10 Makanan Yang Perlu Di Ambil Untuk Pesakit Angin Ahmar



Apakah makanan yang sesuai untuk pesakit angin ahmar? Artikel ini akan membincangkan beberapa jenis makanan yang sesuai untuk pesakit ini.
Kredit Foto : Google
Adakah anda mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan angin ahmar? Angin ahmar membawa maksud yang sama seperti strok iaitu berlakunya penyempitan salur darah atau salur darah pecah pada bahagian salur darah yang membawa darah beroksigen ke bahagian otak.

Apabila ini terjadi, akan berlakunya gangguan pada fungsi otak lalu mengakibatkan gangguan pada anggota badan yang lain kerana otak merupakan pusat bagi anggota badan. Mereka yang mengalami serangan angin ahmar perlulah mendapatkan rawatan perubatan dengan segera untuk mengelakkan komplikasi yang lebih buruk.


Antara tanda-tanda ataupun gejala bagi mereka yang diserang angin ahmar adalah:

- Merasa lemah, kebas pada bahagian muka, tangan, kaki terutamanya pada sebelah bahagian badan.
- Berasa keliru, susah untuk bertutur atau memahami sesuatu perkara.
- Mempunyai masalah penglihatan.
- Mengalami kesusahan untuk berjalan dan hilang keseimbangan badan.
- Mengalami sakit kepala yang teruk
- Mengalami masalah menelan (disfagia)

Berikut merupakan punca-punca bagi serangan angin ahmar.

- Tekanan darah yang terlalu tinggi dan tidak terkawal
- Disebabkan oleh trauma seperti kemalangan
- Tabiat merokok
- Menghidap penyakit kencing manis
- Tahap kolesterol yang tinggi di dalam darah
- Gaya hidup yang sedentari dan berat badan yang berlebihan
- Pengambilan alkohol yang berlebihan
- Mempunyai penyakit kardiovaskular (jantung)

10 Makanan untuk Pesakit Angin Ahmar dibawah

1. Sumber tenusu rendah lemak

Antara kunci untuk mengelakkan serangan angin ahmar adalah mengamalkan makanan rendah lemak. Antara sumber tenusu rendah lemak adalah yogurt rendah lemak, susu rendah lemak, susu skim dan lain-lain.

Beberapa kajian telah menunjukkan kebaikan pengambilan sumber tenusu rendah lemak terhadap risiko mendapat angin ahmar. Kajian yang dijalankan di Swedish mendapati bahawa penambilan makanan ini tidak meningkatkan risiko untuk mendapat angin ahmar.

Satu lagi kajian turut mendapati bahawa pengambilan makanan sumber tenusu rendah lemak mengurangkan risiko untuk penyakit jantung dan tidak meningkatkan risiko untuk mendapat angin ahmar.

2. Makanan kaya beta glukan

Antara makanan yang mengandungi beta glukan adalah oat. Oat merupakan salah satu makanan yang sihat dan boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan jantung dan mengurangkan paras kolesterol di dalam darah untuk mencegah angin ahmar.

Hal ini kerana oat mengandungi kandungan beta glukan, sejenis serat yang mampu untuk mengurangkan paras kolesterol di dalam darah. Cadangan pengambilan beta glukan harian adalah 3g sehari di mana jumlah ini boleh dicapai dengan pengambilan oat sebanyak 3 sudu makan sehari.

3. Sayur-sayuran hijau

Pengambilan sayur-sayuran hijau juga penting bagi pesakit angin ahmar. Kerana seperti yang kita sedia maklum, sayur-sayuran hijau mengandungi kandungan serat yang tinggi. Seperti yang diterangkan di atas, pengambilan serat dapat membantu pengawalan kolesterol di dalam darah dan mengurangkan risiko untuk mendapat angin ahmar.

Cadangan pengambilan sayur-sayuran sehari adalah sekurang-kurangnya 3 hidangan sehari (1 hidangan sayur-sayuran = 1 cawan sayur mentah/ ½ cawan sayur dimasak).

4. Buah-buahan

Selain sayur-sayuran, buah-buahan juga merupakan antara sumber serat yang kaya dengan sumber vitamin dan mineral yang lain. Cadangan pengambilan buah-buahan adalah 2 hidangan sehari dan ini harus diambil perhatian oleh pesakit kencing manis untuk mengelakkan kenaikan gula di dalam darah.

Kajian turut mendapati bahawa pengambilan buah-buahan dapat mengurangkan risiko mendapat serangan angin ahmar.

5. Protein rendah lemak

Pesakit angin ahmar digalakkan untuk mengambil sumber protein yang rendah lemak seperti ikan, ayam yang dibuang kulit dan protein sumber tumbuhan seperti tempe dan tauhu.

Hal ini kerana lemak yang terdapat pada protein sumber haiwan seperti kulit ayam mengandungi kandungan kolesterol dan lemak tepu yang tinggi di mana pengambilan yang berlebihan akan meningkatkan paras kolesterol tidak baik di dalam darah.

6. Makanan bijirin penuh

Makanan bijirin penuh merupakan antara pilihan makanan yang bagus bagi pesakit angin ahmar. Hal ini kerana makanan ini turut mengandungi kandungan serat yang tinggi seperti sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.

Antara makanan bijirin penuh adalah roti dan biskut bijirin penuh, barli, jagung dan lain-lain. Satu kajian yang dijalankan terhadap wanita di Amerika Syarikat mendapati bahawa pengambilan makanan bijirin penuh berkait dengan risiko yang rendah untuk mendapat serangan angin ahmar.

7. Makanan kaya lemak baik

Antara contoh lemak baik adalah omega 3. Antara contoh makanan yang kaya dengan omega 3 adalah ikan salmon, sardin, biji chia, kacang soya dan lain-lain. Omega 3 mempunyai sifat anti radang dan dapat mencegah inflamasi pada sel.

8. Makanan rendah natrium

Apakah itu makanan rendah natrium? Pada bahasa mudahnya, makanan rendah natrium merupakan makanan yang rendah kandungan garam. Elakkan pengambilan makanan terproses dan penggunaan garam yang berlebihan kerana ianya dapat meningkatkan tekanan darah. Tekanan darah yang terlalu tinggi dapat menyebabkan saluran darah pecah dan menyebabkan serangan angin ahmar.

9. Makanan yang mengandungi stanol dan sterol tumbuhan

Stanol dan sterol tumbuhan adalah sejenis komponen tumbuhan yang boleh didapati daripada tumbuhan dan mempunyai kebaikannya yang tersendiri iaitu dapat menurunkan paras kolesterol di dalam darah. Paras kolesterol yang berada di dalam julat normal dapat mencegah serangan angin ahmar.

Antara makanan yang mengandungi stanol dan stenol tumbuhan adalah susu omega, sayur-sayuran, bijirin penuh dan minyak sayuran.

10. Makanan tinggi kalium

Kalium merupakan mineral penting yang diperlukan untuk pengecutan dan pengenduran otot badan. Antara makanan yang kaya dengan kalium adalah buah-buahan kering seperti kismis, pisang, avokado, bayam, brokoli dan lain-lain.

Pengambilan kalium dikaitkan dengan pengawalan tekanan darah. Kajian mendapati bahawa pengambilan kalium berkait dengan risiko yang rendah untuk mendapat serangan angin ahmar.

Kesimpulannya, pesakit yang pernah mengalami serangan angin ahmar perlulah mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang dan tidak meninggalkan pengambilan ubat-ubatan yang diberi oleh pegawai perubatan anda untuk mengelakkan serangan semula angin ahmar.

SUMBER

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sekejung.com/2022/02/10-makanan-untuk-pesakit-angin-ahmar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ia Mula Berdarah Ingatkan Kena Sengat Doktor Keluarkan 3 Ekor Ulat Hidup Dari Mata Leher Lengan Pesakit Wanita

Ia Mula Berdarah Ingatkan Kena Sengat Doktor Keluarkan 3 Ekor Ulat Hidup Dari Mata Leher Lengan Pesakit Wanita

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 229 hits
NEW DELHI INDIA Rasa tidak selesa di bahagian mata mendorong seorang wanita Amerika pergi ke hospital untuk menjalani pemeriksaan sebelum dimaklumkan bahawa terdapat tiga ekor ulat jenis botfly yang bersarang di badannya termasuk mata Pihak...
Bekas Pesakit Covid 19 Mempunyai Simptom Long Covid Sebanyak 10 Hingga 15 Peratus

Bekas Pesakit Covid 19 Mempunyai Simptom Long Covid Sebanyak 10 Hingga 15 Peratus

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 152 hits
Bekas Pesakit COVID 19 Mempunyai Simptom Long COVID Sebanyak 10 Hingga 15 Peratus Dianggarkan kira kira 10 hingga 15 peratus individu yang dijangkiti COVID 19 masih mempunyai simptom jangka panjang atau long COVID Justeru Menteri Kesihatan ...
Data Menunjukkan Kadar Kematian Pesakit Tanpa Vaksin Lebih Tinggi

Data Menunjukkan Kadar Kematian Pesakit Tanpa Vaksin Lebih Tinggi

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 147 hits
KUALA LUMPUR Kadar kematian pesakit Covid 19 dalam kalangan mereka yang tidak mengambil vaksin adalah jauh lebih tinggi berbanding mereka yang mengambil vaksin lengkap dan mendapat dos penggalak Menurut data Kematian per 100 000 Populasi me...
Covid 19 Kes Harian Kini Meningkat Lepasi 20 Ribu Tiada Pesakit Kritikal Di Hospital Swasta

Covid 19 Kes Harian Kini Meningkat Lepasi 20 Ribu Tiada Pesakit Kritikal Di Hospital Swasta

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 201 hits
KUALA LUMPUR Tiada kemasukan pesakit kritikal COVID 19 dalam Kategori Empat dan Lima ke hospital swasta di negara ini sejak dua hingga tiga bulan lalu walaupun penularan virus itu melonjak dengan angka harian melepasi lebih 20 000 kes semal...
Hiburan Ombak Dan Angin Terlalu Kuat Percutian Bertukar Tragedi Ramai Tersangkut Di Pulau Perhentian

Hiburan Ombak Dan Angin Terlalu Kuat Percutian Bertukar Tragedi Ramai Tersangkut Di Pulau Perhentian

papar berkaitan - pada 28/2/2022 - jumlah : 179 hits
Gara gara hujan berterusan angin kencang dan ombak besar yang melanda beberapa kawasan di negeri Pantai Timur ketika ini telah menyebabkan ramai pelancong terperangkap terutamanya di Pulau Perhentian Menurut laporan seramai 385 pelancong te...
Covid 19 Pkrc Maeps Serdang Terima Pesakit Pertama Video

Covid 19 Pkrc Maeps Serdang Terima Pesakit Pertama Video

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 396 hits
Covid 19 PKRC MAEPS Serdang Terima Pesakit Pertama VIDEO Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid 19 Zon Wilayah Tengah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang menerima kes pertama jam 4 50 petang semalam Pengarah Hospital Kuala Lumpur Datin Pad...
Guna Minyak Sapi Dalam Makanan Anak Sesuai Untuk Yang Ada Alahan Produk Tenusu

Guna Minyak Sapi Dalam Makanan Anak Sesuai Untuk Yang Ada Alahan Produk Tenusu

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 155 hits
Bila nak bagi anak makan mama mestilah mahu berikan yang terbaik Bukan sahaja menitik beratkan kandungan nutrisi yang ada malah mengambil kira tentang makanan yang tidak memudaratkan anak Selalu kita dengar menumis menggunakan butter atau m...
Naik Ruam Merah Alahan Lepas Bagi Anak Makanan Pejal Jangan Cemas Ini Panduan Dari Dietition

Naik Ruam Merah Alahan Lepas Bagi Anak Makanan Pejal Jangan Cemas Ini Panduan Dari Dietition

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 177 hits
Keterujaan ibu menyediakan makanan anak selepas usianya enam bulan menjadi satu kerisauan bila mana kulit anak naik ruam dan pelbagai alahan lain Jangan cemas dan jangan berhenti untuk terus memperkenalkan makanan untuk anak Ada sebabnya In...
Makanan Sihat Terbaik Untuk Jantung

Makanan Sihat Terbaik Untuk Jantung

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 179 hits
Penyakit jantung menyumbang hampir satu pertiga daripada semua kematian di seluruh dunia Diet memainkan peranan utama dalam kesihatan jantung dan boleh memberi kesan kepada risiko penyakit jantung anda Malah makanan tertentu boleh mempengar...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep