10 Langkah Mudah Dapatkan Semula Wang Tak Dituntut Anda Secara Online


Ingat tak dulu pernah viral bila ada ramai rakyat Malaysia yang mula buat tuntutan terhadap Wang Tak Dituntut (WTD). Yer lah, tak sangka ada duit, tiba-tiba bila semak ada banyak pula wang yang entah dari mana boleh dituntut. Sapa tak suka kan? Tapi prosedur nak tuntut masa tu menyebabkan ramai jer yang give up dan biar je tak teruskan. Apatah lagi kalau nilai Wang Tak Dituntut (WTD) tu pon kecil, lagi lah tak semangat. 


10 Langkah Mudah Dapatkan Semula Wang Tak Dituntut (WTD) Anda Secara Online
Tapi jangan risau, sekarang sistem online yang disediakan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) adalah sangat mudah dan tidak menyusahkan. Jom saya kongsikan 10 langkah mudah untuk anda dapatkan semula Wang Tak Dituntut (WTD) anda secara online. Kalau takdak duit pun, takpe kita semak dulu mana tau ada rezeki jatuh dari langit. Ayuh!


Maksud Wang Tak Dituntut (WTD)
Untuk yang belum tahu apa maksud Wang Tak Dituntut (WTD), ini adalah wang yang sepatutnya dibayar kepada anda, tetapi tak dibayar dalam tempoh lebih dari satu tahun. Lambat bayar lah nih ceritanya. Contohnya macam gaji, dividen etc. 
Atau pun wang dalam kredit akaun yang tak aktif lebih daripada 7 tahun. Tak kisahlah sama ada simpanan, semasa atau simpanan tetap. Selain itu juga, wang dalam kredit akaun dagangan yang tak aktif lebih daripada 2 tahun. 
Korang nak maklumat lanjut boleh rujuk terus kat Definisi Wang Tak Dituntut (WTD) oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.


10 Langkah Mudah Tuntut Wang Tak Dituntut (WTD)
LANGKAH 1 : Buka website https://egumis.anm.gov.my/ 


LANGKAH 2: Klik SEMAKAN, pastu pilih PENDAFTARAN
(Boleh skip kalau korang dah pernah buat akaun kat sini)

10 Langkah Mudah Dapatkan Semula Wang Tak Dituntut (WTD) Anda Secara Online


LANGKAH 3: Lengkapkan MAKLUMAT anda, dan tekan DAFTAR
(Mudah saja nak buat akaun dengan diorang nih. Just masukkan nama penuh, nombor kad pengenalan, emel dan pilihan nama pengguna serta password)


LANGKAH 4: Lepas tu dah boleh terus ke https://egumis.anm.gov.my/login untuk DAFTAR MASUK dan tekan MASUK
(Gunakan lah Nama Pengguna dan Kata Laluan yang anda dah set masa awal tadi tu) 

10 Langkah Mudah Dapatkan Semula Wang Tak Dituntut (WTD) Anda Secara Online


LANGKAH 5: Dah masuk ke akaun anda, maka terus klik KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT
(Anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan dan tekan butang CARI. Giler senang!

10 Langkah Mudah Dapatkan Semula Wang Tak Dituntut (WTD) Anda Secara Online


LANGKAH 6: Terus terpampang WANG TAK DITUNTUT (WTD) anda!
(Memang masa nih tak sangka langsung nak ada WTD sebanyak ini. Rasanya pernah check masa zaman viral dulu, tak lah banyak sangat pun. Dengan proses yang rumit pada ketika tu, maka biar saja lah. Tapi bila tengok nilai kali nih, terus rasa excited nak cari jalan macam mana nak claim balik duit-duit tu.. ;)

10 Langkah Mudah Dapatkan Semula Wang Tak Dituntut (WTD) Anda Secara Online


LANGKAH 7: Tekan NEXT untuk BORANG PERMOHONAN
Kat sini ada dinyatakan 1. PERIHAL PEMOHON dengan ada maklumat Pemohon, 2. PERIHAL EMPUNYA yang ada senarai Wang Tak Dituntut(WTD) lengkap dengan tahun dan entiti yang bayar kita tu dan bahagian akhir sekali ada 3. PERIHAL PENERIMA.
OK kat bahagian nih kita kena update dulu siapa yang nak terima duit tu. Hhehehe. Biasanya diri sendiri lah kan. So tekan butang TAMBAH PENERIMA dan lengkapkan maklumat kat situ. Kalau diri sendri yang terima lagi senang! 
Siap update semua jangan lupa tekan butang SETERUSNYA.


LANGKAH 8: Kena MUATNAIK Dokumen
(OK, sampai langkah ini, korang dah sket lagi nak dapat duit korang. Tapi sebelum tu kena MUATNAIK atau UPLOAD dulu dokumen yang diminta. 



10 Langkah Mudah Dapatkan Semula Wang Tak Dituntut (WTD) Anda Secara Online


Tapi, jangan risau sebab bukan semua kena upload. Hehehe ye lah nak cari surat lah apa lah yang lama-lama punya mesti dah tak tahu mana letak kan? So semak dulu, sebab ada perkataan MANDATORI kat situ. Kalau dia tulis situ TIDAK, so korang tak perlu pun muat naik. Kalau dia tulis YA, baru lah korang WAJIB upload dokumen tu.
Macam kes saya nih, untuk nak claim duit-duit tu takdak dokumen pun yang kena upload kecuali SALINAN KAD PENGENALAN dan PENYATA AKAUN BANK sahaja. Lepas dah upload semua korang tekan saja butang SETERUSNYA. Senang kan? 


LANGKAH 9: Buat PENGAKUAN/ PENGESAHAN
(Part nih korang boleh semak semula segala maklumat tentang Wang Tak Dituntut (WTD) anda, termasuk dokumen yang korang dah siap upload tadi. Jika tak ada masalah, korang boleh klik butang pertama untuk mengakui semua maklumat betul dan butang kedua untuk bersetuju dengan terma dan syarat. 
Lepas siap semua tu dah boleh tekan butang HANTAR.


LANGKAH 10: Rekod berjaya dihantar!
OK, sampai sini dia akan maklumkan bahawa rekod dah dihantar dan bayaran akan dilaksana setelah semua dokumen lengkap diproses dan disahkan. Satu salinan permohonan kita tadi tu dalam bentuk PDF juga akan dihantar ke email yang didaftarkan. So, lepas dah habis nih boleh je tunggu duit terus masuk ke akaun anda. ;)

10 Langkah Mudah Dapatkan Semula Wang Tak Dituntut (WTD) Anda Secara Online


Dua hari bekerja selepas saya submit borang, saya dapat emel daripada JANM menyatakan bahawa dokumen yang dimuatnaik berjaya dan urusan pembayaran sedang diproses. Pembayaran akan dilaksanakan dalam tempoh 30 hari bekerja selepas kita terima emel pengesahan ini katanya. Tak sabar!

Sekadar perkongsian dengan rakan pembaca, tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD) saya mengambil masa lebih kurang XXX hari untuk masuk ke akaun bank. Boleh lah kan, rezeki yang tak diduga-duga. Alhamdulillah syukur kepada Allah atas nikmat Nya. 


Tak lupa, Jutaan Terima kasih juga kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) menerusi inisiatif eGUMIS yang sangat memudahkan rakyat Malaysia buat tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD). Serious terbaik! Saya bagi 5 bintang!
So rakan-rakan yang belum lagi semak, ayuh kita tuntut Wang Tak Dituntut (WTD) kita dengan segera. Jangan lupa kongsi maklumat berguna nih dengan keluarga dan rakan-rakan kita juga. Mana tahu ada rezeki yang boleh membantu mereka survive saat sukar macam ekonomi sekarang nih. Saya doakan semoga kita semua murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan ya. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.cikguhailmi.com/2023/01/10-langkah-mudah-wang-tak-dituntut-wtd-online.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengeluaran Wang Tunai Lebih Dari Rm10 000 Oleh Pengetua Sekolah Perlu Dapatkan Khidmat Polis Pengiring

Pengeluaran Wang Tunai Lebih Dari Rm10 000 Oleh Pengetua Sekolah Perlu Dapatkan Khidmat Polis Pengiring

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 130 hits
Semalam media melaporkan wang bantuan awal persekolahan berjumlah RM109 350 yang diperuntukkan untuk para pelajar di sebuah sekolah Beranang dilaporkan lesap dilarikan penjenayah selepas wang tersebut dikeluarkan oleh pengetua sekolah berke...
Cara Untuk Dapatkan Kulit Cantik Sihat Dan Awet Muda Dengan Mudah Menggunakan Lumi 22

Cara Untuk Dapatkan Kulit Cantik Sihat Dan Awet Muda Dengan Mudah Menggunakan Lumi 22

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 199 hits
Mempunyai kulit yang cantik sihat dan awet muda menjadi idaman semua orang tidak mengira jantina Apabila kulit cantik dan sihat keyakinan diri juga akan bertambah lebih lebih lagi kalau nampak muda dari usia sebenar Betul tak Tapi ada ke ca...
Cara Menjana Duit Secara Online Yang Boleh Dipercayai Menghasilkan Wang Mengunakan Telefon Anda

Cara Menjana Duit Secara Online Yang Boleh Dipercayai Menghasilkan Wang Mengunakan Telefon Anda

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 221 hits
BUAT DUIT ONLINE GUNA SMARTPHONE Dengan mengunakan telefon kita sebenarnya telefon kita boleh menjana wang secara santai dan mudah Cara menjana duit sebenarnya cukup mudah dan ia adalah percuma Anda hanya perlu melakukan beberapa tugas keci...
Cara Betul Cuci Botol Susu Anak Jom Buat 7 Langkah Mudah Ini

Cara Betul Cuci Botol Susu Anak Jom Buat 7 Langkah Mudah Ini

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 260 hits
Penggunaan botol susu memang tak dapat nak dielakkan terutama bagi ibu yang bekerja tak kiralah anak minum susu ibu atau susu formula Bila menggunakan botol semestinya ia perlu dicuci sebersihnya dengan menggunakan kaedah yang betul Bukan a...
Pasangan Mata Wang Eur Jpy Berada Tepat Di Atas Halangan Penurunan Utama 140 11

Pasangan Mata Wang Eur Jpy Berada Tepat Di Atas Halangan Penurunan Utama 140 11

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 152 hits
Penurunan Besar besaran Pasangan Mata Wang EUR JPY Pasangan mata wang EUR JPY mencatatkan penurunan besar dalam jangka pendek selepas ia jatuh di bawah garis aliran menaik Anda mengetahui daripada analisis saya sebelum ini bahawa pasangan m...
Radzi Jidin Cadang Wang Bantuan Bap Terus Dimasukkan Dalam Akaun Bank Murid Elak Kejadian Samun

Radzi Jidin Cadang Wang Bantuan Bap Terus Dimasukkan Dalam Akaun Bank Murid Elak Kejadian Samun

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 144 hits
Wang Bantuan Awal Persekolahan sepatunya dimasukkan terus ke dalam akaun bank murid berbanding diserah kepada ibu bapa murid secara bersemuka kata bekas menteri pendidikan Radzi Jidin nbsp Beliau berkata cara yang dicadangkannya menjimatkan...
Dah La Kacak Pemurah Pula Jadi Juara 26 Kali Pelari Ded4h Rahsia Kerap Sumbang Wang Kemenangan Untuk Kebajikan

Dah La Kacak Pemurah Pula Jadi Juara 26 Kali Pelari Ded4h Rahsia Kerap Sumbang Wang Kemenangan Untuk Kebajikan

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 295 hits
USAHA tidak mengkhianati hasil Begitulah pegangan Pam Zhen Shen 24 yang aktif menyertai acara larian jarak jauh sejak di bangku sekolah lagi Sepanjang penglibatannya dalam sukan itu dia yang senang disapa Pam telah menyertai ratusan acara l...
Netizen Ragui Kes Samun Wang Bantuan Awal Sekolah Rm109 000

Netizen Ragui Kes Samun Wang Bantuan Awal Sekolah Rm109 000

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 319 hits
KUALA LUMPUR Kecoh di laman media sosial Facebook mengenai berita wang bantuan awal sekolah bernilai RM109 000 lesap apabila kereta guru besar dipecah semalam Menerusi komen netizen di Facebook rasmi BH mendapati rata rata netizen mengesyak...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa