10 Makanan Yang Boleh Meningkatkan Kesihatan Mental
Menurut kajian terbaharu yang diterbitkan di dalam jurnal akademik Frontiers in Psychology, cara anda menyediakan buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum menjamu selera memainkan peranan penting terhadap kesihatan mental
Para penyelidik dari Universiti Otago, New Zealand mendapati bahawa individu yang makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran mentah, kurang mengalami masalah kemurungan, akan sentiasa berada dalam mood yang positif, serta mempunyai kepuasan hidup yang lebih besar
Kajian terbaharu ini menunjukkan kelebihan mengambil buah-buahan dan sayuran ini secara mentah
10 makanan mentah yang boleh membantu kesihatan mental adalah:
1. Lobak
2. Pisang
3. Epal
4. Sayuran Berdaun Gelap Seperti Bayam
5. Limau Gedang (Grapefruit)
6. Daun Salad (Lettuce)
7. Buah-Buahan Sitrus
8. Beri Segar
9. Timun
10. Buah Kiwi
Kata kuncinya di sini adalah ‘mentah’
Para pengkaji juga mendapati bahawa orang yang lebih suka makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang telah diproses (dimasak atau dalam tin), menampilkan mood yang positif, namun tidak mengurangkan kemurungan atau memberikan kepuasan hidup
Anda pasti tertanya-tanya bagaimana mereka mendapat kesimpulan berkenaan
Pertama sekali, para penyelidik ini melakukan kaji selidik ke atas 422 orang dewasa yang yang terdiri daripada warga Amerika Syarikat dan New Zealand
Penyelidik kemudiannya meminta para peserta memberikan maklumat pemakanan mereka yang melibatkan buah dan sayuran mentah, dan juga yang telah diproses
Para peserta juga diminta untuk mengisi skala yang mengukur positif dan negatif kesihatan mental mereka
Malah, mereka juga diminta untuk melaporkan gaya hidup serta informasi demografik mereka seperti status sosio-ekonomi, aktiviti sukan, tabiat merokok, indeks jisim badan (BMI) dan penggunaan alkohol kepada penyelidik
Dengan menggunakan model statistik canggih yang membezakan gaya hidup dan perbezaan demografi antara responden, penyelidik berjaya mengasingkan kesan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran terhadap kesihatan mental
Menariknya, kajian tersebut mendapati bahawa pengambilan buah dan sayuran yang mentah menyaksikan pengurangan kepada gejala kemurungan, mood yang lebih positif, dan kepuasan hidup
Manakala, kajian tersebut juga memutuskan bahawa pengambilan buah dan sayuran yang telah diproses hanya menjadikan mood seseorang itu lebih positif
Bagaimanapun, ini bukan bermaksud pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang telah diproses akan membawa kemudaratan kepada diri, sebaliknya, ianya tidak memperikan impak yang banyak kepada kesihatan mental seperti yang diberikan buah dan sayuran mentah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adajew.net/2019/06/10-makanan-yang-boleh-meningkatkan.html