10 Mitos Mengenai Ghost Writer Di Malaysia Yang Scary Tapi
Sebenarnya, sudah berpuluh kali saya mendengar pelbagai mitos mengenai Ghost Writer di Malaysia. Ini bukan kisah lawak, tetapi kenyataan yang harus anda ketahui. Kadang-kadang, soalan diluar jangkaan pun ada. Namun, dalam artikel kali ini saya rasa perlu berkongsi dengan mitos sebagai Ghost Writer atau Penulis upahan atau nama lainnya penulis siluman. Jika anda ingin berjinak sebagai penulis dan mencari pendapatan dengan menulis, artikel ini memang saya tujukan khas buat anda.
Mitos Ghost Writer di Malaysia
1. Scammer
Ramai yang beranggapan kerjaya Ghost Writer adalah scammer dan tidak wujud di Malaysia. Hakikatnya, kerjaya sebagai Ghost Writer di Malaysia sememangnya wujud. Cuma, kerjaya ini dibelakang tabir sahaja. Tidak popular dimata orang awam.
2. Duit segera
Ramai yang beranggapan, jadi penulis upahan boleh buat duit segera. Walhal yang sebenarnya, servis penulisan juga seperti menjual produk. Namun, ia berbeza iaitu servis penulisan adalah perkhidmatan.
3. Tak perlu upgrade
Bukan segelintir, tetapi majoriti mereka yang mahu menjadi penulis. Mereka menceduk ilmu di Google. Mereka fikir sama sahaja. Sebenarnya, cara tersebut tidak tepat dalam industri ghostwriting. Lebih parah, ada yang samakan Ghost Writer di Malaysia sama dengan luar negara. Oh~tidak!
4. Cabang Ghostwriter
Majoriti tidak tahu, skop cabang sebagai penulis upahan sebenarnya besar. Bukan sahaja penulis buku novel. Sebaliknya boleh jadi pengurus konten media sosial, penulis Copywriting, penulis artikel SEO, penulis storytelling, penulis surat rasmi, penulis surat-surat perjanjian, penterjemahan, pembaca pruf, suntingan ayat, pereka letak buku dan lain-lain bidang freelance.
5. Pelanggan suap maklumat
Ada juga yang beranggapan, jadi penulis upahan mudah. Terima deposit, dan siap kerja. Sebab segala maklumat diberikan oleh pelanggan kepada penulis bagi menghasilkan penulisan. Salah!
Perkara sebenarnya adalah, penulis perlu kreatif dan memiliki sikap suka lakukan kajian keatas tajuk yang diberikan oleh pelanggan.
6. Lubang job Ghostwriting
Mungkin segelintir bakal penulis fikir bahawa, ada lubang untuk dapatkan job. Mungkin ada group atau platform khas.
7. Buat kerja dulu
Saya percaya nombor 7 ini adalah 100% penulis baru berjinak buat, sebab inginkan job. Terdesak mahukan job sebagai penulis. Percayalah, anda bakal ditipu oleh pelanggan. Kerja siap, anda takkan dibayar walau sesen apapun. Akhirnya menjerat diri.
8. Tidak mahu dalam kerugian
1000% yang begini. Ada yang tiada langsung ilmu dalam bidang tersebut, tidak pernah sertai mana-mana kelas atau bengkel penulisan. Tetapi masih mahu ambil job tersebut. Mereka beranggapan boleh bertanya di Google. Sedangkan ianya merosakkan reputasi anda sebagai penulis. Kerja anda tidak berkualiti di mata pelanggan.
9. Tidak tahu caj
Segelintir penulis meletakkan caj mengikut suka hati. Ini kerana mereka tidak tahu caj semasa sebagai penulis upahan. Kesannya, penulis akan kerugian kerana caj diberikan tidak bersesuaian dengan masa dan cara kerja tersebut. Seterusnya akan merosakkan harga pasaran dalam bidang penulisan.
Nak tahu ghostwriter price yang sebenarnya? boleh baca artikel sehinga habis.
10. Tidak perlu promosi
Majoriti bakal penulis beranggapan bahawa, dalam dunia penulisan anda tidak perlu promosikan bisnes. Dalam erti lain, anda beranggapan semua orang sudah kenal anda. Anda penulis apa? dan jenis penulisan apa yang anda tawarkan. Pesan saya, sudah-sudah lah syok sendiri.
Oleh itu, sebelum anda hanyut dengan 10 mitos mengenai Ghost Writer seperti diatas. Saya nak bantu anda dengan memiliki buku Antalogi Unseen Writer. Yang mana buku ini sangat membantu anda sebagai penulis upahan yang baru ingin menapak dalam industri.
Dalam buku ini, turut mempunyai cerita saya sebagai penulis upahan dan bersama 11 lagi penulis lain yang mempunyai latar belakang berbeza dalam industri. Semuanya turut dipaparkan strategi, formula dan pengalaman penulis upahan.
Senaskhah buku : RM 74
Apa yang bakal anda dapat dalam promosi Merdeka seperti berikut :
1. E-book mengenai dunia Ghost Writer yang bernilai RM 30.00 ( cara meletakkan caj penulisan, cara pitching prospek, buat branding diri, dan cara hadapai writer block sebagai penulis )
2. Hot Morning Volume 2 . Pendedahan mengenai Kelas yang bakal diadakan bersama penulis. Seperti Konten media sosial, Copywriting, Artikel SEO, Artikel strategi, Storytelling dan Biografi ( manuskrip kisah hidup ).
3. Percuma pengeposan buku.
Dapatkan harga Promo MERDEKA hanya 24 jam sahaja!
Dapatkan sekarang di pautan : SAYANAKPROMOMERDEKA
Oleh sebab ramai nak jadi ghostwriter, anda WAJIB memilikinya satu. Insya Allah, berbaloi dengan value yang anda inginkan dalam industri Ghostwriter. Selepas ini anda sudah tahu bagaimana mahu menjadi Ghostwriter most wanted dan tahu penulisan bagaimana menjadi igauan pelanggan!
Boleh ikuti saya di Facebook dan LinkedIn: Nor Azlina Mohd Ali
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ehbelogaku.com/2023/08/10-mitos-mengenai-Ghost-writer-Malaysia.html