hingga tinggal 2 sudu besar minyak. Masukkan hirisan bawang dan cili lalu tumis selama 2 minit hingga wangi. Masukkan hati ayam yang sudah digoreng dan kacau selama 2 minit.  
Sudah Muak atau Nak Lagi? Itulah 10 resepi goreng kunyit yang saya rasa anda patut simpan dalam buku resepi anda dan pelbagaikan masakan goreng kunyit anda selain daripada ayam dan daging. Jika anda nak lagi resepi-resepi goreng kunyit lain atau nak kami masak dan kongsi video dengan anda, komen di bawah atau ikuti kami di Facebook dan Instagram untuk maklumkan kami.
Kalau anda sudah cuba resepi-resepi di atas, jangan rasa segan untuk berkongsi gambar hasil masakan anda bersama kami!
The post 10 Resepi Selain Ayam Goreng Kunyit Wajib Cuba appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/feature-article/10-resepi-selain-ayam-goreng-kunyit-wajib-cuba

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cuba Sendiri Resepi Sate Ayam Goreng Cicah Cheese Yang Tular Ni

Cuba Sendiri Resepi Sate Ayam Goreng Cicah Cheese Yang Tular Ni

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 533 hits
Semua orang pasti merasakan kuah Sate haruslah kuah kacang Anda silap kerana ada resepi baru olahan dari saudari iaitu Cheesy Chicken Sate Dengar bunyi ada cheese cheese tu maksudnya sate juga boleh berunsurkan keju Bagaimana nak buat Jom k...
Selain Goreng Sambal Ini 10 Resipi Tauhu Yang Sedap Korang Boleh Cuba

Selain Goreng Sambal Ini 10 Resipi Tauhu Yang Sedap Korang Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 716 hits
Tauhu sumber protien yang murah dan sedap untuk itu apa kata korang pelbagaikan menu sumber protein ini sebagai hidangan sihat untuk keluarga Selain murah cara memasaknya juga ringkas dan senang Malah rasanya juga tidak pernah mengecewakan ...
Ramai Yang Sudah Cuba Petua Untuk Buang Lemak Degil Ini Resepi Berkesan Dari Seorang Wanita Cina Rileks Media

Ramai Yang Sudah Cuba Petua Untuk Buang Lemak Degil Ini Resepi Berkesan Dari Seorang Wanita Cina Rileks Media

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 461 hits
Sebolehnya kebanyakan wanita nak cantik dan kurus dengan cara yang mudah tetapi berkesan Namun kalau nak cantik mestilah kena jaga luar dan dalam Tak perlu ambil pil pil yang belum tentu berkesan sebab anda boleh cuba petua tradisional yang...
Resepi Ayam Masak Serai Sedap Dimakan Bersama Nasi Himpit

Resepi Ayam Masak Serai Sedap Dimakan Bersama Nasi Himpit

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 978 hits
RESEPI AYAM MASAK SERAI SEDAP DIMAKAN BERSAMA NASI HIMPIT 1 ekor ayam potong kecik
10 Idea Date Aktiviti Lasak Tingkatkan Adrenalin Yang Boleh Cuba Selain Ke Mall Je

10 Idea Date Aktiviti Lasak Tingkatkan Adrenalin Yang Boleh Cuba Selain Ke Mall Je

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 694 hits
8 Unconventional Adreline Rush Date Activities For Thrill Seeking Couple Korang Pasangan Yang Suka Aktiviti Lasak Kalau nak cari sesuatu yang berbeza dari tipikal hang out atau date bersama seseorang mungkin ini ada sedikit idea yang boleh ...
Selain Pedang Pora 3 Prosesi Ini Wajib Ada Saat Menikah Dengan Seorang Perwira Maknanya Pun Berbeda

Selain Pedang Pora 3 Prosesi Ini Wajib Ada Saat Menikah Dengan Seorang Perwira Maknanya Pun Berbeda

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 341 hits
Siapa nih yang sebentar lagi bersanding dengan mamas perwira Ternyata prosesi yang wajib ada nggak cuma pedang pora aja
Cendawan Tiram Goreng Kunyit

Cendawan Tiram Goreng Kunyit

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 753 hits
AssalamualaikumBiasanya cendawan tiram orang masak sup goreng tepung atau sayur manis aje Tapi aku suka goreng kunyit Suami aku lagilah favourite dia Jom tengok resepi aku Bahan bahan 3ulas bawang merah3ulas bawang putih mayang halus300g ce...
Ini Cara Paling Ringkas Untuk Masak Kek Batik Mudah Dan Sedap Wajib Cuba Terliurnya Tengok Coklat Ganache

Ini Cara Paling Ringkas Untuk Masak Kek Batik Mudah Dan Sedap Wajib Cuba Terliurnya Tengok Coklat Ganache

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 724 hits
Kek batik coklat antara menu yang sering menjadi pilihan orang ramai ketika jamuan Cara yang ringkas dan mudah menarik minat orang ramai untuk mencuba resepi ini Menerusi Masak Apa Hari Ni seorang wanita berkongsi resepi kek batik yang muda...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids