10 Pastri Asia Arab Terlajak Sedap Idea Hebat Hotel Crystal Crown


Hasil air tangan Chef Mohd Syamir Azmi memang cukup memukau dengan 10 aneka pastri yang diminta. Lima pastri dari Asia dan lima lagi dari negara-negara Timur Tengah. Pastri berasaskan pastri rapuh, pastri filo, pastri chouz dan pastri lapis ini nyata penuhi selera penggemar manisan.
Ketua Pastri, Chef Pastri Mohd Syamir Azmi
Jom semak resipi pastri terlajak sedap hasil kreativiti Chef Pastri, Mohd Syamir Azmi dari Hotel Crystal Crown ,Petaling Jaya. Rupanya menarik, rasanya pulak terlajaklah sedapnya.
1. BAKLAVA.

BAHAN-BAHAN:
Bahan filo pastri :
1 biji telur118ml minyak jagung1 sudu teh serbuk penaik1 sudu teh cuka125gm yogurt kosong @ biasa1 sudu teh garam375gm tepung kek30gm tepung jagung50gm kacang pistachio100gm mentega cairBahan air gula :
200gm gula200ml airCARA MEMASAK:
Cara membuat doh :
Campurkan telur, minyak jagung, serbuk penaik, cuka, yogurt, garam ke dalam mesin pengadun dan putar sehingga sebati.Masukkan tepung kek dan putar hingga menjadi doh.Selepas menjadi 1 doh bahagikan kepada 32 bahagian dan bulatkan supaya senang mencanai.Rehatkan doh di dalam peti sejuk sebentar dalam masa 15 minit supaya mudah di canai.Satukan tepung jagung dan tepung kek dalam 1 mangkuk untuk di gunakan dalam proses mencanai.Ambil doh yang sudah di rehatkan sebentar tadi dan mula menguli 1 per 1.Setiap kali menguli pastikan tepung ditaburkan ke atasnya agar tidak melekat.Uli senipis yang boleh dan tindihkan setiap 1 yang sudah dicanai dan letakkan tepung agar tidak melekat.Ambil 7 keping doh yang sudah dicanai dan setiap lapisan di sapukan mentega cair bagi melekatkan antara doh.Potong doh berukuran 2cm x 2cm dan taburkan kacang pistachio.Lipatkan dari penjuru ke penjuru menjadi seperti bunga.Panaskan oven pada suhu 180c dan bakar dalam masa 20 minitMasakkan dan didihkan gula dan air ke dalam periuk menjadi air gula.Setelah selesai membakar sapukan air gula ke atasnya.Sedia untuk dihidang.Jenis masakan; Manisan Timur Tengah
Keistimewaan; Manis dan rangup
INFO CHEF :Pastikan lapisan doh yang sudah dicanai, disapu mentega dengan rata untuk pastikan tidak terbuka semasa membakar.
2. UMM ALI.

BAHAN-BAHAN :
Bahan filo pastri :
1 biji telur118ml minyak jagung1 sudu teh serbuk penaik1 sudu teh cuka125gm yogurt kosong @biasa1 sudu teh garam375gm tepung kek30gm tepung jagungBahan sos krim:
3 cawan susu segar1 cawan krim putar1 cawan gula1 sudu teh esen vanila1 sudu teh serbuk kayu manisBahan hiasan :
20gm kacang pistachio | dihancur kasar20gm kacang badam | dihancur kasar20gm kismisCARA MEMASAK:
Cara membuat doh :
Campurkan telur, minyak jagung, serbuk penaik, cuka, yogurt, garam ke dalam mesin pengadun dan putar sehingga sebati.Masukkan tepung kek dan putar hingga menjadi doh.Selepas membentuk 1 doh bahagikan kepada 32 bahagian dan bulatkan supaya senang mencanai.Rehatkan doh di dalam peti sejuk sebentar dalam masa 15 minit supaya mudah di canai.Satukan tepung jagung dan tepung kek dalam 1 mangkuk untuk di gunakan dalam proses mencanai.Ambil doh yang sudah direhatkan sebentar tadi dan mula menguli 1 per 1.Setiap kali menguli pastikan tepung ditaburkan sedikit agar tidak melekat.Uli senipis yang boleh dan tindihkan setiap 1 yang sudah dicanai dan letakkan tepung agar tidak melekat.Carikkan atau leraikan doh dan letakkan ke atas dulang pembakar.Bakar pada suhu 180 C selama 20 minit.Cara membuat sos krim :
Satukan susu segar, krim putar, gula, esen vanila,dan serbuk kayu manis kedalam mangkok dan kacau sehingga sebatiMasukkan pastri filo yang sudah di bakar ke dalam acuan dan masukkan sos krim kedalam.Taburkan kacang pistachio,kacang badam,kismis di atas dan bakar selama 15 minit.Selepas dibakar sedia di hidangkan.Jenis masakan; Manisan Timur Tengah
Keistimewaan; Bersusu dan Berkrim.
INFO CHEF; Pastikan sos betul betul meresap kedalam filo sebelum membakar untuk mendapat kan sos yang berkrim.
3. WARBAT.

BAHAN-BAHAN;
Bahan filo pastry :
1 biji telur118ml minyak jagung1 susu teh serbuk penaik1 sudu teh cuka125gm yogurt kosong @ biasa1 sudu teh garam375gm tepung kek30gm tepung jagungBahan sos kastad :
1 1/2 cawan susu segar6 sudu makan tepung jagung4 sudu makan gula300ml krim putarBahan air gula :
200gm gula200ml airBahan hiasan :
20gm kacang pistachio | ditumbukCARA MEMASAK :
Cara buat doh :
Campurkan telur, minyak jagung, serbuk penaik, cuka, yogurt, garam kedalam mesin pengadun dan putar sehingga sebati.Masukkan tepung kek dan putar hingga menjadi doh.Selepas membentuk doh 1 doh bahagikan kepada 32 bahagian dan bulatkan supaya senang mencanai.Rehatkan doh di dalam peti sejuk sebentar dalam masa 15 minit supaya mudah di canai.Satukan tepung jagung dan tepung kek dalam 1 mangkok untuk di gunakan dalam proses mencanai.Ambil doh yang sudah di rehatkan sebentar tadi dan mula menguli 1 per 1.Setiap kali menguli pastikan tepung di letakan agar tidak melekat.Uli senipis yang boleh dan tindihkan setiap 1 yang sudah dicanai dan letakkan tepung agar tidak melekat.Ambil 7 keping doh yang sudah dicanai dan setiap lapisan disapukan mentega cair bagi untuk melekatkan antara doh.Potong doh berukuran 3inci x 3inci.Cara membuat sos ;
Satukan susu segar, krim putar, gula kedalam periuk, kacau hingga sebati dan didihkan.Setelah mendidih masukkan krim putar dan kacau sehingga likat.Sejukan seketika didalam peti sejuk.Ambil doh fillo dan letakkan sos kastad di tengah-tengah doh dan lipat segi 3.   15.Letakkan ke atas dulang pembakar dan bakar selama 20mint pada suhu 180c.
Masakan dan didihkan gula dan air ke dalam periuk menjadi air gulaSetelah selesai menbakar sapukan gula sirap ke atas nya. Taburkan kacang pistachio diatas nya.Sedia untuk di hiding.Jenis masakan; Manisan timur tengah
Keistimewaan; Rangup dan berkrim.
Anggaran kos; RM15
INFO CHEF: Pastikan krim kastad sejuk bagi senang untuk di letakkan pada filo. Setelah membakar pastikan terus sapu air gula dan tabur kacang agar kacang melekat pada filo.
4. GALAKTUBOUREKO.

BAHAN-BAHAN:
Bahan filo pastri :
1 biji telur118ml minyak jagung1 sudu teh cuka125gm yogurt kosong @ biasa1 sudu teh garam375gm tepung kek30gm tepung jagungBahan sos  :
500ml susu segar200gm gula20gm mentega75gm tepung semolina7ml esen vanila3 biji telurCARA MEMASAK;
Cara membuat doh :
Campurkan telur, minyak jagung, serbuk penaik, cuka, yogurt, garam kedalam mesin pengadun dan putar sehingga sebati.Masukkan tepung kek dan putar hingga menjadi doh.Selepas menjadi 1 doh bahagikan kepada 32 bahagian dan bulatkan supaya senang mencanai.Rehatkan doh di dalam peti sejuk sebentar dalam masa 15 minit supaya mudah di canai.Satukan tepung jagung dan tepung kek dalam 1 mangkuk untuk di gunakan dalam proses mencanai.Ambil doh yang sudah di rehatkan sebentar tadi dan mula menguli 1 per 1.Setiap kali menguli pastikan tepung ditaburkan agar tidak melekat.Uli senipis yang boleh dan tindihkan setiap 1 yang sudah dicanai dan letakkan tepung agar tidak melekat.Ambil 7 keping doh yang sudah dicanai dan setiap lapisan di sapukan mentega cair bagi untuk bahagian bawah.Buat lagi sekali 7 keping doh yang sudah dicanai dan setiap lapisan disapukan mentega cair untuk bahagian atas pula.Cara membuat sos :
Didihkan susu segar, gula, mentega, essen vanilla ke dalam periuk.Setelah mendidih masukkan tepung semolina dan kacau sehingga sebati.Sejukkan sebentar sebelum memasukkan telur dan kacau sehingga sebati. Ambil doh filo untuk bahagian bawah dan masukkan ke dalam acuan pembakar. Tuang  sos ke atas doh filo.Ambil doh filo bahagian atas dan letak dan tutupkan bahagian atas sosBakar selama 30 minit pada suhu 180c.Cara membuat air gula :
Masakan dan didihkan gula dan air ke dalam periuk menjadi air gula.Setelah selesai membakar curahkan air gula keatasnya dan sedia untuk di hiding.Jenis masakan; Manisan timur tengah
Keistimewaan : Rangup dan Berinti.
INFO CHEF; Pastikan sos kastad sejuk sebelum mencampurkan telur agar telur tidak masak kerana sos kastad masih panas.
TULUMBA.
BAHAN -BAHAN :
Bahan choux pastry :
237ml air40ml minyak jagung60ml susu segar210gm tepung gandum4 biji telur14ml cuka1 sudu teh esen vanilaBahan air gula :
300gm gula100ml airMinyak masak secukupnya | untuk menggoreng20gm kacang pistachio untuk hiasanCARA MEMASAK :
Cara membuat choux pastry :
Campurkan bahan bahan seperti air, minyak jagung, susu segar, ke dalam periuk dan didihkan.Masukkan tepung kek dan kacau hingga menjadi doh.Masukkan doh ke dalam mesin penguli dan putar selama 5 minit bagi menyejukkan doh.Setelah sejuk sedikit doh masukkan telur 1 per 1 sehingga habis dan sebati.Setelah telur sebati masukkan cuka dan putar sehingga sebati.Setelah itu panaskan minyak untuk menggoreng.Masukkan doh kedalam beg piping dan piping doh ke dalam minyak yang telah dipanaskan.Goreng sehingga garing dan kekuningan. Cara membuat air gula :
Masakan dan didihkan gula dan air ke dalam periuk menjadi air gula.Setelah siap menggoreng tapiskan minyak agar tidak terlalu berminyak.Gaul bersama air gula yg telah dimasak sebentar tadi.Taburkan kacang pistachio yang telah di cincang dan di bakar keatasnya.Sedia untuk dihidang.Jenis masakan; Manisan timur tengah
Keistimewaan; Lembut dan Manis
INFO CHEF; Pastikan doh tidak panas semasa mencampurkan telur dengan doh yang telah dimasak.Pastikan minyak betul betul panas sebelum menggoreng.
6. CHINESE EGG TART.

BAHAN-BAHAN :
Bahan doh tart:
145gm tepung kek1 sudu makan gula aising75gm mentega1 biji kuning telur1/2 biji putih telurBahan sos:
70gm gula140ml air125ml susu segar2 biji telur1 sudu teh esen vanila1/2 sudu teh garam.CARA MEMASAK :
Cara membuat doh tart :
Campurkan bahan bahan seperti tepung kek, gula aising, mentega, garam, ke dalam mesin penguli dan pukul sebati.Masukkan kuning telur dan putih telur ke dalam dan pukul sehingga menjadi doh.Selepas menjadi doh sejukkan sebentar ke dalam peti sejuk selama 15minit supaya doh keras sedikit bagi memudahkan proses memasukkan dalam acuan tart.Selepas 15minit ambil semula doh dan ratakan dan tekan doh di dalam acuan tart.Pastikan tidak terlalu tebal.Cara membuat sos
5. Masukkan gula dan air ke dalam periuk dan masak sehingga gula larut dan            hancur.Sejukkan sebentar.
6. Satukan susu segar, telur, esen vanila, garam ke dalam mangkuk sederhana besar dan kacau sehingga sebati.
7. Campurkan air gula yg sudah dimasak sebentar tadi.Tapiskan sos tersebut.
8. Ambil doh tart dalam acuan tadi dan tuangkan sos ke dalamnya.Bakar pada suhu 180 C selama 20 minit.
9.Sedia dihidangkan.
Jenis masakan: Chinese Tart
Keistimewaan; Lembut dan Manis
INFO CHEF; Pastikan air gula tidak terlalu panas sebelum mencampurkan bersama sos agar telor tidak masak.Bagi menyenangkan proses acuan tart pastikan doh sejuk terlebih dahulu.
HOKKAIDO COKLAT CHEESE TART
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh tart :
125gm mentega100gm gula aising1 biji telur250gm tepung kek1/2 sudu teh garamBahan inti  keju :
170gm krim keju20gm gula60gm yogurt kosong15gm mentega1 biji putih telur100gm coklat masakanCARA MEMASAK :
Cara membuat doh tart :
Campurkan mentega, gula aising ke dalam mesin penguli dan pukul selama 3 minit.Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.Kemudian masukkan tepung kek dan garam ke dalam mesin penguli dan pukul sehingga menjadi doh.Simpan selama 10 minit didalam peti sejuk untuk memudahkan proses acuan tart.Keluarkan doh, dan tekan rata di dalam tat didalam acuan.Jangan terlalu tebal atau terlalu nipis semasa memasukkan dalam acuan tart.Cara membuat inti keju.
5. Masukkan krim keju, gula, yogurt dan mentega ke dalam periuk dan cairkan kesemuanya.
6.Sejukkan sebentar sebelum mencampurkan putih telur. Cairkan coklat masak dan campurkan ke dalam adunan keju.
7.Masukkan krim kejua ke dalam doh tat yang sudah ditekankan dalam acuan. .Sapukan telur ke atasnya.
8. Bakar pada suhu 190c selama 15 minit.Gunakan suhu panas atas sahaja. Sedia dihidangkan.
Jenis masakan: : Tart Jepun
Keistimewaan; Lembut , manis, berkrim dan kaya dengan rasa coklat.
INFO CHEF : Bagi memudahkan keju lembut keluarkan keju di suhu bilik sebelum memulakan memasak.Sentiasa kacau keju semasa memasak agar tidak hangus.
8. HONEYKKI @ APPLE CUSTARD PUFF

BAHAN BAHAN:
Bahan puff pastri :
200gm tepung gandum110ml air sejuk20gm mentega1 sudu makan gula1/2 sudu teh garamBahan  mentega lapisan:
150gm mentega50gm tepung gandumBahan inti epal :
2 biji epal hijau100gm gula30gm mentega1sudu makan jus lemonBahan kastad :
125ml susu segar125ml krim putar100gm gula50gm tepung kastad1sudu makan esen vanilaCARA MEMASAK.
Cara buat puff pastri :
Campurkan tepung gandum, air sejuk, mentega, gula, garam ke dalam mesin penguli dan uli menjadi doh.Selepas menjadi doh sejukkan sebentar kedalam peti sejuk bagi memudahkan proses mencanai.Cara buat lapisan mentega :
Campurkan mentega dan tepung gandum ke dalam mesin menguli.Ulikan seketika bagi sebati.Canaikan menjadi segi 4 dalam anggaran ukuran 4inci x 4 inci. Balut dengan plastik dan sejukkan didalam peti sejuk.Ambil doh puff dan canai menjadi segi 4 bersaiz 8inci x 8inci.Letakkan mentega yang sudah disejukkan di tengah -tengah doh dan tutup doh.Canaikan doh senipis yang boleh. Lipat doh yang sudah dicanai dan canai lagi . Ulangi  sebanyak 3 kali untuk mendapatkan lapisan puff  yang cantik.Setiap lapisan yang dicanai  dan letakkan tepung agar tidak melekat.Selepas habis proses mencanai sejukkan puff di dalam peti sejuk selama 15 minit.Potong saiz bulat atau segi 4 mengikut kesuaian anda.Potong setiap 1 biji puff jadi 2 keping puff.Cara masak inti epal :
     8. Kupas kulit epal dan potongkan dadu sederhana. Cuci bersih bersih.
Masukkan epal yang sudah dikupas kedalam periuk dan campurkan bersama mentega, gula, jus lemon ke dalam periuk. Masak selama 5 minit dan sejukkan.    10.Setelah sejuk ambil 1 keping puff pastri dan letakkan inti epal di tengah tengah doh dan         tutup dengan lagi 1 puff di atas.
    11. Ulangi sehingga habis inti anda.Bakar pada suhu 180c selama 25 minit.
Cara membuat sos kastad :
12. Masakkan susu segar, krim putar, gula. Didihkan kesemua di dalam periuk.
13. Setelah mendidih masukkan kastad yang dicampurkan sedikit air ke dalam susu yang sudah mendidih.
14.Masak sehingga likat dan sejukkan. Paipkan kastad di tengah tengah puff yang sudah dimasak.
15.Taburkan gula ising diatas puff yang sudah diletakkan kastad.Sedia dihidangkan.
Jenis masakan; Tart Jepun
Keistimewaan; Lazat menyihatkan dengan kebaikan khasiat epal.
INFO CHEF: Gunakan epal hijau yang sederhana ranum.
9. KABOCHA PIE TAT.

BAHAN-BAHAN :
Bahan tart :
125gm mentega100gm gula aising1biji telur250gm tepung kek½ sudu teh garamBahan kabocha:
300gm buah labu30gm mentega | dicairkan30gm gula1 biji kuning telur2 biji telur72gm gula perang½ sudu teh garam200ml krim putarCARA MEMASAK;
Cara membuat doh tart :
1. Campurkan mentega, gula ising ke dalam mesin penguli dan pukul selama 3 minit.
Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.Kemudian masukkan tepung kek dan garam ke dalam mesin penguli dan pukul sehingga menjadi doh.Simpan selama 10 minit di dalam peti sejuk sebentar untuk memudahkan proses memasukkan dalam acuan tart..Ratakan doh dalamn acuan tart . Jangan terlalu tebal atau terlalu nipis semasa menekan dalam acuan.Bakar tart selama 15 minit.Cara membuat sos kabocha :
Rebuskan labu yang telah dibersihkan. Rebuskan sehingga lembut. Kisar labu yang telah masak dengan mesin pengisar.Campurkan labu yang telah dikisar bersama mentega cair, gula, kuning telur, telur, gula perang, garam, dan krim putar ke dalam 1 bekas yang besar dan kacau sehingga sebati.Tuangkan sos kabocha kedalam doh tart yang telah diacuankan.Bakar pada suhu 180 C selama 15 minit.Sedia dihidangkan.Jenis masakan; Korean tat
Keistimewaan; Rasa labu yang lembut dan manis
INFO CHEF; Sebelum memotong pastikan pie betul betul sejuk agar tidak pecah semasa memotong.
10. BOKU PIE.

BAHAN BAHAN;
Bahan doh pie :
2 ½ cawan tepung kek130gm mentega½ cawan air1biji telur½ sudu teh garam1 sudu teh cukaBahan inti :
1biji kelapa muda1biji telur½ sudu teh garam160ml air75gm susu tepung¾ cawan gula½  cawan tepung gandum½ sudu makan esen vanilla CARA MEMASAK :
Cara membuat doh :
Campurkan kesemua bahan seperti tepung gandum, mentega, air, relor, garam dan cuka kedalam mesin penguli.Uli sehingga menjadi doh dan bahagikan 2 bahagian.Setelah menjadi doh canaikan doh sehingga sedikit nipis.Canaikan kedua doh jadikan 2 doh.Ambilkan 1 doh dan acuankan kedalam acuan tat.Cara membuat inti :
Campurkan kesemua bahan seperti telur, air, susu tepung, gula, garam, tepung gandum, esen vanila ke dalam mangkuk yang besar. Kacau sehingga sebatiKemudian masukkan isi kelapa muda ke dalam bahan tadi.Masukkan bahan inti ke dalam doh tat yang sudah dimasukkan acuan sehingga penuh.Ambil lagi 1 doh dan canaikan nya kemudian tutup bahagian atas inti dan sapu telur di atas doh.Bakar selama 30mimit pada suhu 180 C.Sedia dihidangkan.Jenis masakan; Pie Filipina
Keistimewaan; Manis dan lemak dari kelapa
INFO CHEF: Pilih kelapa muda yang banyak isi dan berkualiti agar inti pie lebih enak dimakan.

RESIPI ; CHEF PASTRI MOHD SYAMIR AZMI
TERIMA KASIH : CRYSTAL CROWN HOTEL PJ,No. 12, Jalan Utara, Pjs 52,  Petaling Jaya, Selangor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/04/10-pastri-asia-arab-terlajak-sedap-idea.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shell Out Sedap Alor Setar Di Arab Kitchen

Shell Out Sedap Alor Setar Di Arab Kitchen

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 2306 hits
Kali pertama rasanya Kekny makan shell out di luar ni Sebelum ni masak sendiri je Tapi kali ni sebab masing masing sibuk dan kebetulan ulangtahun kelahiran Maktok pada 7 April lepas maka kali ni ber Shell Out kat luar lah Sebab selalu tengo...
Ni 4 Resipi Sayur Sayuran Lauk Tradisional Sajian Tradisi Terlajak Sedap

Ni 4 Resipi Sayur Sayuran Lauk Tradisional Sajian Tradisi Terlajak Sedap

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 690 hits
Banyakkan sayur sayuran dalam sajian ajak anak anak makan sayur jugak Pemakanan sihat ni ditinggal jangan Bagi mereka yang tengah berdiet tu usahlah asyik makan salad aje Apa kata cuba makan sayur cara lauk tradisional pulak Nak masuk lauk ...
Gabungan Hebat Nature S Bounty Dan Freeman Beauty Bare Foot

Gabungan Hebat Nature S Bounty Dan Freeman Beauty Bare Foot

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 450 hits
Gabungan Hebat Nature s Bounty Dan Freeman Beauty Bare Foot Assalammualaikum semua Hari ini ruby nak berkongsi pengalaman menggunakan produk Freeman Beauty Bare Foot Bukan guna sendiri tau tapi dimanjakan oleh POSH Nail Spa TTDI pula tu Hah...
Mahathir Akan Lebih Hebat Garang Bila Dicabar Mukhriz

Mahathir Akan Lebih Hebat Garang Bila Dicabar Mukhriz

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 348 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad akan menjadi lebih hebat dan garang apabila dicabar kata Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir Mukhriz berkata usaha pihak tertentu memburukkan Pakatan Harapan dalam isu meratifikasi Statut Rom Mahkamah Je...
13 Minuman Kopi Aroma Hebat Antarabangsa Ada Bermacam Cara Bancuhannya

13 Minuman Kopi Aroma Hebat Antarabangsa Ada Bermacam Cara Bancuhannya

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 572 hits
Nama nama seperti latte espresso cappucino mungkin anda biasa dengan dan cuba Tapi tahukah anda terdapat pelbagai lagi cara bancuhan kopi di luar negara Namanya pun berbeza dan ada yang guna bahan tambahan seperti lemon dan keju Macam menar...
Imf Pangkas Proyeksi Pertumbuhan Ekonomi Dunia Apindo Yakin Ri Tak Terdampak Hebat

Imf Pangkas Proyeksi Pertumbuhan Ekonomi Dunia Apindo Yakin Ri Tak Terdampak Hebat

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 196 hits
Asosiasi Pengusaha Indonesia turut berkomentar mengenai penurunan proyeksi pertumbuhan ekonomi dunia oleh The International Monetary Fund menjadi 3 3 persen Menurutnya penurunan ini menjadi hal wajar mengingat ekonomi global masih terus men...
Portable Inverter Welding Set Dengan Tawaran Hebat

Portable Inverter Welding Set Dengan Tawaran Hebat

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 438 hits
Hello boss Ada yang nak beli welding set baru Atau baru nak survey harga terkini Maklum lah nak jadi kontraktor kena pandai timbang kan nak pakai alatan seperti apa Harga kena cantik barang kena Ada kualiti maklumlah tak nak kalau baru paka...
Slogan Bossku Idea Rakyat

Slogan Bossku Idea Rakyat

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 289 hits
MOHD HUSSAIRY SIDEK nbsp 31 Mac 2019 3 55 PM SABAK BERNAM Kebangkitan rakyat melalui fenomena Bossku yang melanda seluruh negara diilham dirancang dan dilaksan
Siapa Lagi Hebat Budak Siang Ketam Atau Ketam Siang Budak

Siapa Lagi Hebat Budak Siang Ketam Atau Ketam Siang Budak

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 250 hits
Kalau potong buah tu biasalah kan Rasanya semua orang boleh buat Tapi hebat ke siang ketam Jangan pandang rendah pada ketam pula Karang yang kena siang kulit kita pula Macam si anak2 muda untuk episod hari ini Ada yang hebat ada yang buat k...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin