10 Resepi Cempedak Goreng Buat Sendiri Baru Puashati


Buah cempedak baunya memang memikat jiwa raga, jadi favorite bila tiba musimnya seiring musim buah durian. Buah cempedak goreng jadi menu dengan kelas tersediri sebab tidak boleh didapti sepanjang tahun. Jadinya setiap kali musim cempedak, pasti umi akan beli untuk dibuat goreng cempedak atau kalau lebih buat serawa. 


Memang ramai yang menggemari cempedak goreng ni walau ada sesetengah gerai menjual sebiji cempedak goreng dengan harga RM2.50 tapi laku saja. Mungkin sebab ianya bermusim tidak seperti pisang atau keledek. Tapi kalau nak puas makan, kena beli dan goreng sendiri tapi ramai yang rasakan ianya renyah dan selalunya kurang menjadi sepertimana yang dijual di gerai.





Selain itu, nak kopek buah cempedak ni pun mencabar sebab getahnya tapi sebenarnya mudah kalau tau teknik dan ada kemahuan pasti ada jalan.


Beli Cempedak Buat Goreng Baru Puas HatiPerkara paling utama kalau umi beli cempedak pastinya nak buat goreng dan sejak dah pandai buat cempedak goreng, memang umi elakkan beli cempedak goreng di gerai yang harganya RM2.50 sebiji. Mahal yaamat! Selagi tak jemu umi akan goreng atau buat serawa, alahai memang sedap!


Pelik tapi benar, kadang-kadang kita tengok lambakan cempedak tapi kenapa harga cempedak goreng mahal betul sebab hari tu umi beli sebiji berharga RM16 dapat 50 ulas dan kemudian umi beli lagi harga RM26 dan dapat 105 ulas. Bayangkan kalau dijual dengan harga RM2.50 berapa untung dah mereka dapat. Memanglah setiap buah cempedak mungkin kurang isinya tapi boleh contra dengan buah-buah yang lain kan?


Tip Memotong Buah CempedakSapukan minyak pada pisau, belah buat cempedak tapi jangan dibelah terlalu dapat, cukup sekadar di bahagian kulit sebab buah cempedak yang masak, tidak susah untuk dikoyak.


Tip Cempedak Goreng SedapAda pelbagai cara dan resepi yang digunakan untuk membuatkan cempedak goreng ni sedap dan rangup antaranya ada yang memasukkan minyak panas, majerin, kiub ais, bijan ke dalam bancuhan tepung. Bancuhan tepung tidak boleh terlalu pekat atau cair sama seperti bancuhan untuk menggoreng pisang, keledek atau keladi. Apa-apa pun terpulang pada selera masing-masing


Cempedak Goreng Resepi Umi Fuzy Bahan-bahan:
30 ulas cempedak
2 cawan tepung beras
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu air kapur makan
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:

Masukkan tepung beras, air kapur, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk. Gaul rata dan sebati bersama air secukupnya. Jadikan ia sebuah adunan yang tak terlalu cair dan tak terlebih pekat. Cukup-cukup untuk membolehkan adunan tepung menyaluti isi cempedak.Panaskan minyak ke dalam kuali. Gaulkan ulas cempedak kedalam adunan dan masukkan kedalam kuali yang berisi minyak yang banyak. Bila ketulan isi cempedak telah menjadi kekuningan dan garing, bolehlah diangkatiaitu kuning kecoklatan, bolehlah di angkat.Bolehlah di hidangkan terus.




Cempedak Goreng Wani SukarnoBahan-bahan:
Buah cempedak – anggaran 20 biji
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
3 sudu besar tepung beras
2 sudu besar gula
2 sudu besar kelapa kering/kalau kelapa parut biasa lagi sedap..
1 biji telur
1 sudu teh garam
3/4 cawan air suam
Sedikit serbuk kunyit


Cara-cara:

Bancuh semua tepung dengan telur, gula, garam, kelapa kering, kunyit dan air.  Masukkan buah cempedak dan goreng dengan minyak yang banyak mengguna api yang sederhana..  Biar masak kekuningan.


kredit : Wani Sukarno


Cempedak Goreng Dengan BijanBahan-bahan:
Buah cempedak – anggaran 20 biji
2 sudu besar tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu gula
1 sudu teh garam
3/4 cawan air sejuk
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit bijan


Cara-cara:

Masukkan kesemua bahan kedalam besen, bancuh biar jangan berketul. Pastikan tidak terlalu cair dan terlalu pekat.Masukkan adunan ke dalam bekas, masukkan buah cempedak dan bijan. Gaul dan goreng dengan minyak yang banyak menutupi cempedak. Goreng hingga kekuningan dan angkat.


Cempedak Goreng Resepi Buat Orang LapoBahan-bahan cempedak goreng:
1 cawan @125 gram Tepung Gandum
1/3 cawan @ 42 gram Tepung Beras
Garam
Serbuk Kunyit
1 cawan @ 250 ml Air
3 sudu besar Minyak Masak Panas
Cempedak
Cara-cara untuk membuat cempedak goreng:

Campurkan tepung gandum, tepung beras, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk.Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati sehingga mendapat bancuhan yang sesuai.Sambil bancuh adunan tepung, boleh panaskan minyak untuk menggoreng cempedak nanti.Bila bancuhan tepung telah sebati, masukkan minyak yang telah dipanaskan tadi dan kacau rata.Kemudian ambil cempedak dan celupkan ke dalam bancuhan tepung dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya.Boleh juga asingkan biji cempedak dahulu, kemudian celup ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya. Siap!


https://buatoranglapo.com/2020/06/02/cempedak-goreng-dan-tips-tepung-goreng-rangup-krup-krap/


Cempedak Goreng Resepi Che NomResepi Cempedak Goreng yang sungguh rangup, sangat mudah disediakan, enak dihidangkan bersama teh o panas, dan jugak hidangan yang lazat untuk juadah berbuka puasa apabila digoreng panas. Pastikan menggunakan cempedak yang masak tetapi tidak terlalu ranum.


Bahan-bahan:
Cempedak secukupnya
1 1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
1 biji telur ayam
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil kunyit


Cara Penyediaan:

Panaskan minyak di dalam kuali.Campurkan tepung gandum, tepung beras soda bikarbonat, kunyit dan garamMasukkan telur dan tuang air sedikit demi sedikit sambil mengacau adunan dengan tanganKacau sehingga adunan betul2 sebati dan tidak berketulAdunan tidaklah perlu terlalu cair atau terlalu pekat.Celupkan buah cempedak di dalam adunan tepung tadi dan goreng sehingga kekuningan. Api jangan terlalu kuat dan anda perlu mengacau sehingga tepung betul betul garing.Angkat dan toskan di atas kertas tisu


kredit : Che Nom


Cempedak Goreng Resepi Azie KitchenBahan bahan:
2 senduk tepung beras
1/2 - 1 senduk tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung - opsyenal
1 sudu besar butter
1 biji telur
Sedikit serbuk kunyit
Secubit gula
Garam
Air secukupnya


Cara cara:

Satukan semua bahan di atas dan kisar dengan sedikit air. Sedia untuk digunakan. Goreng dengan minyak yang banyak dan betul betul panas.Celup cempedak atau apa sahaja ke dalam adunan tepung dan goreng. Angkat tinggi tinggi supaya terhasil keropok keropok yang banyak dan garing krup krup.Balik balikkan dan angkat. Tos di atas tisu dapur. Sedia untuk dinikmati.


kredit : www.aziekitchen.com/2016/09/cempedek-goreng-rangup.html


Resepi Cempedak GorengBahan-bahan:
Tepung beras
Sedikit air kapur
Sedikit serbuk kunyit
Air sejuk peti
2 biji telur
Garam
Gula 


Cara-cara:

Sukatan ikut kuantitti berapa banyak cempedak tu.Agak-agak bancuhan tak likat sangat, tak cair sangat…ok dah tu.Ada yang tanya saya macam mana nak buat krukk krakk krukk krakk tu dalam minyak… Actually tak ada buat apa pun, celup cempedak dalam bancuhan tepung, then goreng.. Nanti krukk krakk krukk krakk tu akan terbit sendiri.. Nak lagi halus krukk krakk tu, tambah telur ya… Resepi atas saya guna 2 biji telur. 


Resepi Cempedak Goreng Bahan-bahan:
1 biji cempedak
1 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung beras.
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Secubit kapur makan
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:

Masukkan tepung gandum, tepung beras dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk. Masukkan juga garam secukup rasa. Gaulkan dan cairkan kapur makan dalam sedikit air.Masukkan air bercampur kapur makan itu ke dalam mangkuk berisi tepung. Gaul rata dan sebati bersama air secukupnya. Jadikan ia sebuah adunan yang tak terlalu cair dan tak terlebih pekat. Cukup-cukup untuk membolehkan adunan tepung menyaluti isi cempedak.Kopek isi cempedak dan masukkan ke dalam adunan tepung. Panaskan minyak ke dalam kuali. Goreng terendam cempedak kedalam minyak yang banyak. Bila ketulan isi cempedak telah menjadi garing iaitu kuning kecoklatan, bolehlah di angkat.Bolehlah di hidangkan terus.


Resepi Cempedak GorengBahan-bahan:
1 biji cempedak
2 cawan tepung beras
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu air kapur makan
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara:

Masukkan tepung gandum, tepung beras dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk. Masukkan juga garam secukup rasa. Gaulkan dan cairkan kapur makan dalam sedikit air.Masukkan air bercampur kapur makan itu ke dalam mangkuk berisi tepung. Gaul rata dan sebati bersama air secukupnya. Jadikan ia sebuah adunan yang tak terlalu cair dan tak terlebih pekat. Cukup-cukup untuk membolehkan adunan tepung menyaluti isi cempedak.Kopek isi cempedak dan masukkan ke dalam adunan tepung. Panaskan minyak ke dalam kuali. Goreng terendam cempedak kedalam minyak yang banyak. Bila ketulan isi cempedak telah menjadi garing iaitu kuning kecoklatan, bolehlah di angkat.Bolehlah di hidangkan terus.

Resepi Cempedak Goreng Chef ShukriResepi Cempedak GorengCempedak (Lebih sedap Cempedak Madu)Tepung Beras Sepeket untuk sebiji cempedakMarjerin atau minyak 3 suduAir kapur makan 2 suduGaram secukup rasa
2 cawan air suam
Kunyit 1 sudu kecil
Cara-caranya1. Gaul semua bahan-bahan di atas sehingga agak pekat. Jangan terlalu cair
2. Panaskan minyak dan boleh goreng cempedak

Petua Goreng Cempedak1. Jangan rendam cempedak dalam bancuhan tepung. Cempedak akan kembang. Ini yang menyebabkan cempedak berminyak. Masa hendak masak baru celup cempedak dalam tepung dan terus goreng
2. Jangan goreng cempedak dalam kuantiti yang banyak. Cempedak akan melekat. Kulit tepung akan terkoyak
3. Tepung yang cair akan menghasilkan bentuk cempedak yang tidak cantik dan tidak rangup
4. Air kapur makan berfungsi sebagai perangup tepung
Selamat mencuba
kredit : Chef Shukri

KesimpulanMemang sedap buah cempedak goreng ni tapi tak disarankan makan selalu sebab pengunaan minyak yang banyak

Selain digoreng, di buat serawa, buah cempedak boleh dinikmati segar selepas dikopek tapi ada sesetengah orang alah pada buah cempedak kerana boleh menyebabkan angin kalau dimakan mentah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2023/07/10-resepi-cempedak-goreng-buat-sendiri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Ayam Goreng Spicy Korean

Resepi Ayam Goreng Spicy Korean

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 227 hits
Resepi Ayam Goreng Spicy KoreanSelama ni asyik tengok je orang viralkan pasal Ayam Goreng Spicy Korean ni tapi TB tak pernah pulak terserempak menu ni untuk dicuba Tiada pula timbul perasaan nak mencubanya pun sebab terfikir manis agaknya a...
Resepi Telur Goreng Hancur Tomato

Resepi Telur Goreng Hancur Tomato

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 382 hits
Resepi Telur Goreng Hancur Tomato Assalamualaikum Hai hampir pening Cik Ash nak masak apa kat rumah ni entah tiba tiba terasa nak cuba buat resepi masakan daripada Cina ni Selalunya kalau masakan Cina seperti kurang menggunakan bawang kan J...
Resepi Cara Buat Bancuhan Tepung Pisang Goreng Yang Rangup Banyak Serdak

Resepi Cara Buat Bancuhan Tepung Pisang Goreng Yang Rangup Banyak Serdak

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 383 hits
Kita selalu tertanya tanya macam mana peniaga yang buat pisang goreng jadi ranggup dan banyak kerak atau serdak Sebab bila buat di rumah takkan jadi macam ni Lepas ni boleh kita cara bancuhan yang dikongsi oleh peniaga pisang goreng sendiri...
Nenek 69 Tahun Minat Streetwear Beratur Berhari Hari Untuk Dapatkan Koleksi Streetwear Lokal Yang Baru

Nenek 69 Tahun Minat Streetwear Beratur Berhari Hari Untuk Dapatkan Koleksi Streetwear Lokal Yang Baru

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 167 hits
Fesyen gaya jalanan atau street style yang meliputi pakaian seperti jaket varsity kemeja T oversized dan seluar berpotongan longgar cukup sinonim sebagai gaya pilihan anak muda Begitupun pesona gaya jalanan yang dipertaruhkan oleh sebuah je...
Tote Bag Baru The Medium Orked By Neufa

Tote Bag Baru The Medium Orked By Neufa

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 227 hits
Assalamualaikum Lupakan sekejap tentang kerisauan Influenza A tu insyaallah SA sihat cuma batuk ni je SA lupa nak share SA ada hadiahkan diri SA dengan tote bag baru masa SA nyer birthday bulan June lama SA usyar Tote bag ni sebab harga dia...
Mereka Tanya Rumah Baru Sedang Diubahsuai Tindakan Son Yejin Hyunbin Pada Jiran Raih Pujian

Mereka Tanya Rumah Baru Sedang Diubahsuai Tindakan Son Yejin Hyunbin Pada Jiran Raih Pujian

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 426 hits
Bukan sahaja diminati sebagai pelakon berbakat malahan Son Ye jin dan Hyunbin turut disenangi ramai dek peribadi mereka ARTIKEL BERKAITAN Terbaru yang tinggal di kawasan kejiranan yang sama dengan rumah pengantin baru milik Hyunbin dan Son ...
Semua Nak Cium Peluk Pertama Kali Jumpa Adik Baru Anak Anak Dr Sheikh Muszaphar Teruja

Semua Nak Cium Peluk Pertama Kali Jumpa Adik Baru Anak Anak Dr Sheikh Muszaphar Teruja

papar berkaitan - pada 16/7/2023 - jumlah : 302 hits
Sama seperti menyambut kelahiran adik adik baru sebelum ini anak anak pasangan selebriti Dr Sheikh Muszaphar Syukor dan isteri Dr Halina tetap teruja bertemu dengan adik baru mereka Menerusi Instagramnya Dr Sheikh Muszaphar memuat naik seke...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator