Covid 19 Kes Harian Kini Meningkat Lepasi 20 Ribu Tiada Pesakit Kritikal Di Hospital Swasta




KUALA LUMPUR - Tiada kemasukan pesakit kritikal COVID-19 dalam Kategori Empat dan Lima ke hospital swasta di negara ini sejak dua hingga tiga bulan lalu, walaupun penularan virus itu melonjak dengan angka harian melepasi lebih 20,000 kes, semalam.
Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Datuk Dr Kuljit Singh, berkata ia jauh berbeza dengan keadaan kes teruk ketika angka harian juga melepasi 20,000 jangkitan pada Ogos tahun lalu.
Ketika itu, beliau berkata, wad COVID-19 meliputi Unit Rawatan Rapi (ICU) di hampir semua hospital swasta, terutama di Lembah Klang, dipenuhi pesakit.
Malah, katanya, keadaan itu menyebabkan pesakit yang bersedia untuk menampung sepenuhnya kos rawatan di hospital swasta, terpaksa ditolak dan dipindahkan ke kemudahan kerajaan yang juga telah mencecah kapasiti maksimum.
Beliau berkata, ia berbanding situasi sekarang yang membabitkan kemasukan pesakit COVID-19 dalam Kategori Satu dan Dua ke hospital swasta.
"Kebanyakannya adalah atas permintaan pesakit untuk menjalani pengasingan di hospital swasta, dengan semuanya menggunakan pembiayaan sendiri," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Kuljit berkata, keterukan kesan jangkitan varian Omicron berkemungkinan lebih ringan walaupun kadar kebolehjangkitannya adalah tinggi.
Selain itu, beliau berkata, peratusan tinggi populasi sudah lengkap imunisasi berserta mereka yang menerima dos penggalak vaksin COVID-19, terbukti dapat membantu mengurangkan keterukan kesan jangkitan penyakit itu.
Bagaimanapun, katanya, adalah penting untuk orang ramai terus berhati-hati dan melakukan pemantauan kendiri, di samping tidak panik.
Ketika ini, beliau berkata, banyak negara sedang menuju untuk memasuki fasa endemik dan Malaysia juga harus membuat persediaan ke arah itu berikutan kemudahan penjagaan kesihatan dijangka tidak terbeban.
Katanya, bilangan katil di hospital swasta dianggarkan berjumlah 16,500, dengan terdapat pelbagai peratusan katil disediakan bagi membantu kerajaan pada bila-bila masa diperlukan untuk menerima pesakit, termasuk bukan COVID-19, berdasarkan kapasiti serta keupayaan hospital masing-masing.
"Hospital swasta sentiasa dibabitkan Kementerian Kesihatan berhubung soal kesiapsiagaan itu dalam Pasukan Petugas Bertindak Pantas (RRTF) COVID-19 Kebangsaan," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/02/covid-19-kes-harian-meningkat-lepas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Harian Meningkat Lepasi 5 500

Kes Harian Meningkat Lepasi 5 500

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 341 hits
MALAYSIA NOW Sebanyak 2 876 324 kes Covid 19 direkodkan dalam negara setakat ini Seorang ibu memilih buku kepada anak anaknya di Kedai Buku Excess Nusajaya Johor Kelonggaran di bawah Pelan Pemulihan Negara memberikan kelebihan kepada mereka...
Covid 19 Kes Harian Tertinggi Sejak 120 Hari Lepas

Covid 19 Kes Harian Tertinggi Sejak 120 Hari Lepas

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 252 hits
SHAH ALAM Penularan kes Covid 19 semakin meningkat dengan kes baharu direkodkan di negara ini kembali melonjak menghampiri 10 000 kes Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 9 117 kes harian Covid 19 dicata...
Kes Covid Meningkat Menteri Kata Spm Dan Sesi Sekolah Tetap Diteruskan

Kes Covid Meningkat Menteri Kata Spm Dan Sesi Sekolah Tetap Diteruskan

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 313 hits
JOHOR BAHRU Sesi persekolahan dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2021 pada Mac ini akan diteruskan walaupun kes Covid 19 kini semakin meningkat Menteri Kanan Pendidikan Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata ini kerana peratusan...
Kes Covid 19 Akan Meningkat Mendadak Dalam Beberapa Minggu Akan Datang Kj

Kes Covid 19 Akan Meningkat Mendadak Dalam Beberapa Minggu Akan Datang Kj

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 199 hits
PETALING JAYA Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengakui kes Covid 19 akan meningkat dengan mendadak dalam beberapa minggu akan datang Beliau mengambil contoh bagaimana Singapura mencatatkan 4 297 kes baharu pada 3 Februari lalu tetapi ju...
Takkan Laksana Pkp Walaupun Kes Meningkat Terpaksa Hidup Dengan Covid 19 Pm

Takkan Laksana Pkp Walaupun Kes Meningkat Terpaksa Hidup Dengan Covid 19 Pm

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 209 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengulangi pendirian kerajaan untuk tidak kembali melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mahupun darurat walaupun kes Covid 19 dilihat kembali meningkat Beliau berkata rakyat kini pe...
Prn Johor Tetap Onz Walaupun Kes Covid 19 Meningkat Pm

Prn Johor Tetap Onz Walaupun Kes Covid 19 Meningkat Pm

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 274 hits
Pilihan Raya Negeri Johor yang bakal diadakan pada 12 Mac ini akan tetap diteruskan walaupun kes harian Covid 19 terus mencatat peningkatan mendadak Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PRN Johor tidak dapat ditangguh kera...
Covid 19 13 944 Kes Baharu Terus Meningkat

Covid 19 13 944 Kes Baharu Terus Meningkat

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 380 hits
Covid 19 13 944 kes baharu terus meningkat Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 13 944 kes baru Covid 19 Kes kumulatif kini berjumlah 2 939 198 Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang tertinggi dalam 137 hari sejak Septembe...
Tiada Lagi Kes Harian Covid 19

Tiada Lagi Kes Harian Covid 19

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 256 hits
Kementerian Kesihatan tidak lagi akan mengumumkan bilangan kes harian COVID 19 bermula esok Sebaliknya perkembangan kes COVID 19 negara akan dimaklumkan pada pukul 10 00 pagi hari berikutnya demikian jelas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddi...
Angka Korban Terus Meningkat 11 Lagi Kes Kematian Akibat Covid 19 Di Catat Semalam

Angka Korban Terus Meningkat 11 Lagi Kes Kematian Akibat Covid 19 Di Catat Semalam

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 221 hits
PUTRAJAYA Angka korban di negara ini terus meningkat apabila terdapat 11 lagi kes kematian akibat COVID 19 dilaporkan termasuk kes tertunggak Menurut data yang dikongsi dalam laman web COVIDNOW pertambahan kes kematian itu sekali gus menjad...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Jn 1 Covid 19 Subvariant Poses No Significant Health Threat Says Ministry

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

How The Hanseatic League Shaped Early European Trade

Sayang Solat Dah Ke 2 Tahun Pjj Wanita Dedah Housemate Suami Adalah Isteri Orang Perbualan Whatsapp Jadi Tumpuan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How To Read Pilot Stripes Dan Kisah Kemalangan Air India

Hari Lautan Sedunia Siapa Sangka Tanah Mati Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan

Lobster Masak Cili

Rezeki Melimpah Usia Panjang Dengan Silaturrahim

Resipi Sup Daging Ala Thai Paling Senang Tanpa Rempah Sup Bunjut

Pagar Makan Tanaman Hijau Daun