10 Masakan Lemak Membuatkan Anda Rindu Masakan Mak


Sebagai seorang bujang yang berkelana ke bandar besar Kuala Lumpur, sememangnya ada masa saya akan merindui masakan ibu, tambah-tambah lagi selepas seharian bekerja dan pulang ke rumah dengan harapan ada makanan di rumah.
Malangnya, hanya ada telur dan piza sejuk yang dibeli pada waktu hujung minggu. Pasti rasa macam nak balik ke rumah mak malam itu juga, bukan?
 
Rindu Mak Walau apapun perasaan anda, takkanlah anda nak tinggalkan kerjaya dan hidup anda di bandar semata-mata nak ikutkan rasa rindu masakan mak. Tak bekerjalah kita kalau asyik fikir begitu. Jadi, cara yang terbaik adalah dengan sediakanlah sendiri masakan ibu yang dirindui di rumah.
Tak perlu sedia banyak-banyak jenis. Cukuplah sekadar satu lauk untuk anda hilangkan rasa rindu pada hari minggu.
 
Pilihan Yang Mana Satu Sekarang, anda sudah bersedia untuk memasak. Anda sudah kosongkan hari minggu anda untuk membeli bahan-bahan dan cuba untuk memasak. Namun begitu, adakah anda sudah memilih lauk kegemaran anda yang manakah anda nak masak? Tak ada idea, tidak mengapa kerana saya ada satu cadangan untuk anda. Masak Lemak.
 
Variasi Masak Lemak Wajib Cuba Dalam banyak- banyak masakan ibu saya, masak lemak dengan senangnya disenaraikan dalam tiga masakan teratas yang paling saya rindui. Perkara menarik tentang masak lemak ini adalah dalam keringkasan bahan yang digunakan untuk menyediakan satu hasil lauk yang cukup menyelerakan, penuh dengan rasa dan paling penting, menambahkan lagi selera anda.
Jadi, dalam artikel ini, saya bukan sahaja senaraikan satu ataupun dua, malah 10 resepi masak lemak untuk anda sediakan dan nikmati setiap kali anda merindui rumah mahupun ibu anda. Mampulah buat anda bertahan hingga musim cuti seterusnya.
 
 
1. Labu Masak Lemak Kalau tiada labu masak lemak dalam senarai ini memang tidak lengkaplah artikel masak lemak ini, betul tak? Di kampung, masak lemak memang cukup kerap disediakan kerana lambakan sayur-sayuran berair seperti labu manis yang mudah untuk didapati di pasar tani berdekatan.
Perkara menarik tentang labu masak lemak ialah masakan ini dapat dipasangkan dengan pelbagai jenis lauk lain, tambah-tambah lagi dengan ikan masin. Memang tak berhentilah makan! Cubalah resepi Lemak Labu versi Butterkicap ini. Memang mudah, senang dan cepat untuk disediakan dalam jadual waktu anda yang padat.
2. Rebung Masak Lemak Gambar Stok oleh ayarx oren/Shutterstock Bahan-Bahan:
250g rebung, direbus dan ditoskan 1 batang cili merah, dikisar 3 ulas bawang putih, dikisar 2 ulas bawang merah, dikisar 2 sudu besar ikan bilis, dikisar 200ml santan cair 100ml santan pekat Garam dan gula secukupnya  
Cara-Cara:
Kisar semua bahan kisar. Masukkan bahan tersebut ke dalam kuali berisi dua sudu besar minyak. Atas api sederhana besar, tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan rebung dan gaul sebati. Biarkan mereneh selama 2 minit. Masukkan santan ,garam dan gula. Gaul dan biarkan mendidih selama 5 minit. Padamkan api dan siap untuk dihidangkan.  
3. Ikan Keli Masak Lemak Kredit: Deskgram Bahan-Bahan:
3 ekor ikan keli, dibasuh bersih dengan asam jawa dan limau lalu dibelah 3 3 ulas bawang putih 2 biji bawang merah Sedikit kunyit hidup, ditumbuk 8 biji cili padi, ditumbuk 3 biji ubi cekur, dibelah 4 7 helai daun cekur, dimayang halus. 200ml santan cair 50ml santan pekat Garam dan gula secukup rasa  
Cara-Cara:
Dalam periuk, masukkan 3 sudu besar minyak dan panaskan atas api sederhana besar. Tumbuk halus bawang putih, bawang merah, cili padi dan ubi cekur. Masukkan sedikit air dan tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau. Apabila bahan tumis sudah mendidih, masukkan santan cair. Masukkan daun cekur yang telah dimayang halus. Kacau dan masukkan ikan keli. Tutup periuk dan biarkan selama 15 hingga 20 minit. Masukkan santan pekat dan kacau selama 2 minit. Perasakan kuah dengan garam dan gula secukupnya. 4. Daging Salai Masak Lemak Kredit: Pinterest Bahan-Bahan:
350g daging, dihiris nipis dan dilumur garam dan kunyit 200ml santan cair 50ml santan pekat 3 keping asam keping 2 biji kentang, dibelah enam 3 batang serai, dititik 8 biji cili padi, ditumbuk 2 inci kunyit hidup, ditumbuk  
Cara-Cara:
Salai Masukkan bahan tumbuk, serai dan segelas air ke dalam periuk. Masak menggunakan api perlahan sehingga menggelegak. Masukkan kentang. Masak lagi hingga kentang agak empuk. Masukkan daging salai yang dihiris tadi. Masak lagi hingga menggelegak dan kuah agak berubah warna. Masukkan asam gelugor dan santan. (Kalau rasa santan terlampau pekat, boleh tambah sedikit air tapi jangan terlalu cair). Kacau selalu supaya tak pecah lemak. Bila dah mendidih, masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau sebentar. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.  
5. Ketam Masak Lemak Kredit: Koleksi Resepi Emak Bahan-Bahan: 
3 ekor ketam merah, dicuci disiang dan dipotong pada bahagian kecil 1/2 biji nenas, dihiris nipis 2 batang serai, dititik ½ biji cili hijau, dihiris serong 1 helai daun kunyit, disimpul 200ml santan cair 50ml santan pekat 1 keping asam gelugor Garam dan gula secukup rasa  
Bahan Kisar:  1 inci kunyit hidup 1 biji bawang besar 1/2 biji bawang besar Holland 3 ulas bawang putih 1/2 inci halia 5 biji cili padi merah 2 cawan air Cara-Cara: 
Dalam periuk, masukkan 3 sudu besar minyak dan masukkan bahan kisar, serai, asam gelugor dan ketam. Kacau rata selama 2-5 minit hingga naik bau. Masukkan 2 cawan air dan tutupbersama-sama bahan yang telah dikisar, serai, dan asam gelugor. Masukkan 2 cawan air sehingga paras ketam tenggelam. Tutup periuk selama 5 minit dan biar mereneh hingga ketam bertukar warna.
2. Tuangkan santan cair, kacau dan biar mendidih sekali lagi.
3. Masukkan nenas. Tutup periuk selama 5 minit hingga nenas lembut. masukkan daun kunyit dan santan pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kacau rata dan masak sehingga kuah mendidih dengan api yang sederhana. Akhir sekali masukkan cili hijau dan tutup api.  
 
6. Pucuk Ubi Masak Lemak Kredit: Resepi Nannie Bahan-Bahan:
1 ikat pucuk ubi, dicuci dan diambil daun sahaja. 20 ulas cili api. dikisar 2 sudu besar ikan bilis, dikisar 1 biji bawang besar, dikisar 4 ulas bawang putih, dikisar 1 btg serai 200ml santan cair 50ml santan pekat 1 sudu teh kunyit 1 keping asam gelugor Garam dan gula secukup rasa.  
Cara-Cara:
Dalam periuk, masukkan 3 sudu besar minyak masak dan panaskan atas api sederhana besar. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi. Masukkan santan cair dan pekat, asam keping dan serai. Tutup periuk dan biar mereneh selama 3 minit. Masukkan daun pucuk ubi dan kunyit. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kacau selama 3 minit dan masukkan santan pekat. Kacau rata dan padamkan api.  
7. Udang Masak Lemak Kredit: Qaseh Dalia Bahan-Bahan:
350g udang, dicuci dan dibuang kepala dan ekor 200g kacang buncis, dipotong menjadi bahagian kecil 200ml santan cair 50ml santan pekat 1 keping asam keping 2 batang cili merah, dipotong serong  
Bahan Kisar: 2 biji bawang merah 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 inci kunyit hidup 1 batang serai  
Cara-Cara:
Dalam periuk, panaskan 2 sudu besar minyak di atas api sederhana besar. Masukkan bahan kisar dan cili merah lalu tumis hingga wangi. Masukkan santan cair dan kacau rata. Tutup periuk selama 5 minit. Masukkan udang dan asam keping. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masukkan santan pekat dan kacang buncis dan kacau rata. Tutup periuk sealam 3 minit. Padamkan api. 8. Sotong Masak Lemak Kredit: Amie’s Little Kitchen Bahan-Bahan: 
4 ekor sotong, dipotong gegelang 4 batang kacang buncis, dipotong menjadi bahagian kecil 1 biji tomato, dibelah empat 1 batang cili merah, dibelah dua tetapi tidak putus 1 batang cili hijau, dibelah dua tetapi tidak putus 200ml santan cair 50ml santan pekat 1 sudu teh serbuk kunyit Garam dan gula secukup rasa Bahan Tumis:  2 sudu besar makan minyak 1 biji bawang besar, dihirs 3 ulas bawang putih, dihiris 1 batang serai, diketuk 1 inci halia, dihiris Cara-Cara: 
Sotong digaul dengan serbuk kunyit dan garam. Ketepikan. Di dalam periuk, panaskan minyak atas api sederhana besar. Masukkan bahan tumis. Tumis sehingga naik bau. Selepas itu masukkan sotong dan kacau rata. Masukkan santan cair dan kacau rata. Masukkan kacang buncis, buah tomato, cili merah, santan pekat dan cili hijau. Perasakan dengan garam dan gula. Tutup periuk selama 5 minit.  
9. Cendawan Masak Lemak Kredit: picgram Bahan-Bahan:
250g cendawan tiram 2 sudu besar ikan bilis, ditumbuk kasar 200ml santan cair 50ml santan pekat 2 batang serai, diitik  
Bahan Kisar: 1 biji bawang besar 2 biji bawang merah 4 ulas bawang putih 2 batang cili merah 3 biji cili padi 1 inci kunyit hidup  
Cara-Cara:
Dalam periuk, masukkan dua sudu besar minyak dan panaskan atas api sederhana besar. Tumiskan ikan bilis dan bahan kisar hingga naik wangi. Masukkan cendawan dan kacau rata selama 5 minit. Masukkan santan cair dan perasakan dengan garam serta gula. Tutup periuk selama 5 minit. Masukkan santan pekat dan kacau rata selama 3 minit. Padamkan api.  
10. Nangka Masak Lemak
Kredit: Zulfaza Loves Cooking
Bahan-Bahan:
400g nangka muda, dipotong kecil & direbus empuk 200ml santan cair 50ml santan pekat  
Bahan Kisar:
1 biji bawang besar 2 biji bawang merah 4 ulas bawang putih 1 batang cili merah 3 sudu besar udang kering (rendam) 1 sudu teh lada hitam 1 sudu teh serbuk kunyit Cara-Cara:
Panaskan minyak dalam periuk atas api sederhana besar dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan nangka yang direbus. Kacau rata.  Masukkan santan cair dan perasakan dengan garam dan gula. Kacau rata. Tutup periuk selama 5 minit. Masukkan santan pekat dan kacau rata selama 3-5 minit.  
Tak Cukup Lagi? Ha, bagaimana? Ada terasa rindu terubat selepas tengok resepi-resepi masak lemak yang pelbagai ini Jika masih tidak mencukupi, anda boleh cuba variasi masakan merah dan goreng kunyit yang anda boleh sediakan sekali dengan hidangan masak lemak pilihan anda. Memang terangkat jari! Silap haribulan, ibu anda pula yang merindui masakan air tangan anda dan datang menziarah.
The post 10 Masakan Lemak Membuatkan Anda Rindu Masakan Mak appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/feature-article/10-masakan-lemak-membuatkan-anda-rindu-masakan-mak

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rindu Nak Makan Nasi Lemak Bungkus Macam Ni

Rindu Nak Makan Nasi Lemak Bungkus Macam Ni

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 1558 hits
Rindu Nak Makan Nasi Lemak Bungkus Macam Ni Assalamualaikum Nasi lemak Antara pilihan ramai orang umtuk bersarapan Hidangan lengkap Nasi sambal ikan bilis timun telur dan kacang Cil Rose rindukan waktu dulu Zaman kanak kanak Cik Rose Atau l...
Gerai Pernah Di Roboh Mak Cik Jual Buah Nak Tampung Hidup Beli Ubat Untuk Anak

Gerai Pernah Di Roboh Mak Cik Jual Buah Nak Tampung Hidup Beli Ubat Untuk Anak

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 581 hits
Bagai jatuh ditimpa tangga begitulah perumpaan untuk mak cik ini yang berusaha menjual buah buahan demi menampung hidup dan membeli ubat ubatan untuk anaknya namun gerainya pernah dirobohkan Menerusi perkongsian dari Facebook Hakim Azaki di...
Mak Akak Dah Takde

Mak Akak Dah Takde

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 258 hits
Kisah lewat petang kelmarin Terkejut dengan berita yang tak disangka ibu kepada kawan aku telah kembali kepadaNYA Dia apatah lagi hanya mengetahui ketika tiba di rumah Kisah semalam pula Mak akak dah takde Dua kali kawanku itu bagitahu aku ...
Tak Sempat Jumpa Mak Tahu Tahu Balik Rumah Dah Kosong

Tak Sempat Jumpa Mak Tahu Tahu Balik Rumah Dah Kosong

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 430 hits
Tak sempat jumpa mak tahu tahu balik rumah dah kosong Ibu bapanya bercerai ibunya pula ditangkap pihak berkuasa dua minggu lalu kerana terlibat dengan kes penyalahgunaan dadah kanak kanak lelaki berusia 12 tahun ini tinggal bersendirian di ...
Sayang Mak Normah Damanhuri Buat Permohonan Maaf Di Ig Ini Reaksi Ahya Kakaknya Liana Rosli

Sayang Mak Normah Damanhuri Buat Permohonan Maaf Di Ig Ini Reaksi Ahya Kakaknya Liana Rosli

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 590 hits
Sayang Mak Normah Damanhuri Buat Permohonan Maaf di IG Ini Reaksi Ahya Kakaknya Liana Rosli Sejak dua hari lalu kecoh di kalangan netizen selepas viral rakaman video tarian dan pakaian penari yang mencolok mata di dalam majlis persandingan ...
Allah Pelihara Mak Dari Aib Ini Cerita Sepupu Pengantin Viral Kerana Tarian Tidak Sopan Di Majlis Kenduri

Allah Pelihara Mak Dari Aib Ini Cerita Sepupu Pengantin Viral Kerana Tarian Tidak Sopan Di Majlis Kenduri

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 566 hits
Allah Pelihara Mak Dari Aib Ini Cerita Sepupu Pengantin Viral Kerana Tarian Tidak Sopan Di Majlis Kenduri Isu kontroversi berkaitan majlis perkahwinan yang viral tempoh hari kerana terdapat tarian mengghairahkan mendapat perhatian orang ram...
Mengenang Mak

Mengenang Mak

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 410 hits
Assalamualaikum hai semua Mengenang Mak Jumaat datang lagi Setiap kali datang hari nie memang akan teringat balik dua cerita sedih Kak Sue lalui sebelum nie Salah satunya Mak pergi buat selamanya yang tinggal hanya mengenang Mak dalam doa d...
Mak Lari Ayah Dah Mati Kanak2 Ini Terpaksa Berjalan Kaki Jauh Bila Balik Dari Sekolah

Mak Lari Ayah Dah Mati Kanak2 Ini Terpaksa Berjalan Kaki Jauh Bila Balik Dari Sekolah

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 749 hits
Mak Lari Ayah Dah Mati Kanak2 Ini Terpaksa Berjalan Kaki Jauh Bila Balik Dari Sekolah ok Ketika ramai mengeluh dengan kesukaran hidup yang mereka hadapi sekarang ternyata masih ada lagi insan yang berganda sukarnya kehidupan mereka berbandi...
Alami Sakit Mak Mak Hingga Perlu Ujian Mri Jihan Muse Harap Tiada Yang Serius

Alami Sakit Mak Mak Hingga Perlu Ujian Mri Jihan Muse Harap Tiada Yang Serius

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 438 hits
Siapa yang tidak terhibur dengan kepetahan pengacara dan pelawak ini Disebalik kelincahan rupanya dia sedang mengalami sakit mak mak Jihan posting Instagram memberikan perkhabaran tentang dirinya sedang dalam proses mengenalpasti penyakit y...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kata Kata Nasihat Dalam Perjalanan

Abu Hurairah Sahabat Periwayat 5 374 Hadits

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Tahukah Anda Fasal Nama Tempat Terpanjang Dan Terpendek Di Malaysia